You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati


Jalan Taman Melawati, Tel : 03 – 41087723
53100 Gombak Faks : 03 – 41086093
Selangor Darul Ehsan E-mel : bea7610@btpnsel.edu.my /
Malaysia BEA7610@moe.edu.my

Rujukan kami: SMKTM.SPBT 700-7/2/1 ( )


Tarikh: 12.1.2022
Nama dan Alamat Ibu bapa/Penjaga
______________________________
______________________________
Tuan/Puan,

PEMBERITAHUAN PEMULANGAN DAN PENGAGIHAN BUKU TEKS SPBT

Dengan segala hormat dimaklumkan bahawa, pihak sekolah akan mula mengumpul dan mengagih semua
buku teks SPBT seperti ketetapan yang berikut:-

BIL TING TARIKH MASA TEMPAT


1. 1 28/1/2022 - Jumaat 2.00 Petang – 5.00 Petang
2. 2 27/1/2022 - Khamis 2.00 Petang – 5.00 Petang
3. 3 19/1/2022 - Rabu 8.00 pagi - 12.30 Tengahari Foyer Dewan
4. 4 18/2/2022 - Jumaat 8.00 Pagi – 1.30 Petang
5. 5 22/1/2022 - Sabtu 8.00 Pagi – 12.00 Tengahari Bilik SPBT

2. Sehubungan dengan itu semua murid perlu memastikan:


i. Nama murid ditulis pada bahagian belakang buku
ii. Menggantikan buku teks yang rosak / hilang dengan judul yang sama
iii. Memastikan bilangan buku yang dipinjam sama dengan buku yang dihantar
iv. Memastikan semua buku dibalut dan diikat kemas
v. Murid tingkatan 5 boleh meminjam semula buku teks mengikut keperluan SPM.

3. Kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih .

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(EN JAGDEV SINGH A/L AVTAR SINGH)


Pengetua Cemerlang
SMK Taman Melawati

s.k: Fail SPBT Sekolah

You might also like