You are on page 1of 1

Mohd Kahar Bin Mohd Ali

Rasidah Binti Sharif

TLJM 27, Lot 1558,

Jalan Muar, Peserai,

83000, Batu Pahat,

Johor.

ABH Teknokrat Sdn. Bhd.

No. 84B, Jalan Pelabur A 23/A,

Seksyen 23, 40300,

Shah Alam, Selangor.

U/P: Tn. Hj. Mohd Tapsir Bin Hj. Joli (Pengarah Urusan) 23 JANUARI 2018

Tuan,

TANAH DI LOT 10851, 10852 & 10853, MUKIM TANJONG SEMBRONG, DAERAH BATU PAHAT,
JOHOR DARUL TAKZIM SELUAS 3.671 HEKTAR – SURAT SETUJU

Merujuk kepada surat daripada pihak tuan yang bertarikh 19 Disember 2017 No Rujukan
(01)dlm.ABH/Y.P.JB/2017.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami pemilik tanah lot diatas secara amnya bersetuju dengan
cadangan pembayaran yang dikemukakan oleh pihak tuan. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya
pihak tuan dapat membuat sedikit pindaan daripada syarat yang dinyatakan. Berikut adalah
pandangan daripada pihak kami:

a) RM124,500.00 iaitu 3% daripada harga keseluruhan dibayar semasa Perjanjian Jual Beli
ditandatangani;
b) RM705,500.00 iaitu 17% daripada harga keseluruhan dibayar selepas selesai urusan
pendaftaran Syarikat Melayu di Pejabat Tanah & Galian (PTG) Johor Bahru;
c) Baki RM3,320,000.00 dibayar secara berperingkat dalam tempoh masa 12 bulan selepas
Perjanjian Jual Beli ditandatangani. Tempoh masa ini boleh dipanjangkan dengan
persetujuan diantara kedua – dua belah pihak sekiranya berlaku kelewatan daripada jabatan
– jabatan yang berkaitan dalam urusan jual beli ini.

Pihak kami menunggu maklumbalas daripada pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan kami
dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian

Yang Benar,

……………………………….. …………………………………
Mohd Kahar Bin Mohd Ali Rasidah Binti Sharif
No K/P : No K/P :

You might also like