You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHIKU 2

18300 GUA MUSANG,


KELANTAN DARUL NAIM.

NO TEL : 09-9284222 NO FAKS : 09-9284221

Rujukan kami : SMKC2 1300-3


Tarikh : 28 Jun 2020
Kepada :
En. Zainudin Bin Yusoff
Pengetua
SMK Chiku 2
Tuan,

PERMOHONAN KEBENARAN MEMBAWA TELEFON KE SEKOLAH UNTUK KURSUS GOOGLE CLASSROOM

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, saya ingin memohon kebenaran untuk murid -murid 4 MPV membawa
telefon bimbit ke sekolah pada 19-23 Julai 2020 . ( Ahad – Khamis)

3. Telefon ini akan digunakan pada masa matapelajaran Grafik Berkomputer sahaja bagi membiasakan diri
dengan penggunaan Google Classroom di telefon masing masing. Saya akan mengutip telefon murid pada waktu
pertama dan menyerahkannya kembali pada murid pada waktu akhir persekolahan.

4. Semoga mendapat kebenaran pihak tuan supaya semua murid dapat mengikuti dan membiasakan diri
dengan kaedah pembelajaran norma baru dan tidak terikat dengan kaedah pembelajaran bentuk lama.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan amanah,

________________________
SHAMSUL BAHRI BIN ZAINAL ABIDIN
Ketua Panitia
Grafik Berkomputer
SMK Chiku 2

s.k Fail

You might also like