You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU AHMAD,

JALAN AYER HANGAT, 07000 LANGKAWI,


KEDAH DARUL AMAN
TELEFON / FAKS : 04-9591996
EMAIL : skpenghuluahmad2020@gmail.com

“BERILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN”

Ruj. Kami : SKPA 600-3/6/6


Tarikh : 19 OGOS 2022
Kepada :

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI HAKIM PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK SEMPENA


MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Panitia


Sejarah Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad akan mengadakan Pertandingan Nyanyian Lagu
Patriotik sempena Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan
Penghulu Ahmad 2022. Maklumat berkaitan pertandingan adalah seperti berikut:

Tarikh : 22 September 2022


Hari : Khamis
Masa : 9.00 pagi-12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Laman Nurani, Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad

3. Justeru itu, pihak sekolah ingin menjemput tuan/puan sebagai hakim bagi pertandingan
ini. Semoga sokongan serta dorongan yang diberikan oleh pihak tuan/puan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

4. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila hubungi Puan Suhaida Binti Fauzi,
setiausaha Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad di talian
0139619463.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD RAZALI BI SAID)


Guru Besar,
SK Penghulu Ahmad
Langkawi, Kedah

You might also like