You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI RELAU

Jalan Paya Terubong,


11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang
Tel / Fax : 04-642 5207

Ruj. Kami : PBA3015/600-3/2/12(27)


Tarikh : 18 Oktober 2022

Kepada :
Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya,
Cawangan Hal Ehwal Awam
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang.

Tuan,
SURAT MAKLUMAN MEMOHON BANTUAN KAWALAN LALULINTAS UNTUK PERARAKAN
MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SERI RELAU

Dengan hormatnya perkara diatas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Seri Relau akan menganjurkan
Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan perarakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 21 Oktober 2022
Hari : Jumaat
Tempat : Sekitar Kejiranan Sekolah Kebangsaan Seri Relau
Bil Peserta : 750 orang

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa kami telah memohon
bantuan daripada Balai Polis Trafik Bayan Lepas untuk membantu kami mengawal lalu lintas semasa perarakan
berlangsung.

4. Bersama-sama dengan surat ini, dilampirkan Salinan surat kepada Balai Polis Trafik Bayan Lepas, pelan
laluan dan aturcara majlis untuk perhatian pihak tuan.

Sekian, Terima Kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………..
(ZAIDI BIN ISMAIL)
Penolong Kanan Pentadbiran
b/p Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Relau, P.Pinang.

You might also like