You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TIARA PERMAI


NO.2A, JALAN 2/18A
TAMAN MASTIARA, JALAN IPOH Telefon : 03-61794752
51200 KUALA LUMPUR Faksimile : 03-62414679
E-mel : wea0260@moe.edu.my

Ruj. Kami : SMKTP.100-1/3/1 (24)


Tarikh : 07 Mei 2021
Semua Ibu Bapa / Penjaga
SMK Tiara Permai
Kuala Lumpur

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN CUTI SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI, PELAKSANAAN


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH DAN CUTI PERSEKOLAHAN
PERTENGAHAN PENGGAL TAHUN 2021

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa
semua sekolah kumpulan B (Perlis, Perak, Pahang, Sabah, Labuan, Sarawak,
Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya) akan bercuti
sempena sambutan hari raya Aidilfitri bermula 11 April hingga 16 Mei 2021 dan semua sekolah
kumpulan B akan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula
17 Mei hingga 28 Mei 2021. Manakala cuti persekolahan pertengahan penggal bermula
29 Mei hingga 13 Jun 2021.

3. Sehubungan dengan itu, semua murid SMK Tiara Permai akan bercuti dan
melaksanakan PdPR seperti maklumat berikut:

PERKARA TARIKH
Cuti Hari Raya Aidilfitri 10 Mei hingga 16 Mei 2021
PdPR 17 Mei hingga 28 Mei 2021
Cuti Umum (Hari Wesak) 26 Mei 2021
Cuti Pertengahan Penggal 29 Mei hingga 13 Jun 2021

4. Pihak sekolah berharap YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan sentiasa mengawasi dan


memantau pergerakan anak/anak jagaan masing-masing. Pihak sekolah juga memohon
kerjasama YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan untuk memastikan anak/anak jagaan masing-masing
mengikuti PdPR seperti yang dijadualkan dan memantau hal berkaitan arahan/tugasan/
kerja rumah yang diberikan guru serta membantu anak/anak jagaan mengakses DELIMa,
TV Pendidikan, EduwebTV (koleksi video) dan Cikgootube.

5. Untuk makluman YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan, sesi persekolahan bersemuka akan


bermula 14 Jun 2021 dan sesi persekolahan bersemuka ini tertakluk kepada arahan terkini
daripada pihak berkuasa.
...2/-

“SETIARA SENTIASA JUARA”


Ruj. Kami : SMKTP.100-1/3/1 (24)

-2-

6. Pihak sekolah akan mengedarkan jadual waktu PdPR kepada semua murid melalui
guru kelas. Sebarang pertanyaan mengenai jadual waktu PdPR, YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan
boleh menghubungi guru kelas anak/anak jagaan masing-masing.

7. Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga
sekolah yang menyambutnya dengan terus mematuhi Prosedur Operasi Standard atau
Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dan
menyokong segala usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memutuskan rantaian
COVID-19.

Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato’/Datin/tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI AZMAN BIN AB KADIR, AMW)


Pengetua
SMK Tiara Permai
Kuala Lumpur

You might also like