You are on page 1of 2

Pengembangan Diri: Bagaimana Menangani Masalah Buli Di Sekolah

Buli ialah suatu perlakuan ganas oleh segolongan pelajar yang bermasalah. Buli boleh berlaku dalam
bentuk fizikal, mental mahupun emosi yang pelakunya cuba menunjukkan kuasa kepada pelajar
yang lemah.

Biasanya pelajar lelaki menunjukkan sifat membuli secara fizikal manakala pelajar perempuan
cenderung untuk menunjukkan sifat membuli dengan perkataan, sindiran atau memulaukan
seseorang.

Perkembangan terkini menunjukkan sikap suka membuli juga boleh terjadi melalui laman media
sosial.

Melalui laman sosial, pelajar boleh menghantar mesej dengan pelbagai ugutan, tuduhan dan fitnah.

Bagaimanakah cara untuk menangani isu buli? Isu ini tidak boleh ditangani oleh individu secara
berseorangan. Ibu bapa, guru atau pelajar sendiri perlu berpadu tenaga dan bekerjasama untuk
membanteras kegiatan ini. Di sini dikongsikan beberapa tip bagaimana perkara ini dapat ditangani:

1. Pihak Pentadbir Sekolah dan Guru: Sedar dan Ambil Tindakan Segera

Pihak pentadbir khususnya guru besar/ pengetua dan guru-guru umumnya, harus peka mengenai
masalah ini. Mereka harus mengetahui dan memahami konsep, faktor penyebab, tempat insiden
buli dan aspek berkaitan isu buli.

Jika guru dapat mengesan kes buli berlaku di sekolah, perkara ini harus diambil berat dan diberikan
perhatian serius. Jika kes ini berlaku di dalam kelas tempat guru itu sedang mengajar, guru perlu
menghentikannya segera serta mengambil maklumat dan butiran. Buat laporan dan hantar laporan
berkenaan kepada pihak pentadbir supaya insiden itu direkodkan dan diambil tindakan sewajarnya.

Tindakan segera perlu dilakukan pihak pentadbir berasaskan peraturan sedia ada.

2. Peranan Sekolah dan Ibu Bapa/ Penjaga

Guru, pelajar dan ibu bapa/ penjaga harus terlibat dalam kes berkaitan. Pelajar perlu ada
kesedaran memberitahu guru atau ibu bapa tentang kewujudan masalah berkenaan.

Pelajar perlu dilatih dan diberi kemahiran mengenal pasti kes dan mampu membuat laporan kepada
pihak bertanggungjawab.

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) merupakan konsep dan kaedah yang baik untuk
dilaksanakan oleh semua sekolah. PRS akan menjadi mata dan telinga kepada pelajar yang menjadi
mangsa buli.

PRS boleh diberikan tanggungjawab untuk mengenal pasti isu tersebut dan memberikan laporan
kepada kaunselor sekolah untuk tindakan lanjut. Ahli PRS juga boleh memberi bantuan emosi awal
kepada mangsa yang terlibat.

Ibu bapa harus diberi pendedahan terhadap tanda-tanda mangsa yang dibuli. Penerangan tentang
bagaimana untuk memahami dan memberi sokongan emosi terhadap anak-anak mereka yang
menjadi mangsa buli juga perlu diberi penekanan.

You might also like