You are on page 1of 6

Panduan Mengisi Borang Perjanjian Asasi IPTA

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM

PANDUAN MENGISI BORANG


PERJANJIAN ASASI IPTA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN BIASISWA DAN


PEMBIAYAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2
Panduan Mengisi Borang Perjanjian Asasi IPTA
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM

SENARAI SEMAK

PERMOHONAN BORANG PERJANJIAN ASASI

Tandakan (✓)

1. Surat Tawaran

2. Borang Setuju Terima Tawaran Bantuan Kewangan Asasi

3. Borang Perjanjian (3 salinan)

4. Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin

5. Salinan Kad Pengenalan Pelajar yang disahkan benar

6. Salinan Kad Pengenalan Penjamin yang disahkan benar

3
Panduan Mengisi Borang Perjanjian Asasi IPTA
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM
PERATURAN AM MENGISI BORANG

Sila ( ✓) di kotak berkenaan setelah tindakan diambil.

DAKWAT
1. Sila gunakan PEN BERDAKWAT HITAM sahaja.

TULISAN
2. Perjanjian ini hendaklah DITULIS TANGAN dalam HURUF
BESAR. Salinan karbon (carbon copies) TIDAK boleh
digunakan.

CUKAI SETEM 3. Setiap salinan perjanjian hendaklah dimatikan setem

Pastikan:
i. Setem hasil sahaja digunakan.
ii. dimatikan atau diremitkan di Pejabat Hasil sahaja.
iii. setiap salinan perjanjian dikenakan cukai setem
bernilai RM10.00

DOKUMEN 4. Sila sertakan dokumen-dokumen berikut bersama-sama


SOKONGAN
dengan Perjanjian:

(i) Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin


(ii) Satu salinan kad pengenalan pelajar
(iii) Satu salinan kad pengenalan penjamin

TARIKH
PERJANJIAN
5. (i) Isikan tarikh perjanjian sama dengan tarikh setem hasil
(ruangan teratas
dimatikan / diremitkan
muka surat 1 (ii) Tarikh dimatikan setem hasil bagi ketiga-tiga salinan
perjanjian) perjanjian hendaklah sama

MAKLUMAT 6. Isikan nama, nombor kad pengenalan, alamat tetap yang


PELAJAR &
PENJAMIN lengkap dan tarikh lahir
(Sila lihat syarat-syarat Penjamin di perenggan II)
(Muka surat 1
perjanjian)

JANGAN menggunakan alamat yang tidak tetap seperti alamat kuarters,


alamat rumah sewa atau alamat asrama.

4
Panduan Mengisi Borang Perjanjian Asasi IPTA
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM

NOMBOR
7. Sila isikan nombor rujukan dan tarikh seperti di dalam Surat
RUJUKAN
SURAT Tawaran Bantuan Kewangan Asasi.
TAWARAN
(Muka surat 4
Perenggan 10
Perjanjian)

TANDATANGAN
8. Pelajar, penjamin dan saksi-saksi hendaklah menurunkan
(Muka surat 5 tandatangan di tempat yang betul. JANGAN tandatangan di
Perjanjian)
ruangan bagi PIHAK KERAJAAN.

TANDATANGAN 9. Pelajar dan penjamin bagi perjanjian ini hendaklah


RINGKAS menurunkan tandatangan ringkas di setiap penjuru bawah
(Muka surat sebelah kanan muka surat 1, 2, 3 & 4.
1,2,3&4)

COP RASMI 10. Semua saksi hendaklah menurunkan cop penuh rasmi nama,
(Muka surat 5 jawatan dan jabatan.
Perjanjian

SERAHAN 11. Borang perjanjian yang telah lengkap diisi dalam 3 salinan
DOKUMEN hendaklah dicantumkan dengan dawai kokot (stapler)
PERJANJIAN
setiap satu dan dikepilkan 3 salinan tersebut dengan klip
sebelum dihantar bersama-sama dokumen sokongan kepada
universiti tempat pengajian.

CONTOH 12. Bersama-sama ini dilampirkan salinan contoh borang


BORANG perjanjian yang telah diisi. Jika berbuat sesuatu kesilapan,
PERJANJIAN JANGAN cuba memadamkannya. Sebarang kesilapan
hendaklah dipotong dengan satu garisan sahaja dan
ditandatangani ringkas (initial) oleh pelajar dan
penjamin. Penggunaan cecair pemadam (correcting fluid)
adalah tidak dibenarkan. Pelajar diingatkan bahawa
Kementerian ini berhak menolak borang perjanjian yang
didapati kotor atau terlalu banyak kesilapan.

PERTUKARAN 13. Pertukaran alamat pelajar dan penjamin perlu dimaklumkan


ALAMAT dengan segera ke Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

5
Panduan Mengisi Borang Perjanjian Asasi IPTA
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM

SYARAT-SYARAT PENJAMIN

WARGANEGARA Hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia

PENDAPATAN Pendapatan mestilah tidak kurang daripada RM500.00 sebulan

STATUS KEWANGAN Hendaklah seseorang yang tidak muflis

UMUR Penjamin hendaklah berumur tidak melebihi 45 tahun

PENGECUALIAN Ibu bapa / Penjaga yang sah yang menjadi Penjamin dikecualikan
SYARAT syarat pendapatan dan umur

SYARAT-SYARAT SAKSI

WARGANEGARA Semua saksi hendaklah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke


atas yang bermastautin di Malaysia

JAWATAN (a) Saksi yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan, hendaklah


menjawat jawatan tetap sahaja dan memegang jawatan
pentadbiran Gred 41 ke atas.

(b) Bagi saksi yang bukan pegawai kerajaan, mereka hendaklah


yang telah diberi kuasa perundangan.

SENARAI SAKSI (i) KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL


(Gred 41 / Kumpulan A ke atas)

(a) Semua pegawai Kerajaan Gred 41 / Kumpulan A dan ke


atas di Kementerian / Jabatan Persekutuan dan Negeri /
Pejabat Daerah.

(ii) PEGAWAI PENDIDIKAN

(a) Pensyarah di IPTA / Politeknik / Kolej Komuniti


(b) Pegawai Pendidikan Negeri / Daerah
(c) Pengetua / Penolong Kanan Pengetua di Sekolah
Menengah Kerajaan sahaja.

(iii) PEGAWAI PERKHIDMATAN PERUBATAN / KESIHATAN

(a) Semua doktor yang bertugas di Hospital dan di Pusat


Kesihatan sahaja.

(iv) PEGAWAI KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN

(a) Semua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan


Profesional yang berkhidmat dalam perkhidmatan

6
Panduan Mengisi Borang Perjanjian Asasi IPTA
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM

kehakiman dan perundangan Kerajaan. (Contoh : Hakim,


Majistret, Peguam Persekutuan, Penasihat Undang-
Undang, Pendaftar Mahkamah)

(b) Semua Peguambela dan Penguamcara

(c) Semua Pesuruhjaya Sumpah

(d) Jaksa Pendamai

(v) PEGAWAI BERUNIFORM

(a) Tentera (Kapten dan ke atas)

(b) Polis (Penolong Penguasa dan ke atas / No. Kad


Pengenalan bermula dengan huruf G)

(c) Pegawai Penjara (Penguasa Penjara dan ke atas)

(d) Pegawai Bomba (Penguasa Bomba)

(e) Jabatan Perhutanan (Pemelihara Hutan Gred 1 / Pegawai


Hidupan Liar)

(f) Jabatan Laut (Jurutera Laut dan ke atas)

(g) Kastam (Penguasa Kastam dan ke atas)

(vi) LAIN-LAIN

(a) Wakil Rakyat / Senator

(b) Penggawa / Penghulu / Ketua Kampung / Ketua


Masyarakat / Sidang / Pegawai Pembangunan Mukim /
Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung)

(c) SABAH DAN SARAWAK – Ketua Kaum / Ketua Anak Negeri


/ Kapitan / Pemanca / Pegawai Taman Sabah

(d) Pengurus FELDA / Pengerusi JKKK (Jawatankuasa


Kemajuan dan Keselamatan Kampung)

You might also like