You are on page 1of 9

PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH

UNTUK KEDIAMAN

DIANTARA

MARIAM BINTI IBRAHIM


MUHAMMAD SHAMSUZZAMAN BIN BAHARUDIN
(TUAN RUMAH)

DAN

DOLNGALIM BIN KAPRAWI


(PENYEWA)

PADA

1 MEI 2017

No. 28, Jalan Pari 17/16, Seksyen 17, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2|Page

PERJANJIAN INI di buat pada hari dan tahun seperti yang dicatat di dalam
Seksyen 1 dalam Jadual di antara dua pihak yang nama mereka dan butiran
dinyatakan di dalam Seksyen 2 dalam Jadual (selepas ini dinamakan Tuan
Rumah) bagi satu pihak dan bagi satu pihak lagi dinyatakan di dalam
Seksyen 3 dalam Jadual (selepas ini dinamakan Penyewa).

BAHAWASANYA:

1. Tuan Rumah adalah tuan punya yang berdaftar/pihak yang memperoleh


keuntungan kepada hartanah berkenaan yang secara khusus dirujuk
dan dinyatakan dalam Seksyen 4 dalam Jadual (selepas ini dinamakan
Rumah Tersebut).

2. Tuan Rumah berhasrat untuk memberi sewaan dan Penyewa berhasrat


untuk menyewa Rumah Tersebut berserta perabot, peralatan dan
kelengkapan lain seperti yang tersenarai dalam Inventori tertakluk pada
syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan.

3. Penyewa adalah penama berdaftar dalam Borang Maklumat Penghuni


Rumah.

DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI PERKARA-PERKARA BERIKUT:-

1. Tertakluk pada syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan Tuan


Rumah memberi kebenaran kepada Penyewa tempoh sewaan bagi
Rumah Tersebut bagi satu tempoh, bermula dari tarikh tertentu
sebagaimana yang disebut di dalam Seksyen 5(a)(b) dan (c) satu
persatu dalam Jadual.

2. Kadar sewa yang tertera dalam Seksyen 6(a) dalam Jadual hendaklah
dibayar pada masa yang ditetapkan dalam Seksyen (b) dalam Jadual.
Sewa itu hendaklah dimasukkan ke dalam akaun Tuan Rumah dan
nombor akaunnya adalah 164276666889 (MAYBANK).

3. Penyewa hendaklah membayar wang pendahuluan sebagai deposit


sekuriti bagi Rumah Tersebut kepada Tuan Rumah sebelum menduduki
Rumah Tersebut setelah Perjanjian dikuatkuasakan sebagaimana yang
tertera di dalam Seksyen 7 dalam Jadual (penerimanya disahkan oleh
Tuan Rumah). Jumlah tersebut akan kekal sepanjang tempoh sewaan
dan tidak akan dianggap sebagai bayaran sewa dan akan dikembalikan
kepada Penyewa selepas tamatnya tempoh sewa, dan sebahagiannya
digunakan bagi membaiki apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh

No. 28, Jalan Pari 17/16, Seksyen 17, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Penyewa ke atas Rumah Tersebut (kerosakan disebabkan keluturan
dan kehausan dikecualikan).

4. Penyewa hendaklah membayar wang pendahuluan sebagai deposit utiliti


air dan elektrik sebelum menduduki Rumah Tersebut setelah perjanjian
dikuatkuasakan sebagaimana yang tertera di dalam Seksyen 8 dalam
Jadual (secara terkumpul dinamakan deposit Utiliti). Deposit Utiliti ini
akan dikembalikan tanpa faedah kepada Penyewa selepas ditolak apa
juga jumlah yang masih tertunggak.

PENYEWA BERSETUJU DENGAN TUAN RUMAH mengenai perkara-


perkara berikut:

1. Untuk membayar sewa pada hari dan cara yang dipersetujui.

2. Untuk membayar semua bayaran yang ditetapkan bagi penggunaan


telefon, air, elektrik dan indah water di Rumah Tersebut sepanjang
tempoh sewaan.

3. Untuk menjaga Rumah Berkenaan, peralatan dan kelengkapannya


seperti yang tersenarai dalan Inventori bersama-sama barangan
tambahan lain dalam keadaan yang baik dan elok (kelusuhan dan
kehausan biasa dikecualikan) dan mengganti atau membaiki apa juga
barangan tersebut dan mana-mana bahagian Rumah Tersebut dan
peralatan dan kelengkapan Tuan Rumah yang rosak.

4. Tidak melakukan atau dibenarkan melakukan apa-apa perubahan atau


tambahan kepada Rumah Tersebut atau keatas peralatan, kelengkapan
hiasan Tuan Rumah tanpa terlebih dahulu memperolehi kebenaran
daripada Tuan Rumah.

5. Jika ingin menggantung bingkai gambar, dinding hendaklah dibuat


lubang menggunakan drill penebuk dan dimasukkan wallplug.

6. Penyewa tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran


bertulis daripada Tuan Rumah. Tuan Rumah akan diberikan pendua
kesemua kunci yang dipasang atas tanggungan penyewa, sebelum ia
dipasang

7. Memberi kebenaran kepada Tuan Rumah dan wakilnya yang dilantik


setelah memberi notis pada setiap masa yang dipersetujui secara
bersama bagi membolehkan memasuki dan memeriksa keadaan Rumah
Tersebut.

No. 28, Jalan Pari 17/16, Seksyen 17, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
4|Page

8. Untuk menggunakan Rumah Tersebut bagi tujuan sebagaimana yang


tertera didalam Seksyen 10 dalam Jadual dan tidak menggunakannya
atau memberi kebenaran untuk apa jua tujuan lain yang selamat kecuali
yang spesifik yang telah dinyatakan dan tidak menggunakannya atau
memberi kebenaran atau menyebabkan apaapa kerosakan berlaku di
Rumah Tersebut atau mana-mana bahagiannya yang boleh membawa
kemudaratan atau mengganggu Tuan Rumah atau Penyewa atau
penghuni rumah-rumah bersebelahan.

9. Tidak membenarkan atau menyewakan semula, atau keluar daripada


hak milik yang sah itu atau menyebabkan Rumah Tersebut digunakan
untuk apa juga tujuan lain tanpa terlebih dahulu mendapatkan
kebenaran daripada Tuan Rumah.

10.Tidak membenarkan atau memberi kebenaran bagi apa juga perkara


yang melanggar undang-undang, undang-undang kecil atau peraturan
kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa lain yang melibatkan Rumah
Berkenaan atau yang boleh menyebabkan polisi insuran yang
melindunginya daripada kerugian atau kemusnahan akibat kebakaran
menjadi tidak sah atau menyebabkan premiumnya bertambah.

11.Penyewa hendaklah menyerahkan Rumah Tersebut kepada Tuan


Rumah dalam keadaan baik, bersih dan sedia disewakan kepada orang
lain serta membersihkan semua sampah dengan teratur dan sempurna.
Penyewa juga hendaklah mengeluarkan semua peralatan, kelengkapan
atau apa juga barangan miliknya yang telah dipasang atau akan
membaiki apa juga kerosakan akibat daripada pemasangan atau
pembukaan peralatan, kelengkapan atau barangan yang dipasang.

12.Tidak menyimpan atau membawa ke Rumah Tersebut apa-apa senjata,


senjata api atau alat letupan atau bahan letupan atau apa-apa barangan
yang mudah terbakar atau membahaya atau barangan yang salah di sisi
undang-undang.

13.Tidak menggunakan Rumah Tersebut untuk kegiatan haram, menyalahi


undang-undang atau tidak bermoral, sama ada perniagaan mahupun
perdagangan, dan perjudian dalam apa juga bentuk sekalipun.

14.Penyewa hendaklah membenarkan sesiapa sahaja yang ingin melihat


Rumah Tersebut dengan tujuan menyewanya dua bulan sebelum tamat
perjanjian, dengan memberi notis kepada tuan rumah kecuali penyewa
ingin terus menyewanya dengan memberi notis kepada Tuan Rumah.

No. 28, Jalan Pari 17/16, Seksyen 17, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
TUAN RUMAH DENGAN INI BERSETUJU DENGAN PENYEWA mengenai
perkara-perkara berikut:

1. Untuk membayar bil penyelenggaraan, cukai tanah, cukai pintu, caj


perkhidmatan dan bayaran-bayaran lain yang berkaitan dengan Rumah
Berkenaan selain daripada yang dipersetujui dibayar penyewa.

2. Tuan Rumah akan mengembalikan wang cagaran kepada Penyewa


pada hari penghujung penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat
dimana wang cagaran boleh digunakan oleh Tuan Rumah bagi
menjelaskan sewa rumah yang tertunggak dan/atau untuk perbelanjaan
memperbaiki apa jua kerosakan atau kemusnahan daripada perbuatan
sengaja atau cuai atau lalai pihak Penyewa, kakitangan dan/atau
wakilnya dan untuk sebarang bayaran yang dikenakan ke atas Penyewa
mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini dan/atau
perbelanjaan yang di tanggung oleh Tuan Rumah untuk tujuan
mengekalkan keadaan Rumah Tersebut seperti keadaan semasa
perjanjian ini ditandatangani.

3. Mempastikan langkah-langkah keselamatan rumah telah dibuat


sebelum Penyewa mendiami Rumah Tersebut seperti pemasangan
tombol pintu dan tingkap berada dalam keadaan baik, sistem
pendawaian rumah dan bekalan air boleh digunakan dengan baik dan
selamat.

4. Tuan Rumah berjanji akan membenarkan Penyewa menduduki atau


mempunyai kebebasan menduduki Rumah Tersebut tanpa gangguan
daripada Tuan Rumah atau wakilnya tertakluk kepada kepatuhan
Penyewa dalam membuat bayaran sewa bulanan serta mematuhi
terma-terma atau syarat-syarat lain dalam perjanjian ini.

DENGAN SYARAT KEDUA-DUA PIHAK BERSETUJU mengenai perkara-


perkara berikut:

1. Jika pada bila-bila masa sewa atau sebahagian daripadanya (sama ada
diminta dengan secara rasmi atau tidak) didapati tidak dibayar atau tidak
memuaskan untuk tujuh (7) hari selepas perlu dibayar atau apa-apa
tanggungjawab Penyewa tidak dipatuhi, maka adalah sah disisi undang-
undang bagi Tuan Rumah atau sesiapa yang dilantik oleh Tuan Rumah
bagi pihaknya memasuki semula ke dalam Rumah Tersebut atau mana-
mana bahagian bagi menentukan tindakan yang perlu diambil kerana
pelanggaran perjanjian.

2. Jika Penyewa ingin terus menyewa Rumah Tersebut, maka Penyewa


hendaklah memberi satu (1) bulan notis kepada Tuan Rumah. Dengan
No. 28, Jalan Pari 17/16, Seksyen 17, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
6|Page

syarat kesemua peraturan dan syarat-syarat dalam perjanjian ini


dipatuhi oleh Penyewa, Tuan Rumah boleh membenarkan Penyewa itu
terus menyewa bagi satu lagi tempoh sebagaimana yang tertera dalam
seksyen 9 dalam Jadual mengikut syarat-syarat dan peraturan yang
sama dan pada kadar sewa yang akan dipersetujui bersama.

3. Kadar sewa selepas tamat tempoh sewaan tiga (3) tahun akan dikaji
semua mengikut kadar pasaran pada ketika itu.

4. Sekiranya Penyewa ingin menamatkan Perjanjian sewa ini sebelum


tempoh berakhir, Penyewa itu akan kehilangan deposit sekuriti
sebagaimana tertera dalam Seksyen 7 dalam Jadual dan deposit
utilitinya seperti yang tertera dalam Seksyen 8 dalam Jadual akan
diambil kira tunggakan bil-bil tersebut sebelum bakinya dikembalikan
kepada Penyewa.

5. Tuan Rumah berhak untuk menamatkan penyewaan ini sekiranya


berlaku perlanggaran atau bila mana Tuan Rumah berkehendakkan
semula Rumah Tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan
tidak kurang dari satu (1) bulan notis kepada Penyewa.

6. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan Penyewa dari


membayar kepada Tuan Rumah apa-apa bayaran yang tertunggak
seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini.

7. Sekiranya Perjanjian ditamatkan oleh Tuan Rumah atau Penyewa,


adalah menjadi tanggunjawab Penyewa untuk menyerahkan kunci
Rumah Tersebut kepada Tuan Rumah atau wakilnya dengan segera
termasuk kunci tambahan yang dipasang oleh Penyewa.

8. Sebarang pertikaian diantara Tuan Rumah dan Penyewa mengenai


Penyewaan Rumah Tersebut hendaklah diselesaikan secara aman dan
baik. Jika penyelesaian tidak dapat dicapai hendaklah diselesaikan
melalui Timbangtara.

(RUANGAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG)

No. 28, Jalan Pari 17/16, Seksyen 17, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut
dalam perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan mereka pada
haribulan dan tahun yang tersebut di atas.

...
Tuan Rumah Nama:

No. Kad Pengenalan:

Tarikh:

...
Penyewa Nama:

No. Kad Pengenalan:

Tarikh:

...
Saksi

Nama:

No. Kad Pengenalan:

Tarikh:

No. 28, Jalan Pari 17/16, Seksyen 17, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
8|Page

JADUAL
(perlu difahami, dibaca dan dianggap sebagai bahagian penting dalam
perjanjian ini)
NO. PERKARA BUTIRAN
SEKSYEN

1 Tarikh perjanjian 1 MEI 2017

2 Maklumat Mengenai Tuan Nama : MUHAMMAD SHAMSUZZAMAN


Rumah BIN BAHARUDIN
No..Kad Pengenalan : 860228-56-5009
Alamat:
No. 28, Jalan Pari 17/16, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
H/P : 012-2678934
3 Maklumat mengenai Nama: DOLNGALIM BIN KAPRAWI
Penyewa No.kad Pengenalan : 590310-10-5565
Alamat:
Kampung Batu 38, 45300 Sabak Bernam
Selangor Darul Ehsan
H/P : 016-2482312
4 Alamat Rumah No. 28, Jalan Pari 17/16,
Tersebut Seksyen 17, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
5(a) Tempoh 1 Tahun
5(b) Tempoh Bermula 1 Mei 2017
5(c) Tempoh Tamat 30 April 2018
Sewaan Bulanan Ringgit Malaysia : Satu Ribu Dua Ratus Sahaja
6(a)
(RM1,200.00)
Tarikh Perlu Bayar Perlu dibayar pada atau sebelum 30/31hb setiap
6(b)
bulan
7 Deposit Sekuriti Ringgit Malaysia: Dua Ribu Empat Ratus Sahaja
(2 bulan sewa) (RM2,400.00)

8 Deposit Utiliti Ringgit Malaysia: Enam Ratus Sahaja (RM600.00)

9 Pilihan untuk Satu (1) tahun dengan kadar sewaan mengikut


memperbaharui pasaran pada masa tersebut

10 Kegunaan Rumah Untuk tujuan kediaman sahaja


Tersebut

11 No. Akaun 164276666889 (MAYBANK)

No. 28, Jalan Pari 17/16, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
SENARAI INVENTORI

NO. PERKARA BILANGAN UNIT

1. Kipas Siling 4

2. Lampu 8

3. Kunci 1 set

You might also like