You are on page 1of 49

Pengenalan Pengurusan

Projek

Definisi pengurusan terdapat pelbagai versi dan pendapat dari

pelbagai pihak. Jadi untuk mengambil satu takrifan yang tepat adalah

agak sukar. Walaubagaimanapun apabila dikaji satu persatu dengan

mendalam, didapati kebanyakan definisi itu mempunyai matlamat yang

hampir sama. Sebahagian dari definisi pengurusan projek yang diambil

dari beberapa buku adalah seperti berikut : -

“pengurusan projek merupakan


satu cabang daripada bidang
pengurusan, dimana ianya
merupakan gabungan antara
perancangan, pengorganisasian,
pengarahan dan pengawalan”

Barry Fryer
DEFINASI PENGURUSAN
PROJEK

Pengurusan projek merupakan satu pengurusan


yang melibatkan pembangunan, perubahan dan
inovasi dalam kerja operasi. Ia merangkumi
aktiviti seperti merancang dan pengawalan
sesuatu projek dengan
bergantung kepada kekangan belanjawan supaya
projek dapat disempurnakan dalam tempoh masa
yang ditetapkan.

DEFINASI PROJEK

Projek didefinisikan sebagai satu aktiviti


operasi yang wujud hanya sekalisekala
dalam tempoh masa yang tertentu. Projek
merupakan aktiviti yang besar dan akan
mempengaruhi masa depan syarikat. Contohnya
seperti projek pembinaan kemudahan, bangunan
kilang, pusat membeli belah dan pemasangan
sistem komputer.
ELEMEN-ELEMEN
PENGURUSAN

Sesuatu projek biasanya memerlukan alat-alat


dan kemahiran di luar system pengeluaran.
Organisasi projek akan dibentuk untuk
memudahkan proses perjalanan projek menjadi
lebih lancar dan sempurna. Terdapat TIGA
peringkat pengurusan projek yang utama
iaitu:-

1. Perancangan
2. Penjadualan
3. Pengawalan

PASUKAN PROJEK

Pasukan projek merupakan sekumpulan


individu dari organisasi atau dari luar
organisasi yang mempunyai kemahiran dan
pengalaman yang berkaitan dengan sesuatu
projek. Ahli-ahlinya terdiri daripada
pengurus dan staf yang mahir dalam bidang
tertentu seperti buruh dan jurutera yang
diperlukan dalam projek pembinaan.
Struktur Organisasi Projek

Perancangan

Perancangan merupakan salah satu daripada


peringkat pengurusan projek yang
utama yang merangkumi aktiviti menentukan
objektif projek. Ianya bertujuan
untuk memudahkan pengurus dan pasukannya
menjalankan sesuatu projek.
STRUKTUR PEMBAHAGIAN
KERJA

Kebiasaannya, perancangan projek akan disenaraikan dalam bentuk


dokumen yang formal yang dikenali sebagai skop projek.
Seterusnya, projek akan dibahagikan kepada beberapa komponen
yang lebih terperinci dengan kaedah yang dikenali sebagai struktur
pembahagian kerja (seperti yang ditunjukkan dalam rajah carta
alir di bawah).
PROJEK

Perkara-perkara Utama Dalam


Projek

Sub Perkara Utama Dalam Projek

Aktiviti-aktiviti

Matris Organisasi

CARTA ALIR STUKTUR PEMBAHAGIAN KERJA

Matris organisasi : Satu pasukan yang


dibentuk khas untuk menjalankan sesuatu
projek yang khas dimana ahlinya terdiri
daripada pelbagai jabatan fungsi dalam
syarikat seperti kejuruteraan, pemasaran dan
pengeluaran yang diperlukan untuk
melaksanakan sesuatu projek.
PENJADUALAN

Selepas proses perancangan, proses penjadualan


diperlukan untuk menganggarkan jangkamasa yang
diperlukan untuk menyiapkan setiap aktiviti
projek. Anggaran tempoh masa menyiapkan projek
ditetapkan dengan membuat perbandingan dengan
objektif projek syarikat.

SEKIRANYA MASA YANG DITETAPKAN MELEBIHI


MASA YANG DIHADKAN

Jika keadaan ini berlaku, tempoh persiapan projek


mesti dikurangkan samada dengan menambah
sumber tenaga kerja atau dengan menggunakan
cara lain yang boleh menyiapkan projek dengan
cepat.
Merancang, menyusun, mengarah,
PROSES mengawal, menyelaras dan menilai

Bahan binaan, buruh, kewangan,


SUMBER jentera

Masa, kos dan kuantiti


MATLAMAT

Komponen Pengurusan Projek


CARA MENGURUSKAN 5M

 Method (proses pengurusan)

 Machinery (jentera)

 Material (bahan binaan)

 Man power (sumber manusia)

 Money (kewangan)
PENGURUSAN PEKERJAAN (MANAGEMENT OF MAN POWER)

Buruh merupakan salah satu sumber utama berbanding dengan sumber-sumber


yang lain. Ini adalah kerana buruh memainkan peranan penting dalam
menjalankan sesuatu aktiviti ataupun projek sehinggalah projek tersebut selesai
dengan lancar dan sempurna pada masa yang telah ditetapkan. Bukan itu sahaja,
tanpa buruh semua jentera di tapak pembinaan tidak akan berjalan. Pekerja
boleh dibahagikan kepada tiga jenis. Iaitu :

- Merupakan pekerja yang terlatih dan boleh melakukan


PEKERJA kerja yang tertentu sahaja seperti plot tanaman, memasang paip
MAHIR dan sebagainya. Pekerja ini mempunyai pengalaman yang lama
ataupun telah mengikuti mana-mana kursus yang dianjurkan oleh
pihak tertentu. Pekerja jenis ini tidak perlu pengawasan oleh
majikan malahan juga mereka juga boleh mengetuai untuk
pekerja yang lain

PEKERJA - Merupakan pekerja yang mendapat pendidikan tetapi


SEPARUH mereka kurang pengalaman kerja. Mereka perlu diawasi oleh
MAHIR majikan atau pekerja mahir supaya kerja yang dibuat
memenuhi kehendak majikan
- Pekerja jenis ini tidak mempunyai sebarang pengalaman
PEKERJA bekerja dan tidak mengikuti mana-mana kursus yang dianjurkan.
AM Kebanyakan kerja yang dilakukan hanya sekadar kerja-kerja biasa
sahaja seperti mengangkut tanah,menanam tanaman, kutipan
hasil pertanian

Pengurusan Pekerja perlu dirancang dengan baik melalui beberapa pengurusan ini
:

1) Menentukan bilangan pekerja memenuhi sesuatu masa yang diperlukan

- Dalam hal ini, selalunya permasalahan akan berlaku semasa projek sedang
dijalankan. Ini adalah kerana bilangan pekerja yang diperlukan kadang kala
berkurangan dan berlebihan. Sekiranya tenaga kerja berkurangan, sesuatu
projek itu akan lambat siap. Bukan itu sahaja, akan mengakibatkan
pembaziran kos. Jadi pihak majikan perlu mengambil langkah dengan cara
perlu menentukan bilangan pekerja yang diperlukan mencukupi sebelum
aktiviti di tapak bina berjalan pada setiap hari.
2) Pembahagian kerja mengikut kemahiran tertentu

- Pihak majikan perlu membuat pembahagian kerja mengikut kemahiran


buruh tersebut iaitu pekerja mahir, separuh mahir, dan pekerja am.
Dengan cara begini, sekiranya kerja dibahagikan mengikut kemahiran
masing-masing, projek berkemungkinan dapat berjalan dengan lancar
kerana perkeja ini hanya fokus pada kerja yang ditetapkan mengikut
kemahiran sendiri.

3) Pelicinan Pekerja

- Pelicinan sumber kerja sangat penting kerana bukan senang untuk


mendapatkan semula pekerja yang telah dibuang atau yang telah
melarikan diri. Selalunya, dalam hal ini aliran kerja akan meningkat pada
awal pembinaan kemudiannya stabil tetapi pada pengakhiran projek, ia
semakin menurun. Ini berkemungkinan elaun yang sepatutnya mereka
dapat tidak mencukupi dan faktor lain juga mereka telah mendapat
kerja atau projek yang lebih baik. Jadi untuk mengelakkan masalah ini
berlaku, pihak majikan perlu memastikan setiap pekerja yang mereka
ambil bekerja sehingga selesai projek itu berjalan dan jaga kebajikan
mereka.
CARA PENGURUSAN PEKERJA

- Pekerja merupakan salah satu sumber utama yang memainkan peranan yang
penting berbanding sumber lain seperti bahan binaan dan jentera.

- Tanpa pekerja yang terlatih dan mencukupi sesuatu projek itu akan gagal
dijalankan.

- Tenaga pekerja merupakan jentera yang menjadikan penggerak kepada


segala aktiviti.

Perancangan Sumber Kerja

- Menyatakan bahawa perancangan sumber kerja adalah penting untuk


mengawal masalah kekurangan pekerja mahir dalam sesebuah projek.

- Tujuan perancangan sumber kerja adalah :


a. Menganalisa dan mengenal pasti peluang pekerjaan.

b. Penilaian tentang keperluan sumber kerja semasa dan masa depan.

c. Meramal bekalan dan permintaan sumber pekerja dan menyediakan

kos yang bersesuaian.

d. Memudahkan pihak pengurusan untuk membuat pengembalian,

pemilihan, kenaikan pangkat, penukaran dan penamatan perkhidmatan.

e. Menilai keperluan modal sebenar yang diperlukan dalam perancangan

sumber kerja.
- Kebiasaannya kontraktor perlu meramal keperluan sumber pekerja untuk
sesuatu projek bagi mengelakkan dari menghadapi kekurangan sumber

kerana pasaran sumber pekerja adalah agak sukar untuk dijangkakan.

- Perancangan sumber pekerja merupakan kaedah memperseimbangkan


permintaan dan pengeluaran sumber pekerja dipelbagai peringkat

kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan rancangan pembangunan.

- Aspek yang perlu diberi perhatian dalam perancangan sumber pekerja :

a. Menentukan bilangan sumber pekerja dan masa yang diperlukan

- Perancangan menentukan bilangan yang diperlukan dalam


sesebuah projek pembinaan adalah penting bagi memastikan

jumlah yang mencukupi seperti mana yang dirancang.

- Bilangan yang berkurangan akan mengakibatkan perjalanan


projek akan tergendala, manakala yang akan mengakibatkan

pembaziran dari segi kos.


b. Pembahagian kerja mengikut kemahiran yang dikehendaki

- Proses ini penting kerana bilangan yang diperlukan dalam bidang


tertentu mungkin terhad, maka perancangan yang sesuai perlu

disediakan bagi mengatasinya ketika diperlukan.

c. Membuat pelicinan sumber manusia (smooting levelling)

- Pelicinan sumber merupakan teknik penting dalam perancangan


sumber pekerja.

- Sekiranya kita membuat carta keperluan pekerja lagi sesuatu


projek pembinaan, pertanian, penternakan dan perikanan

selalunya kita akan mendapati bahawa pada masa tertentu

bilangan sumber pekerja yang diperlukan adalah tinggi,

manakala pada masa lain bilangan adalah kecil.

- Ini menggambarkan bahawa pengambilan dan pengurangan


sumber pekerja di tapak bina perlu dilakukan berulang kali.

- Mengatasi keadaan ini pengambilan pekerja secara beransur


ansur dari permulaan projek hinggalah mencapai ke suatu

tempoh sehingga projek disiapkan.


PENGURUSAN BAHAN ( MANAGEMENT OF
MATERIAL)

Bahan binaan merupakan antara komponen yang penting dalam


menjayakan sesuatu projek. Sekiranya sumber bahan binaan tidak
mencukupi daripada pembekal, projek tidak dapat berjalan dengan lancar
dan ini akan menyusahkan pihak kontraktor dan berkemungkinan projek
akan habis lambat.

Pengurusan bahan binaan bertujuan untuk mengenal pasti dan


mengelakkan kekurangan bahan binaan yang akan menjejaskan kelancaran
projek yang sedang dijalankan. Bukan itu sahaja, ia juga bertujuan untuk
mengelak daripada berlaku pembaziran.

Pengurusan bahan binaan meliputi banyak perkara seperti jadual bahan


keluar masuk, bilangan bahan yang digunakan, laporan bahan yang rosak,
perubahan harga, keperluan permintaan di tapak bina dan sebagainya
PENGURUSAN BAHAN BINAAN

i) MEMASTIKAN SUMBER BAHAN BINAAN MENCUKUPI

- Dalam hal ini, pihak majikan perlu memastikan sumber bahan


binaan yang digunakan di tapak bina mencukupi. Ini adalah
supaya ia tidak akan menjejaskan aktiviti di tapak disebabkan
barang yang tidak cukup.

ii) PEMBEKAL MENGHANTAR BAHAN BINAAN PADA


TEPAT masanya
- Pihak kontraktor perlu memastikan pembekal menghantar
barang yang telah ditempah tepat pada masanya. Sekiranya
penghantaran lewat berlaku, ini akan menyebabkan pembaziran
kerana aktiviti di tapak bina tegendalah buat sementara waktu.
iii) MEMASTIKAN BEKALAN BARANG YANG SAMPAI
DALAM KEADAAN BAIK

- Sebelum barang yang hendak digunakan di tapak, pihak


kontraktor perlu memastikan setiap barang yang sampai
daripada pembekal berada dalam keadaan baik dan berkualiti
tinggi. Mereka perlu membuat pemeriksaan pada setiap barang
supaya barang yang digunakan tidak akan rosak. Sekiranya
tidak, ia akan berlaku pembaziran.

iv) MENGAWAL BAHAN DI TAPAK BINA DENGAN BAIK


v)
- Kawalan bahan yang cekap boleh mengelakkan pembaziran
ataupun kekurangan bahan apabila diperlukan. Oleh sebab itu,
pengurusan stok yang cekap perlu menepati ciri-ciri berikut :

a. Mempunyai ruang simpan yang cukup dan disusun kemas

b. Kekurangan bahan diisi dengan cepat

c. Mempunyai rekod keluar dan masuk setiap bahan

d. Melantik seorang penyelia yang bertanggungjawab bagi


menguruskan bahan dalam tempat penyimpanan bahan
CARA PENGURUSAN BAHAN BINAAN

- Pengurusan bahan binaan perlu dilaksanakan secara berkesan bagi


mengelakkan kelewatan pesanan dan penghantaran ke tapak bina yang

mengakibatkan kekurang bahan apabila diperlukan.

- Pengurusan bahan binaan meliputi kerja-kerja penyeliaan, pengiriman dan


membuat pemeriksaan di kilang atau pembekal bagi menentukan bahan

binaan yang dibekalkan mengikut spesifikasi atau piawaian yang

dikehendaki.

- Antara dokumen yang terlibat dalam pengurusan bahab binaan adalah:


a. arahan jadual bahan

b. catatan serah hantar

c. ringkasan bahan yang diterima

d. laporan bahan yang rosak

e. serah hantar segera

f. perubahan harga

g. keperluan permintaan di tapak bina

h. bahan-bahan yang diterima atau dipindahkan

i. invois pembayaran kepada pembekal atau pengilang

j.
Kawalan Bahan Di Tapak Bina

- Kawalan bahan di tapak bina sangat penting bagi memastikan keberkesanan


dan keupayaan projek berkenaan untuk dijalankan dengan lancer.

- Kawalan yang cekap boleh mengelak pembaziran ataupun kekurangan bahan


apabila diperlukan.

- Pengurusan bahan binaan yang cekap perlu menepati ciri-ciri berikut :


a. Mengutamakan kaedah penurunan bahan binaan kenderaan dengan

berkesan mengikut tahap keselamatan yang dikehendaki.

b. Mempunyai ruang simpanan yang mencukupi dan kemas.

c. Kekurangan bahan diisi dengan cepat.

d. Mempunyai rekod penggunaan setiap bahan.

e. Mengelakkan kerja penyimpanan dilakukan berulang kali.

f. Melantik seorang pengurus bahan yang bertanggungjawab sepenuhnya

dengan setiap keperluan bahan di tapak bina.


- Dalam proses membeli sesuatu bahan binaan ataupun jentera, kontraktor
perlu menentukan perkara berikut terlebih dahulu :

a. Sebut harga yang dipersetujui.

b. Membuat perbandingan harga dari beberapa pembekal lain.

c. Menyediakan tempahan.

d. Member alamat penghantaran dengan betul.

e. Menyediakan spesifikasi bahan yang jelas.

f. Menyertakan kuantiti bahan yang dikehendaki.

g. Memberikan gambaran jalan masuk yang sebenar kepada pembekal

serta halangan yang boleh menggangu proses penghantaran.

h. Tarikh sebutharga serta tempohnya.

i. Nama pekerja dan nombor telefon yang perlu dihubungi


Pembaziran Bahan Binaan

- Pembaziran bahan binaan adalah perbezaan kepenggunaan bahan binaan


yang dibekalkan dengan ukuran yang telah disiapkan.

- Ianya boleh berlaku dalam berbagai situasi seperti hilang, pecah, ataupun
rosak.

- Kadar pembaziran di tapak bina adalah antara 10% hingga 15% dari kos
projek.

- Pembaziran ini boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu :


a. Pembaziran yang boleh dielakkan

- Bahan binaan yang seharusnya boleh digunakan dengan


sepenuhnya tetapi dibazirkan kerana kecuaian ataupun kurang

keperihatinan kepada kos bahan berkenaan.

b. Pembaziran yang tidak boleh dielakkan

- Berlaku apabila ukuran bahan yang dibekalkan tidak sama


dengan ukuran yang diperlukan dari segi reka bentuk.

- Pembaziran juga berlaku dari kecuaian penerimaan bahan binaan


yang kurang bermutu, jumlah yang kurang dari pesanan serta

kecuaian dalam penyimpanan.


Punca-Punca Pembaziran
- Terdapat banyak sebab yang menyebabkan berlakunya pembaziran bahan
binaan di tapak bina yang bermula dari peringkat penghantaran sehinggalah

penyiapan projek pembinaan.

- Antara punca-punca utama pembaziran adalah :

a. Pemotongan bahan binaan

- Pemontogan yang dilakukan terhadap bahan binaan adalah


seperti kayu, besi keluli dan lain-lain bahan yang melibatkan saiz

yang dikehendaki oleh lukisan dan reka bentuk.

b. Mutu kerja

- Merupakan sesuatu kerja yang dilakukan berulang kali kerana


tidak menepati mutu yang dikehendaki dan mengakibatkan

pembaziran.

- Fenomena ini selalu berlaku apabile kontraktor menggunakan


bahan yang tidak berkualiti dan tidak menepati spesifikasi yang

ditetapkan.
c. Penyimpanan

-Kaedah penyimpanan bahan binaan yang tidak teratur sering

menjadi punca utama bahan binaan mudah rosak, hilang atau tidak

dapat dicari apabila hendak digunakan.

d. Pengangkutan

- Dikebanyakan tapak bina dimana penipuan oleh pembekal atau


pemandu terhadap kuantiti bahan yang dihantar terutama

bahan-bahan yang di pesan dalam kuantiti yang banyak.

- Kaedah penurunan bahan yang tidak ditelitikan akan berlaku


pembaziran yang ketara.

e. Salah guna

- Kesilapan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi

sedangankan hanya memerlukan bahan berkualiti rendah sahaja.


f. Kecurian

- Kecurian yang dilakukan oleh pekerja di tapak bina dan juga


penduduk yang berdekatan ekoran daripada tahap keselamatan

tapak projek yang kurang memuaskan.

g. Kemahiran

- Seorang pekerja yang kurang mahir mempunyai peluang yang


besar bagi menyebabkan berlakunya pembaziran yang lebih

banyak berbanding dengan pekerja yang mahir.


PENGURUSAN KEWANGAN
(MANAGEMENT OF MONEY)

Pengurusan kewangan ditakrifkan juga sebagai pengurusan


modal ataupun kos. Dalam sesuatu projek pembinaan,
pengurusan kewangan yang baik memainkan peranan yang
penting dalam menentukan kejayaan sesebuah projek. Ini
adalah kerana kewangan meliputi semua peringkat bermula
dengan peringkat permulaan, pembinaan berjalan sehingga
kepada pembangunan siap dibina serta pembayaran yang
terakhir. Oleh sebab itu, pihak kontraktor perlu bijak dalam
menguruskan kewangan yang ada.

Kebanyakkan syarikat yang beroperasi memulakan perniagaan


mereka dengan memperoleh sumber modal daripada pinjaman
bank, modal sendiri dan ada juga ada sesetengah daripada
mereka berkongsi modal selalunya dua pihak.
JENIS-JENIS KOS

- Ia melibatkan kos yang berubah

Kos - Kos ini merupakan kos yang meliputi tiga elemen iaitu kos
langsung gaji pekerja, kos bahan binaan dan kos jentera (sewa dan

penyelenggaraan)

- Kos yang tetap sepanjang tempoh pembinaan


Kos tidak
- Merupakan kos perbelanjaan sampingan seperti bil elektrik,bil
langsung
air,bil telefon, insurans dan lain-lain lagi
 PENGURUSAN KEWANGAN

 Menilai kesan kewangan projek terhadap semua


golongan dalam kawasan projek, iaitu firma
pemprosesan dan syarikat-syarikat pembinaan

 Menentukan sama ada redapat atau tidak galakan


(intensif) yang cukup bagi semua pihak di kawasan
projek

 Memastikan penggunaan yang cekap bagi semua


sumber teruatamnay sekali wang pinjaman
daripada punca – punca luar seperti bank dan
institusi pinjaman

 Membuat atau menganalisa aliran kewangan. Ini


dalah bertujuan untuk menilai kecekapan
mengurus dan menentukan jenis organisasi dan
pengurusan yang diperlukan untuk melaksanakan
projek yang telah siap dan yang sedang dijalankan.
 Pembelian bahan binaan, mesin,loji

 Membayar gaji kakitangan,buruh dan sub-kontraktor


KEPERLUAN  Membayar sewa pejabat, bil eletrik, air,telefon
PENGGUNAAN KOS
 Membayar elaun lebih masa dan tuntutan kewangan
kakitangan

 Membiayai keperluan luar jangka

CARA PENGURUSAN KEWANGAN

- Pengurusan kewanagn yang berkesan memainkan peranan yang paling


penting dalam menentukan kejayaan sesebuah projek.

- Pihak kontraktor dan pengurus projek haruslah bijak dalam mngurus dan
menggunakan sumber kewangan yang ada.

- Kebanyakan syarikat pembinaan mendapat sumber kewangan daripada


berbagai punca seperti pinjaman, modal sendiri atau ekuiti.

- Pinjman kewanagn diperoleh daripada berbagai institute kewanagan samada


swasta ataupun kerajaan.
Masalah Dalam Pengurusan Kewangan
a. Masalah dalaman

- Kakitanagn atau pekerja pengurusan kewanagan yang mempunyai


pengalaman yang cukup dalam mengurus sumber kewangan.

b. Masalah luaran

- Masalah yang berpunca daripada pihak kedua atau ketiga


seperti kelewatan atau kegagalan pihak bank untuk meluluskn

pinjaman atau pembekal tidak mahu membekal bahan binaan

dengan hutang.

Sumber Kewangan Penting Untuk Membiayai

Kegiatan Seperti Berikut :


i. Pembelian bahan binaan, mein, jentera, dan ebagainya.

ii. Membayar gaji kakitangan, buruh dan sub kontraktor.

iii. Membayar aset syarikat.

iv. Membayar elaun lebih masa dan tuntutan kewangan kakitanagn.

v. Membiayai keperluan luar jangka.


Kepentingan Pengurusan Kewangan
- Bertujuan untuk menetukan penggunaan kewangan yang sisitematik dan
taratur dalam sesebuah projek.

Pemilik atau pengurus syarikat perlu memastikan harga yang ditawarkan

tidak merugikan syarikat apabila pembinaan dijalankan.

- Langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seorang pengurus projek ialah :


a. Pengurusan wang tunai.

b. Pembayaran pinjaman.

c. Keperluan jangka pendek.

d. Keperluan luar jangka.

e. Penganalisaan di tapak bina.

f. Perbandingan kos.

g. Langkah pencegahan.
Matlamat Analisis Kewangan Adalah :
i. Menilai kesan kewangan projek terhadap semua golongan dalam

kawasan projek, iaitu firma pemprosesan dan syarikat pembinaan.

ii. Memastika penggunaan yang cekap bagi semua sumber terutama

sekali wang pinjaman dari punca-punca luar seperti bank dan institusi

pinkaman.

iii. Menentukan samada terdapat atau tidak galakan (insentif) yang

cukup bagi semua pihak di kawasan projek.

iv. Analisis kewangan akan membantu kita dalam merencanakan

pembiayaan yang kemas.

v. Penyelarasan semua sumbangan dapat dibuat dengan lebih cekap

apabila analisis kewangan telah dibuat.

vi. Dapat menilai kecekapan mengurus dan menentukan jenis organisasi

yang digunakan untuk melaksanakan projek.


Kos Projek
Dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu :

i. Bekalan barang fizikal.

ii. Penggunaan tenaga buruh.

iii. Pembeliaan atau sewaan tanah.

iv. Cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan.

v. Kos luar jangka.

Ramalan Aliran Wang Tunai


- Wang tunai yang tidak cukup boleh menybabkan sesebuah syarikat itu
muflis.

- Aliran wang tunai merupakan pemindahan aliran wang tunai keluar dan
masuk dari sesebuah syarikat.

- Masa aliran tunai juga penting kerana Ia menentukan bila wang dikeluarkan
dan bayaran kemajuan pekerja akan diterima dari pemilik.

- Tempoh masa ini adalah masa kredit yang perlu ditanggung oleh
kontraktor.

- 7 faktor yangmempenyarui aliran wang tunai iaitu:


Margin

- Merupakan suatu peratusan jumlah yang ditetapkan oleh


kontraktor sebagai keuntungan bersih.

- Kadar yang ditentukan berbeza beza mengikut jenis projek


yang dijalankan dan juga bergantung kepada saiz projek.

- Untuk projek yang kecil kebiasaannyamargin ialah 10% hingga


50% dari kos projek.

- Projek besar margin keuntungan adalah 5% hingga 25% sahaja.


- Margin tinggi, harga tender juga tinggi.

a. Wang tahanan

- Kebayakan kerja-kerja pembinaan yang besar menetapkan suatu


jumlah tertentu sebagai wang tahanan.

- Merupakan suatu jumlah yang ditahan untuk tempoh tanggungan


kecacatan yang ditetapkan antaranya adalah 3,6 atau 12 bulan

bergantung kepada jenis jaminanyang dikehendaki.

- Tujuan utama adalah sebagai jaminan kepda kerajaan bagi


memastikan kontraktor menjalankan kerja-kerja dengan

sempurna.
b. Wang pendahuluan

- Akan mengurangkan keperluan modal pada peringkat permulaan


projek.

c. Pendapatan besar di permulaan projek

- Membantu kontraktor dalam penyediaan aliran tunai pada


peringkat permulaan.

d. Pendapatan besar di akhir projek

- Membantu kontraktor dalam merendahkan kadar hadapan bagi


member margin yang lebih tinggi kepada butiran kerja.

- Teknik ini akan meningkatkan keperluan aliran tunai kepada


kontraktor.

e. Kelewatan menerima bayaran

- Akan meningkatkan keperluan kewangan jika berlaku.


- Kelewatan pemilik membuat pembayaran akan membebankan
kontraktor.
f. Melewatkan pembayaran kepada pembekal dan sub kontraktor

- Ianya akan mengurangkan jumlah modal yang diperluka tetapi


mungkin menjejaskan pembekalan dan prestasi kerja.
PENGURUSAN JENTERA (MANAGEMENT OF MACHINERY)

Pengurusan jentera juga dikenali sebagai pengurusan loji. Jentera


antara peralatan yang penting sepanjang tempoh pembinaan dijalankan
. Kelebihan penggunaan jentera dalam projek adalah dapat menjimatkan
perbelanjaan dari segi masa, tenaga pekerja dan ia juga dapat
menghasilkan kualiti yang baik.

 TUJUAN PENGGUNAAN JENTERA

i) Mengurangkan tenaga pekerja

ii) Mempercepatkan proses pembinaan

iii) Memudahkan kerja-kerja yang tidak mampu dibuat oleh


buruh

iv) Menggunakan teknologi sedia ada

v) Menghasilkan mutu kerja yang berkualiti dan berkesan


 PENGURUSAN JENTERA/LOJI

- Pihak kontraktor perlu melantik seorang atau


MELANTIK dua orang penyelia bahagian jentera yang boleh
PENYELIA menguruskan jentera dengan baik. Pengurus
JENTERA yang dilantik mestilah diberikan latihan yang
mencukupi

- Bagi menjamin hasil peningkatan faedah keluaran


MEMILIH
tinggi, pemilihan jenis jentera perlu dibuat dengan
JENTERA YANG
baik.
BERKUALITI

Berbagai faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan jentera iaitu :

• Keupayaan peralatan untuk melakukan kerja yang dikehendaki

• Memberi pulangan yang maksimum kepada pelaburan yang dibuat

• Peralatan tersebut boleh diperolh pada masa yang dikehendaki

• Boleh diselenggara dengan baik dan tidak melibatkan kos yang tinggi

• Peralatan boleh digunakan pada masa yang akan datang

• Jangka hayat digunakan lama dan harganya berpatutan


CARA PENGURUSAN JENTERA

- Jentera merupakan satu peralatan penting dalam sesuatu projek


pembinaan.

- Pengurusan yang berkesan dapat menjimatkan masa, tenaga kerja, secara


tidak langsung dapat mengurangkan kos dan menghasilkan kualiti bina yang

baik.

- Satu sistem pengurusan yang teratur diperlukan bagi menjamin


peningkatan daya pengeluaran yang maksimum bagi menjamin keberkesanan

penggunaan.

- Pertambahan saiz, keunikan serta kos projek menyebabkan permintaan


terhadap penggunaa jentera serta kelengkapan di dalam pembinaan.

- Penggunaan jentera dapat mempercepatkan pembinaan serta dapat


mengurangkan hasil pulangan faedah dari aktiviti pembinaan.

- Bagi memastikan keberkesanan penggunaan jentera maka seorang jurutera


atau pengurusan jentera serta pengendalian jentera mestilah diberikan
perhatian yang cukup. Pemilihan jenis jentera perlulah bersesuaian dengan
kebolehan kerja tapak bina bagi menjamin hasil peningkatan faedah
keluaran yang tinggi.

Pemilihan Peralatan Jentera

- Kriteria yang paling penting ialah keupayaan peralatan itu untuk melakukan
kerja yang dikehendaki.

- Kriteria utama adalah pulanagan keuntungan yang maksimum ke atas


pelaburan yang dibuat keatas peralatan tersebut.

- Keuntungan maksimum akan tercapai apabila kos unit pengeluaran yang


terendah dicapai.

- Factor-faktor lain yang harus dipertimbangkan semasa memilih peralatan


ialah :

a. Daya pengeluaran sesebuah jentera

b. Peralatan tersebut boleh diperolehi pada masa yang diiginkan

c. Mempunyai kemudahan alat ganti dan servis

d. Kemungkinan peralatan boleh digunakan lagi pada masa hadapan

e. Kesan masa henti peralatan itu keatas operasi peralatan pembinaan

yang lain

f. Jangka hayat jentera dan harganya

- Setelah peralatan sesuai dipilih, satu pelan kerja untuk penggunaan


peralatan tersebut perlu dirangka.
Tujuan penggunaan jentera

a. Menggurangkan penggunaan tenaga buruh

b. Mempercepatkan tempoh pembinaan

c. Menghasilkan mutu kerja yang lebih baik

d. Melaksanakan tugas-tugas yang tidak boleh dibuat dengan tangan

e. Memudahkan kerja-kerja yang sukar dibuat oleh buruh

f. Menghapuskan kerja-kerja tangan yang berat

g. Menggunakan teknologi yang tinggi di pasaran

Kaedah Pemilihan Jentera

a. Pembelian

- Pembelian sesuatu jentera memerlukan pelaburan modal yang


besar di peringkat awal.

- Pemilihan secara pembelian merupakan cara yang terbaik kerana


kontraktor boleh menggunakan jentera berkenaan setiap masa

yang diperlukan.
- Dengan pembelian jentera yang dipilih ini, suatu jadual kerja
untuk jentera berkenaan perlu disediakan bagi penggunaan

secara optimum.

b. Sewa

- Kebanyakan kontraktor kecil banyak menggunakan jentera


dengan cara menyewa dari pembekal dan pemiliknya.

- Kaedah sewaan ini memerlukan modal yang sedikit dari kaedah


pembelian.

- Masalah akan timbul sekiranya jentera yang ingin disewa telah


disewa oleh orang lain.

c. Pajakan

- Jentera yang digunakan oleh kontraktor masih menjadi milik


pemajak dengan hanya perlu membayar sewa sepanjang tempoh

penggunaannya dan bertanggungjawab keatas segala kerosakan

jentera tersebut.
PENGURUSAN KAEDAH

( MANAGEMENT OF METHOD)

 Ia melibatkan pemilik dan para tenaga professional

 Pemilik akan mengupah arkitek atau jurutera untuk


KAEDAH menyediakan semua reka bentuk termasuk pakej lukisan
TRADISIONAL pembinaan,spesifikasi dan kontrak

 Kontraktor yang Berjaya dipilih akan menjalankan kerja


pembinaan mengikut reka bentuk yang disediakan

 Dapat dipraktikkan dalam banyak jenis projek kerana


mudah difahami dan mudah dikendalikan serta mudah
menjelaskan peranan setiap parti yang terlibat
KELEBIHAN

 Satu kaedah yang mudah untuk dilaksanakan kerana ke


semua pihak yang terlibat akan mudah memahami
tanggungjawab masing-masing.
 Kos pembinaan pihak klien dilindungi daripada lebihan
kos yang timbul akibat kelewatan.
 Membolehkan pihak klien mendapat harga yang paling
rendah dalam proses tender kerana kontraktor akan
menawarkan harga yang rendah .

KELEMAHAN

 Mempunyai pelbagai masalah dan kelemahan yang amat


ketara kerana kaedah ini memakan masa yang panjang
dalam penyiapan sesuatu projek.
 Pihak arkitek atau jurutera mempunyai ahd kemapuan
untuk merancang keadaan yang kompleks.
 Pemilik akan menghadapi masalah tuntutan daripada
kontraktor bekaitan dengan isu reka bentuk pembinaan.
 Tidak dapat memberikan kerjasama dan koordinasi di
antara pihak yang terlibat dalam pembinaan.
 Projek yang dijalankan menjadi lebih rendah dan tidak
memuaskan kehendak klien.
KAEDAH
 Satu konsep dimana klien akan menjalinkan hubungan
REKA DAN
kontran reka dan Bina, di mana badan ini merupakan satu
BINA gabungan daripada pasukan pereka bentuk dan kontraktor
utama untuk menjalankan kerja-kerja perancangan,kerja
reka bentuk dan kerja pembinaan.

 Kontraktor akan mengambil peranan dan


bertanggungjawab sebagai ketua kerana di dalam proses
pembinaan dijalankan pihak yang paling berisiko dalah
pihak kontraktor

KELEBIHAN
- Pihak klien dapat mempengaruhi satu badan yang
bertanggungjawab terhadap perkembangan sesuatu projek
- Memberikan kebaikan dalam pengurusan masa dan kos
- Perubahan reka bentuk dapat dilakukan dengan cepat dan
berkesan
KELEMAHAN

- Kos pembinaan akan menjadi tinggi kerana kadang kala disebabkan


tiada faktor keselamatan
- Mengalami masalah kekurangan masa untuk membuat pemeriksaan
kerana terlalu banyak membuat perubahan pada reka bentuk

KAEDAH  Satu kaedah yang paling sistematik dan efektif dalam


PENGURUSAN membuat perancangan,reka bentuk dan proses
PEMBINAAN pembinaan dalam sesuatu projek yang dilaksankan

 Mengekalkan risiko dalam kontrak, dengan


membahagikan kontrak kepada beberapa aktiviti kecil
kemudian ditawarkan kepada beberapa sub-kontraktor
kecil dengan cara ini akan menyiapkan projek dalam
kadar harga dan masa yang telah ditetapkan untuk
KELEBIHAN

 Pihak klien tidak perlu mempunyai pekerja yang berkemahiran untuk


menjalankan projek pembinaan
 Tidak perlu mengekalkan bilangan pekerja pengurusan yang banyak
selepas projek siap
 Menjalinkan hubungan antara kerja yang baik bagi semua pihak yang
terlibat
 Projek dapat dijalankan dengan lancer dan kualiti kerja juga dapat
dikawal dengan mudah serta dapat memudahkan kerja penyeliaan

KELEMAHAN

 Badan pengurusan pembinaan tidak memberikan jaminan terhadap harga


keseluruhan dan kualiti kerja
 Pihak pengurus pembinaan akan bertukar kepada peranan daripada badan
pengurusan pembinaan kepada peranan sebagai kontraktor utama
sekiranya berlaku kelewatan

You might also like