You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT


Tel: 07-4139916
Sekolah Kebangsaan Bagan
Faks: 07-4139916
KM 9, Kampung Bagan, e-Mel: jba0005.edu@1govuc.gov.my
83000 Batu Pahat, Johor

Ruj. Kami : JBA0005/100-19/1/15 ( )


Tarikh : 29 Ogos 2019

En Mutakin bin Mansor


Pengurus kedai buku,
SK Bagan,
83000 Batu Pahat,
Johor.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PERALATAN TULIS BAGI CALON-CALON UPSR


SK BAGAN TAHUN 2019

Sukacita dimaklumkan dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Pemberian alat tulis kepada calon-calon UPSR 2019 adalah sebagai tanda sokongan pihak
sekolah kepada mereka juga untuk membantu murid-murid yang tidak berkemampuan
menyediakan peralatan tulis tersebut.

3. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon agar permohonan ini dapat dipertimbangkan
oleh pihak tuan. Berikut disenaraikan peralatan tulis yang diperlukan selaras dengan bilangan
calon UPSR 2019 iaitu seramai 27 orang.

BIL ALATAN KUANTITI


1 Pensil 54
2 Pemadam 27
3 Pembaris plastik 27
4 Pengorek pensil 27

3. Segala pertimbangan dan kerjasama yang diberikan amat kami hargai dan dahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………
(NORSIAH BINTI JUMINGAN)
GPK Pentadbiran,
SK Bagan.

s.k..1. Fail
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT
Tel: 07-4139916
Sekolah Kebangsaan Bagan
Faks: 07-4139916
KM 9, Kampung Bagan, e-Mel: jba0005.edu@1govuc.gov.my
83000 Batu Pahat, Johor

You might also like