You are on page 1of 1

MOHD AZIZUL HAKIM BIN MOHD NOOR,

GURU PENASIHAT KELAB BAHASA INGGERIS DAN KELAB KOMPUTER,


MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH,
BENDANG BARU BUKIT PANAU,
17500 TANAH MERAH,
KELANTAN. 2 APRIL 2019

PUAN SARIMAH BINTI MOHD ZAIN,


PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH,
BENDANG BARU BUKIT PANAU,
17500 TANAH MERAH,
KELANTAN.

Puan,

PERMOHONAN KEBENARAN MEMBAWA TELEFON BIMBIT SEMASA LAWATAN


SAMBIL BELAJAR KE PULAU PINANG
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan, Kelab Bahasa Inggeris bersama Kelab Komputer Maahad Tahfiz
Sains Tanh Merah akan mengadakan program lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang pada 17
hingga 20 April 2019. Penglibatan para pelajar yang berstatus ahli jawatankuasa dalam
menjayakan program ini memerlukan kemudahan telefon bimbit mereka samada pelajar luar atau
dalam Kelantan.
3. Justeru, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon kebenaran untuk membawa telefon
bimbit dengan tujuan mengawal dan membantu menyelia pergerakan pelajar dalam berkumpulan
serta memudahkan untuk mengambil gambar juga mengedit video. Untuk pengetahuan pihak
puan, saya akan mengalami beberapa kesukaran sekiranya pelajar tidak dibenarkan membawa
telefon bimbit. Maka, bagi memudahkan kerja kami, telefon bimbit sendiri amatlah diperlukan.
4. Kerjasama dan sokongan pihak puan dalam menjayakan usaha ini didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

……………………………………………..
MOHD AZIZUL HAKIM BIN MOHD NOOR
GURU PENYELARAS KELAB BAHASA INGGERIS

You might also like