You are on page 1of 6

SURAT PERJANJIAN BAGI

(PERKONGSIAN PERNIAGAAN)

PERJANJIAN INI  diperbuat pada…. hari bulan….. tahun 20… antara


PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA  (seperti ternyata di bawah).

Yang bertanda tangan di bawah ini:

1  Nama  : 
No. I/C  :
Alamat : 
No. Tel  :

Dalam hal ini bertindak atas nama diri peribadi yang selanjutnya disebut
PIHAK PERTAMA

2  Nama  : 
No. I/C  :
Alamat : 
No. Tel  :

Dalam hal ini bertindak atas nama diri peribadi yang selanjutnya disebut
PIHAK KEDUA

3  Nama  : 
No. I/C  :
Alamat : 
No. Tel  :

Dalam hal ini bertindak atas nama diri peribadi yang selanjutnya disebut
PIHAK KETIGA

Ketiga-tiga pihak perlu memahami dan dipersetujui terlebih dahulu:


ISI KANDUNGANSURAT PERJANJIAN PERKONGSIAN PERNIAGAAN
.
FASAL 1
MAKSUD DAN TUJUAN

 
1. PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA  dan PIHAK KETIGA  telah bersepakat untuk
menubuhkan perniagaan dalam bentuk perkongsian. Perkongsian ini akandidaftarkan atas
nama syarikat  ___________________________ 

2. Syarikat ________________________  akan menjalankan perniagaan berbentuk:

2.1.Penjualan Alatan Elektrik


2.2.Perkhidmatan Servis Alatan Elektrik

FASAL 2
BENTUK MODAL PERKONGSIAN

PIHAK PERTAMA , PIHAK KEDUA  dan PIHAK KETIGA  akan mengeluarkan modal permulaan
berbentuk wang tunai dengan nisbah 4:;3:3. Modal tersebut akan digunakan untuk perjalanan
perniagaan syarikat.

FASAL 3
KEWAJIPAN PIHAK PERTAMA DAN PIHAK KEDUA

1. PIHAK PERTAMA  akan memastikan modal mencukupi agar tidak menimbulkan sebarang
masalah kepada syarikat.

2. Membantu mencari peluang perniagaan yang bersesuaian dengan kesepakatan antara PIHAK
PERTAMA, PIHAK KEDUA  dan PIHAK KETIGA

3. PIHAK KEDUA  akan membuat audit akaun untuk tempoh-tempoh tertentu.

4. Mengambil berat tentang perkembangan perjalanan syarikat dalam apa akedah sekali pin.

FASAL 4
KEWAJIPAN PIHAK KETIGA

1. Memastikan kelancaran perjalanan syarikat dan menguruskan semua perkara-perkarayang


berkaitan.
2. Menguruskan keluar/masuk kewangan dan membuat pembayaran menggunakan cekuntuk
jumlah yang melebihi RM500 atau pun yang difikirkan perlu.

3. Mengemas kini akaun keluar/masuk kewangan dan sentiasa memaklumkan kepada PIHAK
PERTAMA dan  PIHAK KEDUA berkaitan kedudukan kewangan syarikat. Menyimpan
rekod pengurusan kewangan di tempat yang selamat.

4. Membantu mencari peluang perniagaan yang bersesuaian dengan kesepakatan antara PIHAK
PERTAMA, PIHAK KEDUA  dan PIHAK KETIGA

5. Sebagai ganjaran atas usaha mengurus dan mengendalikan perniagaan, PIHAK


KETIGA layak diberikan gaji bulanan RM1500.

FASAL 5
JANGKA WAKTU

1. Perjanjian perkongsian perniagaan ini berlaku pada tanggal di mana surat ini ditandatangani
oleh ketiga-tiga pihak sehingga satu tenpoh yang dipersetujui kelak.

2. Perjanjian ini akan diguna pakai untuk tempoh yang tidak akan dinyatakan atau selagi syarikat
_____________________  masih beroperasi.

FASAL 6
FAEDAH-FAEDAH YANG DIKENAKAN

1. FAEDAH ATAS MODAL adalah ______% setahun dikira berdasarkan modal permulaan


yang disumbangkan oleh ketiga-tiga pihak.

2. FAEDAH ATAS AMBILAN sebanyak _______% setahun akan dikenakan ke atas amaun
barang dalam ringgit Malaysia yang diambil oleh mana-mana pihak dalam tempoh yang sama.

3. FAEDAH ATAS PINJAMANsebanyak _______% setahun dikenakan ke atas pinjaman yang


dibuat oleh mana-mana pihak.

FASAL 7
PENGAGIHAN KEUNTUNGAN

1. Keuntungan syarikat akan dibahagi antara PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA  dan
PIHAK KETIGA mengikut nisbah _____________________.
2. Pembahagian keuntungan akan dikira pada 30 April setiap tahun.

3. Tarikh pengagihan keuntungan mungkin akan berubah mengikut keadaan semasa berdasarkan


persetujuan antara PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA  dan PIHAKKETIGA. Tidak
terikat pada tarikh yang disebut pada perenggan 2.

 
FASAL 8
AKAUN BERSAMA

1. PIHAK PERTAMA PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA telah mendaftarkan syarikat


milik bersama atas nama ____________________  untuk memudahkan pengurusan
kewangan.

2. PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA juga telah membuka akaun di


________________ atas nama _____________________ . Semua urusan yang berkaitan
dengan syarikat akan dibuat pembayaran melalui cek.

FASAL 9
KEWAJIPAN AHLI WARIS

Perjanjian ini tidak berakhir kerana salah satu pihak meninggal dunia, melainkan akan tetap bersifat
turun-temurun dan harus dipatuhi oleh para ahli waris atau penerima hak bagi pihak masing-masing
sehingga tempoh persetujuan tamat seperti yang terkandung dalam FASAL 5
 (dalam perenggan 2).

FASAL 10
PENYELESAIAN PERSELISIHAN

1. Hal-hal yang belum terkandung dalam perjanjian ini akan diuruskan serta diselesaikan secara
kekeluargaan melalui kaedah musyawarah untuk mufakat oleh ketiga-tiga pihak.

2. Apabila terjadi perselisihan dan tidak dapat diselesaikan secara kekeluargaan atau
musyawarah untuk mufakat, ketiga-tiga pihak bersepakat untuk menyelesaikannya secara
hukum dan ketiga-tiga pihak telah sepakat untuk memilih tempat tinggal yang umum dan
tetap di (MAHKAMAH TINGGI NEGERI).
FASAL 11
HARTA PERKONGSIAN

1. Semua aset yang dibeli menggunakan kewangan syarikat merupakan harta perkongsian.

2. Kegunaan aset syarikat perlulah yang berkaitan pengurusan dan untuk kepentingan syarikat.
Jika kegunaan aset syarikat untuk kegunaan yang bersifat peribadi perlulah mendapat
persetujuan ketiga-tiga pihak.

 
PENUTUP
Surat perjanjian perkongsian peraniagaan ini dibuat rangkap 3 (tiga) dan ditandatangani ketiga-tiga
pihak di (---tempat---) pada hari (-----) tanggal [(-----)(----tanggal dalam huruf---)](---bulan dalam
huruf---)tahun [(---)(---tahun dalam huruf---)] di mana masing-masing pihak berada dalam keadaan
sedar dan waras serta tanpa adanya paksaan atau tekanan daripada mana-mana pihak yang
berkepentingan.

DUTI SETEM –  Kos duti setem ke atas Perjanjian ini hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh
PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA.

PADA MENYAKSIKAN HAL_HAL DI ATAS , pihak-pihak di sini telah menandatangani


perjanjian ini pada tarikh seperti mana di muka surat 1 di atas.

Ditandatangani :- )
)……………………………
Untuk dan bagi pihak Pengurus  )
Di hadapan :-  )

Tandatangan Saksi  : ……………………………
Nama Penuh Saksi  : …………………………..
Jawatan : ………………………….
No. Kad Pengenalan  : …………………………
Ditandatangani :-  )
)……………………………

Untuk dan bagi pihak Pengurus  )
Di hadapan :-  )

Tandatangan Saksi  : ……………………………
Nama Penuh Saksi  :…………………………..
Jawatan :………………………….
No. Kad Pengenalan  :…………………………

Ditandatangani :- )
)……………………………

Untuk dan bagi pihak Pengurus  )

Di hadapan :-  )
Tandatangan Saksi  :……………………………
Nama Penuh Saksi  :…………………………..
Jawatan :………………………….
No. Kad Pengenalan  : …………………………

You might also like