You are on page 1of 1

YASNON ENTERPRISE

NO. 16 BATU 30,


PENGKALAN RAJA,
81500 PEKAN NANAS
JOHOR
Tarikh:9 Ogos 2021
PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL
NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM
NO. 26, WISMA PERKESO TGKT 7 CWGN PENGUATKASAAN,
JALAN SUSUR 5, OFF JALAN TUN ABD RAZAK, LARKIN
80200 JOHOR BAHRU, JOHOR

Tuan,
RAYUAN PENGURANGAN BAYARAN FAEDAH CARUMAN LEWAT BAYAR (FCLB)
Merujuk kepada perkara diatas , saya Mohd Yasin Bin Likan daripada Yasnon Enterprise bernombor
kod majikan E1100051708A ingin memohon maaf kepada pihak tuan kerana mempunyai rekod lewat
bayar sebelum ini.

Dengan itu,kami memohon kepada pihak tuan agar dapat mengurangkan jumlah bayaran faedah
caruman lewat bayar (FCLB) sebanyak RM4315 yang telah dikenakan. Hal ini kerana kami menjalankan
bisnis khemah dan kerana musim Covid19 bisnis kami kurang mendapat sambutan daripada orang
ramai.

Oleh itu, kami amat berharap agar permohonan kami diatas dapat dipertimbangkan dengan
sewajarnya.

Segala kerjasama dan pertimbangan pihak tuan amatlah dihargai dan diharapkan.

Sekian dan terima kasih.

Yang ikhlas,

………………………….

You might also like