You are on page 1of 2

ZAHARUDDIN BIN ZAKARIA

NO. 12, Persiaran Kasawari,


Taman Anggerik,
31000 Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Batu Gajah
Peti surat 35,
31000 Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan.
Nov 2016

29

Tuan,
RAYUAN PEMULANGAN (REFUND) CUKAI PINTU DAN SETERUSNYA
MEMOHON MENGURANGKAN KADAR BAYARAN CUKAI PINTU TAHUNAN.
Surat notis tuan bertarikh 14 November 2016 telah saya terima.
2.
Saya ingin memaklumkan kepada tuan bahawa pada tarikh 1 Mac 2010 saya
telah menghantar surat (hantar tangan) untuk mendapatkan maklumat berkenaan
dengan pemulangan (refund) wang cukai pintu yang telah terlebih bayar dengan
sebab pihak Majlis Daerah Batu Gajah telah menurunkan kadar bayar taksiran mulai
tahun 2009. Saya berharap bayaran cukai pintu yang telah dibayar sebelum tahun
2009 sepatutnya dipulangkan. Sehingga ke hari ini tiada jawapan yang diterima dari
pihak tuan.
3.
Di samping itu, saya telah membuat kaji selidik berkenaan kadar bayaran
cukai pintu di Taman Anggerik agak tinggi berbanding di kawasan lain (di bawah
Majlis Daerah Batu Gajah). Untuk Makluman tuan kawasan seperti Kampung
Sentang, Kampung Seri Mariah, dan Kampung Seri Jaya, kadar bayaran cukai
pintunya jauh lebih rendah daripada Taman Anggerik yang berstatus yang sama
iaitu RPT (Rancangan Perkampungan Tersusun) tanpa ada apa-apa kelebihan pun.
Hal ini telah saya rujuk kepada Dewan Bandaraya Ipoh dan Biro Aduan Awam bagi
mendapatkan pandangan mereka. Kedua-dua agensi itu menasihatkan saya supaya
berunding terlebih dahulu dengan pihak tuan kerana mereka berpendapat ada asas
untuk dipertimbangkan.
4.
Bersama-sama ini saya lampirkan beberapa dokumen berkaitan yang boleh
digunakan untuk pihak tuan membuat pertimbangan yang sewajarnya.
Dokumen-dokumen berkenaan ialah:
(a) Salinan surat daripada Majlis Daerah Kinta Barat
(b) Salinan surat memohon pemulangan wang cukai pintu yang terlebih bayar
(c) Salinan geran hak milik untuk perbandingan
Sekian. Harap mendapat pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan, terima kasih.
Yang benar,

........................................
(Zaharuddin bin Zakaria)

You might also like