You are on page 1of 1

Rujukan Kami:

6 Jun 2018

Nama Pekerja
Alamat

En. …………,

TAMAT TEMPOH PERCUBAAN

Ini adalah merujuk kepada Surat Lanjutan Tempoh Percubaan anda bertarikh 6 Jun 2018
yang mana Pihak Pengurusan telah menyampaikan ketidakpuasan terhadap prestasi kerja
anda dan notis akhir kami meminta anda menunjukkan peningkatan dalam prestasi kerja
anda.

Oleh kerana anda gagal berbuat demikian dan pihak pengurusan masih tidak berpuas hati
dengan prestasi anda, kami terpaksa menamatkan perkhidmatan anda dengan syarikat
dengan memberi notis dua minggu kepada anda dari tarikh surat ini seperti yang tertulis
dalam Perkara 8 Surat Perlantikan anda. Oleh itu, tarikh akhir perkhidmatan anda ialah 16hb
Julai 2018.

Sila kembalikan semua harta benda milik Syarikat yang berada dalam pegangan anda
kepada Jabatan Sumber Manusia supaya semua pembayaran dapat dijelaskan.

Yang benar,
NAMA SYARIKAT

NAMA PENGURUS
Jawatan

You might also like