You are on page 1of 2

REVOTECH ELECTRICAL SDN BHD

(964301-K)
No 164-1, Jalan Intan 3, Bandar Baru, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
t 05-622 8533 f 05-621 8531 e revotech.sdnbhd@gmail.com w revotechelectrical.com.my

Ruj.Kami : REVO/ACD-20/TNB/18

Jurutera
(Operation & Maintenance – Selangor/Putrajaya & Cyberjaya)
Distribution Network Division, TNB
Jalan USJ 10/1,
Taipan Business Centre,
47620 Subang Jaya, Selangor.

(S/k: Encik Syafiq Aiman Bin Saad) 19 Disember 2020

Tuan,

No Kontrak : TNB 1393/2018, TNB 1395/2018, TNB 1396/2018

Tajuk : Kerja-Kerja Rentis Dan Rondaan Talian Bagi Mainhead A, C, D

Perkara : Permohonan Penangguhan Bagi Kickoff Meeting Mainhead A, C, D Sehingga


Pembayaran Telah Dibuat Bagi Kerja-Kerja Rentis Dan Rondaan Pusingan 1

Dengan segala hormatnya, perkara seperti di atas adalah dirujuk.

2. Pihak kami terpanggil menulis surat ini adalah bertujuan bagi memohon jasa baik pihak
TNB untuk menjelaskan pembayaran bagi kerja-kerja seperti tajuk di atas. Berikut adalah detail
serahan laporan kerja siap untuk makluman pihak tuan :

Bil Mainhead Tarikh Serahan Report


1 Mainhead A 18-06-20
2 Mainhead C 12-09-20
3 Mainhead D 22-09-20

Setakat hari ini, Mainhead (A) sahaja yang dalam proses pembayaran oleh pihak TNB manakala
bagi Mainhead (C) dan Mainhead (D) masih lagi dalam proses semakan pihak TNB.

3. Sebagai makluman, tempoh kerja yang panjang bagi pusingan (1) telah memberi impak
kepada pihak kontraktor yang terpaksa menanggung kos yang tinggi tanpa apa-apa penerimaan
claim daripada pihak TNB. Cabaran ekonomi iaitu pada 18 Mac 2020 Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) merujuk kepada tindakan pencegahan oleh kerajaan persekutuan Malaysia
terhadap kes pandemik koronavirus (COVID-19), "kawalan pergerakan" dilaksanakan di seluruh
negara. Hampir semua industri tidak dibenarkan beroperasi ketika perlaksanaan PKP. Akibatnya
banyak syarikat kontraktor “gulung tikar” dan ramai kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

4. Ekoran kelewatan pembayaran daripada pihak TNB ini ternyata membebankan lagi
kebolehtampungan kewangan syarikat kami yang ketika ini sedang bergelut menghadapi cabaran
ekonomi supaya dapat kekal bertahan sepanjang tempoh ini. Kelewatan pembayaran ini pihak
No 164-1, Jalan Intan 3, Bandar Baru, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-622 8533 Fax: 05-621 8531 Email: revotech.sdnbhd@gmail.com Website: revotechelectrical.com.my
REVOTECH ELECTRICAL SDN BHD
(964301-K)
No 164-1, Jalan Intan 3, Bandar Baru, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
t 05-622 8533 f 05-621 8531 e revotech.sdnbhd@gmail.com w revotechelectrical.com.my

kami juga mengalami masalah yang serius daripada segi kewangan syarikat dan sekaligus telah
mengganggu operasi syarikat dimana kami terpaksa melaksanakan fasa pengurangan pekerja.
Ianya adalah satu keputusan yang berat terpaksa dibuat oleh pihak kami setelah mengambil kira
kos-kos operasi dan liabiliti yang pihak kami tanggung dan terpaksa mencari alternatif lain untuk
menampung kos operasi seperti membuat pinjaman daripada syarikat pinjaman kredit.

5. Pihak kami sekali lagi terkesan setelah dimaklumkan melalui whatsapp satu Kickoff
Meeting pusingan (2) akan diadakan pada hari isnin 21hb Disember 2020 sedangkan pihak kami
kini sedang bergelut mengenai kewangan serta menanggung kos operasi pusingan (1) yang masih
banyak tertunggak dan masih menunggu pembayaran dari pihak TNB.

6. Pihak kami memohon supaya pihak TNB dapat mempercepatkan pembayaran kerja kami
di pusingan (1) terlebih dahulu untuk ketiga-tiga mainhead kerana walaupun satu mainhead
dibayar pihak kami masih belum dapat melunaskan baki pembayaran pekerja yang tertunggak
serta hutang-hutang syarikat kami kepada pihak luar memandangkan ketiga-tiga mainhead
tersebut berjalan serentak sebelum ini. Pihak kami juga dimaklumkan bahawa penutupan akaun
TNB adalah pada minggu hadapan dan pihak kami berharap ade sinar mengenai tuntutan
pembayaran kami ini. Jika ianya tidak dapat diselesaikan oleh pihak tuan, sila maklum supaya
kami dapat panjangkan surat dan perkara ini ke peringkat yang lebih tinggi.

7. Pertimbangan daripada pihak tuan menjadi penanda arah kepada kebolehtahanan syarikat
kami untuk terus bertahan melalui tempoh yang sukar ini. Sekiranya pihak kontraktor lambat
mendapat tuntutan pembayaran kerja pusingan (1), liabiliti syarikat kontraktor semakin meningkat
seterusnya akan menyebabkan syarikat kontraktor tidak lagi mampu bertahan dan
berkemungkinan akan mengurangkan lebih ramai pekerja. Segala pertimbangan dan kerjasama
daripada pihak tuan sangat diharapkan.
Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

………………………………………

ZULKHAIRI NAWI
KORPORAT EKSEKUTIF
REVOTECH ELECTRICAL SDN. BHD.

No 164-1, Jalan Intan 3, Bandar Baru, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-622 8533 Fax: 05-621 8531 Email: revotech.sdnbhd@gmail.com Website: revotechelectrical.com.my

You might also like