You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI

14000 BUKIT MERTAJAM


SEBERANG PERAI TENGAH

Tel / Fax : 04-5395105

email : pba0016@jpnpp.edu.my

____________________________________________________________________________________
“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Rujukan kami : SKSR/600-10/01/Jld.2 (39)


Tarikh : 03 Januari 2019

Pangkalan Udara JBPM Bertam,


Jalan Pinang Tunggal,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang

Tuan,

PER: MEMOHON KETETAPAN TARIKH UNTUK MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI


PANGKALAN UDARA JBPM BERTAM,PULAU PINANG.

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelas Pendidikan Khas Masalah Pendengaran di sekolah ini ingin
memohon mengadakan lawatan sambil belajar di Pangkalan Unit Udara Bomba Dan Penyelamat .Justeru
itu, pihak kami ingin memohon ketetapan satu tarikh pada bulan Mac atau mengikut takwim pihak tuan,
bagi mengadakan lawatan tersebut. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan
dan pengalaman kepada murid-murid pendidikan khas serta menanam minat kecintaan kepada negara.

3. Oleh itu, pihak sekolah memerlukan tarikh tersebut dalam tempoh awal sebulan sebelum
lawatan diadakan bagi mematuhi prosedur lawatan yang ditetapkan. Lawatan ini terdiri daripada 10
orang guru,29 orang murid dan seorang pembantu pengurusan murid.

4. Di harap pihak tuan dapat mempertimbangan permohonan ini dan sebarang maklum balas
boleh berhubung dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu En Muhammad Jamil Bin Abdullah di
talian 013-3275354.

Sekian ,terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

-----------------------------------------
(NORHAYATI BINTI PUH YAMIN)
Guru Besar
Sek Keb Sungai Rambai
Bukit Mertajam
Pulau Pinang

You might also like