You are on page 1of 6

SURAT PERJANJIAN BAGI

( PERKONGSIAN PERNIAGAAN )

PERJANJIAN INI diperbuat pada............... haribulan............. tahun 20......... antara


PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA (seperti ternyata di bawah).

Yang bertanda tangan di bawah ini:

1. Nama :

No. I/C :

Alamat :

No. Tel :

Dalam hal ini bertindak atas nama diri peribadi yang selanjutnya disebut PIHAK PERTAMA

2. Nama :

No. I/C :

Alamat :

No. Tel :

Dalam hal ini bertindak atas nama diri peribadi yang selanjutnya disebut PIHAK KEDUA

Kedua pihak perlu memahami dan dipersetujui terlebih dahulu: ISI KANDUNGAN SURAT
PERJANJIAN PERKONGSIAN PERNIAGAAN.

1
FASAL 1

MAKSUD DAN TUJUAN

1. PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA telah bersepakat untuk menubuhkan


perniagaan

dalam bentuk perkongsian. Perkongsian perniagaan ini akan didaftarkan atas nama

syarikat PEMBINAAN DAN KEJUTERAAN INOVATIF ENTERPRISE.

2. Syarikat PEMBINAAN DAN KEJUTERAAN INOVATIF ENTERPRISE akan menjalankan

perniagaan berbentuk :

2.1 Pembinaan

2.2 Ubah Suai

FASAL 2

BENTUK MODAL PERKONGSIAN

1. PIHAK PERTAMA akan mengeluarkan modal permulaan berbentuk wang tunai


sebanyak RM 25,000 (Dua puluh lima ribu ringgit). Modal tersebut akan digunakan
untuk perjalanan perniagaan syarikat.

2. PIHAK PERTAMA akan terus mengeluarkan modal berbentuk tunai atau atas
talian sehinggalah tempoh tertentu iaitu sehingga projek pertama (Pembinaan 8 Buah
Rumah Di Parit Bengkok, Batu Pahat, Johor) berjaya siap dan jual. Pada ketika itu
syarikat sudah mampu membuat pusingan modal sendiri.

3. PIHAK KEDUA tidak perlu mengeluarkan modal untuk permulaan perniagaan /


projek

yang pertama. Tetapi memerlukan persetujuan PIHAK PERTAMA untuk mengeluarkan


2
tunai, pemindahan secara atas talian atau secara cek.

FASAL 3

KEWAJIPAN PIHAK PERTAMA

1. PIHAK PERTAMA akan memastikan modal mencukupi agar tidak menimbulkan


sebarang

masalah kepada syarikat.

2. Membuat audit akaun untuk tempoh-tempoh tertentu.

3. Mengambil berat tentang perkembangan perjalanan syarikat dalam apa kaedah sekali

pun.

FASAL 4

KEWAJIPAN PIHAK KEDUA

1. Memastikan kelancaran perjalanan syarikat dan menguruskan semua perkara-


perkara

yang berkaitan.

2. Menguruskan keluar/masuk kewangan dan membuat pembayaran menggunakan cek


atau

atas talian.

3. Mengemas kini akaun keluar/masuk kewangan dan sentiasa memaklumkan kepada

PIHAK PERTAMA berkaitan kedudukan kewangan syarikat. Menyimpan rekod

pengurusan kewangan di tempat yang selamat.

4. Membantu mencari peluang perniagaan yang bersesuaian dengan kesepakatan antara

PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA.

3
FASAL 5

JANGKA WAKTU

1. Perjanjian perkongsian perniagaan ini berlaku pada tanggal di mana surat ini

ditandatangani oleh kedua pihak sehingga satu tempoh yang dipersetujui kelak.

2. Perjanjian ini akan diguna pakai untuk tempoh yang tidak akan dinyatakan atau selagi

syarikat Pembangunan Dan Kejuteraan inovatif masih beroperasi.

FASAL 6

PENGAGIHAN KEUNTUNGAN

1. Keuntungan syarikat akan dibahagi antara PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA
mengikut nisbah [( 70:30 ) ( Tujuh puluh peratus nisbah 30 puluh peratus )].

2. Pembahagian keuntungan akan dikira pada 15 DISEMBER

setiap tahun. Pengagihan keuntungan yang akan dikira setelah ditolak 50% untuk

kewangan dalam akaun semasa syarikat. Baki 50%, sahaja akan dibahagikan seperti

yang dimaksudkan

dalam perenggan 1. 3. Tarikh pengangihan keuntungan ini mungkin juga akan berubah

mengikut keadaan semasa berdasarkan persetujuan antara PIHAK PERTAMA dan PIHAK

KEDUA. Tidak terikat pada tarikh yang disebut pada perenggan 2.

3. Nisbah baki dalam akaun juga mungkin akan berubah mengikut keadaan dan kewangan

4
semasa. Tetapi pembahagian keuntungan antara PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA

tidak berubah seperti dalam perenggan 1.

FASAL 7

AKAUN BERSAMA

1. PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA telah mendaftarkan syarikat milik bersama atas nama

GOLDEN AAA INTERPRISE untuk memudahkan pengurusan kewangan.

2. PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA juga telah membuka akaun di BANK ISLAM atas nama

GOLDEN AAA INTERPRISE. Semua urusan yang berkaitan dengan syarikat akan dibuat
pembayaran melalui cek.

FASAL 9

PENYELESAIAN PERSELISIHAN

1. Hal-hal yang belum terkandung dalam perjanjian ini akan diuruskan serta diselesaikan secara
kekeluargaan melalui kaedah musyawarah untuk mufakat oleh kedua belah pihak.

2. Apabila terjadi perselisihan dan tidak dapat diselesaikan secara kekeluargaan atau

musyawarah untuk mufakat, kedua belah pihak bersepakat untuk menyelesaikannya secara
hukum dan kedua belah pihak telah sepakat untuk memilih tempat tinggal yang umum dan
tetap di (MAHKAMAH TINGGI NEGERI).

5
PENUTUP

Surat perjanjan perkongsian perniagaanini dibuat rangkap 2 (dua) dan ditandatangani kedua
belah pihak di ( ) pada hari ( ) tanggal ( / / /) dimana masing-masing
pihak berada dalam keadaan sedar dan waras serta tanpa adanya paksaan atau tekanan
daripada mana-mana pihak yang berkepentingan.

PADA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS, pihak-pihak disini telah menandatangani perjanjian ini
pada tarikh seperti mana di muka surat 1 di hadapan.

Tandatangan Saksi

: ………………………………………

Nama Penuh Saksi

: ………………………………………

Jawatan

: ………………………………………

No. Kad Pengenalan

: ………………………………………

You might also like