You are on page 1of 2

Fiqgrow Farm,

Kampong Kota Aur,Mukim Sok,


08210 Sik,Kedah.

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 15/02/2022

YB Tuan Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman


Pusat Khidmat Parlimen P013
No. 11A,Jalan Sungai Pau,
Kampung Sungai Pau,
08200 Sik,
Kedah Darulaman.
                  
Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN MEMBAIKI ENJIN PAM AIR DAN MEMBINA RUMAH


PAM
 
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak Fiqgrow farm Kampong Kota Aur Sik, Kedah
sedang dalam proses membaiki enjin pam air dan dalam perancangan untuk membina rumah pam
bagi kemudahan untuk kegunaan ladang.

Sehubungan dengan itu, bagi melengkapkan kemudahan enjin pam air dan rumah pam tersebut, kami
memerlukan peralatan berikut:

1. Enjin pam air – 1 unit


2. Besi mild steel 5 kaki – 6 unit
3. Expanded Metal 4 kaki x 8 kaki – 2 roll
4. Pasir – 2 ela
5. Bata – 500 pcs
6. Simen – 20 bag
7. Besi batten blue 5 kaki – 15 unit
8. Bumbung metal roof 6 kaki x 2.3 kaki – 15 unit

Maka dengan penuh rasa rendah diri, kami ingin memohon jasa baik dari pihak YB untuk
menghulurkan sumbangan peralatan tersebut atau peruntukan wang tunai sebanyak rm5000 ( Lima
Ribu Sahaja) untuk kami membelinya sendiri.

Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini dan semoga melalui
sumbangan tersebut dapatlah kami melengkapkan kelengkapan serta fungsi rumah pam air untuk
kemudahan kegunaan ladang ini dalam menjalankan sebarang aktiviti.
Sumbangan pihak tuan boleh disalurkan dengan cara berikut :

Wang Tunai / Barangan :  Terus kepada penama tandatangan di bawah

1. Cek :  Atas nama Fiqgrow Farm dan diserahkan kepada penama tandatangan di bawah atau
diposkan ke alamat di atas.
2. Akaun Persatuan :  CIMB Bank, akaun No.8604662317

( FIQGROW BIOTECH & AGRICULTURE)

Kerjasama dan bantuan daripada pihak tuan ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang
tidak terhingga. Semoga tuan akan beroleh keberkatan dan amal jariah yang berkekalan hingga ke hari
akhirat.

Yang benar,

……………………………………………….
MOHAMAD SHAHROL HAZIMI BIN AHMAD RUSLI
PEMBANTU PENGURUS FIQGROW
941023 02 5361
KAMPONG KOTA AUR,MUKIM SOK,08210 SIK,KEDAH
Pembantu Pengurus Fiqgrow Farm                                      
Tel. No : 0168536400

You might also like