You are on page 1of 2

LAMPIRAN B

SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN


Catatan : Syarat-syarat tawaran kemasukan ini hendaklah dibaca bersama-sama surat tawaran pengajian ke
Universiti Teknologi Malaysia

1. PEMATUHAN PERATURAN

1.1 Segala maklumat yang saudara kemukakan dalam borang permohonan kemasukan ini hendaklah benar. Jika
terdapat maklumat palsu, Universiti berhak menarik balik tawaran ini atau menamatkan pengajian saudara
dengan serta-merta pada bila-bila masa.

1.2 Saudara pada setiap masa adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan
Universiti Teknologi Malaysia, Kaedah-kaedah Universiti Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar)
1999, Akta, Statut-Statut Universiti Teknologi Malaysia, Peraturan, Pekeliling dan lain-lain garis panduan
serta pindaan yang sedang berkuatkuasa dan diterima pakai di Universiti Teknologi Malaysia.

1.3 Calon-calon pelajar yang diterima masuk dan tidak memiliki SPM atau tidak memperoleh kepujian dalam
mata pelajaran Bahasa Malaysia/Melayu dan Matematik di peringkat SPM/Setaraf adalah dikehendaki
untuk mengambil peperiksaan mata pelajaran tersebut dan hendaklah lulus dengan kepujian dalam tempoh
tahun pertama pengajian.

1.4 Calon-calon pelajar yang diterima masuk dan belum mengambil Ujian ‘Malaysian University English Test’
(MUET) adalah dikehendaki mendaftar untuk menduduki Ujian MUET dan mencapai tahap yang ditetapkan
dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh pendaftaran. Sila kemukakan keputusan Ujian MUET yang telah
diambil ke Fakulti/Sekolah untuk direkodkan. Lain-lain kelayakan Bahasa Inggeris yang boleh diterima
sebagai pengganti MUET ialah IELTS/ TOEFL PBT/ TOEFL IBT bagi calon lepasan A-Level/ IB/ AUSMAT/
Setaraf.

1.5 Calon yang memegang jawatan tetap dalam perkhidmatan kerajaan hendaklah terlebih dahulu
memperolehi pelepasan rasmi daripada Ketua Jabatan masing-masing untuk mengikuti pengajian sebagai
pelajar sepenuh masa Universiti ini.

2. BAYARAN YURAN

Bayaran yuran semester pertama hendaklah dijelaskan sebelum tarikh yang ditetapkan untuk pendaftaran. Bagi
pelajar yang mendapat tawaran biasiswa/ pinjaman/ bantuan, Sila email surat tawaran biasiswa/ pinjaman/
bantuan kepada bendahari-ukp@utm.my

3. PEMERIKSAAN PERUBATAN

Saudara mestilah cukup sihat. Ini hendaklah dibuktikan melalui pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan UTM
selepas pendaftaran pelajar. Keputusan muktamad pemeriksaan kesihatan ini tertakluk kepada perakuan
Pegawai Perubatan Universiti Teknologi Malaysia.

4. TEMPOH PENGAJIAN

a) Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina - 3 tahun (6 Semester)


b) Semua program Sarjana Muda selain (a) di atas - 4 tahun (8 Semester)
5. TAWARAN PROGRAM ISMP

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang ditawarkan adalah secara ‘Open Market’. Penempatan
sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) selepas tamat pengajian adalah tertakluk kepada prosedur
Kementerian Pendidikan Malaysia.

6. SETUJU TERIMA TAWARAN

6.1 Tawaran ini adalah sah bagi program dan tahun pengajian seperti mana yang dinyatakan dalam surat
tawaran. Permohonan untuk penangguhan atau pertukaran program pengajian adalah tidak dibenarkan.
Program pengajian yang ditawarkan adalah MUKTAMAD.

6.2 Sila jawab sama ada menerima atau menolak tawaran beserta syarat-syarat seperti di atas dalam tempoh
TUJUH (7) hari selepas keputusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam diumumkan. Jawapan hendaklah
dibuat secara dalam talian di laman sesawang https://jpt.utm.my. Sekiranya pihak Universiti tidak
menerima jawapan atau saudara tidak mendaftar dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh pendaftaran,
tawaran ini akan terbatal dengan sendirinya. Jika saudara menerima tawaran ini, sila uruskan perkara-
perkara yang diperlukan seperti dalam senarai semak tawaran yang disertakan.

6.3 Dengan penerimaan tawaran ini, anda memberi persetujuan kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia
untuk:

(i) Memasukkan dan menyimpan maklumat peribadi anda termasuk maklumat lain yang berkaitan dengan
pengajian anda ke dalam sistem maklumat pelajar

(ii) Menggunakan dan/atau menyerahkan maklumat tersebut kepada mana-mana pihak lain bagi maksud
melaksanakan apa-apa urusan rasmi pihak Universiti yang suai manfaat dan bersampingan dengan
fungsi dan kuasa-kuasa Universiti

6.4 Pihak Universiti akan memastikan maklumat-maklumat yang digunakan dan/atau diserahkan kepada mana-
mana pihak lain akan disimpan oleh pihak-pihak tersebut sebagai sulit dan hanya akan digunakan bagi
urusan/tujuan yang dibenarkan dan dipersetujui oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia.

Seksyen Rekrutmen dan Kemasukan Pelajar,


Bahagian Pengurusan Akademik,
Jabatan Pendaftar,
Universiti Teknologi Malaysia

Saya menerima tawaran kemasukan ke Universiti Teknologi Malaysia berserta syarat-syarat yang tersebut di atas.

Nama Penuh:

No. Kad Pengenalan: No. Matrik:

Program Pengajian: Tahun/Semeter:

Tarikh: Tandatangan:

You might also like