You are on page 1of 56

NO.

SEBUTHARGA
SH19/2021

PERJANJIAN
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN MENCUCI BANGUNAN PEJABAT DAN
KAWASAN DI PUSAT TAMAN LAUT PULAU PERHENTIAN

ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA

DAN

QALIF TEGUH ENTERPRISE


(NO. SYARIKAT: KT 0380561-A)
KANDUNGAN
MUKA
FASAL. PERKARA
SURAT
1 DEFINISI DAN INTERPRETASI 3-7

2 SKOP PERJANJIAN 7

3 TEMPOH PERJANJIAN DAN PELANJUTAN 7-8

4 NILAI PERJANJIAN 8-9

5 BAYARAN PERKHIDMATAN 9 - 11

6 REPRESENTASI DAN WARANTI 11 - 12

7 TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR 12 – 15

8 TANGGUNGJAWAB KERAJAAN 15

9 PENAMATAN OLEH KERAJAAN 16 – 20

10 PENAMATAN OLEH KONTRAKTOR 20 - 21

11 JAWATANKUASA PENYELESAIAN PERTIKAIAN 21 – 22

12 KEJADIAN FORCE MAJEURE 23 - 25

13 SUB KONTRAK 25

14 SERAH HAK 26

15 INDEMNITI DAN TANGGUNG RUGI 26 - 27

16 IKLAN 27

17 KOS DAN DUTI SETEM 27


UNDANG – UNDANG YANG TERPAKAI KEPADA
18 27 - 28
PERJANJIAN
19 PENEPIAN HAK 28

20 KERAHSIAAN 28

21 NOTIS 29 – 30

22 MASA 30

23 IKATAN PERJANJIAN 30

24 KONTRAKTOR BEBAS 30

25 KEBOLEHASINGAN 30 - 31

26 PENOLAKAN 31 – 32

1
27 KESELURUHAN PERJANJIAN 32

28 JADUAL, LAMPIRAN DAN DOKUMEN YANG BERKAITAN 32

29 PINDAAN 32

30 PERUBAHAN KADAR DUTI DAN CUKAI 33

31 KESELAMATAN DAN KAWALAN DATA 33- 34

LAMPIRAN 1 SURAT SETUJU TERIMA

LAMPIRAN 2 SPESIFIKASI PERKHIDMATAN

2
Perjanjian ini dibuat pada ____ haribulan ______________ 2022

ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA yang bagi maksud Perjanjian ini diwakili oleh Jabatan
Perikanan Malaysia beralamat di Pejabat Perikanan Negeri Terengganu, Wisma
Perikanan Negeri, Taman Perikanan Chendering, 21080 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman (kemudian daripada ini disebut “Kerajaan” di satu pihak);

DENGAN

QALIF TEGUH ENTERPRISE (No. Pendaftaran Perniagaan: KT0380561-A) sebuah


perniagaan yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan
1956 [Akta 197] dan mempunyai alamat berdaftarnya di PT 22598, Casa Delima Gong
Badak 8, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu, Darul Iman (kemudian daripada ini
disebut sebagai “Kontraktor” di pihak yang satu lagi).

(Kerajaan dan Kontraktor boleh dirujuk secara berasingan sebagai “Pihak” atau
secara kolektif sebagai “Pihak-Pihak”).

BAHAWASANYA

A. Kerajaan berhasrat untuk mendapatkan Perkhidmatan Pembersihan Dan


Mencuci Bangunan Pejabat dan Kawasan Di Pusat Taman Laut Pulau Perhentian
(kemudian daripada ini disebut sebagai “Perkhidmatan” dalam Perjanjian ini). Lanjutan
itu, Kontraktor menawarkan kepada Kerajaan untuk melaksanakan dan menyiapkan
Perkhidmatan tersebut.

B. Kerajaan melalui Surat Setuju Terima (“SST”) bertarikh 23 Ogos 2021 yang
ditandakan sebagai Lampiran 1 telah bersetuju menerima tawaran Kontraktor untuk
mendapatkan Perkhidmatan tersebut daripada Kontraktor dan Kontraktor bersetuju
bagi membekalkan Perkhidmatan tersebut.

C. Kontraktor bersetuju untuk melaksanakan dan menyiapkan Perkhidmatan


tersebut tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian ini.

3
MAKA DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI SEPERTI YANG BERIKUT:

FASAL 1
DEFINISI DAN INTERPRETASI

1.1 Definisi

Dalam Perjanjian ini perkataan-perkataan di bawah ini hendaklah membawa maksud


yang berikut:

1.1.1 “Hari Bekerja” bermaksud waktu operasi Pusat Taman Laut


Pulau Perhentian, iaitu pada hari Ahad -
Sabtu: 8.00 pagi - 5.00 petang setiap hari,
kecuali pada hari Jumaat :8.00pagi - 11.00
pagi;

1.1.2 “Kerajaan” bermaksud Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh


Pejabat Perikanan Negeri Terengganu atau mana-
mana pegawai yang diberi kuasa oleh Kerajaan
Malaysia secara bertulis untuk mentadbir
pelaksanaan Perjanjian ini;

1.1.3 “Kontraktor” bermaksud QALIF TEGUH ENTERPRISE (No.


Syarikat: KT0380561-A) dan termasuklah mana-
mana pegawai atau kumpulan pegawai yang diberi
kuasa untuk bertindak bagi pihaknya;

1.1.4 “Perkhidmatan” bermaksud kerja-kerja pembersihan yang


dinyatakan dalam Spesifikasi Perkhidmatan
seperti dalam Lampiran 2 sepanjang tempoh
Perjanjian;

1.1.5 “Perjanjian” bermaksud kontrak atau persetujuan


bersama yang merujuk kepada Perjanjian ini
antara Kerajaan dengan Kontraktor
termasuklah semua dan setiap lampiran,
jadual, spesifikasi dan dokumen yang
disebut dalam Perjanjian ini dan hendaklah
menjadi pelengkap satu sama lain;

4
1.1.6 “Pesanan Bermaksud arahan bertulis daripada
Kontrak” Kerajaan kepada Kontraktor untuk
melaksanakan Perkhidmatan

1.1.7 “Premis” bermaksud bangunan pejabat dan kawasan


Pusat Taman Laut Pulau Perhentian dan
kawasan sekitarnya dimana Perkhidmatan
tersebut dilaksanakan; dan.

1.1.8 “Spesifikasi bermaksud penerangan mengenai skop


Perkhidmatan” Perkhidmatan yang perlu dibuat/dilaksana
oleh Kontraktor seperti di Lampiran 2.

1.2 Interpretasi

1.2.1 Rujukan kepada Salinan, fasal, jadual dan lampiran hendaklah


ditafsirkan sebagai rujukan kepada resital, fasal, jadual dan lampiran
Perjanjian ini, melainkan tafsiran sebaliknya diberikan di dalam
Perjanjian ini.

1.2.2 Semua rujukan kepada peruntukan-peruntukan statut turut merangkumi


peruntukan-peruntukan yang telah dipinda, diubah atau digubal semula.

1.2.3 Perkataan “undang-undang” bermakna mana-mana undang-undang


pada masa sekarang atau masa depan dan mana-mana perlembagaan,
dekri, penghakiman, perundangan, perintah, ordinan, statut, perjanjian,
arahan, undang-undang kecil, kaedah atau peraturan.

1.2.4 Perkataan yang digunakan untuk orang-orang sebenar turut termasuk


mana-mana kumpulan orang, Kontraktor, perbadanan, firma atau
perkongsian yang diperbadankan atau tidak diperbadankan dan
sebaliknya.

1.2.5 Ungkapan “Perjanjian ini” atau mana-mana ungkapan yang serupa


hendaklah termasuk semua tambahan dan pindaan kepadanya
sebagaimana yang dilaksanakan dan dikuatkuasakan dari semasa ke
semasa.
5
1.2.6 Perkataan yang merujuk kepada sesuatu jantina turut membawa maksud
jantina yang sebaliknya.

1.2.7 Perkataan yang membawa maksud bilangan tunggal hendaklah


termasuk bilangan jamak dan sebaliknya.

1.2.8 Tajuk-tajuk dan tajuk kecil kepada fasal-fasal dalam Perjanjian ini adalah
untuk kemudahan rujukan sahaja dan tidak akan mempengaruhi
penafsirannya.

1.2.9 Di mana apa-apa perkataan atau ungkapan ditafsirkan di dalam


Perjanjian ini, tafsiran itu hendaklah meliputi semua perubahan
tatabahasa dan penyataan-penyataan serupa makna sesuatu perkataan
atau penyataan yang telah ditafsirkan.

1.2.10 Bagi maksud mengira apa-apa tempoh masa yang ditetapkan atau
apabila sesuatu perbuatan yang dikehendaki dilakukan dalam tempoh
yang ditetapkan atau selepas dari tarikh yang dinyatakan, tempoh itu
adalah termasuk dan masa bermula dari tarikh yang dinyatakan
sedemikian.

1.2.11 Bila-bila masa muncul apa-apa rujukan kepada masa dalam tempoh
yang mana sesuatu perbuatan patut dilakukan atau perjanjian dicapai
atau persetujuan diberikan, rujukan itu hendaklah disifatkan sebagai
dibaca sebagai termasuk ungkapan “atau apa-apa tempoh lain yang
dipersetujui secara bertulis antara Pihak-Pihak dari semasa ke semasa.

1.2.12 Apa-apa terma teknikal yang tidak ditakrifkan secara khusus dalam
Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan selaras amalan umum pengamal-
pengamal profesion, pekerjaan atau industri yang berkaitan di Malaysia.

1.2.13 Sesuatu rujukan mengenai masa dan tarikh yang berkaitan dengan
pelaksanaan mana-mana kewajipan oleh suatu Pihak adalah merujuk
kepada masa dan tarikh di Malaysia.

6
1.2.14 Jika pelaksanaan apa-apa perbuatan atau kewajipan jatuh pada hari
yang bukan Hari Bekerja, maka perbuatan atau kewajiban itu hendaklah
dilaksanakan pada Hari Bekerja yang berikutnya.

1.2.15 Apa-apa rujukan kepada suatu perjanjian, kontrak atau dokumen adalah
termasuk apa-apa pindaan atau perubahan kepadanya dari semasa ke
semasa dan apa-apa surat cara lain yang ditandatangani sebagai
tambahan atau gantian kepadanya.

FASAL 2
SKOP PERJANJIAN

2.1 Kerajaan bersetuju untuk melantik Kontraktor untuk melaksanakan


Perkhidmatan dan Kontraktor menerima perlantikan tersebut menurut terma dan
syarat yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini.

2.2 Kontraktor hendaklah melaksanakan dan menyiapkan Perkhidmatan tersebut


mengikut arahan yang diterima daripada Kerajaan melalui Pesanan Kontrak dan
mengikut Spesifikasi Perkhidmatan seperti di Lampiran 2 serta menurut terma dan
syarat yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini.

FASAL 3
TEMPOH PERJANJIAN DAN PELANJUTAN

3.1 Tanpa mengira tarikh Perjanjian ini ditandatangani, Perjanjian ini hendaklah
disifatkan berkuat kuasa mulai 06 September 2021 (selepas ini dirujuk sebagai “Tarikh
Mula”) hingga 05 September 2023 (selepas ini dirujuk sebagai “Tarikh Tamat”)
(selepas ini dirujuk sebagai “Tempoh Perjanjian”) melainkan ia dilanjutkan atau
ditamatkan lebih awal.

3.2 Pelanjutan Tempoh Perjanjian

3.2.1 Sekiranya Kerajaan membuat keputusan untuk melanjutkan Tempoh


Perjanjian, Kerajaan hendaklah memberi notis bertulis mengenainya
7
kepada Kontraktor dalam masa satu (1) bulan sebelum Tarikh Tamat
Perjanjian dan Kontraktor hendaklah melanjutkan Tempoh Perjanjian
untuk suatu tempoh yang ditentukan oleh Kerajaan menurut syarat-
syarat dan terma-terma yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak.

3.2.2 Sekiranya Kontraktor berhasrat untuk melanjutkan Tempoh Perjanjian,


Kontraktor hendaklah memberi notis bertulis kepada Kerajaan
mengenainya dalam masa satu (1) bulan sebelum Tarikh Tamat
Perjanjian. Setelah menerima permohonan tersebut, Kerajaan
mempunyai hak mutlak dalam menentukan permohonan lanjutan
tersebut 8alinan-apa lanjutan yang dipersetujui hendaklah tertakluk
kepada terma dan syarat yang dipersetujui Pihak-Pihak.

3.2.3 Sekiranya Pihak-Pihak bersetuju untuk melanjutkan Tempoh Perjanjian,


pelanjutan tersebut hendaklah dibuat melalui suatu Perjanjian Tambahan
yang akan ditandatangani oleh Pihak-Pihak.

3.2.4 Sekiranya Pihak-Pihak gagal mencapai persetujuan mengenai pelanjutan


di bawah Fasal 3.2.1 atau Fasal 3.2.2, Perjanjian ini akan dengan
sendirinya tamat selepas Tarikh Tamat Perjanjian.

FASAL 4
NILAI PERJANJIAN

4.1 Tertakluk kepada pelaksanaan Perkhidmatan oleh Kontraktor menurut terma


dan syarat Perjanjian ini, Kerajaan bersetuju membayar kepada Kontraktor sebanyak
Ringgit Malaysia Satu Ratus Lapan Puluh Ribu Sahaja (RM 180,000.00) (kemudian
daripada ini disebut sebagai “Nilai Perjanjian”) seperti di Lampiran 2.

4.2 Sebarang permohonan bagi tujuan kenaikan Nilai Perjanjian oleh Kontraktor
tidak dibenarkan.

FASAL 5
BAYARAN PERKHIDMATAN
8
5.1 Bayaran Perkhidmatan, hendaklah dibuat oleh Kerajaan berdasarkan Pesanan
Kontrak yang dikeluarkan dan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas dokumen
bagi tuntutan bayaran diterima oleh Kerajaan dengan lengkap dan sempurna serta
tertakluk kepada keperluan Kerajaan seperti yang diperuntukkan di bawah Fasal 5.3.

5.2 Bagi tujuan tuntutan Bayaran Perkhidmatan, Kontraktor hendaklah


mengemukakan dokumen-dokumen yang lengkap seperti yang berikut:

5.2.1 dua (2) salinan invois yang telah disahkan oleh Kerajaan;

5.2.2 dua (2) salinan Pesanan Kontrak (Contract Order) yang telah disahkan
oleh Kerajaan; dan

5.2.3 salinan penyata kewangan untuk setiap tuntutan bagi tujuan semakan
nombor akaun.

5.3 Walau apa pun yang dinyatakan di Fasal 5.1, sekiranya Kerajaan mendapati
bahawa dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan oleh Kontraktor adalah tidak
mencukupi kerana memerlukan penjelasan tertentu, Kerajaan boleh dalam tempoh
empat belas (14) hari daripada tarikh penerimaan mana-mana atau kesemua
dokumen-dokumen tersebut, meminta maklumat dan dokumen tambahan daripada
Kontraktor untuk tujuan pembayaran dan apabila Kerajaan menggunakan budi bicara
di bawah Fasal ini, pembayaran oleh Kerajaan yang dirujuk di Fasal 5.2 hanya akan
dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh pengesahan oleh Kerajaan
bahawa semua maklumat dan dokumen lanjut yang diminta menurut Fasal 5.3 ini telah
dikemukakan oleh Kontraktor dengan lengkap dan sempurna.

5.4 Tuntutan Bayaran Perkhidmatan hendaklah dikemukakan oleh Kontraktor


kepada –
Pengarah
Pejabat Perikanan Negeri Terengganu,
Wisma Perikanan Negeri, Taman Perikanan Chendering,
21080 Kuala Terengganu,
9
Terengganu Darul Iman
No. Telefon: 09-6163442

5.5 Pembayaran hendaklah dibuat oleh Kerajaan melalui Electronic Fund Transfer
(EFT) kepada Kontraktor melalui akaun berikut:

Nama Qalif Teguh Enterprise


No. Pendaftaran Syarikat KT 0380561-A
No. Akaun 3050-101-2195
Bank Hong Leong Bank Berhad

5.6 Bayaran Perkhidmatan kepada Kontraktor tidak boleh dianggap sebagai


pengakuan bahawa Perkhidmatan tersebut adalah mengikut kualiti yang dikehendaki.
Walaupun bayaran Perkhidmatan telah dibuat oleh Kerajaan, Kontraktor adalah masih
tertakluk kepada terma dan syarat dalam Perjanjian ini.

5.7 Sekiranya transaksi pembayaran dilaksanakan melalui salinan e-Perolehan


dan, Kontraktor bersetuju supaya Kerajaan mengenakan –

5.7.1 fi perkhidmatan bagi transaksi yang melibatkan hanya sekali bayaran


(one-time payment) pada kadar sebanyak kosong perpuluhan lapan
peratus (0.8%) dengan had maksimum Ringgit Sembilan Ribu Enam
Ratus (RM 9,600.00) untuk transaksi yang bernilai Ringgit Satu
Perpuluhan Dua (RM 1.2) juta atau lebih;

ATAU

5.7.2 fi perkhidmatan bagi transaksi yang melibatkan beberapa kali


pembayaran (multiple payment) pada kadar sebanyak kosong
perpuluhan empat peratus (0.4%) dengan had maksimum Ringgit Empat
Ribu Lapan Ratus (RM4,800.00) untuk pesanan bernilai Ringgit Satu
Perpuluhan Dua (RM 1.2) juta atau lebih, melalui sistem e-Perolehan.

FASAL 6
REPRESENTASI DAN WARANTI
10
6.1 Kontraktor dengan ini membuat representasi dan waranti kepada Kerajaan
bahawa –

6.1.1 Kontraktor adalah sebuah perniagaan yang sah yang ditubuhkan dan
didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia;

6.1.2 Kontraktor mempunyai keupayaan untuk membuat Perjanjian ini dan


melaksanakan obligasinya dan menjalankan apa-apa transaksi dan
perniagaannya sebagaimana yang dihasratkan oleh Perjanjian ini;

6.1.3 Kontraktor telah mengambil segala langkah patut dan perlu untuk
membolehkan ia menandatangani Perjanjian ini dan seterusnya melaksanakan
fasal, terma, syarat dan peruntukan yang terkandung di dalam Perjanjian ini;

6.1.4 Kontraktor adalah sebuah syarikat berdaftar dengan Kementerian


Kewangan kecuali mendapat pengecualian bertulis daripada Kerajaan;

6.1.5 Kontraktor pada ketika pelaksanaan Perjanjian ini, tidak menyalahi


sebarang peruntukan sama ada dalam-

(a) Memorandum dan Artikel Persatuannya; atau


(b) mana-mana dokumen atau perjanjian yang mengikatnya

atau asetnya;

6.1.6 Perjanjian ini adalah sahih dan sah di sisi undang-undang dan segala
terma, syarat dan peruntukan Perjanjian ini boleh dikuatkuasakan ke atas
Kontraktor;

6.1.7 Tiada apa-apa tindakan atau prosiding litigasi, timbang tara, tuntutan
cukai, pertelingkahan atau prosiding dalaman yang sedang berjalan atau akan
berlangsung yang pada pengetahuannya akan memberi kesan 11alinan11 dan
mengganggu gugat keupayaan kewangan Kontraktor dan akan memberi kesan
kepada keupayaan untuk melaksanakan Perkhidmatan yang telah dipersetujui
atau mana-mana terma, syarat atau peruntukan di dalam Perjanjian ini;

11
6.1.8 Kontraktor mempunyai Pekerja yang kompeten untuk memberikan
Perkhidmatan tersebut;

6.1.9 Tiada sebarang perbuatan rasuah, aktiviti haram atau menyalahi undang-
undang telah digunakan untuk mendapatkan hak untuk melaksanakan
Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini; dan

6.1.10 Kontraktor tidak mempunyai apa-apa pengetahuan, pada tarikh


Perjanjian ini, tentang apa-apa perkara di dalam kawalannya semunasabah
yang mungkin yang boleh menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan
obligasinya di bawah Perjanjian ini.

6.2 Kontraktor mengakui bahawa Kerajaan memasuki dan menandatangani


Perjanjian ini berdasarkan dan bersandarkan kepada representasi dan waranti yang
dibuat oleh Kontraktor khususnya di bawah Fasal 6.1 di atas.

6.3 Kontraktor membuat representasi dan waranti kepada Kerajaan bahawa


representasi dan waranti yang dinyatakan di bawah Fasal 6.1 di atas hendaklah kekal
benar dan tepat dalam semua aspek sepanjang Tempoh Perjanjian ini dan tempoh
pelanjutan Perjanjian (sekiranya berkaitan).

FASAL 7
TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR

7.1 Kontraktor hendaklah melaksanakan dan menyiapkan Perkhidmatan tersebut


mengikut Spesifikasi Perkhidmatan seperti di Lampiran 2 dalam tempoh masa
yang ditetapkan serta terma dan syarat yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini.

7.2 Kontraktor hendaklah –

7.2.1 melaksanakan Perkhidmatan selepas menerima Pesanan Kontrak


daripada Kerajaan;
12
7.2.2 memastikan pelaksanaan Perkhidmatan berjalan dengan baik, sempurna
dan dijamin daripada apa-apa kekurangan, kesilapan, kecuaian,
kehilangan dan kerosakan dari segi bahan dan kemahiran tenaga kerja;
dan selaras dengan arahan secara bertulis berkaitan dengan
pelaksanaan Perkhidmatan mengikut keperluan daripada Kerajaan;

7.2.3 bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kos dan perbelanjaan


termasuk caj Perkhidmatan, pengangkutan dan lain-lain caj sepanjang
Tempoh Perjanjian;

7.2.4 menghantar Pekerja yang berkelayakan untuk melaksanakan


Perkhidmatan tersebut dan menyediakan peralatan-peralatan yang
diperlukan untuk menjalankan Perkhidmatan;

7.2.5 melaksanakan Perkhidmatan dalam keadaan sentiasa menjaga dan


memelihara kepentingan Kerajaan dan mengambil langkah-langkah yang
perlu untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan kemudahan yang
disediakan oleh Kerajaan (jika ada) kepada pihak Kontraktor;

7.2.6 bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi terhadap apa-apa


kerosakan akibat kecuaian Kontraktor, pekerjanya atau ejennya semasa
menjalankan Perkhidmatan dan kegagalan Kontraktor berbuat demikian
akan menyebabkan Kerajaan berhak membaiki sendiri kerosakan
tersebut dan Kerajaan berhak membuat potongan dari bayaran yang
akan dibuat dari Kontraktor;

7.2.7 memaklumkan kepada pihak Kerajaan dengan segera secara bertulis


sekiranya ada perkara-perkara yang memberi kesan kepada
Perkhidmatan. Pemberitahuan tersebut tidak boleh ditafsirkan sebagai
pelepasan tanggungjawab pihak Kontraktor di bawah Perjanjian ini;

7.2.8 mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan berkaitan


dengan Perkhidmatan dari semasa ke semasa; dan

7.2.9 menyedia dan memastikan Standard Operasi Prosedur (SOP) dan


arahan-arahan lain yang dikeluarkan oleh Kerajaan berhubung
Pencegahan Covid-19 dipatuhi sepanjang tempoh Perkhidmatan.
13
7.3 Berhubung pekerja Kontraktor, Kontraktor hendaklah –

7.3.1 memastikan Undang-Undang Buruh melibatkan pekerjanya dipatuhi


khasnya Akta Kerja 1955 [Akta 265], Akta Pampasan Pekerja 1952 [Akta
273], Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4], Akta (Sekatan)
Kerja 1968 [Akta 353], Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991
[Akta 452], Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177], Peraturan-
peraturan Keselamatan Dalam Negeri (Pendaftaran Pekerja) 1960
(L.N.197/60) dan lain-lain Akta, Ordinan, Enakmen atau peraturan
berkenaan;

7.3.2 membayar caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja


(KWSP) atau Kumpulan Wang Keselamatan Pekerja (SOCSO) mengikut
mana yang berkenaan dan menginsuranskan setiap pekerja yang
bertugas terhadap apa-apa kemalangan atau kecederaan yang dialami
semasa menjalankan Perkhidmatan tersebut;

7.3.3 mematuhi semua undang-undang dan polisi semasa yang melibatkan


pengambilan Pekerja. Kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya
ke atas semua pekerja yang terlibat dalam Perkhidmatan tersebut dan
Kerajaan tidak boleh dihubungkaitkan atau dipertanggungjawabkan ke
atas apa-apa juga pertikaian di antara Kontraktor dengan pekerja
sepanjang Tempoh Perjanjian ini; dan

7.3.4 terus bertanggungan secara sendiri dan peribadi terhadap semua


tindakan Pekerja-Pekerjanya atau mana-mana orang yang bertindak
bagi pihaknya.

7.3.5 akan dikenakan denda lewat sepertimana di dalam lampiran A4 Surat


Setuju Terima, dan perlu melaksanakan arahan yang telah ditetapkan
oleh Kerajaan melalui notis yang dikeluarkan kepada Kontraktor.

FASAL 8
TANGGUNGJAWAB KERAJAAN

8.1 Kerajaan hendaklah –

14
8.1.1 mengeluarkan Pesanan Kontrak kepada Kontraktor berkaitan dengan
pelaksanaan Perkhidmatan;

8.1.2 berhak pada setiap masa yang sesuai untuk membuat pemeriksaan
terhadap Perkhidmatan tersebut tanpa terlebih dahulu memberi apa-
apa notis kepada Kontraktor;

8.1.3 memeriksa setiap rekod berkaitan dengan Perkhidmatan agar sentiasa


dikemaskini oleh Kontraktor;

8.1.4 memaklumkan kepada Kontraktor kakitangan Kerajaan yang dipilih


untuk memeriksa, menyelaras dan memantau Perkhidmatan tersebut;

8.1.5 membenarkan Pekerja untuk melaksanakan Perkhidmatan tersebut di


Premis;

8.1.6 berhak melalui notis bertulis, meminta Kontraktor membuat apa-apa


perubahan yang difikirkan perlu bagi menepati Spesifikasi
Perkhidmatan seperti di Lampiran 2; dan

8.1.7 berhak melalui notis bertulis memberi peringatan kepada Kontraktor


sekiranya Perkhidmatan yang dibekalkan lewat serta Perkhidmatan yang
dilaksanakan tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh
Kerajaan dan mengenakan denda lewat sepertimana di dalam lampiran
A4 Surat Setuju Terima.

FASAL 9
PENAMATAN OLEH KERAJAAN

9.1 Penamatan kerana Perjanjian


15
9.1.1 Sekiranya Kontraktor tanpa sebab yang munasabah -

(a) gagal untuk memulakan, menyediakan, melaksanakan atau


menyiapkan Perkhidmatan atau melanggar semua atau mana-
mana terma dan syarat Perjanjian ini;

(b) menggantung semua atau mana-mana bahagian Perkhidmatan


dalam tempoh empat belas (14) hari berturut-turut atau gagal
meneruskan pelaksanaan tanggungjawabnya secara lazim dan
tekun di bawah Perjanjian ini;

(c) gagal melaksanakan dan / atau menyiapkan Perkhidmatan


menurut kehendak Perjanjian ini atau telah secara berterusan cuai
menjalankan tanggungjawab di bawah Perjanjian ini; atau

(d) Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa


Kontraktor atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau
bertindak bagi Pihaknya, sama ada dengan atau di luar
pengetahuan Kontraktor melakukan perbuatan yang menyalahi
undang-undang berhubung dengan perolehan atau pelaksanaan
Perjanjian ini atau mana-mana perjanjian lain dengan Kerajaan.

maka Kerajaan berhak untuk memberikan notis secara bertulis kepada


Kontraktor (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Notis Kemungkiran”)
dengan menyatakan kemungkiran yang berlaku dan menghendaki
Kontraktor untuk meremedikan kemungkiran tersebut dalam tempoh tiga
puluh (30) hari selepas penerimaan Notis Kemungkiran (kemudian
daripada ini dirujuk sebagai “Tempoh Remedi”).

9.1.2 Sekiranya Kontraktor masih gagal membuat sebarang remedi ke atas


keingkaran dalam Tempoh Remedi yang diberikan atau mana-mana
tempoh lain yang boleh ditetapkan oleh Kerajaan, maka Kerajaan berhak
untuk menamatkan Perjanjian ini dengan serta-merta dengan
memberikan notis bertulis kepada Kontraktor (kemudian daripada ini
dirujuk sebagai “Notis Penamatan”).
16
9.2 Penamatan Am

9.2.1 Sekiranya Kontraktor –

(a) meluluskan sesuatu ketetapan, atau mahkamah membuat suatu


perintah bahawa Kontraktor itu digulung (yang bukannya suatu
penggulungan bagi maksud penyusunan atau penyatuan);

(b) menerima suatu perintah bahawa seorang penerima atau


pengurus dilantik bagi pihak Kontraktor; atau

(c) menjadi bankrap atau memberhentikan perniagaannya.

maka Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian ini dengan serta-merta.

9.3 Kesan-kesan Penamatan oleh Kerajaan

9.3.1 Dalam keadaan di mana Perjanjian ini ditamatkan di bawah Fasal 9.1 dan
9.2 -

(a) semua kuasa, obligasi dan hak yang diberikan kepada Kontraktor
dan wujud di bawah Perjanjian ini hendaklah tamat dengan serta-
merta;

(b) Kerajaan hendaklah –

i. mempunyai hak untuk mengarahkan Kontraktor


memberhentikan penghantaran Perkhidmatan dengan serta
merta. Sekiranya kos menyiapkan Perkhidmatan berkenaan
adalah melebihi Nilai Perjanjian, Kontraktor hendaklah
bertanggungan membayar perbezaan antara Nilai Perjanjian
dengan lebihan amaun yang ditanggung oleh Kerajaan bagi
perolehan daripada pihak ketiga atau punca-punca lain
sebagai pampasan kepada Kerajaan;

17
ii. berhak menuntut daripada Kontraktor ganti rugi, kerugian kos
dan perbelanjaan (termasuk apa-apa kos dan perbelanjaan
sampingan) yang ditanggung oleh Kerajaan akibat penamatan
Perjanjian ini dengan tidak menjejaskan apa-apa hak lain
Kerajaan di bawah Perjanjian ini; dan

iii. membayar kepada Kontraktor apa-apa bayaran yang


terhutang dan perlu dibayar setakat tarikh notis penamatan
Perjanjian tertakluk kepada apa-apa potongan yang
dibenarkan di bawah Perjanjian ini bagi Perkhidmatan yang
telah diberikan oleh Kontraktor sehingga tarikh Perjanjian ini
ditamatkan, dan

(c) Kontraktor hendaklah –

i. dengan serta-merta menghentikan Perkhidmatan di bawah


Perjanjian ini;

ii. atas kos sendiri, mengosongkan dan mengalihkan dari Premis


alat-alat Kontraktor, subKontraktor, Pekerja atau ejen yang
tidak diperlukan oleh Kerajaan dalam tempoh tujuh (7) hari
dari tarikh Notis Penamatan dan membaiki apa-apa kerosakan
yang diakibatkan daripada pengalihan tersebut;

iii. mengemukakan kepada Kerajaan tuntutan berserta invois dan


dokumen sokongan berhubung dengan jumlah yang terhutang
dan kena dibayar kepada Kontraktor setakat tarikh Notis
Penamatan untuk tujuan kelulusan dan pengesahan daripada
Kerajaan;

iv. menamatkan semua kontrak pihak ketiga yang melibatkan


Kontraktor berhubung dengan Perkhidmatan di bawah
Perjanjian ini; dan

v. menanggung apa-apa kerugian dan kerosakan yang dialami


dan/ atau ditanggung oleh Kerajaan akibat penamatan

18
Perjanjian ini, dengan syarat bahawa penamatan ini tidak
akan menjejaskan atau memberi kesan kepada hak mana-
mana Pihak yang telah terakru sebelum tarikh Perjanjian ini
ditamatkan dan apa-apa obligasi di bawah Perjanjian
berhubung dengan apa-apa perbuatan tindakan, perkara atau
hal yang berlaku yang wujud sebelum penamatan Perjanjian
dan akan berterusan selepas Perjanjian ditamatkan.

9.3.2 Bagi mengelakkan kekeliruan, Pihak-Pihak bersetuju bahawa Kontraktor


adalah tidak berhak kepada apa-apa bentuk kerugian yang lain
termasuk kerugian daripada keuntungan, kos-kos, ganti rugi atau apa-
apa tuntutan berkaitan dengan penamatan Perjanjian ini.

9.4 Penamatan Kerana Rasuah, Aktiviti Tidak Sah Atau Menyalahi Undang-Undang

9.4.1 Tanpa prejudis terhadap mana-mana hak Kerajaan yang lain, sekiranya
Kontraktor atau mana-mana Pekerja disabitkan bersalah oleh mahkamah
atas kesalahan rasuah atau aktiviti menyalahi undang-undang
berhubung dengan Perjanjian ini atau mana-mana perjanjian yang telah
dimasuki antara Kontraktor dan Kerajaan, maka Kerajaan berhak untuk
menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa, dengan memberi notis
bertulis dengan kadar segera berkaitan perkara itu kepada Kontraktor.

9.4.2 Sekiranya Perjanjian ini ditamatkan kerana Fasal 9.4.1, Kerajaan berhak
kepada semua kerugian kos-kos, ganti rugi dan perbelanjaan yang
berkaitan (termasuk apa-apa perbelanjaan dan kos tidak sengaja) yang
perlu ditanggung oleh Kerajaan akibat penamatan tersebut.

9.5 Penamatan Demi Kepentingan Negara

9.5.1 Tanpa menyentuh mana-mana peruntukan di bawah Perjanjian ini,


Kerajaan bolehlah menamatkan Perjanjian ini dengan memberi tiga
puluh (30) hari notis tanpa memberikan sebab-sebab sekiranya
berpendapat bahawa penamatan perlu dibuat demi kepentingan negara,
19
kepentingan keselamatan negara atau bagi tujuan mematuhi dasar
Kerajaan Malaysia atau dasar awam.

9.5.2 Sekiranya Perjanjian ini ditamatkan kerana Fasal 9.5.1, kesan


penamatan Perjanjian di Fasal 9.3.1 (a), Fasal (b) (iii) dan Fasal (c) (i),
(ii), (iii) dan (iv) dan Fasal 9.3.2 adalah terpakai.

9.5.3 Bagi tujuan fasal ini, maksud “kepentingan negara”, “demi keselamatan
negara” atau bagi tujuan mematuhi “dasar Kerajaan Malaysia” atau
“dasar awam” hendaklah ditentukan oleh Kerajaan dan penentuan
tersebut hendaklah muktamad dan tidak boleh dicabar.

FASAL 10
PENAMATAN OLEH KONTRAKTOR

10.1 Sekiranya Kerajaan tanpa apa-apa sebab yang munasabah gagal menjalankan
atau memenuhi obligasinya seperti yang dipersetujui di dalam Perjanjian ini,
Kontraktor hendaklah memberi notis bertulis kepada Kerajaan dengan menyatakan
butiran mengenai kemungkiran itu dan meminta Kerajaan untuk meremedikan
kemungkiran itu dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh penerimaan notis itu
atau suatu tempoh lain yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak. Sekiranya Kerajaan gagal
untuk meremedikan kemungkiran itu dalam tempoh tiga puluh (30) hari atau mana-
mana tempoh lain yang ditetapkan oleh Kontraktor, Kontraktor berhak menamatkan
Perjanjian ini pada bila-bila masa selepas itu dengan memberi notis untuk tujuan itu.

10.2 Kesan penamatan oleh Kontraktor

10.2.1 Sekiranya Perjanjian ini ditamatkan oleh Kontraktor menurut Fasal 10.1-

(a) segala kuasa dan hak yang diberikan dan obligasi dalam
Perjanjian ini hendaklah tamat dengan serta-merta;
20
(b) Kontraktor hendaklah –

i. menghentikan Perkhidmatan dengan serta-merta; dan

ii. mengemukakan kepada Kerajaan suatu laporan terperinci


berkenaan kos dan apa-apa pembayaran yang kena dibayar
dan terhutang daripada Kerajaan sebelum penamatan bagi
tujuan pengesahan dan kelulusan Kerajaan, dan

(c) Kerajaan -

i. berhak untuk menuntut daripada Kontraktor apa-apa ganti


rugi, kerugian kos dan perbelanjaan (termasuk apa-apa kos
dan perbelanjaan sampingan) yang ditanggung oleh Kerajaan
akibat penamatan Perjanjian ini; dan

ii. hendaklah membayar kepada Kontraktor apa-apa bayaran


yang tertunggak di bawah Perjanjian ini setakat tarikh
penamatan Perjanjian ini.

10.2.2 Walau apapun Fasal 10.2.1, penamatan oleh Kontraktor tidak akan
menjejaskan atau memprejudiskan hak mana-mana Pihak yang telah
terakru sebelum tarikh penamatan Perjanjian ini dan apa-apa obligasi di
bawah Perjanjian berhubung dengan apa-apa perbuatan, tindakan,
perkara atau hal yang berlaku yang wujud sebelum penamatan Perjanjian
ini dan berterusan selepas Perjanjian ini ditamatkan.

FASAL 11
JAWATANKUASA PENYELESAIAN PERTIKAIAN

11.1 Apa-apa pertikaian atau percanggahan yang berlaku di antara Kerajaan dengan
Kontraktor mengenai pentafsiran, pengertian atau penguatkuasaan Perjanjian ini, atau
hak dan tanggungjawab Pihak-Pihak di bawah Perjanjian ini, atau apa-apa perkara
21
mengenai Perjanjian ini atau yang berhubung dengannya, sama ada semasa
pelaksanaan Perjanjian ini atau selepas tamat Perjanjian ini, hendaklah diselesaikan
secara damai oleh Pihak-Pihak.

11.2 Sekiranya Pihak-Pihak tidak dapat menyelesaikan pertikaian tersebut, mana-


mana Pihak boleh merujuk pertikaian kepada suatu Jawatankuasa Penyelesaian
Pertikaian yang terdiri daripada:

(a.) Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia yang bertindak sebagai


Pengerusi;

(b.) dua (2) orang wakil yang dilantik oleh Kerajaan; dan

(c.) dua (2) orang wakil yang dilantik oleh Kontraktor.

11.3 Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini boleh melantik mana-mana pakar


bebas yang diakui mempunyai kepakaran dalam hal yang menjadi isu pertikaian untuk
menasihatinya dalam perkara-perkara yang memerlukan kepakaran pakar bebas
tersebut. Apa-apa kos atau perbelanjaan yang dikenakan oleh pakar bebas tersebut
hendaklah dijelaskan secara sama rata oleh Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini. Pakar
bebas tersebut hendaklah mempunyai kelayakan dan pengalaman sebagai seorang
yang berpengetahuan dalam piawaian dan amalan dalam bidang berkaitan Perjanjian
ini.

11.4 Setiap ahli dalam Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian, termasuk Pengerusi


hendaklah mempunyai satu (1) undi sahaja dan Jawatankuasa Penyelesaian
Pertikaian tersebut bolehlah membentuk dan merangka sendiri kaedah-kaedah yang
terbaik untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian yang dirujuk kepadanya.

11.5 Keputusan Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini hendaklah dibuat


berdasarkan kepada undian majoriti mudah dan apa-apa keputusan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini hendaklah mengikat Pihak-Pihak dalam
Perjanjian ini.

22
11.6 Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian ini adalah
muktamad dan tidak boleh dipertikai.

FASAL 12
KEJADIAN FORCE MAJEURE

12.1 Kerajaan atau Kontraktor hendaklah tidak melanggar obligasi masing-masing di


bawah Perjanjian ini jika ia tidak dapat melaksanakan atau memenuhi mana-mana
obligasinya di bawah Perjanjian ini (atau mana-mana bahagian daripadanya) akibat
daripada berlakunya kejadian Force Majeure. Kejadian Force Majeure hendaklah
bermaksud suatu peristiwa bukan di bawah kawalan Pihak yang terjejas, yang Pihak
itu tidak dapat mencegah, mengelak atau menghindari, dan hendaklah bermaksud—:

(a)       peperangan (sama ada diisytiharkan atau tidak), permusuhan, serangan,


tindakan musuh asing, pemberontakan, revolusi, penderhakaan, kuasa
tentera atau rampasan kuasa, perang saudara, atau tindakan
keganasan;

(b)      radiasi pengionan atau pencemaran radioaktif daripada apa-apa bahan


buangan nuklear, daripada pembakaran bahan api nuklear, bahan
letupan toksik radioaktif, atau sifat-sifat berbahaya yang lain daripada
mana-mana bahan letupan, pemasangan nuklear atau komponen
nuklear daripadanya;

(c)      tekanan gelombang yang disebabkan oleh kapal terbang ataualat peranti
aerial lain yang bergerak dalam kelajuan sonik atau supersonik;

(d)      bencana alam termasuk tetapi tidak terhad kepada gempa bumi, banjir,
penenggelaman, dan pembakaran spontan bawah tanah atau mana-
mana operasi kuasa alam semula jadi, kilat dan cuaca yang sangat
buruk;

(e)      rusuhan, kekecohan dan gangguan, kerosakan jenayah, sabotaj, mogok,


sekat masuk, kekacauan buruh atau gangguan industri lain (yang
menjejaskan pelaksanaan Perjanjian ini) yang bukan merupakan
23
kesalahan Kontraktor atau kontraktornya, atau Kerajaan, yang
menyebabkan, atau boleh dengan munasabahnya dijangka
menyebabkan, mana-mana Pihak gagal untuk  mematuhi obligasinya;

(f)        pandemik atau epidemik; atau

(g)     apa-apa peristiwa yang tidak dapat diramalkan yang memenuhi kriteria
sebagaimana yang dinyatakan di bawah:
 (i)     di luar kawalan munasabah Pihak yang terjejas oleh peristiwa itu,
keadaan atau gabungan peristiwa atau keadaan;

(ii)    yang tidak dapat diramalkan atau, jika dapat diramalkan, tidak
boleh dihalang atau dielak atau diatasi oleh Pihak yang terjejas
yang telah mengambil segala usaha yang wajar dan cermat;

(iii)   yang secara langsung menyebabkan Pihak yang terjejas tidak


berupaya untuk mematuhi semua atau suatu bahagian material
obligasinya di bawah Perjanjian ini; dan 

(iv)     yang bukan akibat langsung pelanggaran oleh Pihak yang terjejas
obligasinya di bawah Perjanjian ini,

DENGAN SYARAT BAHAWA kejadian Force Majeure hendaklah tidak termasuk


kemerosotan ekonomi, ketiadaan atau kekurangan dana atau kekurangan
pembiayaan di pihak Kontraktor untuk melaksanakan obligasinya di bawah Perjanjian
ini.

12.2 Bagi mengelakkan kekeliruan, keadaan Force Majeure hendaklah tidak


termasuk kemerosotan ekonomi, ketidaksediaan atau kekurangan dana, atau masalah
kewangan di pihak Kontraktor dalam menjalankan tanggungjawabnya di bawah
Perjanjian ini.

12.3 Jika berlaku sesuatu kejadian Force Majeure yang menyebabkan mana-mana
Pihak tidak dapat melaksanakan apa-apa obligasinya di bawah Perjanjian ini (atau
mana-mana bahagian daripadanya) yang terjejas akibat daripada kejadian Force
Majeure tersebut, Pihak itu hendaklah serta merta memaklumkan kepada Pihak yang
24
satu lagi diikuti dengan laporan terperinci mengenai kejadian Force Majeure tersebut
dan kesannya kepada pelaksanaan Perjanjian ini.

12.4 Jika Pihak-Pihak bersetuju bahawa kejadian Force Majeure yang berlaku itu
berada di tahap yang sebegitu teruk atau telah berterusan untuk suatu tempoh yang
sebenarnya dan menggagalkan niat asal Perjanjian ini, Pihak-Pihak kepada Perjanjian
ini bolehlah bersetuju untuk menamatkan Perjanjian ini atas persetujuan bersama.

12.5 Jika Perjanjian ini ditamatkan akibat daripada kejadian Force Majeure di bawah
Fasal 12.1, semua hak dan obligasi Pihak-Pihak di bawah Perjanjian ini hendaklah
terhenti, dan masing-masing Pihak tidak boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap
Pihak yang satu lagi, dan masing-masing tidak bertanggungan terhadap satu sama
lain melainkan berkaitan apa-apa hak dan liabiliti yang terakru sebelum berlakunya
kejadian Force Majeure tersebut.

12.6 Pihak-Pihak tidak berhak untuk bersandarkan kepada peruntukan-peruntukan


dalam fasal ini melainkan sekiranya Pihak-Pihak telah berpuas hati bahawa
kejadian Force Majeure benar-benar berlaku.

12.7 Bagi mengelakkan keraguan, Pihak-Pihak hendaklah terus melaksanakan


obligasi masing-masing di bawah Perjanjian ini yang tidak terjejas, tertangguh atau
terganggu oleh kejadian Force Majeure.

FASAL 13
SUB KONTRAK

13.1 Kontraktor tidak boleh memberi subkontrak Perjanjian ini atau apa-apa
bahagiannya kepada mana-mana pihak lain tanpa terlebih dahulu mendapat
persetujuan bertulis daripada Kerajaan.

13.2 Jika Perjanjian ini atau mana-mana bahagian daripadanya diberi subkontrak
dengan kebenaran bertulis oleh Kerajaan di bawah fasal ini, Kontraktor hendaklah
bertanggungjawab secara berterusan dan secara sendiri dan peribadi bagi
memastikan subkontraktor yang diberi subkontrak itu mematuhi terma dan syarat
dalam Perjanjian ini.
25
13.3 Sebarang isu yang timbul antara Kontraktor dan sub kontraktor mengenai
Perjanjian ini atau hal-hal lain adalah di luar tanggungjawab Kerajaan.

FASAL 14
SERAH HAK

Kontraktor tidak boleh menyerah hak atau memindah milik kesemua atau mana-mana
bahagian Perjanjian ini atau memindah milik, menggadai atau mempertanggungkan
apa-apa juga wang yang kena dibayar atau yang telah genap masanya untuk dibayar
di bawah Perjanjian ini apa-apa faedah yang terlibat atau yang mungkin terbit
daripada Perjanjian ini tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada
Kerajaan.

FASAL 15
INDEMNITI DAN TANGGUNG RUGI

15.1 Kontraktor hendaklah melaksanakan Perjanjian ini atas risikonya sendiri dan
menanggung rugi Kerajaan daripada apa-apa tuntutan atau tanggungan yang
berbangkit dari apa-apa kecederaan, kemalangan atau kematian yang berlaku
semasa pelaksanaan Perjanjian ini dan Kerajaan adalah tidak bertanggungjawab
berkaitan dengan kemalangan, kecederaan atau kematian yang berlaku.

15.2 Kontraktor hendaklah menanggung rugi Kerajaan daripada atau terhadap


segala tindakan, tuntutan, tanggungan, prosiding, kerugian, kerosakan, ganti rugi,
pampasan, atau kos Kerajaan yang disebabkan –

15.2.1 tinggalan, kecuaian atau penyalahgunaan Kontraktor atau wakil, pekerja


atau ejen yang dilantik oleh Kontraktor;

15.2.2 apa-apa kerugian atau kerosakan pada harta atau dalam sebarang
bentuk yang berlaku disebabkan pelaksanaan Perjanjian ini oleh
Kontraktor dan bukan disebabkan oleh tindakan kecuaian, pelanggaran

26
atau tinggalan oleh Kerajaan, pekerja atau ejen yang dilantik oleh
Kerajaan;

15.2.3 apa-apa kerugian, kerosakan atau kecederaan pada harta mana-mana


orang atau mana-mana orang disebabkan pelaksanaan Perjanjian ini
yang berbangkit akibat tinggalan, kecuaian atau pelanggaran oleh
Kontraktor, wakilnya, pekerja, atau ejen yang dilantik oleh Kontraktor;
dan / atau

15.2.4 apa-apa tuntutan berkenaan pelanggaran paten, hak cipta atau hak
harta intelek yang digunakan atau dijual berkaitan dengan mana-mana
bahagian Spesifikasi Perkhidmatan seperti di Lampiran 2.

15.3 Fasal ini hendaklah terus berkuat kuasa walaupun Tempoh Perjanjian ini tamat
atau ditamatkan selaras dengan peruntukan Perjanjian ini bagi perbuatan, perkara
atau tindakan yang berlaku sebelum penamatan Perjanjian.

FASAL 16
IKLAN

Tiada iklan mengenai Perjanjian ini boleh disiarkan di dalam mana-mana akhbar,
majalah atau apa-apa alat media yang lain melainkan jika pengiklanan itu terlebih
dahulu memperoleh kelulusan bertulis daripada Kerajaan.

FASAL 17
KOS DAN DUTI SETEM

Apa-apa duti setem dan kos yang harus dibayar berkenaan Perjanjian ini hendaklah
ditanggung sepenuhnya oleh Kontraktor.

27
FASAL 18
UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI KEPADA PERJANJIAN

18.1 Perjanjian ini hendaklah ditadbir dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang
Malaysia dan Pihak-Pihak bersetuju untuk tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah-
mahkamah di Malaysia.

18.2 Pihak-Pihak bersetuju untuk mematuhi segala peruntukan undang-undang yang


berkuat kuasa, arahan, perintah, kehendak dan pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa yang kompeten untuk berbuat demikian dari semasa ke semasa termasuk
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan
di bawah mana-mana peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.

18.3 Kerajaan berhak menolak Perkhidmatan tersebut yang tidak mematuhi undang-
undang atau peraturan-peraturan yang berkuat kuasa di Malaysia mengenai
Perkhidmatan tersebut.

FASAL 19
PENEPIAN HAK

19.1 Kerajaan pada bila-bila masa boleh mengecualikan mana-mana terma atau
syarat yang wajib dipatuhi oleh Kontraktor yang terkandung dalam Perjanjian ini.

19.2 Kegagalan Kerajaan dan/atau Kontraktor untuk menjalankan penguatkuasaan


mana-mana hak, remedi atau peruntukan di bawah Perjanjian ini pada bila-bila masa
tidak akan terjumlah kepada suatu pengetepian hak melainkan jika ia telah dibuat
secara bertulis terlebih dahulu dan ditandatangani oleh Kerajaan atau Kontraktor atau
seseorang yang diberi kuasa secara nyata oleh Kerajaan atau Kontraktor untuk tujuan
tersebut.

28
FASAL 20
KERAHSIAAN

20.1 Kontraktor dilarang daripada menzahirkan kepada mana-mana orang atau


mana-mana pihak apa-apa maklumat yang ditemuinya atau yang dizahirkan
kepadanya bagi maksud perlaksanaan Perjanjian ini di antara Pihak-Pihak.

20.2 Fasal ini hendaklah terus berkuat kuasa walaupun Tempoh Perjanjian ini tamat
atau ditamatkan selaras dengan peruntukan Perjanjian ini.

FASAL 21
NOTIS

21.1 Apa-apa notis, persetujuan, kebenaran atau permintaan yang perlu diberi atau
dibuat di bawah Perjanjian ini hendaklah secara bertulis dalam Bahasa Melayu. Notis,
persetujuan, kebenaran atau permintaan itu hendaklah disifatkan sebagai telah diberi
atau dibuat apabila ia telah disampaikan dengan tangan, pos atau faks kepada Pihak
yang satu lagi kepada alamat yang ditetapkan seperti yang dinyatakan di bawah –

(a.)Bagi pihak Kerajaan:

Pejabat Perikanan Negeri Terengganu,


Wisma Perikanan Negeri Terengganu,
21080 Chendering, Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman
Telefon : 09-6163442
Faks : 09-6173351

(b.)Bagi pihak Kontraktor:

Pengarah Urusan
Qalif Teguh Enterprise.
PT 22598 Casa Delima Gong Badak 8,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
29
21.2 Apa-apa notis yang tersebut di atas hendaklah –

(a.)sekiranya diserah secara kendiri, dianggap telah diserahkan pada masa


penyerahan tersebut; atau

(b.)sekiranya melalui pos berdaftar prabayar atau pos biasa dianggap telah
diterima pada hari perniagaan yang keima setelah notis diposkan; atau

(c.)sekiranya melalui e-mel, telegram atau telex atau faks dianggap telah
diterima pada hari perniagaan sebaik sahaja notis dihantar dan
sekiranya melalui telex atau faks, tertakluk kepada nota pengesahan
penerimaan.

21.3. Pihak-pihak hendaklah memberi notis bertulis kepada Pihak yang satu lagi
dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh pertukaran alamat atau nombor faksimili
jika berlaku pertukaran alamat yang dinyatakan Fasal 21.1.

FASAL 22
MASA

Masa hendaklah menjadi inti pati Perjanjian ini.

FASAL 23
IKATAN PERJANJIAN

Perjanjian ini hendaklah mengikat ejen-ejen, wasi-wasi, pentadbir-pentadbir,


pengganti-pengganti dan penerima pindah milik Kontraktor.

FASAL 24
KONTRAKTOR BEBAS

Tiada peruntukan dalam Perjanjian ini boleh ditafsirkan sebagai mewujudkan atau
membentuk hubungan majikan dan pekerja atau prinsipal dan ejen antara Kerajaan
dan Kontraktor.
30
FASAL 25
KEBOLEHASINGAN

25.1 Sekiranya mana-mana fasal, peruntukan atau bahagian dalam Perjanjian ini
didapati batal, tidak sah atau tidak boleh dikuat kuasakan di bawah mana-mana
undang-
undang bertulis semasa atau akan datang, maka fasal, peruntukan atau bahagian
tersebut akan dibolehasingkan sepenuhnya.

25.2 Sekiranya perkara yang dinyatakan di Fasal 25.1 berlaku, Perjanjian ini
hendaklah ditafsirkan dan dilaksanakan seolah-olah fasal atau peruntukan atau
bahagian dalam Perjanjian ini yang tidak sah, batal atau tidak boleh dilaksanakan
tersebut tidak pernah membentuk sebahagian daripada Perjanjian ini. Selanjutnya
fasal atau peruntukan atau bahagian yang lain akan kekal dengan sepenuh kesan dan
peranannya tidak akan terjejas oleh fasal atau peruntukan atau bahagian dalam
Perjanjian ini yang didapati tidak sah, batal atau tidak boleh dilaksanakan tersebut
setelah pengasingannya daripada Perjanjian ini.

FASAL 26
PENOLAKAN

26.1 Tanpa menyentuh remedi lain Kerajaan menurut Perjanjian ini, Kerajaan boleh
memotong apa-apa wang yang perlu dibayar kepada Kontraktor mengikut peruntukan
dalam Perjanjian ini daripada keseluruhan atau mana-mana bahagian pembayaran
yang akan atau telah dibayar oleh Kerajaan. Jika wang yang Kontraktor terhutang
kepada Kerajaan itu tidak mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan
boleh menuntut baki wang itu daripada Kontraktor dan Kontraktor hendaklah membuat
pembayaran dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat tuntutan itu.
Sekiranya Kontraktor gagal membuat pembayaran selepas tamat tempoh tersebut
atau apa-apa tempoh lain yang telah diberi oleh Kerajaan, maka Kerajaan boleh
mengambil tindakan undang-undang pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih
dahulu kepada Kontraktor.

26.2 Sekiranya Kontraktor gagal atau enggan membayar suatu amaun penalti, ganti
rugi, pampasan atau tuntutan-tuntutan lain yang dikenakan terhadap Kontraktor
31
menurut Perjanjian ini, maka Kerajaan sentiasa berhak memotong apa-apa wang yang
perlu dibayar kepada Kontraktor oleh Kerajaan di bawah Perjanjian ini. Sekiranya
wang yang perlu dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor tidak mencukupi bagi
menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan berhak menuntut baki tersebut terus
daripada Kontraktor dan Kontraktor hendaklah membuat pembayaran dalam tempoh
empat belas (14) hari selepas menerima tuntutan itu. Sekiranya Kontraktor gagal
membuat pembayaran tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, Kerajaan berhak
menuntut jumlah yang sama daripada Kontraktor melalui mana-mana perjanjian lain
yang ditandatangani oleh Kontraktor dengan Kerajaan atau mengambil tindakan
undang-undang ke atas Kontraktor.

26.3 Fasal ini hendaklah terus berkuat kuasa walaupun Tempoh Perjanjian ini tamat
atau ditamatkan selaras dengan peruntukan Perjanjian ini.

FASAL 27
KESELURUHAN PERJANJIAN

Perjanjian ini merupakan persetujuan secara keseluruhan antara Pihak-Pihak


berkenaan dengan perkara yang diperuntukkan di dalamnya dan mengatasi mana-
mana persetujuan atau persefahaman terdahulu antara Pihak-Pihak berhubung
perkara tersebut.

FASAL 28
JADUAL, LAMPIRAN DAN DOKUMEN YANG BERKAITAN

28.1 Jadual dan lampiran yang dilampirkan dalam Perjanjian ini hendaklah dibaca
bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini.

28.2 Dalam keadaan di mana terdapat percanggahan di antara jadual dan lampiran
dengan Perjanjian ini, maka terma dan syarat Perjanjian ini hendaklah mengatasi.

32
FASAL 29
PINDAAN

Apa-apa pindaan, tambahan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat
secara bertulis, disahkan dan dipersetujui oleh Pihak-Pihak dan pindaan tambahan
atau perubahan tersebut hendaklah dibuat melalui suatu perjanjian tambahan dan
menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini.

FASAL 30
PERUBAHAN KADAR DUTI DAN CUKAI

30.1 Jika dalam Tempoh Perjanjian ini terdapat sebarang perubahan pada mana-
mana duti kastam, cukai tokok, eksais dan cukai-cukai lain yang berkenaan bagi
Perkhidmatan tersebut, Kerajaan atau Kontraktor boleh memohon bagi menyemak
semula kadar Nilai Perjanjian tersebut.

30.2 Sebarang perubahan kadar seperti di Fasal 30.1 hendaklah atas dasar
persetujuan bersama Pihak-Pihak secara bertulis.

30.3 Tiada tambahan atau pengurangan pada harga Perkhidmatan tersebut akan
dibuat terhadap Perkhidmatan tersebut yang telahpun dipesan dan dihantar sebelum
tarikh permohonan tersebut diluluskan oleh Kerajaan untuk penyelarasan dalam Nilai
Perjanjian.

FASAL 31
KESELAMATAN DAN KAWALAN DATA

31.1 Kontraktor hendaklah bertanggungjawab ke atas kerahsiaan, keselamatan,


kemusnahan, kerosakan dan/atau kehilangan mana-mana dokumen, fail dan
maklumat yang berkaitan dengan Perjanjian ini. Kontraktor juga hendaklah
memastikan usaha-usaha yang sewajarnya telah diambil supaya mana-mana
dokumen, fail dan maklumat yang dibekalkan oleh Kerajaan sepanjang Perjanjian ini

33
tidak disalurkan kepada pihak ketiga melainkan telah mendapat persetujuan bertulis
daripada Kerajaan.

31.2 Kontraktor hendaklah bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan,


kemusnahan dan/atau kehilangan kepada harta Kerajaan seperti mana yang
dinyatakan di Fasal 31.1 di atas termasuk sumber-sumber dokumen dan/atau
maklumat yang berkaitan dengan Perjanjian ini yang disebabkan oleh kecuaian
Kontraktor atau ejen-ejennya. Suatu penalti yang akan ditentukan oleh Kerajaan akan
dikenakan kepada Kontraktor bagi apa-apa kerosakan, kemusnahan dan/atau
kehilangan ke atas setiap sumber dokumen, fail dan/atau maklumat yang berkaitan.

31.3 Mana-mana data, dokumen, fail dan maklumat yang berkaitan dengan
Perjanjian ini yang dibekalkan oleh Kerajaan sepanjang Perjanjian ini adalah hakmilik
Kerajaan sepenuhnya, termasuk apa-apa terbitan (derivative) daripada data,
dokumen, fail dan maklumat tersebut. Kontraktor tidak dibenarkan membuat salinan
mana-mana data, dokumen, fail dan maklumat yang berkaitan dengan Perjanjian
tanpa kebenaran bertulis Kerajaan.

[RUANGAN SELEPAS INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG]

34
PADA MENYAKSIKAN PERKARA YANG TERSEBUT DI ATAS, Pihak-Pihak
kepada Perjanjian ini menurunkan tandatangan bagi Pihak masing-masing pada
hari dan tahun yang dinyatakan di atas.

Ditandatangani untuk dan bagi


KERAJAAN:

………………………………..
Nama: ) RUZAIDI BIN MAMAT
Jawatan: ) PENGARAH PERIKANAN
NEGERI TERENGGANU
No. Kad Pengenalan ) 721203-11-5001

Disaksikan oleh: .………………………………..


Nama: ) NORLIZAWATI BINTI IBRAHIM
Jawatan: ) PEGAWAI PERIKANAN
No. Kad Pengenalan ) 771130-03-6366

Untuk dan bagi


KONTRAKTOR:
.………………………………..
Nama: ) MOHD AMIRUL AIMAN BIN MOHD
) AZMI
PENGARAH
)
920711-11-5157
Jawatan:
No. Kad Pengenalan

Di hadapan: ) .………………………………..
Nama: NUR AQILAH BINTI MOHD AZMI
) PENGURUS
Jawatan: ) 950604-11-5888
No. Kad Pengenalan

LAMPIRAN 1
35
SURAT SETUJU TERIMA

36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
LAMPIRAN 2
SPESIFIKASI PERKHIDMATAN

BIL TEMPAT BUTIRAN PERKHIDMATAN/KERJA KEKERAPAN

1 BANGUNAN 1.1 Menyapu semua ruang lantai dan tangga semua tingkat Setiap hari
PEJABAT bangunan dan bahagian anjung pejabat. (2 kali sehari)
(BILIK
PAMERAN, 1.2 Membersihkan dan mengelap semua kotoran menggunakan 2 kali seminggu
BILIK peralatan dan bahan pencuci yang sesuai semua ruang lantai
MESYUARAT bangunan termasuk bahagian kaki lima / anjung dan susur tangan
DAN BILIK bangunan.
TAKLIMAT)
1.3 Membersihkan dan mengelap semua kotoran dengan 1 kali seminggu
menggunakan peralatan dan bahan pencuci yang sesuai pada
semua permukaan cermin kaca, bahagian dalam dan luar dinding,
pintu dan tingkap, siling (sawang) dan kipas.

1.4 Membersihkan dan mengelap semua kotoran dengan Setiap hari


menggunakan peralatan dan bahan pencuci yang sesuai pada (2 kali sehari)
semua bahan pameran, bahagian dalam dan luar almari cermin,
kerusi, meja atau lain-lain perabot serta memastikan susunan dan
keadaan semua perabot dan bahan pameran sentiasa kemas dan
teratur.
Setiap hari
1.5 Membersihkan dan meletakkan pewangi, cecair basuh tangan (1 kali sehari)
dan ubat gegat pada setiap tandas (kekerapan : tertakluk pada
tempoh masa bahan berfungsi). Pastikan sinki tidak tersumbat dan
flash tandas sentiasa berfungsi dengan baik.

2 SURAU 2.1 Membersihkan dan mengelap semua kotoran dengan Setiap hari
menggunakan peralatan dan bahan pencuci yang sesuai semua (1 kali sehari)
ruang lantai.

2.2 Membersihkan dan mengelap semua kotoran dengan 1 kali seminggu


menggunakan peralatan
dan bahan pencuci dengan sesuai pada bahagian dalam dan luar
dinding, pintu dan tingkap, siling (sawang) dan kipas. Memastikan
semua perabot/ kelengkapan solat dan lain-lain bersih, teratur dan
kemas. Sila laporkan jika terdapat sebarang kerosakan atau
kehilangan.

2.3 Membersihkan longkang dan membaiki dengan segera mana- Setiap hari
mana terdapat paip dan longkang surau tersumbat. (1 kali sehari)

3 RUMAH 3.1 Membersihkan dan mengemas bilik tidur tetamu serta Setiap kali ada
KAKITANGA menukarkan dan membersihkan cadar setiap kali digunakan (rujuk penggunaan
N NO.1&2 kepada kakitangan bertugas)

3.2 Membersihkan dan meletakkan pewangi, cecair basuh tangan Setiap hari
dan ubat gegat pada setiap bilik air (kekerapan : tertakluk pada (1 kali sehari)
tempoh masa bahan berfungsi). Pastikan sinki tidak tersumbat dan
flash tandas sentiasa berfungsi dengan baik.

3.3 Menebas pokok berjuntai, menyapu daun-daun dan sampah di Setiap hari
sekeliling rumah kakitangan dan sepanjang laluan berjalan kaki. (2 kali sehari)

52
4 KAWASAN 4.1 Membersihkan sampah, daun, longkang (memastikan tidak Setiap hari
PUSAT tersumbat) di kawasan Pusat Taman Laut. (2 kali sehari)
TAMAN LAUT
(DARI PINTU 4.2 Membekalkan tong dan plastik sampah, mengutip dan Setiap hari
MASUK mengumpul sampah daripada tong-tong sampah serta (1 kali sehari)
HINGGA KE mengasingkan mengikut kategori dan dimasukkan ke dalam guni
KAKI BUKIT untuk dibawa ke daratan melalui bot Majlis Daerah Besut.
BELAKANG
RUMAH 4.3 Memotong dan menebas rumput dan pokok renik serta 1 kali seminggu
KAKITANGA membersihkan sisa yang ditebas dan ditebang dengan segera.
N DAN
PUSAT
PELAWAT)

5 TANDAS 5.1 Membersihkan dan mencuci semua kotoran dengan Setiap hari
AWAM DAN menggunakan peralatan dan bahan pencuci yang sesuai setiap (2 kali sehari)
BILIK MANDI ruang lantai termasuk sinki, cermin, mangkuk tandas, bahagian
dalam dan luar dinding. Meletakkan pewangi, cecair basuh tangan
dan ubat gegat. (kekerapan : tertakluk pada tempoh masa bahan
berfungsi). Pastikan sinki tidak tersumbat dan flash tandas sentiasa
berfungsi dengan baik.

5.2 Membersihkan longkang dan membaiki dengan segera mana- Setiap hari
mana terdapat paip dan longkang tersumbat. (1 kali sehari)

6 LALUAN 6.1 Menyapu pasir, sampah dan daun di semua laluan siar kaki dan Setiap hari
SIAR KAKI tangga-tangga ke atas bukit hingga ke rumah kakitangan. (2 kali sehari)
DAN LALUAN
KE JETI DAN 6.2 Menyembur air untuk mencuci laluan siar kaki hingga ke lantai
LANTAI jeti serta membersihkan tangga-tangga jeti daripada lumut. Setiap hari
SERTA (2 kali sehari)
TANGGA
JETI

7 BILIK MASAK 7.1 Membersihkan dan mengelap semua kotoran dengan Setiap hari
DAN TEMPAT menggunakan peralatan dan bahan pencuci yang sesuai semua (1 kali sehari)
MAKAN ruang lantai.

7.2 Membersihkan dan mengelap semua kotoran dengan 1 kali seminggu


menggunakan peralatan dan bahan pencuci yang sesuai pada
bahagian dalam dan luar dinding, pintu dan tingkap, siling (sawang)
kipas.
Setiap hari
7.3 Membersihkan sinki dan pastikan tidak tersumbat. (2 kali sehari)

7.4 Membersihkan dan mengelap semua meja dan kerusi. 1 kali seminggu

7.5 Membekalkan tong dan plastik sampah, mengutip dan Setiap hari
mengumpul sampah daripada tong sampah. (1 kali sehari)

8 PANTAI DI 8.1 Menyapu dan membersihkan daun dan sampah sarap. Setiap hari
PUSAT (2 kali sehari)
TAMAN LAUT
PULAU 8.2 Membekalkan tong dan plastik sampah, mengutip dan Setiap hari
PERHENTIAN mengumpul sampah daripada tong-tong sampah. (1 kali sehari)
(HINGGA KE
KAKI PAGAR
TEMBOK 8.3 Mengasingkan bahan yang boleh dibakar dengan bahan yang Setiap hari
PUSAT tidak boleh dibakar dan melupuskan mengikut cara yang sepatutnya. (2 kali sehari)

53
TAMAN
LAUT) 8.4 Mengumpulkan batu karang yang hancur di satu tempat bagi Setiap hari
mengelakkan dipijak oleh pelawat. (2 kali sehari)

8.5 Memotong pendek kayu-kayan sebelum dibakar bersama Setiap hari


sampah sarap di tempat pembakaran. (1 kali sehari)

8.6 Menguruskan kerja-kerja penyiraman pokok bunga.


1 kali seminggu

8.7 Kerja-kerja trim pokok bunga, membaja dan menggemburkan


tanah di kawasan pokok bunga yang ada di pusat Taman Laut (baja 2 minggu sekali
akan disediakan oleh kontraktor).

8.8 Membersihkan mana-mana pokok yang tumbang (jika ada) di Setiap hari
kawasan tumpuan orang ramai dengan kadar segera. (1 kali sehari)

54

You might also like