You are on page 1of 3

[Kepala Surat Syarikat]

SULIT & PERSENDIRIAN


No. Rujukan Syarikat :
Tarikh :

Nama Pekerja
Alamat Penuh Pekerja

Tuan / Puan / Cik Puan (Nama Pekerja),

PER : SURAT TAWARAN PERKHIDMATAN SEBAGAI NAMA JAWATAN DI NAMA SYARIKAT

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan / Puan / Cik Puan telah ditawarkan jawatan sebagai Nama
Jawatan di Nama Syarikat tertakluk kepada terma-terma seperti berikut:-

1. Pelantikan Tuan / Puan / Cik Puan akan berkuatkuasa dari tarikh mula bekerja.

2. Tuan / Puan / Cik Puan dikehendaki menjalankan tugas sebagai Nama Jawatan di Nama
Syarikat yang bertempat di Alamat Syarikat atau tertakluk kepada arahan lanjut daripada
pihak pengurusan.

3. Tempoh percubaan adalah selama tiga (3) bulan bermula dari tarikh mula bertugas. Pada
akhir tempoh percubaan, pihak pengurusan mempunyai budi bicara untuk mengesahkan
jawatan Tuan / Puan / Cik Puan sama ada kurang dari tiga (3) bulan jika pencapaian Tuan /
Puan / Cik Puan memuaskan atau menyambung tempoh percubaan atau menamatkan
perkhidmatan Tuan / Puan / Cik Puan diatas sebab-sebab yang tertentu.

4. Tuan / Puan / Cik Puan akan dibayar gaji bulanan sebanyak RM 1,500.00 sahaja semasa
tempoh percubaan dan sekiranya jawatan Tuan / Puan / Cik Puan disahkan jumlah tersebut
akan dinaikkan. Kenaikan gaji dan atau bonus sepanjang perkhidmatan Tuan / Puan / Cik
Puan adalah tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara pihak pengurusan dan prestasi
perkhidmatan Tuan / Puan / Cik Puan.

5. Syarikat akan membuat caruman kepada tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
mengikut arahan kerajaan 11% gaji pokok pekerja dan 13% daripada pihak syarikat.

6. Syarikat akan membuat pencaruman dan pemotongan gaji untuk membayar SOCSO dan
Sistem Insurans Pekerja (SIP) mana-mana jawatan yang perlu mengikut kadar dan jumlah
pendapatan Tuan / Puan / Cik Puan.

1
[Kepala Surat Syarikat]

7. Waktu bekerja Tuan / Puan / Cik Puan adalah seperti berikut:-


Isnin hingga Jumaat : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Sabtu / Ahad : Cuti
(Waktu makan tengahari ialah 1.00 tengahari hingga 2.00 petang)

Tuan / Puan / Cik Puan dikehendaki melaporkan diri pada masa yang ditetapkan setiap hari
dan hendaklah berada di pejabat pada waktu bekerja kecuali Tuan / Puan / Cik Puan telah
mendapat kebenaran dari pihak pengurusan.

Sebagai Nama Jawatan, Tuan / Puan / Cik Puan juga mungkin dikehendaki menjalankan
tugas di luar waktu kerja sekiranya perlu mengikut arahan pihak pengurusan dan keadaan
semasa.

8. Tuan / Puan / Cik Puan hendaklah melapor dan menerima arahan daripada pihak
pengurusan atau mana-mana individu yang di arahkan oleh pihak pengurusan dari masa ke
semasa.

9. Bidang pekerjaan sebagai Nama Jawatan adalah seperti berikut :-


TUGASAN (Nama Jawatan)
Senaraikan tugasan disini berdasarkan keperluan dan kehendak syarikat.

10. Sepanjang tempoh percubaan, tiada cuti tahunan diperuntukkan untuk Tuan / Puan / Cik
Puan kecuali cuti sakit yang hendaklah disertakan dengan sijil sakit dari klinik kerajaan atau
klinik yang dibenarkan oleh pihak pengurusan. Segala kos rawatan dan perubatan am akan
ditanggung oleh pekerja sendiri.

11. Kerja Lebih Masa / Over Time


Tuan / Puan / Cik Puan akan dibayar kerja lebih masa selepas waktu bekerja iaitu bermula
jam 6 petang.

Pembayaran kerja lebih masa hanya akan dibayar untuk pekerja yang bergaji RM2000 dan
kebawah.

12. Sekiranya Tuan / Puan / Cik Puan perlu menjalankan tugas di luar, pihak pengurusan akan
membayar kos perjalanan Tuan / Puan / Cik Puan mengikut kadar dan prosedur yang telah
ditetapkan.

13. Tempoh notis penamatan perkhidmatan dalam tempoh percubaan adalah selama satu (1)
minggu secara bertulis. Sekiranya mana-mana pihak gagal memberikan notis seperti
tersebut, pihak yang gagal hendaklah membayar jumlah yang bersamaan satu (1) minggu
gaji kepada pihak yang satu lagi.

2
[Kepala Surat Syarikat]

Majikan berhak menamatkan perkhidmatan Tuan / Puan / Cik Puan dalam tempoh
percubaan sekiranya Tuan / Puan / Cik Puan tidak mencapai prestasi yang dikehendaki
syarikat dengan notis bertulis seminggu.

14. Sepanjang tempoh perkhidmatan dan selepas daripadanya, Tuan / Puan / Cik Puan tidak
dibenarkan mendedahkan apa-apa maklumat berkaitan pihak pengurusan dan pusat
kepada mana-mana pihak ketiga.

15. Untuk membantu Tuan / Puan / Cik Puan menjalankan perkhidmatan dengan efisien,
komited dan penuh intergriti, Tuan / Puan / Cik Puan dikehendaki menghadiri sesi-sesi
latihan yang akan diadakan oleh pihak pengurusan di mana-mana lokasi yang sesuai
mengikut arahan pihak pengurusan.

Sekiranya Tuan / Puan / Cik Puan bersetuju menerima perlantikan mengikut terma-terma di
atas, sila nyatakan persetujuan Tuan / Puan / Cik Puan dengan menandatangani slip
penerimaan tawaran di hujung surat ini.

Yang benar,

______________________
Nama
Pengurus Besar
Nama Syarikat

Penerimaan tawaran perkhidmatan sebagai Nama Jawatan di Nama Syarikat

Saya, (______________________________) (No K/P. ________________________) menerima


tawaran bertarikh tarikh surat dikeluarkan dan bersetuju untuk menurut segala terma-terma di
dalam tawaran tersebut.

Ditandatangan oleh, Disaksikan oleh,

........................................................ .....................................................
Nama: Nama:
No K/P: No K/P:

Sk Nama (Pengurus Sumber Manusia)


3

You might also like