You are on page 1of 5

SURAT PERJANJIAN BAGI

(PERKONGSIAN PERNIAGAAN)

PERJANJIAN INI  diperbuat pada 30 hari bulan OGOS tahun 2022 antara
PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA  (seperti ternyata di bawah).

Yang bertanda tangan di bawah ini:

1 Nama  : 
No. I/C  :
Alamat
No. Tel  :

Dalam hal ini bertindak atas nama diri peribadi yang selanjutnya disebut
PIHAK PERTAMA

2 Nama  : 
No. I/C  :
Alamat : 
No. Tel  :

Dalam hal ini bertindak atas nama diri peribadi yang selanjutnya disebut
PIHAK KEDUA

3 Nama  : 
No. I/C  :
Alamat : 
No. Tel  :

Dalam hal ini bertindak atas nama diri peribadi yang selanjutnya disebut
PIHAK KETIGA

Ketiga-tiga pihak perlu memahami dan dipersetujui terlebih dahulu:


ISI KANDUNGANSURAT PERJANJIAN PERKONGSIAN PERNIAGAAN
.
FASAL 1
MAKSUD DAN TUJUAN

 
1. PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA  dan PIHAK KETIGA  telah bersepakat untuk
menubuhkan perniagaan dalam bentuk perkongsian. Perkongsian ini akan
didaftarkan atas nama syarikat HaziqMaju And Friends.

2. Syarikat HaziqMaju And Friends  akan menjalankan perniagaan berbentuk :

2.1. Penjualan Minuman Kesihatan

FASAL 2
BENTUK MODAL PERKONGSIAN

PIHAK PERTAMA , PIHAK KEDUA  dan PIHAK KETIGA  akan mengeluarkan modal
permulaan berbentuk wang tunai dengan nisbah 2 : 2 : 1.
Modal tersebut akan digunakan untuk perjalanan perniagaan syarikat.

FASAL 3
KEWAJIPAN PIHAK PERTAMA DAN PIHAK KEDUA

1. PIHAK PERTAMA  akan memastikan modal mencukupi agar tidak menimbulkan


sebarang masalah kepada syarikat.

2. Membantu mencari peluang perniagaan yang bersesuaian dengan kesepakatan


antara PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA  dan PIHAK KETIGA

3. PIHAK KEDUA  akan membuat audit akaun untuk tempoh-tempoh tertentu.

4. Mengambil berat tentang perkembangan perjalanan syarikat dalam apa kaedah


sekali pun.

5. Memastikan kelancaran perjalanan syarikat dan menguruskan semua perkara-


perkara yang berkaitan.

6. Menguruskan keluar/masuk kewangan dan membuat pembayaran menggunakan


cek untuk jumlah yang melebihi RM500 atau pun yang difikirkan perlu.
7. Mengemas kini akaun keluar/masuk kewangan dan sentiasa memaklumkan
kepada PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA berkaitan kedudukan kewangan
syarikat. Menyimpan rekod pengurusan kewangan di tempat yang selamat.

8. Sebagai ganjaran atas usaha mengurus dan mengendalikan perniagaan PIHAK


PERTAMA dan PIHAK KEDUA  layak diberikan gaji bulanan RM2500.

FASAL 4
KEWAJIPAN PIHAK KETIGA

1. PIHAK KETIGA  bersetuju hanya akan menyumbangkan modal mencukupi untuk


menjayakan dan menjalankan perniagaan ini.

2. Sebagai ganjaran atas usaha menyumbangkan modal perniagaan, PIHAK


KETIGA layak diberikan keuntungn tahunan mengikut nisbah sumbangan.

FASAL 5
JANGKA WAKTU

1. Perjanjian perkongsian perniagaan ini berlaku pada tanggal di mana surat ini
ditandatangani oleh ketiga-tiga pihak sehingga satu tenpoh yang dipersetujui
kelak.

2. Perjanjian ini akan diguna pakai untuk tempoh yang tidak akan dinyatakan atau
selagi syarikat  HaziqMaju And Friends masih beroperasi.

FASAL 6
FAEDAH-FAEDAH YANG DIKENAKAN

1. FAEDAH ATAS MODAL adalah 0 % setahun dikira berdasarkan


modal permulaan yang disumbangkan oleh ketiga-tiga pihak.

2. FAEDAH ATAS AMBILAN sebanyak 0 % setahun akan dikenakan ke atas


amaun barang dalam ringgit Malaysia yang diambil oleh mana-mana pihak dalam
tempoh yang sama.

3. FAEDAH ATAS PINJAMAN sebanyak 0 % setahun dikenakan ke atas pinjaman


yang dibuat oleh mana-mana pihak.
FASAL 7
PENGAGIHAN KEUNTUNGAN

1. Keuntungan syarikat akan dibahagi antara PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA


dan PIHAK KETIGA mengikut nisbah 2 : 2 : 1 .

2. Pembahagian keuntungan akan dikira pada 31 Ogos setiap tahun.

3. Tarikh pengagihan keuntungan mungkin akan berubah mengikut keadaan


semasa berdasarkan persetujuan antara PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA  dan
PIHAK KETIGA. Tidak terikat pada tarikh yang disebut pada perenggan 2.

 
FASAL 8
AKAUN BERSAMA

1. PIHAK PERTAMA PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA telah mendaftarkan


syarikat milik bersama atas nama HaziqMaju And Friends  untuk
memudahkan pengurusan kewangan.

2. PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA juga telah membuka


akaun di Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama HaziqMaju And Friends .
Semua urusan yang berkaitan dengan syarikat akan dibuat pembayaran melalui
cek.

FASAL 9
KEWAJIPAN AHLI WARIS

Perjanjian ini tidak berakhir kerana salah satu pihak meninggal dunia, melainkan akan
tetap bersifat turun-temurun dan harus dipatuhi oleh para ahli waris atau penerima
hak bagi pihak masing-masing sehingga tempoh persetujuan tamat seperti yang
terkandung dalam FASAL 5 (dalam perenggan 2).

FASAL 10
PENYELESAIAN PERSELISIHAN

1. Hal-hal yang belum terkandung dalam perjanjian ini akan diuruskan serta
diselesaikan secara kekeluargaan melalui kaedah musyawarah untuk mufakat
oleh ketiga-tiga pihak.

2. Apabila terjadi perselisihan dan tidak dapat diselesaikan secara kekeluargaan


atau musyawarah untuk mufakat, ketiga-tiga pihak bersepakat untuk
menyelesaikannya secara hukum dan ketiga-tiga pihak telah sepakat untuk
memilih tempat tinggal yang umum dan tetap di (MAHKAMAH TINGGI NEGERI).
FASAL 11
HARTA PERKONGSIAN

1. Semua aset yang dibeli menggunakan kewangan syarikat merupakan


harta perkongsian.

2. Kegunaan aset syarikat perlulah yang berkaitan pengurusan dan untuk


kepentingan syarikat. Jika kegunaan aset syarikat untuk kegunaan yang bersifat
peribadi perlulah mendapat persetujuan ketiga-tiga pihak.

 
PENUTUP
Surat perjanjian perkongsian peraniagaan ini dibuat rangkap 3 (tiga) dan ditandatangani
ketiga-tiga pihak di No 51, Jalan Intan 2 , Taman Daiman Jaya , 81900 , Kota Tinggi ,
Johor pada hari Jumaat tanggal Satu Julai Dua Ribu Dua Puluh Dua di mana masing-
masing pihak berada dalam keadaan sedar dan waras serta tanpa adanya paksaan atau
tekanan daripada mana-mana pihak yang berkepentingan.

DUTI SETEM –  Kos duti setem ke atas Perjanjian ini hendaklah ditanggung sepenuhnya
oleh PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA.

PADA MENYAKSIKAN HAL- HAL DI ATAS , pihak-pihak di sini telah menandatangani


perjanjian ini pada tarikh seperti mana di muka surat 1 di atas.

Tandatangan Rakan kongsi 1 ) ……………………………

Tandatangan Rakan kongsi 2 ) ……………………………

Tandatangan Rakan kongsi 3 ) ……………………………

Tandatangan Saksi  : ……………………………
Nama Penuh Saksi  : Mohd Syamsul Yusoff
Jawatan : Penghulu
No. Kad Pengenalan  :

You might also like