You are on page 1of 3

SURAT PERJANJIAN PERLANTIKAN SEBAGAI SUB-KONTRAKTOR

PERJANJIAN INI diperbuat pada 21/2/2022 di antara Muhammad Shafiq bin Saleh
FIQGROW BIOTECH & AGRICULTURE yang beralamat NO 115 KAMPUNG
KUBANG BONGOR ALOR JANGGUS, 06250 ALOR SETAR KEDAH SSM
202003249696 (003165115-U) (selepas ini disebut sebagai “Kontraktor Utama”) di satu pihak
dan ONE POINT SOLUTION ENTERPRISE NO PENDAFTARAN 202003153312
(NS0238595-W) yang beralamat di 186 TINGKAT 2 KOMPLEKS SHAHAB PERDANA
JALAN SULTANAH SAMBUNGAN, 05150 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN
(selepas ini disebut sebagai “Sub-Kontraktor”) di pihak yang satu lagi.

BAHAWASANYA :-

1.   Kontraktor Utama adalah pemilik bagi kerja-kerja seperti butiran berikut :

     
     
(Selepas ini disebut sebagai “Tawaran Tersebut”)

2.   Kontraktor Utama berhasrat untuk menyerahkan Tawaran Tersebut dan Sub-Kontraktor
berhasrat untuk menerima Tawaran Tersebut tertakluk kepada syarat-syarat dan persetujuan
di dalam Perjanjian ini.

1.   ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut :-

1.1.   Kontraktor Utama dengan ini bersetuju untuk mengambil sebanyak 10% daripada harga
tawaran iaitu berjumlah RM17,400.00 (Ringgit Malaysia : Tujuh Belas Ribu Empat Ratus
Sahaja) dan bersetuju menyerahkan Tawaran Tersebut kepada Sub-Kontraktor sebanyak 90%
daripada harga tawaran iaitu berjumlah RM156,600.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Lima
Puluh Enam Ribu Enam Ratus Sahaja) untuk keseluruhan tawaran dan menyerahkan Tawaran
Tersebut kepada Sub-Kontraktor pada tarikh Perjanjian ini dimeteraikan dengan kebenaran
Sub-Kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja tersebut.

1.2.   Kontraktor Utama bersetuju member bayaran berjumlah RM156,600.00 (Ringgit Malaysia :
Satu Ratus Lima Puluh Enam Ribu Enam Ratus Sahaja) kepada Sub-Kontraktor.

1.3.   Pembayaran sebanyak RM156,600.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Lima Puluh Enam
Ribu Enam Ratus Sahaja) daripada Kontraktor Utama kepada Sub-Kontraktor adalah
termasuk semua perbelanjaan iaitu upah pekerja, belian bahan, jentera dan lain-lain yang
bersangkutan dengan kerja-kerja yang dijalankan.
…./-
2.       TERMA DAN SYARAT-SYARAT AM

Adalah dengan ini kedua-dua belah pihak bersetuju :-

2.1. Untuk tujuan perlaksanaan Perjanjian ini, apa-apa perbuatan kemungkiran atau perlanggaran
mana-mana syarat di dalam Perjanjian ini oleh satu pihak-pihak yang satu lagi bolehlah
membuat tuntutan mengikut undang-undang.

2.2. Perjanjian ini hendaklah mengikut waris-waris, wakil-wakil peribadi, pengganti-pengganti


dan pentadbir-pentadbir pusaka kedua-dua belah pihak.

SEBAGAI MENYAKSIKAN SYARAT-SYARAT PERJANJIAN DI ATAS, Pihak-pihak


kepada Perjanjian ini dengan ini menurunkan tandatangan masing-masing pada hari, bulan
dan tahun seperti yang tertera di atas.

Ditandatangani oleh Kontraktor Utama    )


                                                                                  )          
…………………………………………………………..
                                                                                  )

Dihadapan Saksi :

Tandatangan : …………………………………………
Nama :
No. K/P :

Ditandatangani oleh Sub-Kontraktor         )


                                                                                  )          
…………………………………………………………..
                                                                                  )

Dihadapan Saksi :

Tandatangan : …………………………………………
Nama :
No. K/P :

You might also like