You are on page 1of 10

BERTARIKH PADA , 2023

ANTARA

[NAMA / NAMA SYARIKAT]

[NO. KAD PENGENALAN / NO. PENDAFTARAN SYARIKAT]

(PIHAK PERTAMA)

AND

[NAMA / NAMA SYARIKAT]

[NO. KAD PENGENALAN / NO. PENDAFTARAN SYARIKAT]

(PIHAK KEDUA)

PERJANJIAN PELABURAN
PERJANJIAN PELABURAN

PERJANJIAN PELABURAN ini dibuat pada

ANTARA

_____________________________________ (No. K/P : ) yang


beralamat di _______________________________________________________________
(selepas ini dirujuk sebagai ‘Pihak Pertama’),

DAN

_____________________________________ (No. K/P : ) yang


beralamat di _______________________________________________________________
(selepas ini dirujuk sebagai ‘Pihak Kedua’).

BAHAWASANYA :

A. Pihak Pertama adalah seorang pelabur yang berminat dan berkeinginan


untuk melabur dalam perniagaan ___________________________________
(selepas ini dirujuk sebagai ‘Perniagaan tersebut’).

B. Pihak Kedua adalah terlibat dalam perniagaan


__________________________________ mempunyai pengetahuan,
kepakaran dan/atau kebolehan yang berkaitan, bercadang hendak
menjalankan dan/atau sedang menjalankan Perniagaan tersebut yang
mana Pihak Kedua menguruskan Perniagaan tersebut dan akan diberikan

1/9
dan/atau telah diberikan modal untuk menjalankan Perniagaan tersebut
oleh Pihak Pertama (selepas ini dirujuk sebagai ‘Projek tersebut’).

C. Pihak Kedua dengan ini bersetuju untuk menyediakan kepakaran,


pengetahuan dan keperluan yang perlu dalam Perniagaan tersebut untuk
menjalankan dan menguruskan Projek tersebut dan Pihak Pertama
dengan ini bersetuju untuk menyediakan modal untuk Projek tersebut.

D. Oleh itu, dengan ini Pihak Pertama dan Pihak Kedua (selepas ini dirujuk
sebagai ‘pihak-pihak’) bersetuju memasuki dan memeterai Perjanjian
Pelaburan ini (selepas ini dirujuk sebagai ‘Perjanjian Pelaburan ini’) tertakluk
kepada terma dan syarat di bawah Perjanjian Pelaburan ini.

SELANJUTNYA DENGAN INI DIPERSETUJUI SEPERTI BERIKUT:

1. JUMLAH PELABURAN

1.1 Pihak Pertama bersetuju untuk menyediakan sejumlah RM


______________________________ sahaja sebagai modal dan pelaburan
Pihak Pertama terhadap Projek tersebut (selepas ini dirujuk sebagai ‘Wang
Pelaburan tersebut’).

1.2 Pihak Pertama bersetuju bahawa Wang Pelaburan tersebut disediakan,


diberi dan atau dimasukkan oleh Pihak Pertama kepada Pihak Kedua
sejurus selepas atau serentak dengan Perjanjian Pelaburan ini
ditandatangani pihak-pihak.

2/9
2. TEMPOH PERJANJIAN PELABURAN

2.1 Perjanjian Pelaburan ini hendaklah bermula daripada tarikh Perjanjian


Pelaburan ini dinyatakan sehingga ianya dibatalkan oleh salah satu pihak
di bawah Perjanjian Pelaburan ini dan/atau sehingga obligasi pihak-pihak
di bawah Perjanjian Pelaburan ini selesai.

3. KEUNTUNGAN DARI JUMLAH PELABURAN

3.1 Sebagai balasan terhadap modal yang diberikan oleh Pihak Pertama
kepada Pihak Kedua di bawah Perjanjian Pelaburan ini, Pihak Kedua
dengan ini bersetuju;

a) untuk membayar kepada Pihak Pertama sejumlah RM


_____________________________ sebulan bersamaan dengan ______ %
keuntungan tahunan daripada jumlah Wang Pelaburan tersebut
(selepas ini dirujuk sebagai ‘Keuntungan’).

b) bayaran Keuntungan hendaklah dibayar kepada Pihak Pertama


pada atau sebelum ____________________ setiap bulan yang mana
kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Pihak Kedua
bertanggungan untuk membayar keuntungan pada kadar _____ (
%) dari Keuntungan yang dikira setiap hari per annum.

3/9
c) bayaran Keuntungan dan/atau bayaran yang dinyatakan pada
klausa 3.1(b) di atas ini hendaklah dibayar ke akaun
___________________________________ Pihak Pertama oleh Pihak
Kedua dan bukti bayaran hendaklah disertakan bersama oleh Pihak
Kedua kepada Pihak Pertama.
4. TUJUAN PELABURAN

4.1 Adalah dengan ini dipersetujui oleh pihak-pihak bahawa jumlah Wang
Pelaburan tersebut yang disediakan oleh Pihak Pertama di bawah
Perjanjian Pelaburan ini hendaklah menjadi terma penting yang mana
ianya tidak boleh digunakan untuk tujuan lain oleh Pihak Kedua melainkan
untuk memenuhi kewajipan di bawah Perjanjian Pelaburan ini sahaja.

5. AKUJANJI UNTUK MEMENUHI TANGGUNGJAWAB

5.1 Adalah dengan ini dipersetujui oleh pihak-pihak bahawa Pihak Kedua
hendaklah menyiapkan Projek tersebut dalam tempoh masa
______________________ dari tarikh Perjanjian Pelaburan ini.

5.2 Kegagalan Pihak Kedua berbuat demikian dan/atau kegagalan Pihak


Kedua memenuhi obligasi di bawah klausa 3 di atas ini akan
mengakibatkan Pihak Pertama berhak secara mutlak untuk memulakan
tindakan undang-undang terhadap Pihak Kedua sepertimana yang
diperuntukkan di bawah klausa 7 selepas ini.

6. REPRESENTASI DAN WARANTI

4/9
6,1 Pihak Kedua dengan ini menyatakan seperti berikut;

a) Pihak Kedua mempunyai kapasiti, hak mutlak, kuasa dan autoriti


penuh di sisi undang-undang untuk memeterai Perjanjian Pelaburan
ini dan menjalankan segala tanggungjawab dan/atau obligasi di
bawahnya.

b) Semua dokumen, penyata, rekod dan lain-lain maklumat yang


diberi dan/atau bakal diberikan kepada Pihak Pertama berkaitan
dengan Perjanjian Pelaburan ini dan/atau untuk tujuan Perjanjian
Pelaburan ini adalah benar tanpa sebarang unsur penipuan atau
salah arah oleh Pihak Kedua dan adalah tepat serta akan
dibekalkan kepada Pihak Pertama atas permintaannya dan tiada
sebarang tinggalan terhadap maklumat penting dilakukan atau
akan dilakukan oleh Pihak Kedua pada semua dokumen, penyata
dan rekod tersebut.

c) Pihak Kedua hendaklah segera memaklumkan secara bertulis


kepada Pihak Pertama jika terdapat sebarang situasi yang secara
munasabahnya sejak awal akan menjejaskan keputusan Pihak
Pertama untuk bersetuju memetarai Perjanjian Pelaburan ini dan
memberikan Wang Pelaburan tersebut atau sebahagian daripada
Wang Pelaburan tersebut.

7. KEGAGALAN MEMENUHI TANGGUNGJAWAB DAN PEMBATALAN


PERJANJIAN

5/9
7.1 Jika Pihak Kedua gagal memenuhi obligasinya di yang dinyatakan
dan/atau dipersetujui di bawah Perjanjian Pelaburan ini yang tidak terhad
kepada pelanggaran obligasinya di bawah klausa 2.2 dan klausa 3 di atas
semata-mata, Pihak Pertama berhak untuk membatalkan Perjanjian
Pelaburan ini dan Pihak Kedua adalah bertanggungan untuk membayar
Pihak Pertama sejumlah RM ____________________________ sahaja iaitu
Wang Pelaburan tersebut bersama-sama dengan Keuntungan yang masih
belum dibayar dan bayaran di bawah klausa 3.1(b) (jika ada) (selepas ini
dirujuk sebagai ‘jumlah Bayaran Semula’) dalam tempoh masa empat
belas (14) hari selepas Perjanjian Pelaburan ini dibatalkan oleh Pihak
Pertama.

7.2 Selanjutnya, Pihak Kedua adalah bertanggungan untuk menanggung


segala kos guaman dan perbelanjaan Pihak Pertama untuk mendapatkan
jumlah Bayaran Semula yang terhutang di bawah klausa 7.1 di atas.

8. NOTIS

8.1 Segala notis, permintaan atau tuntutan kepada mana-mana pihak di


bawah Perjanjian Pelaburan ini hendaklah secara bertulis dan hendaklah
dianggap sempurna serahannya jika;

a) diserahkan melalui pos berdaftar dan/atau faks kepada pihak


tersebut dan/atau kepada Peguamcaranya dan serahan tersebut
hendaklah dianggap lengkap dan sempurna di bawah Perjanjian
Pelaburan ini sebagaimana lazimya serahan melalui mana-mana
cara tersebut dibuat tanpa perlu kepada bukti penerimaan
terhadap serahan tersebut.

6/9
b) diserahkan kepada pihak tersebut atau Peguamcaranya melalui
serahan tangan berserta dengan akuan penerimaan.

9. FORCE MAJEURE

9.1 Pihak yang ingin bergantung pada klausa ini hendaklah dengan segera
tanpa lengah memaklumkan kepada pihak satu lagi sebab dan alasan
terhadap penangguhan kerja-kerja atau kegagalan sementara
(termasuklah anggaran masa yang diperlukan untuk memenuhi obligasi)
dan hendaklah melakukan segala langkah yang perlu untuk menangani
masalah yang terjadi sebagai mitigasi kesan dari force majeure yang
terjadi.

9.2 Pihak yang ingin bergantung kepada klausa ini hendaklah mengambil
langkah-langkah yang wajar terlebih dahulu untuk membolehkan
Perjanjian Pelaburan ini diteruskan walaupun terjadinya force majeure.

10. KETIDAKSAHAN

10.1 Mana-mana terma, syarat, klausa, anggapan, akujanji yang dinyatakan di


bawah Perjanjian Pelaburan ini yang tidak sah, dilarang, batal atau tidak
boleh dikuatkuasakan adalah tidak membatalkan Perjanjian Pelaburan ini
dan/atau tidak menjadikan keseluruhan Perjanjian Pelaburan ini tidak sah.

7/9
11. PERJANJIAN YANG MENGIKAT

11.1 Perjanjian ini mengikat waris-waris, wasi, pelaksana dan/atau pentadbir


kedua-dua pihak.

12. PERUBAHAN TERMA PERJANJIAN

12.1 Sebarang perubahan dan/atau pengubahsuaian terhadap mana-mana


isi kandungan Perjanjian Pelaburan ini hendaklah dibuat secara bertulis
dengan persetujuan kedua-dua pihak di bawah Perjanjian Pelaburan ini.

13. UNDANG-UNDANG TERPAKAI

13.1 Adalah dengan ini dipersetujui pihak-pihak untuk undang-undang


Malaysia terpakai bagi Perjanjian Pelaburan ini dan sebarang pertikaian
hendaklah dirujuk kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia yang
berkenaan.

-ruangan kosong-

8/9
SEBAGAI MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI pihak-pihak berkenaan menurunkan
tandatangan masing-masing di sini pada haribulan dan tahun yang tertera
dimuka surat pertama perjanjian ini.

Ditandatangani oleh Pihak Pertama )

Nama ) ……………………………………………..

(No. Kad Pengenalan: )

Dengan Kehadiran )

Ditandatangani oleh Pihak Kedua )

Nama ) ……………………………………………..

(No. Kad Pengenalan: )

Dengan Kehadiran )

9/9

You might also like