You are on page 1of 2

Badan Pengurusan Bersama (JMB)

Sky Riverfront Service Apartment


Lorong Minyak Gas
15050 Jalan Sultanah Zainab

Tel : 019 985 5238


Email : jmbsrf@gmail.com

20 Mei 2020

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kota Bharu
Bandar Raya Islam
Jalan Hospital
15000 KOTA BHARU

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PENGECUALIAN BAYARAN PERKHIDMATAN ANGKUT


SAMPAH BULANAN

Dengan segala hormatnya, kami seperti nama dan beralamat di atas merujuk kepada
perkara yang dimaksudkan.

2. Kami ingin memohon secara rasmi pengecualian bayaran perkhidmatan angkut sampah
bulanan yang telah dikenakan kepada kami, penghuni Sky Riverfront Service Apartment.
Maklumat hartanah kami adalah seperti berikut;

No. Fail: S13/PT 184 - PT 189


No. Akaun : 103XXX
Kedudukan Harta : SKY RIVERFRONT SERVICE APARTMENT, LORONG
MINYAK GAS, JALAN SULTANAH ZAINNAB, 15050 KOTA BHARU
No Rujukan : MPKB BRI (PB) 2/2019/(15)

3. Kami, mewakili penghuni di sini merasakan bayaran perkhidmatan angkut sampah


bulanan yang dikenakan oleh pihak tuan agak membebankan penghuni. Permohonan ini
dikemukakan atas sebab-sebab berikut;

3.1 Sebagai penghuni, penghuni perlu membayar maintenance fee dan sinking fund setiap
bulan. Purata kos penyelenggaraan setiap unit sebulan adalah RM0.33 sen per meter bergantung
kepada keluasan unit.

3.2 Selain dari itu, penghuni juga perlu membayar cukai pintu kepada MPKBBRI.
Pembayar cukai pintu berhak mendapat perkhidmatan angkut sampah harian. Buat masa
sekarang perkhidmatan pengutipan sampah di kawasan apartment pun dibiayai penghuni melalui
JMB. Jadi, jika bayaran masih dikenakan kepada penghuni, kami berasa amat tidak wajar sekali
kerana perkhidmatan pengutipan sampah juga termasuk di dalam cukai pintu. Pungutan cukai
pintu adalah bagi membiayai kos penyelenggaraan bandar seperti kos mengangkut sampah,
membersihkan longkang dan sebagainya. (Rujukan: https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Cukai_pintu )
Ini bermakna penghuni membayar dua kali di atas perkhidmatan yang sama jika penghuni tetap
dikenakan bayaran perkhidmatan pengutipan sampah kerana penghuni telah membayar cukai
pintu kepada MPKB-BRI

4. Memandangkan alasan-alasan seperti di atas, kami merayu agak pihak tuan tidak
mengenakan sebarang yuran perkhidmatan pengutipan sampah kepada penghuni apartment ini.

5. Justeru, kami memohon jasa baik pihak YBhg Tuan Yang Dipertua agar dapat
mempertimbangkan permohonan pengecualian bayaran perkhidmatan pengutipan sampah
bulanan apartment kami. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian terima kasih,

Yang benar,

_________________

You might also like