You are on page 1of 1

ALI BIN BASDI

PENOLONG JURUTERA JA29,


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINABATANGAN,
W.D.T 22, 90200,
KOTA KINABATANGAN SABAH
_________________________________________________________________________
AB MALEK HJ. ABDUL RAHIM,
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUNAK,
PETI SURAT 52,
91207 KUNAK, SABAH 3 MEI 2023

Tuan,
MEMOHON PERTUKARAN BAGI PENOLONG JURUTERA JA29
Merujuk perkara di atas, saya Mohd yang sedang berkhidmat sebagai Penolong Jurutera
JA29 di Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan ingin memohon pertukaran tempat
berkhidmat ke Pejabat Pendidikan Daerah Kunak atas sebab-sebab yang dinyatakan seperti
berikut.
2. Untuk makluman, saya telah berjauhan dengan isteri selama 5 tahun kerana isteri
saya mengajar di Tawau dan saya pula berkhidmat di daerah Kota Kinabatangan. Keadaan
ini menyukarkan saya melawat isteri dan anak. Oleh itu, saya memohon pertukaran ini
kerana jarak antara Lahad Datu ke Kunak lebih dekat berbanding Kota Kinabatangan dan
dapat mendekatkan saya dengan isteri dan anak.
3. Selain itu, setiap minggu saya akan pulang ke Semporna melawat ibu saya yang
duduk di kampung bersama kakak yang belum berkahwin bagi memastikan kebajikan dan
keselamatan ibu dan kakak saya dalam keadaan baik dan mencukupi. Justeru itu, saya
berharap pertukaran tempat berkhidmat ke Kunak akan lebih memudahkan saya melawat
ibu saya.
4. Akhir sekali, saya telah mendapat sokongan pertukaran tempat perkhidmatan
daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kota Kinabatangan dengan berpengganti.
Beliau menyokong penuh pertukaran ini sekiranya diluluskan oleh pihak tuan. Saya
berharap tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Segala perhatian dan budi bicara
tuan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian,

Yang Benar,

ALI BIN BASDI

You might also like