You are on page 1of 1

Ruj :

Tarikh : JULAI 2019

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras
Jalan Yaacob Latif,
56000 Bandar Tun Razak,
WP Kuala Lumpur:

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MELAWAT UNIT HAL EHWAL MURID DAN KOPERASI SMK
CHERAS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid dan Koperasi SMK Seri Mulia
bercadang untuk membuat lawatan sambil belajar ke SMK Cheras seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Julai 2019 (Khamis)


Masa : 9.00 pagi
Bilangan peserta : 6 orang guru

3. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk perkongsian ilmu bagi meningkatkan perkhidmatan
pengurusan Unit HEM yang lebih efektif dan Koperasi Sekolah yang berdaya maju seterusnya dapat
dijadikan panduan dalam penzahiran pengurusan dan perkhidmatan yang lebih berkualiti di SMK Seri
Mulia.

4. Diharap agar permohonan ini mendapat kerjasama daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

..............................................
(MUSTAFA KAMAL BIN MUSA)
Pengetua
SMK Seri Mulia

You might also like