You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PANAU

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


17500 TANAH MERAH,
KELANTAN DARUL NAIM.
DBA 5301 Tel : 09-9771480 Fax : 09-9779539
Email : skbukitpanau@gmail.com Blogs: http://www.skbpanau.blospot.com

Ruj. Kami : SKBP 600 – 3/14( )


Tarikh : 2 Julai 2020

Kepada,
Ibu bapa /Penjaga murid SK Bukit Panau,

Tuan/Puan,

PENYERTAAN MENGIKUTI AKTIVITI KOKURIKULUM MENGIKUT NORMA BAHARU DALAM TEMPOH


PKPP BAGI TAHUN 2020

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan pihak akan cuba meneruskan aktiviti kokurikulum peringkat sekolah
yang tertangguh akibat Pandemik Covid 19 mengikut norma baharu dalam tempoh PKPP Tahun
2020.

3. Walau bagaimanapun, aktiviti kokurikulum norma baharu ini perlu mengikut garis panduan
pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum peringkat sekolah dan juga berdasarkan SOP
Pengoperasian pembukaan sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini
akan mengambil kira penjarakan fizikal, kesesuaian tempat dan murid bergejala.

4. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon pihak tuan/puan agar dapat memberikan
jawapan dalam surat kebenaran yang disertakan ini sama ada BERSETUJU ATAU TIDAK BERSETUJU
anak jagaan tuan/puan menyertai aktiviti kokurikulum peringkat sekolah yang akan ditetapkan
tarikh mengikut jadual penjajaran perjumpaan aktiviti kokurikulum SKBPbagi tahun 2020.

4. Keperihatinan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan ini amatlah dihargai dalam
membantu perkembangan bakat murid SKBP dan didahului dengan ucapan berbanyak- banyak
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang Menjalankan Amanah,

(MOHD ZU BIN TALIB)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Panau
Tanah Merah, Kelantan.

S.k : Surat Pengurusan Aktiviti Kokurikulum

You might also like