You are on page 1of 6

8.

0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI GEJALA BULI


Gejala buli di kalangan murid tidak berkesudahan, malah sejak akhir-akhir ini
fenomena berkenaan semakin serius. Setiap kali kes buli didedahkan kepada
umum, pelbagai pihak mengemukakan pendapat, malah tidak kurang pula
menyalahkan pihak lain namun akhirnya ia senyap begitu sahaja. Oleh yang
demikian, untuk mengatasi masalah jenayah buli yang semakin menular ini, ia
melibatkan usahasama dan kerjasama daripada pelbagai pihak. Antaranya ialah
pihak kerajaan, sekolah, guru, ibu bapa atau penjaga dan individu.
8.1 Pihak kerajaan
Pihak kerajaan juga bertanggungjawab untuk memastikan kejadian buli tidak
menular dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana, pihak kerajaan merupakan
badan yang bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan keamanan
sejagat terpelihara. Pihak kerajaan perlu memastikan undang-undang sedia ada
dipatuhi dan dilaksanakan. Apabila undang-undang dilaksanakan dengan
berkesan, maka seorang pelajar akan menjadi gerun dengan hukuman berat
yang bakal mereka jalani. Mereka akan mencuba sedaya upaya membendung
niat mereka dan lama-kelamaan gejala buli ini akan pudar ditelan masa.
Hukuman yang boleh dilaksanakan ialah sebatan mandatori, penjara, dihantar
ke pusat pemulihan dan dibuang sekolah. Hukuman-hukuman berat seperti ini
akan menjadi penahan dan penghalang terbaik kepada pelajar yang suka
membuli.

Kementerian Pelajaran Malaysia harus menitikberatkan isu kes buli ini
dalam pelajaran di sekolah melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan
Moral, Pendidikan slam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar
akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan
pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk
daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit
dalam kes buli ini.
Di samping itu, pihak-pihak berwajib juga perlu menggembleng tenaga
untuk mengatasi gejala ini. Sebagai contoh, Jawatankuasa Petugas Khas
Menangani Gejala Disiplin di sekolah ditubuhkan selepas banyak kes buli
berlaku dengan serius di kalangan pelajar. Oleh itu, sebagai institusi yang dipilih
oleh rakyat untuk memerintah, kerajaan hendaklah berusaha menjamin
keamanan dan keselamatan dengan mengambil langkah berkesan bagi
membanteras gejala ini agar tidak menjadi barah dalam masyarakat dan akan
menjejaskan pembangunan modal insan negara kita.

8.3 SekoIah
Bagi pihak sekolah, langkah pertama ialah sekolah perlu mendapatkan
maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada
bentuk psikologi atau fizikal. ni boleh dilakukan dengan meminta pelajar
mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Pelajar boleh juga menulis
kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapat respons yang lebih
tinggi tentang perkara ini, identiti pelajar hendaklah rahsia.

Seterusnya, sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan
dengan buli. ni bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di
sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk
dibaca bersama dengan ibu bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini
merangkumi konsep buli, beberapa petua mudah untuk menangani insiden buli,
siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli dan talian telefon atau
alamat e-mel untuk melaporkan kejadian buli. Mereka yang boleh membuat
laporan bukan sahaja mangsa tetapi juga saksi.

Satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah juga perlu
dibentuk. Antara ahli dalam jawatankuasa ini terdiri daripada pengetua, guru
kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan
mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya. Contohnya, pihak
sekolah mengendalikan Kelab Pencegah Jenayah. Melalui program yang
dijalankan, para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang
cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa
dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan info yang diperoleh itu
kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu mengenai kes salah laku
ini.

Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli juga boleh
diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi
menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti
kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam
menangani masalah kes buli ini.


Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa
pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan
sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi
sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli
mangsanya.

.
Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada
pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-
sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati
sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin
bertambah dan berleluasa lagi.

Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan
diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang
dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah
harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia
tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada
pelajar yang lain.

8.4 Guru
Bagi peringkat kelas pula, guru kelas perlulah membentuk satu peraturan kelas
berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli. Peraturan tersebut hendaklah
menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli
dan apa pula hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor
melakukannya.

Setiap pelajar diberikan senarai peraturan tersebut dan mereka
hendaklah menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan disimpan dalam
fail pelajar. Sebelum itu, pihak ibu bapa juga turut menandatangani peraturan
berkenaan. ni merupakan satu perjanjian tingkah laku antara pelajar dan ibu
bapa atau penjaga dengan sekolah. Dari semasa ke semasa, guru hendaklah
membincang tentang isu buli dengan pelajar.

Namun begitu, jika gejala buli ini telah dapat dikenalpasti di kalangan
murid, maka guru kaunseling boleh mengadakan sesi main peranan tingkah
laku empatik atau tidak agresif dengan pembuli. Latihan asertif pula perlu
diadakan dengan mangsa buli.


8.5 Ibu bapa atau penjaga
Sebagai ibu bapa dan penjaga kepada anak-anak pada usia remaja, ibu bapa
memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan fizikal, mental
dan emosi anak-anak. Penglibatan ibu bapa dalam menangani kes buli di
sekolah kini menjadi semakin penting. bu bapa merupakan asas permulaan
pembentukan peribadi anak-anak. Malahan ibu bapa juga insan yang paling
hampir dengan anak-anak. bu bapa boleh memberikan pendidikan agama
kepada individu dari sejak kecil. Pendekatan ini merupakan langkah berkesan
untuk mengatasi masalah ini.Pendidikan agama penting kerana boleh
melahirkan manusia yang bermaruah dan mengamalkan budi pekerti mulia.

Di samping itu, ibu bapa perlu memantau pergerakan anak-anak bagi
memastikan mereka tidak bergaul dengan rakan sebaya yang tidak
bermoral. Sebagai contoh, ibu bapa perlu berbincang dengan guru jika didapati
anak mereka bertukar sikap, menjadi pendiam atau kurang selera untuk makan.
Justeru, peranan ibu bapa dalam menangani kes buli tidak boleh disangkal dan
wajar bagi setiap ibu bapa menjadi 74024/0 kepada anak-anak.

8.6 Individu
Bagi peringkat individu, ia melibatkan pembuli dan mangsa buli. Jawatankuasa
penyelaras antibuli hendaklah mengadakan perbincangan menyelesaikan
masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi juga ibu
bapa atau penjaga mereka.

Selain itu, para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para
pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya.
Contohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga
akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika
kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.


Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak
sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang
ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus
memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar
masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.

You might also like