You are on page 1of 14

Ruj.

Kami : CEO/SKINVALOVE SULIT & PERSENDIRIAN

Tarikh :

NAMA :
No. K.P :
ALAMAT :

PERLANTIKAN JAWATAN SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF DI SKINVALOVE PLT

Merujuk kepada permohonan pekerjaan anda, dengan sukacita kami ingin menawarkan
anda pekerjaan dalam tempoh 6 bulan percubaan

Gaji pokok = RM 1,500


Komisyen = (Perincian dalam Lampiran 1.1)

Anda akan ditempatkan di cawangan Alor Setar dan melaporkan secara langsung kepada
Pengarah Urusan. Syarikat berhak untuk menempatkan anda di cawangan lain
bersertakan dengan pemberitahuan awal meskipun masih berada dalam tempoh
percubaan.

Terma dan syarat berikutan pekerjaan dan perkhidmatan anda di dalam syarikat adalah
seperti berikut: -

1. PERMULAAN PEKERJAAN

Pekerjaan anda bersama syarikat akan bermula pada _______________

2. TEMPOH PERCUBAAN

Perlantikan anda adalah tertakluk kepada prestasi perkhidmatan anda selama


enam (6) bulan yang pertama. Walaubagaimanapun, selepas menilai prestasi
perkhidmatan anda semasa enam (6) bulan tersebut, pihak Syarikat boleh
melanjutkan tempoh percubaan anda selama tiga (3) bulan lagi, sekiranya
prestasi perkhidmatan anda didapati kurang memuaskan. Pengesahan dalam
jawatan anda, akan dimaklumkan kepada anda secara bertulis melalui surat
pengesahan jawatan.
3. PENGESAHAN

Setelah anda selesai semua tugasan relevan dalam tempoh percubaan dengan
prestasi kerja yang memuaskan, anda akan diberi notifikasi untuk membuat
pengesahan jawatan anda .

Langkah 1 : penilaian pengesahan adalah sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum


pekerja disahkan
Langkah 2 : Sekiranya pekerja tidak mencapai keperluan syarat untuk pengesahan, sesi
kaunseling hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya sebulan mengikut tempoh
sambungan percubaan. Salinan laporan kemajuan pekerja hendaklah diserahkan kepada
Jabatan Sumber Manusia setelah selesai sesi kaunseling.

4. WAKTU BEKERJA

Jika terdapat sebarang pertukaran terhadap waktu kerja atau implimentasi


waktu kerja berdasarkan shift, ia akan dibuat mengikut pertimbangan pihak
Syarikat.

Waktu kerja anda adalah seperti berikut :-

Ahad hingga Jumaat : 8.00am hingga 5.00pm

Sabtu : Cuti

Cuti Umum : Cuti

Pada hari Jumaat, pekerja lelaki muslim dibenarkan keluar bermula jam 12.30
tengahari sehingga jam 2.30 petang untuk mengerjakan solat Jumaat.
5. TUGASAN

Tugasan dan tanggungjawab anda adalah mengikut penerangan kerja yang diberi
dan juga menurut kepada perkara berikut: -

 Anda dikehendaki semua menyiapkan semua tugasan yang diberi oleh


pihak syarikat dari masa ke semasa mengikut kesesuaian kemahiran dan
kebolehan anda.

 Segala perkara yang diakaunkan kepada syarikat dalam bentuk duit tunai,
keselamatan dan barangan berharga, adalah menjadi hak milik syarikat,
dimana anda juga akan menerima bayaran dari akaun syarikat.

 Anda dikehendaki mematuhi Arahan, undang-undang, peraturan, polisi,


kod pematuhan, dan juga prosedur yang telah ditetapkan dari masa ke
semasa oleh pihak syarikat.

 Syarikat berhak untuk meminda deskrispsi kerja pada bila – bila masa
termasuklah menambah atau mengurangkan tugasan, selari dengan
pembangunan komersial dan juga korporat.

 Anda mungkin akan dipanggil pada bila-bila masa oleh pihak syarikat
untuk melaksanakan tugasan yang berkaitan.

 Anda dijangkakan untuk menunjukan inisiatif dan kecekapan dalam


bidang kerja anda. Anda juga diminta untuk menyelesaikan tugasan dan
tanggungjawab dengan teliti mengikut kepuasan syarikat. Anda diminta
untuk menunjukkan tahap komitmen yang tinggi terhadap tugas anda.

 Pekerja perlu memastikan kualiti tugas pada semua perkara yang anda
terlibat tidak kira dari segi individu atau berkumpulan. Sebagai pekerja
sepenuh masa anda dikehendaki menumpukan masa dan keupayaan
anda untuk menyelesaikan tugasan dan tanggungjawab yang diberi. Anda
juga bersetuju untuk tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti komersial
yang boleh menjejaskan pekerjaan. Anda dibenarkan untuk terlibat
dengan mana-mana aktiviti amal selepas selesai tugasan anda.

 Laluan kerjaya anda didalam syarikat adalah bergantung kepada prestasi


dan kebolehan anda. Prestasi akan dinilai selalu oleh pihak syarikat untuk
menyediakan kriteria untuk anda supaya dinaikkan pangkat. Penilaian
Prestasi akan dijalankan pada setiap enam bulan dalam masa setahun.
6. LATIHAN
Pihak Syarikat mungkin akan memilih dan menawarkan latihan untuk pekerja di-
dalam cawangan syarikat. Anda dikehendaki menghadiri dan menyelesaikan ke-
semua tugasan.

7. GANJARAN
 Gaji anda adalah RM 1500 untuk setiap bulan (Ringgit Malaysia: satu ribu
lima ratus sahaja)
 Anda berhak untuk mendapat Komisyen seperti yang tertera di lampiran 1.1
 Anda berhak untuk mendapat elaun sekiranya ada
 Ganjaran bulanan anda tertakluk kepada pengurangan berkanun
 Pihak syarikat juga akan membuat pengurangan dari gaji atau memerlukan
anda untuk membuat bayaran dari perkara berikut tanpa limitasi kepada:

i. Lebihan pembayaran terhadap pinjaman atau duit pendahuluan yang


diberi oleh pihak syarikat
ii. Duit yang diminta oleh anda untuk pengurangan; dan
iii. Lebihan gaji atau elaun

8. BONUS DAN KENAIKAN GAJI


 Penghargaan kenaikan gaji tahunan dan juga bonus (jika ada) akan dilakukan
dengan penuh budi bicara mengikut penilaian prestasi melalui sumbangan
anda mengikut kriteria, tahun perkhidmatan anda dan standard dari masa ke
semasa.
 Pembayaran kenaikan gaji tahunan dan bonus (jika ada) akan diberikan
mengikut syarat dan peraturan syarikat.

9. PEMBAYARAN GANJARAN

Semua ganjaran akan dibayar menggunakan Ringgit Malaysia.Anda akan dibayar


dalam bentuk tunggakan pada minggu terakhir setiap bulan. Pengurangan
berkanun dan juga pengurangan sukarela akan dideposit terus mengikut bank
yang didaftarkan didalam Malaysia dan mengikut Undang-undang Malaysia.
10. PENCARUMAN CUKAI PENDAPATAN, KWSP, PERKESO & SIP

 Pihak Syarikat dan anda akan mencarum ke dalam Kumpulan Wang


Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
dan Skip Insuran Pekerjaan (SIP) & anda akan membayar Cukai
Pendapatan (PCB). Pencaruman dan pembayaran akan dijalankan
melalui potongan gaji bulanan anda, mengikut taksiran (jadual) KWSP,
PERKESO, SIP & PCB.

 Segala kekurangan yang disebabkan dari mana-mana potongan cukai


yang bertentang dengan pengiraan relevan pihak berkuasa akan
ditanggung oleh anda.

11. CUTI TAHUNAN


Hanya setelah mendapat pengesahan lantikan, Pekerja akan diberikan cuti tahunan
mengikut hal berikut:

TEMPOH PERKHIDMATAN BILANGAN HARI

Kurang dari <2 tahun 12 hari


2 tahun tapi kurang dari <5 tahun 18 hari
Lebih dari >5 tahun 25 hari

12. CUTI SAKIT (MC)

Empat belas (14) hari setahun jika berkhidmat kurang dari dua (2) tahun
dengan pihak syarikat.

Lapan belas (18) hari setahun jika berkhidmat lebih dua (2) tahun dan kurang
daripada lima (4) tahun.

Dua puluh dua (22) hari setahun jika berkhidmat lebih empat (2) tahun dan
kurang dari (4) tahun.

Dua puluh dua (26) hari setahun jika berkhidmat lebih daripada lima (6)
tahun.
13. PENAMATAN PERKHIDMATAN

Semasa tempoh percubaan, mana-mana pihak boleh menamatkan kontrak ini


dengan memberi pihak terlibat notis secara bertulis selama empat belas (14)
hari atau empat belas (14) hari gaji sebagai gantian notis tersebut, tanpa
memberi sebagai alasan munasabah kerana menamatkan perkhidmatan.

14. TUGASAN DAN PERTUKARAN ANTARA JABATAN/SYARIKAT

Sepanjang tempoh pekerjaan anda bersama syarikat, bersama budi bicara pihak
syarikat akan menukar, atau memberikan anda projek yang lain, lokasi, bahagian,
jabatan, pembahagian, cawangan, syarikat (pegangan, anak syarikat, sekutu,
usaha sama, atau syarikat berkaitan atau mana- mana syarikat dimana anak
syarikatnya mempunyai kepentingan) sudah ditubuhkan atau diperbadankan
atau diperolehi pada masa hadapan.

15. KERAHSIAAN

 Anda dikehendaki untuk memelihara rahsia syarikat sepanjang tempoh


anda menguruskan tanggungjawab anda. Maklumat rahsia syarikat
seperti rahsia dagangan, maklumat pelanggan (termasuk fail pelanggan
dan prospek, senarai pelanggan, struktur pembayaran), maklumat
syarikat dan sumber yang didedahkan kepada anda akan menjadi
tanggungjawab anda.

 Sekiranya anda berasa keraguan terhadap kerahsiaan maklumat syarikat,


anda boleh merujuk kepada syarikat untuk penjelasan dan keterangan.

 Undang – undang ini akan terus bersambung selepas penamatan


perkhidmatan atau perletakan jawatan.

16. PEMBERITAHUAN TENTANG PERUBAHAN PERIBADI TERTENTU

Anda diminta untuk mengemas kini kepada Syarikat pada setiap perubahan yang
berlaku terhadap peribadi anda dan keluarga anda. Sekiranya anda gagal untuk
memberitahu pihak syarikat terhadap perubahan tentang alamat kediaman, anda perlu
tahu bahawa alamat surat menyurat memberi kesan terhadap anda. Syarikat juga diberi
hak untuk menahan dan/atau menidak setujui apa-apa faedah pekerja yang dituntut
oleh anda sekiranya pihak syarikat tidak mempunyai pengetahuan atau rekod tentang
apa-apa perubahan terhadap maklumat peribadi tertentu anda.

17. PERLINDUNGAN DATA

 Pihak syarikat telah komited untuk memastikan privasi peribadi anda memenuhi
kriteria terhadap pihak lain dan diluluskan oleh badan berkanun dan juga pihak
ketiga yang memberi faedah kepada syarikat dan juga anda sebagai pekerja
dalam syarikat. Dengan mentandatangani kontrak ini, anda setuju bahawa
syarikat akan mengumpul, proses, guna dan mengekalkan maklumat peribadi
anda yang diperlukan untuk pengurusan dan pentadbiran hubungan pekerja
(seperti perincian peribadi, pendidikan, dan perincian latihan, rekod pekerjaan,
agama, kaum/asal etnik, keadaan fizikal dan mental, dan butiran bank) dan anda
bersetuju terhadap pengumupulan, pemprosesan, pengunaan dan pengekalan
data peribadi. Syarikat juga mungkin akan memindahkan data peribadi anda
kepada anak syarikat, syarikat bersekutu, syarikat gabungan, atau usaha sama
syarikat termasuklah syarikat gabungan atau usaha sama syarikat di luar
Malaysia dimana negara tersebut mungkin tidak mempunyai undang-undang
penjagaan data yang sama, atau kepada agensi pihak ketiga yang menyediakan
servis kepada badan syarikat(seperti perkhidmatan gaji, penyedia faedah,
penyedia laman web) dimana ianya amat diperlukan oleh penyedia servis untuk
menyiapkan tugasan. Sekiranya berlaku penstrukturan korporat, anda bersetuju
sekiranya pekerjaan anda bersambung dengan entiti berkaitan, data peribadi
yang dikumpul dan digunakan oleh pihak syarikat boleh dipindahkan kepada
majikan yang baru.
 Anda tidaklah diwajibkan atau terikat untuk menyediakan data peribadi anda
kepada syarikat. Tetapi, kegagalan untuk menyedikan data peribadi anda akan
menyebabkan penghalangan dalam pekerjaan anda dengan syarikat dan/atau
menghadkan faedah penuh dari pihak syarikat.
 Anda berhak untuk meminta Salinan data peribadi dari pihak syarikat atau untuk
memperbetulkan data peribadi anda. Anda boleh menghubungi Jabatan Sumber
Manusia syarikat sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau aduan berkenaan
dengan data peribadi anda.
18. TINGKAH LAKU AM

 Sepanjang tempoh pekerjaan anda, anda akan memastikan tingkah laku


anda tidak akan menjejaskan anda atau Syarikat dan anda dijangkakan
untuk menjalankan tugasan yang diberi dengan benar, cekap, dan secara
jujur. Anda juga dijangkakan untuk menjaga tingkah laku dalam urusan
persendirian kerana anda kan membawa status syarikat.

 Sepanjang tempoh pekerjaan anda, anda dikehendaki menunjukkan


prestasi dengan setia, rajin, dan menumpukan perhatian terhadap tugas-
tugas yang akan diberi kepada anda dari masa ke semasa oleh pihak
atasan dan juga menumpukan keseluruh masa anda dan juga perhatian
anda untuk menyelesaikan tugas dan fungsi anda sehingga selesai.

 Anda tidak digalakkan untuk berurusan secara langsung atau tidak


langsung dengan mana mana pihak pekerjaan yang lain tanpa
persetujuan bertulis dari pihak pengurusan. Anda tidak boleh
mendedahkan mana-mana perkara yang mungkin menjadi pengetahuan
anda berkenaan dengan syarikat atau pekerja.

19. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

 Kesemua terma dan syarat dan juga keadaan pekerjaan telah dinyatakan
di dalam buku panduan pekerja, polisi syarikat, prosedur dan manual

 Anda dikehendaki menilai dan memahami buku panduan pekerja, polisi


syarikat, prosedur dan manual dan sekiranya anda mempunyai soalan,
berundinglah dengan orang yang berkaitan.

 Harap maklum bahawa Syarikat mempunyai hak untuk mengkaji semula,


meminda, atau menukar polisi, prosedur, dan manual dari masa ke
semasa tanpa notis yang mungkin berlaku kerana keadaan perniagaan
atau keperluan peraturan.

 Terma dalam surat ini akan menggantikan mana-mana kontrak sebelum


di antara anda dan juga syarikat berkaitan dengan pekerjaan anda di
dalam syarikat.
20. PELANGGARAN KONTRAK

 Berikut adalah terma yang disebutkan dalam dokumen ini dan anda akan
dikenakan tindakan disiplin termasuk dan tidak diberi had amaran,
pengantungan, penurunan pangkat, penolakan kenaikan pangkat atau
penambahbaikan kod pelanggaran kelakuan dan polisi syarikat. Polisi tersebut
dan manual yang berkaitan syarikat akan dianggap sebagai sebahagian dari pacel
perjanjian ini.

 Syarikat mempunyai hak untuk mengubah/meminda terma dan syarat, dan akan
memberitahu pekerja. Syarikat ini juga akan menentukan untuk menamatkan
pekerjaan seterusnya kepada tindakan disiplin dan siasatan yang teliti.

21. UNDANG-UNDANG KERAJAAN

 Kontrak ini hendaklah ditadbir dan ditafsirkan sesuai dengan undang-undang


kerajaan Malaysia. Pihak terlibat tidak boleh menaritarik balik dan
mengemukakan tanpa syarat kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia sebagai
tujuan untuk menguatkuasakan sebarang tuntutan yang timbul.

 Jika satu atau lebih dari peruntukan yang terdapat dalam kontrak ini telah
menjadi tidak sah, tidak diluluskan undang-undang, atau tidak boleh
dikuatkuasakan dalam apa jua aspek di bawah perundangan berkaitan, atau
pengesahan. Penguatkuasaan baki peruntukan yang terkandung di sini tidak
akan terjejas.

22. PEMINDAAN

Syarikat mempunyai hak untuk meminda terma dan syarat dalam apa juga cara dan apa
jua sebab sepenuhnya mengikut budi bicara. Sebarang perubahan, pemindaan atau
penambahan terhadap terma dan syarat akan diterangkan kepada anda dalam
berbentuk bertulis.
23. PENGHARGAAN

Tandatangan anda pada salinan dokumen ini akan di ambil untuk menandakan
kefahaman anda dan penerimaan syarat yang digunapakai dalam pekerjaan anda.

Tawaran ini adalah sah untuk satu (1) minggu dari tarikh penerimaan. Sekiranya tawaran
kerja ini diterima oleh anda, Sila maklumkan penerimaan pekerjaan anda dengan
mengesahkan melalui e-mail atau telefon dalam masa 3 hari penerimaan dokumen ini
bersediakan satu Salinan yang ditandatangani melalui e-mai.

Sekiranya kami tidak dapat maklum balas daripada anda dalam tempoh ini, tawaran ini
akan dianggap terbatal dan kami tidak wajib untuk memegang jawatan ini untuk anda.

Kami sangat menghargai dan menyambut kedatangan anda ke kumpulan organisasi


kami dan kami dengan ikhlas berharap tempoh servis anda berpanjangan,
menyenangkan dan memberi kebaikan bersama. Kami berharap anda bersetuju dan
menerima tawaran untuk sertai kumpulan syarikat.

Terima Kasih.

Sekian,

______________________________________
DANIEL RIFFHAN BIN AHMAD RASMAN
PENGARAH HAL-EHWAL KORPORAT
Saya, _________________________________No. K/P: _________________________,
bersetuju dan menerima segala peraturan dan syarat-syarat perjawatan yang telah
ditetapkan oleh Skinvalove PLT.

Saya menerima tawaran pekerjaan dalam syarikat ini dan setuju untuk patuh kepada
terma dan syarat dengan sebaik mungkin.

_______________________________
Tandatangan

Nama :
No K. P :
Tarikh :
LAMPIRAN 1

PERIHAL PEKERJAAN:

A) KEPERLUAN:

 Kemahiran pembentangan
 Hubungan bersama pelanggan
 Menekankan kecermelangan
 Tahap tenaga
 Rundingan
 Kemahiran mencari prospek
 Memenuhi matlamat jualan
 Kreativiti
 Perancangan penjualan
 Berdikari
 Motivasi untuk jualan

B) TANGGUNGJAWAB:
 Membina perniagaan dengan mengenalpasti dan menjual kepada
prospek; menjaga hubungan bersama pelanggan.
 Menjual produk dengan menjalin dan membentuk hubungan dengan
prospek; mengesyorkan jalan penyelesaian.
 Mengekalkan hubungan diantara pelanggan dengan cara memberi
sokongan, maklumat, dan bimbingan; penyelidikan dan mengesyorkan
peluang yang baharu; mengesyorkan keuntungan dan meningkatan
servis.
 Mengenalpasti peningkatan produk atau produk baharu dengan setia
dalam trend industry, aktiviti pasaran, dan pesaing.
 Menyediakan laporan dengan mengumpul, menganalisis dan
meringkaskan maklumat.
 Mengekalkan kualiti servis dengan mengadakan dan menguatkuasakan
standard operasi
 Mengekalkan profesional dan pengetahuan teknikal dengan menghadiri
bengkel pengetahuan, mengulangkaji penerbitan profesional,
menubuhkan rangkaian peribadi, mengambil bahagian dalam masyarakat
profesional.
 Menyumbang kepada usaha pasukan dengan mendapatkan hasil yang
diperlukan
 Mencari peluang untuk mencari jualan baru melalui panggilan, rangkaian,
dan media sosial secara aktif.
 Menyediakan dan menyampaikan pembentangan yang sesuai dengan
produk dan servis
 Kerap membuat ulangkaji dan membuat laporan berkaitan Jualan dan
data kewangan (SETIAP HARI, SETIAP MINGGU, DAN SETIAP BULAN)
 Menyertai bagi pihak syarikat didalam pameran atau persidangan
 Berunding/menyelesaikan urusan dan mengendalikan aduan atau
bantahan
 Berkerjasama dengan rakan sepasukan untuk mencapai hasil yang lebih
bagus
 Mengumpul maklum balas dari pelanggan atau prospek dan seterusnya
kongsikan bersama pasukan dalaman.
 Perlu menjadi seorang yang menepati masa dalam mengemukakan
laporan yang diminta oleh pengurus pemasaran.
 Mesti menjadi seorang yang pro aktif dan bertenaga dalam pembelajaran
dan juga mencapai sasaran jualan.
 Sentiasa beringat terhadap Jualan ketika berkerja
 Mesti dapat membalas dan melayan panggilan, whatsapp, atau mesej
pelanggan pada bila-bila masa.
LAMPIRAN 1.1

Lampiran A: Pengiraan Komisyen dan Score Point

1) Pengiraan Komisyen

KIRAAN POINT KOMISYEN


A 100 / 75 RM20.00
B 74 / 60 RM15.00
C 59 / 50 RM10.00
D 49 / 40 RM7.00

You might also like