You are on page 1of 28

PROFIL

SYARIKAT

JUTA BERSATU ENTERPRISE


( RA0081046-X)

Disediakan Oleh : MOHAMAD SHAHRUL NIZAL


ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN SYARIKAT

2. TUJUAN SYARIKAT

3. WAWASAN SYARIKAT

4. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

5. PENTADBIRAN SYARIKAT

6. CARTA ORGANISASI SYARIKAT

7. CARTA ALIRAN RANTAIAN BEKALAN DI BAWAH JUTA BERSATU ENTERPRISE

8. PENANDA ARAS SYARIKAT

9. KEMAHIRAN PENGURUSAN PROJEK

10. MENGHUBUNGKAITKAN KEMAHIRAN PENGURUSAN DENGAN PERINGKAT


PENGURUSAN
1.0 PENGENALAN SYARIKAT

1.1 Juta Bersatu Enterprise adalah syarikat milik penuh Bumiputera yang telah

memulakan perniagaan berkonsep penternakan ayam secara kecil-kecilan.

Dengan bermodalkan RM45,000.00 Syarikat Juta Bersatu Enterprise

meluaskan bidang perniagaannya dari penternakan ayam secara kecil-kecilan,

khidmat nasihat serta latihan sehingga ke gerai jualan ayam goreng di sekitar

daerah jitra kedah

1.2 Juta Bersatu Enterprise ditubuhkan pada 2021 dan telah secara rasminya

berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 10/12/2021

1.3 Dengan pengalaman yang ada di dalam bidang penternakan serta gabungan

dari tenaga diantara pihak pengurusan dan pekerja telah berjaya

membuktikan kemampuannya dalam industri penternakan ayam berskala kecil

dan sederhana dan juga mengembangkan lagi perniaggaanya dengan

memproses makanan segar dan sejuk beku yang berasaskan ayam.

1.4 Berbekalkan pengalaman, kecekapan, mutu perkhidmatan, kualiti

makanan dan keazaman yang tinggi, Syarikat Juta Bersatu mampu

menerima segala tawaran dan tempahan dari mana-mana pihak mahu pun

kerajaan atau orang perseorangan. Syarikat Juta Bersatu berjanji akan

memberikan perkhidmatan terbaik dan bermutu tinggi.

2.0 TUJUAN
Profile Syarikat Juta Bersatu Enterprise di paparkan adalah bertujuan untuk memberi

gambaran yang jelas bahawa syarikat ini adalah sebuah Syarikat Bumiputra yang

diuruskan oleh pemilik yang memiliki beberapa kursus dan amat berpengalaman dari

segi pengurusan dan pentadbiran. Syarikat ini mempunyi beberapa kakitangan pekerja

yang berpengalaman dan berdedikasi dalam melaksanakan operasi. Harapan syarikat

ini agar diberi kepercayaan melaksanakan tugas serta menjadi pemangkin kepada

syarikat-syarikat bumiputra yang lain.

3.0 WAWASAN SYARIKAT


1. Untuk meningkatkan lagi penyertaan Bumiputra ke dalam industri perniagaan

khususnya di bidang penternakan ayam, pemprosesan makanan dan juga jualan produk

yang berasaskan ayam.

2. Untuk meningkatkan kemahiran dan tahap profesionalisme para usahawan yang

minat menceburi bidang industri yang berkaitan dengan ternakan ayam serta produk

makanan yang berasaskan ayam.

3. Untuk menjadikan Syarikat Juta Bersatu sebagai salah sebuah pemain industri

hiliran produk yang berasaskan ayam yang dikenali ramai

4. Untuk memajukan kaum Bumiputra di bidang perniagaan.

5. Menjadikan pelanggan sebagai keutamaan yang mana kami memberikan khidmat

yang sempurna dan memberi kepuasan kepada pelanggan.

4.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN


Industri makanan segera adalah salah satu perusahaan yang giat dijalankan didalam

Malaysia kini. Produk makanan segera seperti ayam goreng, burger dan pizza giat

diusahakan dimana-mana sahaja kini. Ianya menjadi seperti suatu fenomena

diamana para pengusaha menjual produk makanan segera mereka dengan hanya

membuka gerai jualan (stall) di tepi jalan yang menjadi tumpuan orang ramai. Konsep

seperti ini makin menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang

memerlukan makanan yng ringkas dan berkhasiat.

Bermula dengan minat yang mendalam dalam pembuatan makanan berasaskan

ayam (seperti ayam goreng, ayam golek, bebola ayam, burger, sosej, kemudian

disusuli dengan hasilan makanan sejuk beku yang juga berasaskan produk ayam,

serta jualan di gerai yang diusahakan oleh rakan-rakan kami yang makin lama kian

mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Premis premis jualan gerai kami telah berkembang kepada masyarakat umum. Selain

itu juga pemilik bakal menyediakan khidmat tempahan dan khidmat hantar terus ke

rumah dan pejabat

Secara ringkasnya pemilik yang mempunyai pengalaman yang cukup luas di dalam

penternakan dan penghasilan produk berasaskan ayam juga adalah seorang graduan

Ijazah Sarjana Muda Eksekutif Dalam Pengurusan Perladangan dari Asia E Universiti

adalah seorang usahawan yang mahir dan cukup pengetahuan di dalam bidang

Industri Makanan. Beliau juga telah banyak menghadiri kursus-kursus tajaan

Kerajaan dan juga agensi yang membimbing usahawan.


Nama Syarikat JUTA BERSATU ENTERPRISE

Tarikh Didaftarkan 10/12/2021

Nombor Pendaftaran ( RA0081046-X)

No. Ruj. Akaun. Pendaftaran 202103363918


Kontraktor Bumiputra

Alamat Syarikat NO 20 KAMPUNG BARU TANAH MERAH DALAM


BANDAR DARUL AMAN , 06000 JITRA, KEDAH
No Telefon 019-5630286
Jenis Perniagaan IMPORT DAN EXPORT AYAM BULAT (AP)

5.0 PENTADBIRAN SYARIKAT

Pentadbiran Syarikat adalah seperti berikut:

1. Memastikan kontrak yang tertakluk dalam perjanjian dengan pembekal diikuti


sepenuhnya.
2. Memastikan Pengurusan Pentadbiran oleh wakil syarikat bertanggungjawab
dengan sepenuhnya.

3. Memastikan kebajikan pekerja dijaga oleh majikan seperti berikut:

a. Gaji Bulanan.

b. Potongan KWSP/SOCSO.

c. Cuti Rehat/Cuti Sakit.

d. Penal Rawatan

e. Bonus Tahunan.
PENDAFTARAN PIHAK BERKUASA

Disertakan salinan Sijil Akuan pendaftaran Pihak Berkuasa Tempatan:

a. Perakuan Pendaftaran Perniagaan seperti di Lampiran

b. Sijil-sijil yang berkaitan seperti di lampiran

TUGAS DAN PERATURAN KERJA

Penugasan dan peraturan kerja diagihkan kepada tiga bahagian iaitu:

a. Bahagian Pentadbiran.

b. Bahagian Operasi dan pemprosesan

c. Bahagian jualan dan pemasaran


6.0 CARTA ORGANISASI SYARIKAT

MOHAMAD SHAHARUL NIZAL


MANAGING DIRECTOR

MOHAMAD HASBULLAH SAZLINA BINTI MD


NUR FADLINA BINTI
BIN MD SALLEH SALLEH
MOHD MAHIDIN
OPERASI MANAGER MARKETING MANAGER
PROJEK MANAGER

MOHD NURUL AFIQ MOHAMAD SHAIFUL


PENYELIA ZAINON BIN DIN
AZHAR BIN MD
SALES EXECUTIVE
SALLEH
ADMIN

NUR IZZATI MOHD


ZAKARIYAL BIN ASRI SITI SOLLEHAH
MAHIDIN
PEKERJA AM KERANI
PEMBANTU TADBIR

EMILIA BINTI MOHD KHAIRUL AZRIN BIN


BADROL AMIN BIN
MAHIDIN MOHD MAHIDIN
MD ISA
PEKERJA AM PEKERJA AM
PEMBANTU
PENGHANTARAN

7.0 CARTA ALIRAN RANTAIAN BEKALAN DI BAWAH JUTA BERSATU ENTERPRISE

CATATAN ALIRAN KERJA


1. Bermula di ladang ternakan /
reban yang dimiliki dan juga para
penternak yang berkerjasama
dengan Juta Bersatu Enterprise

2. Pemprosesan ayam yang dikawal


selia oleh pemilik Juta Bersatu
Enterprise dan mengikut piawaian
yang telah ditetapkan oleh
Jabatan Veterinar
3. Ayam yang telah dibersihkan
akan dibungkus dan disediakan
samada untuk jualan ayam
goreng mahupun untuk produk-
produk lain yang berasaskan
ayam

4. Antara produk-produk akhir yang


diberi label di bawah edarnas ™
Ayam goreng, Nugget ayam dan
sosej, serta berbagai rasa ayam
perapan yang istimewa menu
resepi khas Edarnas

8.0 Penanda Aras Syarikat

i. Bermula dengan modal skala kecil-kecilan pada tahun 2020

ii. Menjadi pembekal kecil- kecilan di pasar borong bilion Alor setar
iii. Menyertai program Motivasi usahawan di Boomadz academy 2021

iv. Bengkel Perancangan Strategik Perniagaan 2021

v. Bengkel Perancangan Strategik Perniagaan 2021

vi. Menyertai program pemasaran di Boomadz academy 2021

vii. Bimbingan Plan Tindakan Dan Pelaksanaan 2021

viii. Modul Bimbingan one- to -one coaching 2022

ix. Profesional marketing online 2022

x. Bengkel Pembentangan Syarikat Dan Rumusan 2022


9.0 Kemahiran Pengurusan dan Projek

Peringkat Pengurusan

(a) Menjelaskan kepentingan kemahiran dalam


pengurusan; Definisi Kemahiran Pengurusan
 Kemahiran pengurusan atau kebolehan mengurus adalah
berhubung dengan proses pengarahan, penyelarasan, atau
pengawasan pekerjaan orang lain.
 Kepentingan kemahiran teknik atau kemahiran pengurusan
bergantung kepada tingkat pengurus itu berada dalam
organisasi dan keadaan operasi yang dijalankan.
 Semakin rendah pangkat seseorang pengurus itu, semakin
tinggi ia memerlukan kemahiran teknik untuk menjalankan
tugas pada peringkat operasi.

Kepentingan Kemahiran Pengurusan

1. Membolehkan pengurus mengurus dengan berkesan


2. Membolehkan pengurus menyelaras kerja di dalam organisasi
secara lebih baik dan berkesan
3. Membolehkan pengurus membuat keputusan yang tepat bagi
sesuatu situasi yang penting.
4. Membolehkan pengurus mengurus masa secara cekap dan berkesan.
5. Membolehkan pengurus berhubung dengan semua pihak
secara berkesan
6. Membolehkan pengurus mengetahui dan menyelesaikan
semua masalah secara cekap dan berkesan.
7. Membolehkan pengurus mengenalpasti dan mengambil peluag
yang wujud sama ada dari dalam dan luar organisasi.
8. Membolehkan pengurus mengkoordinasikan semua semua
secara cekap dan berkesan.
(b) Menjelaskan tiga peringkat pengurusan iaitu peringkat bawahan,
peringkat pertengahan, dan peringkat atasan;

1. Pengarah Operasi
 Pengarah yang menduduki peringkat atasan ini yang menetapkan
matlamat dan menentukan ia tercapai mengikut tujuan organisasi.
Pengarah atasan ini juga meneliti perkembangan dan peluang
yang berlaku di persekitaran luaran supaya organisasi itu dapat
menyesuaikan diri kepada perubahan yang berlaku.

2. Pengurus
 Tugas pengurus pada peringkat ini, termasuklah menyelaras dan
menyatupadukan aktiviti bahagian untuk mencapai matlamat yang
telah ditetapkan oleh pihak atasan. Tugas mengawasi pekerjaan
harian di bahagian operasi seperti bahagian pengeluaran agar
pengeluaran itu mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh
pihak atasan. Pengurus yang terlibat dalam peringkat ini ialah
Pengurus Operasi dan Pengurus Projek.
Jenis-jenis kemahiran pengurusan

(c) Menjelaskan berbagai-bagai jenis kemahiran pengurusan


termasuklah konseptual, antara- perorangan/kemanusiaan, teknikal,
pengurusan masa, dan pembuatan keputusan;

1. Kemahiran Konseptual
 Kemahiran konseptual ialah kebolehan mental atau minda untuk
menganalisis dan mengdiagnosis setiap situasi dan masalah, malah
berupaya untuk menyelaras dan menyepadukan keseluruhan aktiviti
organisasi agar ia lebih sistematik dan efektif.
 Setiap organisasi sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dan
saingan yang memerlukan kepada penentuan polisi dan strategi
organisasi yang lebih berdaya saing.
 Kemahiran konseptual yang tinggi sanggat diperlukan untuk
membolehkan seseorang pengurus memahami dengan sempurna
dan rasional setiap peluang dan tindakan-tindakan yang lebih
strategik dari semasa ke semasa.
 Dengan yang demikian, organisasi akan dapat berfungsi dengan
lebih efektif sesuai dengan situasi dan kehendak semasa.
 Disamping itu, perlu dipahami bahawa proses untuk mencapai
matlamt organisasi melibatkan jumlah aktiviti yang banyak dan
pelbagai.
 Kesemuanya perlu di organisasi sejara efektif supaya wujud
kelancaran beroperasi demi untuk meminimumkan kos pengeluaran
di samping akan dapat mencapai tahap produktiviti yang tinggi serta
berkualiti.

2. Kemahiran Kemanusiaan/Interpersonal
 Kemahiran kemanusiaan merujuk kepada kebolehan seseorang
pengurus untuk bekerja dan memahami serta memotivasi para
pekerja, sama ada secara individu mahupun secara kumpulan dan
pasukan.
 Sebahagian besar daripada urusan seharian para pengurus
organisasi adalah bekerja bersama-sama dengan para pekerja
mereka.
 Malah, kejayaan seorang pengurus adalah bergantung kepada
sejauh mana mereka dapat merealisasikan matlamat syarikat
melalui kerja-kerja yang dijalankan oleh para pekerja mereka.
 Berdasarkan kepada hakikat ini, kemahiran kemanusiaan amatlah
kritikal kepada seorang pengurus. Antaranya, komunikasi,
perundingan, motivasi dan kepimpinan.

3. Kemahiran Teknikal
 Kemahiran teknikal merujuk kepada pengetahuan dan kebolehan
seseorang pengurus mengaplikasi segala teori, kaedah, teknik,
prosedur dan alat-alat yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu
tugas yang spesifik.
 Kemahiran teknikal ini amat mudah untuk diphami dalam dunia
pekerjaan profesional yang bersifat teknikal, seperti kerja seorang
jurutera dan seorang doktor.
 Mereka mestilah mempunyai kemahiran teknikal dalam bidang
masing- masing untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas-
tugas seharian mengikut keperluan dan piawaian yang ditentukan.
 Dalam bidang pengurusan pula, seorang pengurus personel
hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknikal yang
secukupnya dan terkini serta mahir dalam prosedur dan peralatan
yang digunakan untuk proses pengrekrutan, penstafan, latihan,
pembangunan staf, penilaian prestasi, pampasan dan sebagainya.

4. Kemahiran Pengurusan Masa


 Kemahiran pengurusan masa merujuk kepada kemampuan
pengurus untuk menjadualkan kerja mengikut keutamaan kerja.
 Oleh kerana seseorang pengurus merupakan seorang yang sibuk
dengan tugas berkaitan dengan pengurasan, maka beliau perlu
pandai menguruskan kerja yang perlu dilaksanakan tidak
terbengkalai.
 Kemampuan untuk menggunakan masa dalam melakukan aktiviti
mengikut tempoh yang ditetapkan.

5. Kemahiran Pembuatan Keputusan


 Kemahiran pembuatan keputusan merujuk keupayaan memilih
alternatif terbaik yang dapat diterima & membawa kebaikan
 Pengurus dapat membuat keputusan yang bijak dengan
mengambilkira perubahan persekitaran dll
 Sebagai contoh, seorang pengurus kewangan mempunyai
pengalaman dan tahu menguruskan belanjawan pembelian bahan
mentah untuk mengeluarkan sesuatu produk.
RINGKASAN NOTA JENIS-JENIS KEMAHIRAN

1. Kemahiran Konseptual
 Melihat organisasi secara keseluruhan
 Menyelesaikan masalah jangka panjang
 Membuat perancangan strategik
 Memahami persekitaran dan perubahan persekitaran
 Melihat peluang masa depan dan menjangka ancaman
 Berkebolehan menganalisis persekitaran
 Menentukan arah perjalanan organisasi
 Kemahiran ini diperlukan oleh pengurus atasan

2. Kemahiran Kemanusiaan
 Memimpin pekerja
 Memberi arahan /tugas
 Memberi motivasi
 Menyelaraskan pekerja dan kerja
 Memahami hubungan pekerja
 Semua peringkat pengurus memerlukan kemahiran ini

3. Kemahiran Teknikal
 Mengoperasi mesin dan peralatan
 Menggunakan kaedah/prosedur untuk melaksanakan kerja
 Menggunakan teknologi dan kemahiran untuk kerja harian
 Kerja yang agak rutin
 Peringkat pengurus bawahan sangat memerlukan kemahiran ini

4. Kemahiran Pengurusan Masa


 Kemampuan pengurus menjadualkan kerja mengikut keutamaan kerja
 Kerja yang perlu dilaksanakan tidak terbengkalai

5. Kemahiran membuat keputusan


 Keupayaan membuat keputusan dengan baik
 Bertepatan @ berkesan dengan matlamat organisasi
 Mengurangkan risiko @ tidak menimbulkan risiko
10.0 Menghubungkaitkan kemahiran pengurusan dengan peringkat
pengurusan.

RAJAH KONSEP :

HUBUNGKAIT ANTARA KEMAHIRAN PENGURUSAN


DENGAN PERINGKAT
PENGURUSAN

KONSEPTUAL KEMANUSIAAN PENGURUSAN


MASA BUAT KEPUTUSAN
A P P
ATASAN P AP
Hub.antara bghn Hub.pihak Rcgn j/pjg
Anal.swot luar/ Tercapai
prcgn Pengurus Strategi
orgn Keputusan bawah KP
Dasar/Utg/Rugi
Peluang
Niaga
P P P P P
Rancangan Hub.atasa Rancang/ Selia/latih
PERTENG n/ Sedia Pgunaan
AHAN Jabatan Rakan/ba Jadual Nilai Prestasi
wahan/ Utk Sumber/
Pihak luar Jabatan Kawal/Elak
Strategi
Ditipu/Dihormat

Jabtn
KP P P AP KP
BAWAHA Berhubgun Ikut/Patuh Fahami
N g Dgn Jadual Utk aturan
Pekerja Proses Prosedur
Bawahan Pengeluar kerja/
& an Aplikasi
Peng.Pertg kaedah/
han Teknikal
kerja
TEKNIKAL
JADUAL KONSEP :

HUBUNGKAIT ANTARA KEMAHIRAN PENGURUSAN DENGAN


PERINGKAT PENGURUSAN

Kemahiran Penyelia Pengurus Pengarah Urusan


Pengeluara
n
Teknikal  Memahami  Bertujuan
prosedur dan memberi tunjuk
peraturan kerja ajar kepada
 Aplikasi kaedah, pihak bawahan
prosedur dan
teknik dalam
semua bidang
kerja
Konseptual  Peringkat jabatan  Perancang
an
peringkat
organisasi
 Analisis SWOT
Kemanusiaan  Berhubung  Hubungan  Berhubung
dengan pihak dengan pihak dengan
bawahan. atas, rakan pihak luar.
sejawat dan
bawahan
Pengurusan Masa  Ikut/patuhi  Merancang
jadual untuk dan
proses menyediakan
pengeluaran jadual untuk
jabatan.
Pembuatan  Penggun  Strategi
Keputusan aan  Dasar/ isu
sumber.  Peluang
perniaga
an
 Agihan sumber
1. Kemahiran Konseptual

Definisi:

 Kebolehan melihat perkaitan antara bahagian/perubahan persekitaran organisasi

 Keupayaan berfikir secara abstrak

 Mengenalpasti & menganalisis masalah dalam pelbagai situasi

 Dapat melihat jauh kehadapan.

 Contoh kemahiran : daya kreativiti yg tinggi, mempunyai inisiatif

Aplikasi/kepentingan

Pengarah Operasi:

 Amat diperlukan kerana perlu buat keputusan dan perancangan yang melibatkan

organisasi secara keseluruhan.

 Contoh perancangan pelaburan /produk/peluang baru/pasaran/strategi persaingan

 Perlu cekap dan peka kepada apa-apa perubahan di persekitaran dalaman dan

luaran kerana ini akan mempengaruhi perjalanan organisasi.

Pengurus:

 Menyelesaikan masalah jangka panjang untuk peringkat jabatan


 Memahami persekitaran dan perubahan persekitaran untuk peringkat jabatan /

berfikiran secara abstrak

 Membuat perancangan strategik/jangka panjang untuk peringkat jabatan

 Melihat peluang masa depan dan menjangka ancaman di peringkat jabatan

 Berkebolehan menganalisis persekitaran peringkat jabatan (faktor dalaman dan

luaran)

 Menterjemah visi dan misi organisasi kepada pengurus bawahan

 Menyelesaikan masalah jangka panjang untuk peringkat unit kerja

 Memahami persekitaran dan perubahan persekitaran untuk peringkat unit kerja /

berfikiran secara abstrak

 Membuat perancangan strategik/jangka panjang untuk peringkat unit kerja

 Melihat peluang masa depan dan menjangka ancaman untuk peringkat unit kerja

 Berkebolehan menganalisis persekitaran unit kerja/(faktor dalaman dan luaran)

 Menterjemah visi dan misi organisasi kepada para pekerja untuk peringkat

unit/kumpulan kerja
2. Kemahiran Pembuatan Keputusan

Definisi:

 membuat keputusan yang bijak dengan mengambilkira perubahan persekitaran dll


 Menggunakan kaedah membuat keputusan dengan sistematik dan baik
 Kebolehan memilih dan mengambil alternatif yang terbaik /keupayaan
memilih alternatif terbaik yang dapat diterima & membawa kebaikan

Aplikasi/kepentingan:

Pengarah Operasi:
 Penting kerana pengurus atasan perlu membuat keputusan dalam pelbagai
aspek pada setiap masa.
 Keputusan tepat penting kerana akan memberi kesan kepada keseluruhan
organisasi
 Melibatkan pembuatan keputusan-keputusan penting seperti penentuan
pelaburan, produk dll
 Strategi
 Dasar/ isu
 Peluang perniagaan
 Agihan sumber
 Keputusan penilaian prestasi

Pengurus:
 Keputusan berkaitan agihan sumber
 Menyelesaikan masalah dengan cepat dan tepat di peringkat jabatan
 Mengambil tindakan segera terhadap isu dan permasalahan yang berlaku di
peringkat jabatan
 Memberhentikan para pekerja yang bermasalah
 Membuat penilaian prestasi pekerja dengan adil
 Menyelesaikan masalah dengan cepat dan tepat
 Meneruskan atau memberhentikan pengeluaran jika berlaku kemalangan/output
tidak mematuhi standard
 Mengubahsuai kaedah pengeluaran yang tidak efisyen
 Memberhentikan para pekerja yang bermasalah di peringkat operasi
 Membuat penilaian prestasi pekerja dengan adil
3. Kemahiran Kemanusiaan

Definisi:

 Kemahiran hubungan manusia / komunikasi dengan pelbagai pihak


 Sebagai perantara antara pihak pengurusan dengan para pekerja
 kebolehan bekerja dengan orang lain/secara berpasukan
 kebolehan berkomunikasi dengan baik & berkesan

Aplikasi/kepentingan:

Pengarah Operasi:
 Berkomunikasi dan berinteraksi secara berkesan
 Memimpin pekerja
 Memberi arahan/tugas
 Menyelaras kerja dan pekerja
 Memahami hubungan pekerja
 Memberi motivasi pekerja
 Menyelesaikan masalah
 Contoh:Pengurus atasan perlu memberi dorongan dan arahan kepada pekerja
bawahan, Pengarah memberi arahan kepada Eksekutif Pengeluaran,
Pengarah/CEO Berhubung dengan pihak luar.

Pengurus:
 Kebolehan untuk bekerja dengan orang lain
 Memahami tingkahlaku-pengguna/pekerja/pihak berkaitan dengan aspek
pemasaran
 Memotivasi/Berupaya meransang individu supaya rajin bekerja-
orang bawahan/jurujual/promoter/agen pemasaran
 Berkomunikasi dengan berkesan-arahan jelas/maklumat
produk/pengaruhi pengguna/staf kepada pihak berkaitan
 Mempunyai hubungan yang baik dengan pengurus lain- di semua peringkat
dalam organisasi-pengurus lain seperti pengurus/staf jabatan lain dalam
organisasi sama.
 Memahami sikap dan perasaan orang lain-staf dalaman/pihak
pengguna/pelanggan- peka dan prihatin terhadap masalah berkaitan dengan
aspek pemasaan produk.
 Perlu untuk berinteraksi dengan berkesan dengan para pekerja operasi
 Untuk memberi arahan dan teguran
 Mewujudkan suasana harmoni pengurus-pekerja
 Memberi maklum balas kepada pengurusan pertengahan dan atasan
 Memberi motivasi
 Memimpin pekerja
4. Kemahiran Pengurusan Masa

Definisi:

 Penggunaan masa dengan berkesan


 Penjadualan tugas/perancangan masa yang rapi
 Keupayaan menggunakan masa dalam melakukan sesuatu aktiviti untuk
mencapai kualiti piawai yang ditetapkan
 Kecekapan menentukan keutamaan setiap tugas

Aplikasi/kepentingan

Pengarah Operasi:

 Membuat perancangan jangka panjang.


 Memastikan perancangan jangka panjang tercapai
 Mengenalpasti peruntukan masa yang diperlukan untuk sesuatu projek
 Mengendalikan sesuatu mesyuarat secara berkesan.

Pengurus:
 Merancang jadual peringkat jabatan
 Menyediakan jadual untuk peringkat jabatan dan bawahan
 Memastikan projek dan perancangan peringkat jabatan mengikut jadual
dan masa yang ditetapkan
 Memastikan peringkat bawahan menjalankan operasi seperti yang dirancang
dalam jadual
 Mengetahui jumlah masa yang diperlukan bagi sesuatu kerja
 Menyiapkan kerja sebagaimana yang dirancang
 Memperuntukan masa mengikut keperluan tugas
Kemahiran Teknikal Definisi

 Kebolehan aplikasi kaedah, prosedur, teknik, alatan dalam membuat atau


memasang sesuatu

Aplikasi/kepentingan

Pengarah Operasi:

 Pengurus atasan mengetahui dan memahami prosedur setiap aspek teknikal


 Memahami masalah teknikal yang berlaku di peringkat bawah
 Memahami tanggungjawab teknikal pengurus peringkat operasi/bawahan

Pengurus:
 Menyelia subordinat – (memberi panduan)
 Melatih subordinat- (tunjuk ajar)
 Menilai prestasi subordinat- (tahu ukuran prestasi)
 Mengawal subordinat -(memastikan ikut prosedur)
 Mengelakkan penipuan-(patuh kepada peraturan)
 Dihormati subordinat -(tidak memandang rendah keupayaan pengurus)
 Menggunakan teknologi dan kemahiran untuk kerja harian/kerja rutin
 Menunjuk ajar / memberi penerangan kepada para pekerja
 Mengenalpasti sebarang kekurangan / kerosakan peralatan
 Dapat memantau dengan berkesan pematuhan prosedur kerja yang dikuti pekerja
 Bertanggungjawab secara langsung dengan operasi harian kilang/
 Menyediakan jadual bertugas pekerja supaya operasi kilang berjalan dengan
lancar/ Memastikan operasi pengeluaran dilaksanakan secara berterusan
 Memastikan pekerja melaksanakan tugas /Menggunakan /Mengaplikasikan
kaedah pengeluaran dengan cekap dan berkesan

You might also like