You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT SENTUL 1(M)

Jalan Tanah Lapang, Sentul, 51000 Kuala Lumpur


Tel: 03-40419288 Fax: 03-40458982
Email: skconventsentulsatu@gmail.com
_________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SKCSS.800-2/5/2
Tarikh : 29 Julai 2019

Encik Sulaiman Bin Mohd Yunos,


Nestle Products Sdn. Bhd.,
No 41, Jalan Angklung 33/20,
Shah Alam Industrial Park,
40460 Shah Alam,
Selangor.

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN MINUMAN MILO


UNTUK KEJOHANAN MERENTAS DESA SK CONVENT SENTUL 1 (M) TAHUN 2019

Adalah dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, pihak sekolah akan mengadakan Kejohanan Merentas
Desa seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 12 Oktober 2019


Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat : Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Bil. Peserta : 300 murid dan 40 orang guru

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik daripada pihak tuan
untuk memberi sumbangan perkhidmatan minuman milo bagi keperluan murid-murid pada
aktiviti tersebut. Atur cara program juga dilampirkan bagi memudahkan rujukan pihak tuan.

4. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Cik Nurul Ain binti Shafiei di talian
014-8246928. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………
(SITI AWA BINTI JAMIL)
Guru Besar,
SK Convent Sentul 1(M),
Kuala Lumpur.

You might also like