You are on page 1of 2

Ruj Tuan: [06/000/038059/0XXX]

[Owner]
[Unit], Residensi Jalilmas Bukit Jalil,
No.75 Lebuhraya Bukit Jalil,
57000, Kuala Lumpur

Kepada

Datuk Bandar Kuala Lumpur,


Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ,
Tingkat 5, Bangunan TH Perdana,
1001, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
(U/P: En. Che Azhar Bin Che Abdullah) 15 Oktober 2019

Tuan,

PER: BANTAHAN CADANGAN PENILAIAN NILAI TAHUNAN HARTANAH &


RAYUAN PENGURANGAN NILAIAN UNTUK UNIT KEDIAMAN

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas,

2. Saya ingin membuat bantahan terhadap nilai hartanah yang dicadangkan oleh
DBKL berdasarkan surat bertarikh 18 September 2019. Maklumat hartanah saya adalah
seperti berikut :-

No Fail: [WPXXXX]
No Harta: [06/000/038059/0XXX]
Cadangan Nilai Tahunan: RM8,400.00
Kadar : 4% (RM336 setahun)

Alamat Harta:
xxxx, Residensi Jalilmas Bukit Jalil
No75, Lebuhraya Bukit Jalil
57000, Kuala Lumpur

3. Kami merasakan kadar 4% yang dikenakan oleh pihak tuan adalah tinggi dan
membebankan saya pada masa ini di mana Negara kita Malaysia masih lagi merasai kesan
kemelesatan akibat pengurangan tahap kuasa membeli rakyat. Antara sebab-sebab terhadap
bantahan terhadap pindaan senarai nilaian adalah sebagai di bawah :
3.1 Sebagai penghuni Residensi Jalilmas, kami bukan sahaja terpaksa membayar cukai
tanah dan cukai pintu, tetapi perlu juga membayar 'maitenance fee' dan 'sinking fund' setiap
bulan. Purata kos penyelenggaraan setiap rumah sebulan ialah RM176. Bayaran ni
dikenakan untuk menampung kos penyelenggaraan, pembersihan dan pembuangan sampah.
Ini secara tidak langsung telah mengurangkan kos penyelenggaraan, buruh dan beban tugas
pihak DBKL.

3.2 Pihak pengurusan pangsapuri mampu milik juga telah menyediakan kawasan tempat
letak kereta dan lampu untuk kawasan persekitaran. Pengawal keselamatan dan taman
permainan untuk kanak-kanak juga telah disediakan dan ini membolehkan pihak DBKL
tidak menanggung apa-apa kos untuk menyelenggara kawasan kami.

3.3 Memandangkan pangsapuri mampu milik kami mempunyai peraturan yang ketat iaitu
tidak dibenarkan mempunyai haiwan peliharaan seperti anjing, ayam dan sebagainya, maka,
tidak ada risiko haiwan ini terbiar atau pencemaran yang disebabkan dari haiwan peliharaan.

4. Sebagai kesimpulan, saya merayu kepada pihak DBKL untuk mempertimbangkan


semula kadar pindaan senarai nilaian yang ingin dikenakan. Saya mencadangkan kadar nilai
tahunan sebanyak RM7,200.00 pada kadar 2% dikenakan. Cadangan kadar nilai tahunan
sebanyak RM7,200.00 kerana Residensi Jalilmas merupakan rumah mampu milik program
kerajaan untuk membantu golongan pendapatan rendah dan harta tersebut untuk kediaman
sendiri dan bukannye disewa. Cadangan pada kadar 2% kerana Residensi Jalilmas tidak
mempunyai kemudahan mewah seperti kolam renang, jakuzi, gymnasium dan sebagainya
dan harap kadar 2% dikenakan bagi jenis harta Rumah Pangsa Kos Rendah.

Saya berbesar hati sekiranya DBKL prihatin terhadap cabaran yang dihadapi kami sebagai
penduduk dan rakyat ibukota yang memerlukan kos yang tinggi

Segala kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian,

__________________________
[OWNER]
I/C:
Tel:
Email:

You might also like