You are on page 1of 2

Hadirin sekaIian,pada masa kini pihak

sekolah sering digemparkan dengan gejala buli dalam kalangan


pelajar. Gejala ini dilihat semakin serius
sehinggakan boleh membawa kepada kecederaan dan juga
boleh mengganggu mental pelajar. Buli ini dapat
membawa makna perbuatan mendera, atau mempermainkan
seseorang murid atau kumpulan murid yang biasanya lemah untuk
Dijadikan mangsa buIi.Jenis-jenis buli yang sering terjadi ialah
Buli Fizikal dan Buli Lisan.

Kesan mangsa buli ini dapat menyebabkan pelajar menjadi


pendiam, pemalu, rendah diri dan sering bersendirian. Selain itu,
mangsa buli sering merahsiakan perkara ini daripada ibubapa dan
pensyarah kerana mangsa buli takut akan ugutan kepada pembuli

Kesan kepada pelajar yang membuli ini dapat dikenakan tindakan


disiplin yang serius dari pihak sekolah kerana kes ini bukan la kes
yang biasa bagi kita sebagai murid mahupun pensyarah2 tetapi
dapat menjejaskan atau mencalarkan nama sekolah. Selain itu
pembuli ini juga terlibat dengan kes jenayah sekiranya berlaku
kecederaan pada mangsa buli.

Antara tindakan yang dapat dilakukan oleh pihak sekolah untuk


mencegah kes buli dikalangan pelajar ini meningkat ialah pihak
sekolah perlulah mengadakan satu kempen tentang gejala buli
serta menerangkan kesan-kesan buruk yang berlaku kepada
pembuli dan mangsa buli. Hal ini dapat menyedarkan pelajar
bahawa kes buli ini bukanlah kes yang boleh dianggap remeh
oleh pensyarah dan pelajar.
Selain itu, pensyarah bimbingan dan kaunseling juga mempunyai
peranan yang sangat penting dalam mencegah gejala buli tersebut.
Hal ini kerana sesetengah pelajar mempunyai masalah dari rumah
sehinggakan pelajar melepaskan emosi yang dipendamkan
kepada pelajar yang lain. Oleh itu, pensyarah bimbingan dan
kaunseling memainkan peranan penting untuk mendengarkan
luahan pelajar serta memberikan motivasi kepada pelajar bagi
mengelakkan kes tersebut tidak berlaku terutamanya kepada
pelajar yang dibuli.

Akhir sekali, pelajar perlulah memilih rakan yang tepat bagi


membendung masalah buli. Dengan ini pelajar yang memilih
rakan yang tepat mampu mngelakkan gejala buli ini berlaku
kerana rakan yang tepat mampu meningkatkan akhlak dan
membentuk sahsiah yang baik serta terpuji. Dalam masa ini
pelajar juga perlu memilih rakan yang berdisiplin kerana rakan
yang berdisiplin mempunyai Tingkah laku yang baik serta dapat
menghormati guru dan sesama pelajar dengan betul. Oleh itu,
pemilihan rakan yang tepat merupakan salah satu langkah yang
berkesan bagi mengatasi gejala buli yang berlaku dalam
kalangan perlajar.

Kesimpulan

You might also like