You are on page 1of 4

SURAT PERJANJIAN PERNIAGAAN PERKONGSIAN

PERJANJIAN INI

diperbuat pada …. haribulan ….. tahun 2018 antara PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA
dan PIHAK KETIGA (seperti ternyata di bawah).

Yang bertanda tangan di bawah ini:

1. Nama :

No. I/C :Alamat :

No. Tel :

Dalam hali ini bertindak atas nama diri peribadi yang selanjutnya disebut PIHAK PERTAMA.

2. Nama :
No. I/C :
Alamat :
No. Tel :

Dalam hali ini bertindak atas nama diri peribadi yang selanjutnya disebut PIHAK KEDUA.

3. Nama :
No. I/C :
Alamat :
No. Tel :

Dalam hali ini bertindak atas nama diri peribadi yang selanjutnya disebut PIHAK KETIGA.

Ketiga-tiga pihak perlu memahami dan dipersetujui terlebih dahulu: ISI KANDUNGANSURAT
PERJANJIAN PERKONGSIAN PERNIAGAAN

1
FASAL 1

MAKSUD DAN TUJUAN

1. PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA telah bersepakat untuk
menubuhkan perniagaan dalam bentuk perkongsian. Perkongsian ini akandidaftarkan
atas nama syarikat ___________________________.

2. Syarikat ______________________ akan menjalankan perniagaan berbentuk:

2.1.Penjualan Alatan Elektrik


2.2.Perkhidmatan Servis Alatan Elektrik

FASAL 2

BENTUK MODAL PERKONGSIAN


PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA akan mengeluarkanmodal permulaan
berbentuk wang tunai sebanyak ____________________________.Modal tersebut akan
digunakan untuk perjalanan perniagaan syarikat.

FASAL 3
KEWAJIPAN PIHAK PERTAMA DAN PIHAK KEDUA

1. PIHAK PERTAMA akan memastikan modal mencukupi agar tidak menimbulkan


sebarang masalah kepada syarikat.
2. Membantu mencari peluang perniagaan yang bersesuaian dengan kesepakatan
antara PIHAK PERTAMA , PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA .
3. PIHAK KEDUA akan membuat audit akaun untuk tempoh-tempoh tertentu.
4. Mengambil berat tentang perkembangan perjalanan syarikat dalam apa kaedah
sekali pun.

FASAL 4
KEWAJIPAN PIHAK KETIGA
1. Memastikan kelancaran perjalanan syarikat dan menguruskan semua perkara-
perkara yang berkaitan.

2. Menguruskan keluar/masuk kewangan dan membuat pembayaran menggunakan


cekuntuk jumlah yang melebihi RM500 atau pun yang difikirkan perlu.

3. Mengemas kini akaun keluar/masuk kewangan dan sentiasa memaklumkan kepada


PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA berkaitan kedudukan kewangan
syarikat.Menyimpan rekod pengurusan kewangan di tempat yang selamat.

4. Membantu mencari peluang perniagaan yang bersesuaian dengan kesepakatan


antara PIHAK PERTAMA , PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA .

5. Sebagai ganjaran atas usaha mengurus dan mengendalikan perniagaan, PIHAK


KETIGA layak diberikan gaji bulanan RM1500.

2
FASAL 5
JANGKA WAKTU

1. Perjanjian perkongsian perniagaan ini berlaku pada tanggal di mana surat


iniditandatangani oleh ketiga-tiga pihak sehingga satu tenpoh yang dipersetujui
kelak.

2. Perjanjian ini akan diguna pakai untuk tempoh yang tidak akan dinyatakan atau
selagisyarikat _____________________ masih beroperasi.

FASAL 6
FAEDAH-FAEDAH YANG DIKENAKAN

1. FAEDAH ATAS MODAL adalah ______% setahun dikira berdasarkan


modal permulaan yang disumbangkan oleh ketiga-tiga pihak.

2. FAEDAH ATAS AMBILAN sebanyak _______% setahun akan dikenakan ke atasamaun


barang dalam ringgit Malaysia yang diambil oleh mana-mana pihak dalamtempoh
yang sama.

3. FAEDAH ATAS PINJAMAN sebanyak _______% setahun dikenakan ke atas pinjaman


yang dibuat oleh mana-mana pihak.

FASAL 7
PENGAGIHAN KEUNTUNGAN

1. Keuntungan syarikat akan dibahagi antara PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA dan
PIHAK KETIGA mengikut nisbah _____________________.

2. Pembahagian keuntungan akan dikira pada 30 April setiap tahun.

3. Tarikh pengagihan keuntungan mungkin akan berubah mengikut keadaan


semasa berdasarkan persetujuan antara PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA dan PIHAK
KETIGA . Tidak terikat pada tarikh yang disebut pada perenggan 2.

3
FASAL 8
AKAUN BERSAMA

1. PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA telah mendaftarkan syarikat milik
bersama atas nama ____________________ untuk memudahkan pengurusan
kewangan.

2. PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA juga telah membukaakaun di
________________ atas nama _____________________ . Semua urusanyang
berkaitan dengan syarikat akan dibuat pembayaran melalui cek.

FASAL 9
KEWAJIPAN AHLI WARIS

Perjanjian ini tidak berakhir kerana salah satu pihak meninggal dunia, melainkan akan tetap
bersifat turun-temurun dan harus dipatuhi oleh para ahli waris atau penerima hak bagi
pihak masing-masing sehingga tempoh persetujuan tamat seperti yang terkandung dalam
FASAL 5 (dalam perenggan 2).

FASAL 10
PENYELESAIAN PERSELISIHAN

1. Hal-hal yang belum terkandung dalam perjanjian ini akan diuruskan serta
diselesaikansecara kekeluargaan melalui kaedah musyawarah untuk mufakat oleh
ketiga-tiga pihak.

2. Apabila terjadi perselisihan dan tidak dapat diselesaikan secara kekeluargaan


ataumusyawarah untuk mufakat, ketiga-tiga pihak bersepakat untuk
menyelesaikannyasecara hukum dan ketiga-tiga pihak telah sepakat untuk memilih
tempat tinggal yangumum dan tetap di ( MAHKAMAH TINGGI NEGERI ).

FASAL 11
HARTA PERKONGSIAN

1. Semua aset yang dibeli menggunakan kewangan syarikat merupakan


harta perkongsian.

2. Kegunaan aset syarikat perlulah yang berkaitan pengurusan dan untuk


kepentingansyarikat. Jika kegunaan aset syarikat untuk kegunaan yang bersifat
peribadi perlulahmendapat persetujuan ketiga-tiga pihak.

You might also like