You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PULONG TENOM

PETI SURAT 269, 89908 TENOM TEL. : 087-302411


Email : skpulong1328@gmail.com

Rujukan : SKPLG/800/1/3
Tarikh : 15.11.2019
Pengurus,
Life Water Industries Sdn Bhd,
No 9, Jalan 1F,KKIP Selatan,
Industrial Zone 4 (IZ4), KKIP,
88460 Kota Kinabalu, Sabah.

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN MINUMAN PERCUMA ISOTONIK SEMPENA MAJLIS ANUGERAH MURID CEMERLANG
SK PULONG TENOM BAGI TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya dimaklumkan kepada pihak tuan mengenai perkara tersebut di atas.

02. Untuk makluman tuan, SK Pulong akan mengadakan Majlis Anugerah Murid Cemerlang 2019 pada ketetapan
seperti yang berikut;

Tarikh : 21 November 2019 (Khamis)


Masa : 08.00 Pagi – 01.00 Petang
Tempat : Dewan Terbuka Pusat Kebudayaan Murut, Tenom

03. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon agar pihak tuan dapat memberi sumbangan minuman percuma
Isotonik kepada murid-murid, guru-guru dan ibu bapa pada hari tersebut.

04. Bersama surat ini dikepilkan Tentatif Majlis Anugerah Murid Cemerlang Sekolah 2019 sebagai rujukan tuan.
Oleh yang demikian, kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Pertimbangan
dan jasa baik tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan terima kasih.

Saya Yang Menjalankan Amanah,

( NORSIAH BANSUNIN )
Guru Besar,
SK Pulong Tenom.

You might also like