You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU AHMAD,

JALAN AYER HANGAT, 07000 LANGKAWI,


KEDAH DARUL AMAN
TELEFON / FAKS : 04-9591996
EMAIL : skpenghuluahmad@gmail.com

“BERILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN”

Ruj. Kami : SKPA 700-12/3/1 (2)


Tarikh : 21 MAC 2021

Jawatankuasa Penaja,
Kelab Sukan Permainan Sepak Takraw,
SK Penghulu Ahmad,
07000, Langkawi,
Kedah Darul Aman,

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad,
Jalan Ayer Hangat,
07000 Langkawi, Kedah Darul Aman.

Tuan,

Memohon Kelulusan Untuk Mengutip Derma/Sumbangan Keahlian

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa, berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh
21hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 , yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996, saya
dengan ini memohon untuk memungut derma/sumbangan keahlian bagi Kelab Sukan
Permainan Sepak Takraw SK Penghulu Ahmad bagi tahun 2022.

3. Bersama-sama ini disertakan keputusan mesyuarat jawatankuasa mengenai jumlah pungutan


derma yang dipohon untuk dikutip daripada setiap ahli.

3.1 Yuran Tahunan = RM 5.00


3.2 Bayaran Lawatan (Bas+Makan) = RM 15.00
3.3 Jumlah = RM 20.00

4. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan
terima kasih

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”


“ SKPA PEMANGKIN GENERASI BERWAWASAN”

Saya yang mejalankan amanah,

…………………..................................…..
Nama : MUHAMMAD SYAKIR BIN HASHIM
Setiausaha Kelab Sukan Permainan Sepak Takraw

sk : Fail Kokurikulum

You might also like