You are on page 1of 1

Nurul Shidah binti Saadun

No.29, Jalan MP 9,
Melaka Perdana Resort Homes,
75450, Ayer Keroh, Melaka

13 Januari 2021

Kepada Yang Berkenaan

Tuan,

PERMOHONAN PELEPASAN KEPADA CIK LYE SU WEN SUPAYA DAPAT


BERGERAK KE RUMAH ALAMAT DI ATAS UNTUK SESI PEMBELAJARAN DI
RUMAH (HOME TUISYEN).

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan


Pergerakan (PKP) akibat daripada penularan Covid-19 untuk 6 Negeri termasuk
Negeri Melaka mulai 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021. Sehubungan
itu, saya mempunyai dua (2) orang anak dan seorang anak buah yang perlu
meneruskan pembelajaran mereka di rumah.

3. Cik Lye Su Wen adalah seorang guru tuisyen (home tuisyen) yang memberikan
pembelajaran selama dua (2) jam sehari kepada anak-anak saya serta anak
buah saya bermula hari Isnin sehingga Khamis setiap minggu. Pembelajaran ini
telah bermula mulai bulan Oktober 2020 lagi. Inisiatif home tuisyen ini adalah
bagi mengekalkan supaya anak-anak saya serta anak buah saya tidak
ketinggalan di dalam pembelajaran beliau memandangkan hampir setahun
(tahun 2020) mereka tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan baik dan
teratur akibat daripada penularan wabak Covid-19 ini.

4. Sehubungan itu, besar harapan saya supaya tuan dapat melepaskan pergerakan
Cik Lye Su Wen ke rumah saya beralamat No.29, Jalan MP 9, Melaka Perdana
Resort Homes, 75450, Ayer Keroh, Melaka di dalam tempoh PKP ini. Saya akan
memastikan bahawa Cik Lye Su Wen akan mematuhi SOP yang telah ditetapkan
oleh Kerajaan. Jasa baik tuan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian,

NURUL SHIDAH BINTI SAADUN


NO.K/P: 860602565966

You might also like