You are on page 1of 12

BERTARIKH PADA , 2023

ANTARA

XXXXXX
(NO PENDAFTARAN SYARIKAT: )
(“Pihak Pertama”)

DAN

NAMA
(No. K/P : )
(“Pihak Kedua”)

****************************************************************

PERJANJIAN PERKHIDMATAN

***************************************************************
Hak Cipta © KNAZ CONSULTANCY SDN BHD 2023

Semua hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada dokumen ini atau
templat-templat yang terkandung di dalamnya boleh direkodkan, diedarkan,
atau disiarkan dalam apa-apa bentuk atau apa-apa cara sekalipun, termasuk
fotokopi, rakaman, atau apa-apa kaedah elektronik atau mekanikal lain,
tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Knaz Consultancy Sdn Bhd,
kecuali digunakan dalam petikan ringkas yang terkandung dalam ulasan
ilmiah, dan beberapa kegunaan bukan komersial yang dibenarkan oleh
undang-undang hak cipta.

Dokumen ini dan templat-templat yang terkandung di dalamnya dilindungi


oleh undang-undang hak cipta (Akta Hak Cipta 1987). Pencetakan atau
penyebaran yang tidak sah dari dokumen ini, atau sebahagian daripadanya,
boleh mengakibatkan tindakan sivil dan jenayah yang berat dan akan
didakwa semaksima yang mungkin di bawah undang-undang Malaysia.

1 / 11
PERJANJIAN PERKHIDMATAN

PERJANJIAN ini dibuat pada hb, 2023

Antara Pihak Pertama yang nama dan alamat dinyatakan dalam Seksyen II
Jadual Pertama di sini (selanjutnya dirujuk sebagai “Pihak Pertama”) dan Pihak
Kedua yang nama dan alamat dinyatakan dalam Seksyen III Jadual Pertama
di sini (selanjutnya dirujuk sebagai “Pihak Kedua”).

Di mana pihak-pihak di dalam perjanjian ini adalah bersetuju bagi perkara


berikut :-

A. PIHAK-PIHAK

1. Pihak Pertama ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta


Syarikat 1965 yang mempunyai alamat berdaftarnya di [masukkan alamat
penuh syarikat].

2. Pihak Kedua adalah seorang warganegara Malaysia yang cukup umur.

3. Pihak Kedua telah menawarkan perkhidmatan pakar cucian yang


termasuk tetapi tidak terhad kepada cucian komersial, cucian karpet,
cucian tingkap, cucian langsir, perkhidmatan mengemas rumah dan
khidmat cucian yang lain-lain.

4. Pihak Pertama ingin mendapatkan perkhidmatan pakar cucian dari Pihak


Kedua bagi mencuci dan mengemas sebuah Syarikat termasuk cucian
tingkap, cucian langsir dan termasuk pembersihan yang mendalam bagi
karpet.

2 / 11
5. Perkhidmatan yang diperlukan oleh Pihak Pertama terhadap Pihak Kedua
adalah penggunaan perkhidmatan semata-mata dan bukanlah
membentuk hubungan sebagai majikan dan pekerja.

6. Pihak Pertama tidak bertanggungjawab untuk mencarum KWSP, SOCSO


dan EIS bagi Pihak Kedua.

7. Sebagai balasan perkhidmatan yang diberikan oleh Pihak Kedua, Pihak


Kedua akan menerima bayaran upah perkhidmatan oleh Pihak Pertama.

8. Maka, pihak - pihak bersetuju untuk memasuki perjanjian ini untuk menjaga
kepentingan pihak-pihak.

B. TANGGUNGJAWAB PIHAK PERTAMA

9. Pihak Pertama bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran yang


selamat dan bebas daripada kacau ganggu yang boleh menyebabkan
kelambatan tempoh penyelesaian perkhidmatan yang telah dijanjikan
oleh Pihak Kedua.

10. Pihak Pertama bertanggungjawab sepenuhnya untuk membiayai bil


elektrik, bil air, bil yuran penyelenggaraan yang telah ditetapkan oleh
pihak badan pengurusan (sekiranya ada) dan segala bil-bil yang
berkenaan ketika tempoh perkhidmatan cucian dijalankan.

11. Pihak Pertama bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Pihak


Kedua berkenaan perkara berikut:-

(a) Tempat:
(b) Masa:

3 / 11
(c) Barang yang ingin dicuci:
(d) Keluasan Tempat: dan
(e) Perkara-Perkara yang dirasakan perlu dan berkaitan dengan
perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pihak Kedua.

C. TANGGUNGJAWAB PIHAK KEDUA

12. Pihak Kedua berakujanji akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk


menyempurnakan perkhidmatan yang telah ditawarkan kepada Pihak
Pertama.

13. Pihak Kedua bertanggungjawab untuk menyediakan mesin cucian,


barangan cucian beserta sabun pencuci bagi menyempurnakan
perkhidmatan yang telah ditawarkan.

14. Pihak Kedua berakujanji bertanggungjawab untuk hadir tepat pada masa
dan tempat yang telah dimaklumkan oleh Pihak Pertama;

15. Pihak Kedua berakujanji untuk bertanggungjawab menjaga dan


memastikan segala barangan yang ada di tempat yang ditetapkan oleh
Pihak Pertama dalam keadaan yang baik.

16. Pihak Kedua berakujanji untuk bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya


berlaku kecacatan dan kerosakan terhadap barangan yang ada di
tempat yang ditetapkan oleh Pihak Pertama ketika dalam tempoh
perkhidmatan dengan syarat Pihak Pertama membuktikan kepada Pihak
Kedua bahawa kecacatan dan kerosakan tersebut berlaku disebabkan
oleh Pihak Kedua.

4 / 11
D. REPRESENTASI DAN WARANTI

17. Pihak Pertama memberi representasi dan waranti kepada Pihak Kedua
bahawa:-

a) Ia diberikan kuasa untuk memasuki dan melaksanakan obligasinya di


bawah Perjanjian ini;

b) Tiada litigasi, arbitari dan tuntutan pertikaian atau prosiding


penggulungan syarikat yang masih tertangguh atau dalam
pengetahuan Pihak Pertama yang boleh mengenakan “adverse
effect” atas Pihak Pertama atau kebolehan Pihak Pertama untuk
melaksanakan obligasinya kewangan di bawah Perjanjian ini.

18. Pihak Kedua memberi representasi dan waranti kepada Pihak Pertama
bahawa:-

a) Ia diberikan kuasa unutk memasuki dan melaksanakan obligasinya di


bawah Perjanjian ini;

b) Tiada litigasi, arbitari dan tuntutan pertikaian atau prosiding


kebankrapan yang masih tertangguh atau dalam pengetahuan Pihak
Kedua yang boleh mengenakan “adverse effect” atas Pihak Kedua
atau kebolehan Pihak Kedua untuk melaksanakan obligasinya di bawah
Perjanjian ini.

E. PEMBAYARAN PERKHIDMATAN

19. Pihak Pertama beraku janji akan membayar wang pendahuluan


bersamaan lima puluh peratus (50%) daripada Harga Perkhidmatan yang
telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak pada tarikh perjanjian ini.

5 / 11
20. Pihak Pertama berakujanji dengan segera akan menyelesaikan secara
penuh bayaran upah perkhidmatan kepada Pihak Kedua dalam masa
tiga (3) hari selepas menerima invois daripada Pihak Kedua.

21. Sekiranya Pihak Pertama tidak membuat penyelesaian secara penuh


bayaran upah perkhidmatan dalam masa tiga (3) hari yang telah
ditetapkan di atas, Pihak Kedua berhak untuk mengenakan kadar faedah
sebanyak 10 peratus (10%) daripada jumlah yang tidak dibayar oleh Pihak
Pertama yang akan dikira setiap hari bermula selepas tamat tempoh tiga
(3) hari di atas sehingga penyelesaian penuh oleh Pihak Pertama.

22. Bayaran hendaklah dikreditkan ke dalam akaun Pihak Kedua oleh Pihak
Pertama seperti yang telah ditetapkan di dalam Seksyen VI Jadual
Pertama

F. TEMPOH PERJANJIAN

23. Perjanjian ini adalah terpakai selama satu (1) tahun dari tarikh perjanjian ini
ditandatangani, seperti yang dinyatakan di Seksyen V, Jadual Pertama.

24. Mana-mana pihak yang ingin menamatkan perjanjian sebelum tamat


tempoh satu (1) tahun, perlu memberikan notis bertulis kepada pihak yang
satu lagi dalam masa dua (2) minggu sebelum perjanjian ini ditamatkan.

25. Sekiranya selepas tamat tempoh satu (1) tahun perjanjian dan pihak-pihak
bersetuju untuk meneruskan perjanjian, pihak-pihak boleh meneruskan
perjanjian ini bagi tempoh satu (1) tahun lagi tanpa memerlukan perjanjian
yang baru.

6 / 11
26. Sekiranya Pihak Pertama ingin menambah senarai perkhidmatan cucian
oleh Pihak Kedua, Pihak Pertama hendaklah menyerahkan satu (1) notis
secara bertulis kepada pihak Kedua dalam tempoh dua (2) minggu
sebelum perkhidmatan dijalankan oleh Pihak Kedua dan segala bayaran
upah perkhidmatan akan ditetapkan oleh Pihak Kedua mengikut kadar
yang dirasakan perlu dan bersesuaian oleh Pihak Kedua.

G. PENAMATAN PERJANJIAN OLEH PIHAK PERTAMA ATAU PIHAK KEDUA

27. Sekiranya berlaku penamatan kontrak sebelum penyempurnaan


Perjanjian ini yang bukan disebabkan oleh Pihak Kedua, wang
pendahuluan yang telah dibayar oleh Pihak Pertama kepada Pihak Kedua
akan dirampas dan tidak akan dikembalikan kepada Pihak Pertama dan
seterusnya Perjanjian ini akan dibatalkan selepas rampasan tersebut dan
tidak akan mempunyai kesan undang-undang terhadap kedua-dua
pihak.

28. Sekiranya berlaku penamatan kontrak sebelum penyempurnaan


Perjanjian ini yang bukan disebabkan oleh Pihak Pertama, wang
pendahuluan yang telah dibayar akan dikembalikan kepada Pihak
Pertama tanpa sebarang faedah dan Pihak Kedua akan membayar
sejumlah wang pampasan bersamaan dengan jumlah wang
pendahuluan kepada Pihak Pertama dan seterusnya Perjanjian ini akan
dibatalkan selepas Pihak Pertama menerima wang pampasan tersebut
daripada Pihak Kedua dan tidak akan mempunyai kesan undang-undang
terhadap kedua-dua pihak.

7 / 11
H. MERAHSIAKAN MAKLUMAT

29. Pihak Kedua ketika menjalankan perkhidmatannya berakujanji seperti


berikut kepada Pihak Pertama:-

(a) Tanpa kebenaran yang sah dan bertulis oleh Pihak Pertama, tidak boleh
membenarkan sesiapa selain daripada pekerja untuk memasuki premis
Pihak Pertama;

(b) Jika dapat memiliki sesuatu benda yang menjadi hakmilik Pihak
Pertama samada secara tidak sengaja menjumpainya hendaklah serta
merta menyerahkan benda tersebut kepada Pihak Pertama; dan

(c) tidak boleh menzahirkan kepada mana-mana pihak apa-apa


maklumat yang ditemuinya atau diketahuinya secara sengaja atau
tanpa sengaja.

I. MASA

30. Masa hendaklah menjadi intipati perjanjian ini.

J. LAIN-LAIN PERKARA

31. Pihak Pertama bersetuju bagi menanggung kos guaman dan bayaran duti
setem perjanjian ini.

32. Perjanjian ini mengikat pihak-pihak, wasi-wasi dan waris-waris pihak-pihak


dan sebarang pindaan yang ingin dibuat perlulah dibuat secara bertulis
dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.

33. Pihak-pihak juga berakujanji tidak akan mengambil tindakan terhadap


mana-mana pihak sekiranya perjanjian ini tidak boleh dijalankan atas

8 / 11
sebab-sebab di luar kawalan pihak-pihak seperti bencana alam, perintah
kerajaan dan lain-lain perkara berkaitan.

34. Segala pertikaian, perbezaan atau persoalan di antara kedua-dua pihak


di dalam Perjanjian ini berkenaan apa-apa perkara yang timbul atau
berkenaan Perjanjian ini hendaklah diselesaiakn secara rundingan antara
pihak-pihak terlebih dahulu, dan sekiranya tiada apa-apa kesepakatan
yang dicapai hendaklah menggunakan Undang-Undang Malaysia.

35. Apa-apa notis, permintaan atau tuntutan yang dikehendaki disampaikan


oleh mana-mana pihak kepada Perjanjian ini kepada pihak yang satu lagi
hendaklah disifatkan sebagai penyampaian yang mencukupi sekiranya
perkara yang sama telah dihantar oleh pihak itu atau peguamcaranya
melalui pos berdaftar di alamat pihak tersebut seperti yang terdapat di
dalam Perjanjian ini atau di alamat terakhir diketahui dan hendaklah
disifatkan telah diterima oleh mereka pada hari berikutnya selepas ia
diposkan.

*********** TAMAT***********

9 / 11
JADUAL PERTAMA
(yang hendak diambil, dibaca, dan ditafsirkan sebagai bahagian penting daripada
Perjanjian ini)
SEKSYEN ITEM BUTIRAN
I TARIKH

II NAMA DAN xxxxx


KETERANGAN PIHAK (No. Pendaftaran :
PERTAMA 202203035232 (003367359-P)
Alamat:
III NAMA DAN NAMA
KETERANGAN PIHAK (No. K/P :)
KEDUA
Alamat
IV MAKLUMAT NOMBOR Bank :
AKAUN Nombor Akaun :
Nama Akaun :
V TEMPOH MASA SATU TAHUN
PERJANJIAN

10 / 11
DALAM KEPADA ITU, Para pihak yang terlibat telah menandatangani
perjanjian ini pada hari dan tahun seperti yang dinyatakan di atas.

Ditandatangani oleh Pihak Pertama )

Di hadapan : )

) ………………………………………

Ditandatangani oleh Pihak Kedua )

Di hadapan : )

)…………………………………………

Nama :

(No. K/P : )

11 / 11

You might also like