You are on page 1of 9

MINIT MESYUARAT BIL 1/2021 PROGRAM PEMULIHAN KHAS

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BELURAN.


Tarikh : 10 Mac 2021 ( Rabu )
Masa : 08.30 pagi
Tempat : Tempat Masing-Masing
Pengerusi : En.Moris Bin Taki
Pegawai Meja PPD Beluran
Kehadiran
1. Encik Moris Taki
Penolong PPd Unit Pemulihan Khas

2. Puan Imelda Richard Raji


Pegawai Meja Pemulihan Daerah Beluran

3. Sa’adiah Sahidal
GPK, Sk Balaban Jaya

4. Juslin Sajok
GPK, Sk Bawang

5. Mas Ifariez Za’im Bin Masnon


GPK, Sk Jambongan

6. Fatimah Husin
GPK, Sk Jaya Bakti

7. Sabir Bin Abdul Kadir


GPK, Sk Kabuluh

8. Nina Suriana Bulkin


GPK, Sk Keniogan

9. Mohd Eizzuddin Bin Azman


GPK, Sk Kolapis

10. Jesicca Dalut


GPK, Sk Ladang Sabapalm

11. Rosnani Nawir


GPK, Sk Lidong

12. Mohamad Azizan Bin Doibi


GPK, Sk Malalin

13. Dg Nur Atiqah Musfirah Binti Darikah


GPK, Sk Matanggal

14. Diana Binti Dangan


GPK, Sk Monopod

15. Fareez Bin Roslan


GPK, Sk Moynod

16. Sadiah Binti Ondok @ Ahmad


GPK, Sk Nangoh
17. Rainul Bin Mohd Enarjil
GPK, Sk Obah

18. Salmah Bte Mappa


GPK, Sk Pamol

19. Rosleh Bin Awai


GPK, Sk Pantai Boring

20. Rizalina Razalie


GPK, Sk Pekan Beluran

21. Mestan Bin Appla


GPK, Sk Perancangan

22. Suzanna Mohd Suharty


GPK, Sk Seri Pagi

23. Suhailah Dandan Satiah


GPK, Sk Sungai Nafas

24. Jasmih Bin Onun


GPK, Sk Sungai Nangka

25. Pressely Z Mambang


GPK, Sk Sungai Sapi

26. Finley Poulus


GPK, Sk Sungai-sungai

27. Azari Asad


GPK, Sk Tagas-tagas

28. Marcella Bagu


GPK, Sk Tanjung Nipis

29. Muhammad Asyraf Bin Nory


GPK, Sk Terusan Sugut

30. Nornadilah Binti Lidi


GPK, Sk Ulu Muanad

Tidak Hadir Bersebab:


1. Jusren Martha Siun
GPK, Sk Tetabun
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi MGPKB mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas
kehadiran semua ahli mesyuarat sama ada secara bersemuka dan dalam
talian terutama kepada guru baharu pemulihan khas yang baharu sahaja
mendapat penempatan di daerah Beluran. Terima kasih terhadap usaha rakan
guru kepada guru-guru pekan, guru-guru pedalaman diatas komitmen Pdpr,
Team-team pembina modul Bahasa melayu semoga terus sukses dan dapat
mencapai apa yang kita hajatkan, Semoga apa yang kita hajati dan ingin
tercapai terlaksana.

1.2 Seterusnya Majils diteruskan dengan ucaptama dari pegawai meja daerah
beluran. Beliau menyatakan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.
Pada mesyuarat kali pertama pada tahun ini Beliau mengharapkan semua
dalam keadaan baik dan sihat terutama mesyuarat pada hari ini dan beliau
juga memohon maaf kerana tidak dapat melaksanakan mesyuarat mengikut
jam yang ditetapkan walau bagaimanapun diharapkan mesyuarat kali ini
berjalan dengan lancar. Beliau turut mengalu-alukan kedatangan dua guru
baharu ke daerah beluran iaitu SK Maidan dan SK Ulu Muanad. Beliau
memohon Maaf juga kerana tidak dapat mengadakan mesyuarat pemulihan
Khas secara bersemuka kerana dikhuatiri mengujudkan kluster baharu di
daerah beluran Beliau menyatakan agenda kali ini beliau akan membuat
ulasan tentang dua perkara iaitu Takwim Pemulihan Khas dan Data
Headcount.

2.0 PENGESAHAN PENGURUSAN MINIT MESYUARAT MGPK BIL. 3 2021


Minit mesyuarat Pengurusan Majlis Guru Pemulihan Khas Bil 3/2020 bertarikh 18
Disember 2020 diterima dan disahkan oleh semua ahli mesyuarat dengan pindaan
iaitu pembetulan nama kehadiran dalam minit mesyuarat.

Dicadangkan oleh: Encik Azari bin Asad, Sk Tagas-Tagas


Disokong oleh: Encik Mestan Appala Sk Sualok

2.1 PERKARA BERBANGKIT DALAM MINIT MESYUARAT PENGURUSAN


MGPK BELURAN.
2.2 Isu yang paling ditekankan pada minit mesyuarat yang lalu adalah tentang
perkara berbangkit berkenaan isu baju korporat. Perkara ini telah mendapat
persetujuan dimana setiap guru pemulihan khas perlu membuat baju korporat
dan diberi tempoh sehingga akhir tahun ini.
Tindakan: Makluman
2.3 Seterusnya pengurusan outreach tahun ini perlulah dilaksanakan secara
berpusat untuk memberi kemudahan murid dan para MGPK serta
memudahakan urusan dipejabat kebajikan. Telah dijelaskan. Namun status
pengurusan outreach semakin rumit seperti berubahan tempat dan perlu
mengambil nombor menyebabkan pengurusan outreach kali ini masih
tergendala.dan program outreach ini dibawah pengurusan pendidikan Khas
bukan dibawah Pemulihan Khas. Encik Mestan mencadangkan tunggu Covid-
19 reda baru program outreach berfokus dijalankan. Maka beliau
mencadangkan pengurusan murid bekeperluan khas ini di urus persendirian
oleh guru pemulihan itu sendiri. Telah diterangkan oleh encik pressly bahawa
tidak ada makluman dari pihak hospital tentang pengurusan murid bekeperluan
khas untuk dibawa ke hospital berkenaan dengan pengurusan outreach. Beliau
akan cuba rujuk dengan klinik dan JPN yang berhampiran tentang pengurusan
ini. Dan tentang pengurusan ini beliau memberi tahu bahawa guru pemulihan
khas perlu bekerjasama dengan guru kelas yang mempunyai ciri-ciri MBK ini
Tindakan: Pegawai Meja Beluran
2.4 Lawatan Penanda Aras yang bakal dilakukan di dua sekolah terpilih iaitu
Sekolah Sk Pekan dan Sk Semawang yang bakal dilawat bersama JPN. Bakal
dimaklumkan dari masa ke semasa dan sekolah yang terpilih diminta bersedia.
Tindakan: Makluman
2.5 Isu Masalah Kehadiran SK Kabuluh masih dalam status “KIV’ disebabkan
ketidakhadiran Encik Sabir dalam mesyuarat yang lalu
Tindakan: Encik Sabir
2.6 Guru Sk Monopod menyarankan penempatan guru baharu ke SK Monopod
berkenaan dengan guru Pemulihan sedia ada memegang jawatan sebagai
Penolong Kanan Hem dan Encik Moris telah membuat penerangan tentang hal
ini. Ada beberapa sekolah yang memerlukan guru pemulihan khas iaitu Sk
Tampat. Jika mana-mana guru yang diarahkan untuk mengajar kelas perdana
hendaklah maklumkan kepada pihak pegawai meja daerah beluran agar
mereka boleh menerangkan kepada guru besar tentang perkara ini.
Tindakan: Makluman
3.0 TAKWIM PEMULIHAN KHAS MGPK 2021/2022
3.1 Pembentangan oleh Encik Moris Taki, Pegawai Meja Pemulihan Khas Daerah
Beluran. Sebelum beliau membentangkan takwim, beliau menyatakan 2
agenda iaitu beliau mengucapkan ucapan tahniah kepada semua ahli terlibat
berkenaan dengan penyempurnaan modul Pdpr Bahasa Melayu dan
Matematik. Manakala agenda ke-dua berkenaan tentang penglibatan inovasi
diperingkat daerah beluran bakal diadakan kerana daerah beluran masih
kekurangan guru yang menghasilkan inovasi pendidikan yang boleh
dicalonkan guru cemerlang. Beliau menyentuh tentang pengurusan Pemulihan
Khas berkenaan Carta organisasi, Jadual waktu. Headcount juga perlu
dipaparkan di kelas. Setiap guru harus mewara-warakan garis panduan
kepada warga sekolah dan cakna tentang skop kerja pemulihan khas. Beliau
menyatakan bahawa beliau akan menyemak 6 komponen utama iaitu 1 jadual
waktu, carta organisasi, headcount, garis panduan pengurusan pemulihan
khas, Buku kehadiran murid Fail RPH dan Buku Pelawat

3.2 (sila rujuk edaran bahan mesyuarat MGPKB bil 1/2021)

3.3 Tujuan pembentangan adalah untuk memaklumkan tentang lawatan ke


sekolah sepanjang tahun 2021 serta aktiviti MGPK daerah Beluran.
3.4 Keputusan Mesyuarat:
3.4.1 PPD membuat pemantauan selia bantu agar kaedah pengajaran
guru-guru pemulihan diperkasa dan memberi pendedahan kepada
beberapa sekolah fokus dan sekolah pengurusan pemulihan yang
cemerlang.
Tindakan: Makluman
3.4.2 Pihak PPD memberi pendedahan awal agar tiap sekolah yang
dilawat lebih bersedia dan menguruskan kelas pemulihan khas
dengan cemerlang.
Tindakan: Makluman
3.4.3 Pemakluman tentang kursus PLC Guru Pemulihan Khas daerah
Beluran yang akan diadakan pada 26 Mac 2021.
Tindakan: Makluman
3.4.4 22 April 2021 akan diadakan Rancangan pertandingan Inovasi
peringkat daerah beluran dibawah pengurusan Puan Imelda dan
Puan Suhaila
Tindakan: Makluman

3.4.5 26 April 2021 Pemantapan Pedagogi Matematik Pemulihan daerah


beluran bakal dilaksanakan.
Tindakan: Makluman

3.4.6 3 Mei 2021 Perkongsiaan amalan terbaik pengurusan dan PdPC.


Guru yang dilantik untuk membuat perkongsian melalui pemantauan
dari pihak ppd, Guru yang cemerlang pengurusan pemulihan khas.
Tindakan: Makluman

3.4.7 21 Mei 2021 Program outreach secara berpusat bakal dilaksanakan


mengikut keadaan. Jika ingin membuat secara persendirian uga
dibenarkan seperti yang dicadangkan oleh cikgu Mestan.
Tindakan Makluman
3.4.8 5 Julai kutipan data dan analisis data.

3.4.9 15 Julai Dialog Prestasi Bil 1 jika tiada halangan bakal dilaksanakan
secara bersemuka.
4.0 PLAN HEADCOUNT
4.1 (sila rujuk edaran bahan mesyuarat MGPKB bil 1/2021)

4.2 Mesyuarat diteruskan lagi dengan pembentangan Headcount yang mengambil


kira tentang target atau sasaran pada bulan jun dan november yang diberi
setelah ujian saringan. Headcount tersebut hendaklah dipaparkan mengikut
kelas agar kita lebih jelas tentang apa halatuju dan matlamat kita pada murid.

4.3 Dialog prestasi akan diadakan bersama para pentadbir iaitu Guru besar atau
Penolong Kanan Pentadbiran yang bakal dibuat di Dewan Beluran. Jika masih
terdapat murid yang belum melepasi ujian saringan, Guru Pemulihan Khas
dikehendaki untuk membuat justifikasi terhadap masalah tersebut.
Tindakan: PPD Beluran
4.4 Beliau menyatakan bahawa guru pemulihan khas hendaklah menyediakan
bahan pengajaran untuk muird pemulihan khas sewaktu murid mengikuti
pembelajaran di kelas perdana agar murid tidak ketinggalan pelajaran di kelas
perdana. Manakala dari segi pengurusan jadual waktu jika melaksanakan
kelas gabungan. Waktunya hanya dikira sebagai 1 sahaja. Jika GPK memberi
lembaran kerja kepada guru matapelajaran tidak perlu membuat RPH

4.5 GPK hendaklah membantu guru kelas dalam membuat pentaksiran Murid
Khas dengan perbincangan berkenaan dengan pentaksiran mesra murid. Jika
murid tersebut boleh membaca tetapi masih tersekat-sekat dan membilang
nombor. Murid tersebut boleh diberikan Markah TP3

5.0 PEMBENTANGAN MODUL PEMULIHAN


5.1 Modul Pemulihan ini dibentangkan oleh Puan Suhailah, Beliau mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada JU Modul Pemulihan Khas beluran iaitu
Encik Jasmih JU Modul Matematik dan Puan Jusren JU Bahasa Melayu.
Beliau meminta tiap JU untuk membentangkan sedikit sebanyak tentang
pengurusan Modul sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Namun Puan
Jusren dan Encik Jasmih tidak dapat membuat pembentangan disebabkan
masalah rangkaian di tempat bertugas. Namun begitu Puan suhaila telah
membuat sedikit rumusan tentang Modul tersebut.
5.2 Antara rumusannya
5.2.1 Berapakah Markah Modul Bahasa Melayu jika murid menguasai?
Soalan ini telah dijawab oleh Encik Asyraf dari SK Terusan sugut.
Untuk menunjukkan markah menguasai adalah jika murid dapat
menjawab betul 5 dari 7 soalan maka ia menandakan murid telah
menguasai, begitu juga soalan bagi barisan penggubal modul
matematik.
Tindakan: Makluman

5.2.2 Maklumat tambahan tentang Modul Pemulihan Khas Matematik iaitu


Kemahiran Matematik bukan 22 kemahiran tetapi 9 kemahiran.
Pengurusan Panduan Matematik yang GPK Seluruh Sabah. Puan
Romol berdasarkan guru panduan matematik guru pemulihan khas
Bengkel ini telah dirancang semenjak tahun 2020 tetapi disebabkan
kekangan pendemik tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Bengkel
ini ditunda sehingga keadaan pulih. Beliau juga menyatakan bahawa
Nama Penggubal akan direkodkan kedalam SPLKPM. Pembuatan
modul ini merupakan sumbangan kepada PPD Beluran dan akan
memudahkan kita untuk pengurusan kenaikan pangkat.
Tindakan: Makluman
6.0 HAL-HAL LAIN
6.1 Encik Azari Asad telah mengemukakan dua soalan sebagai mewakili Encik
Mestan dan telah diberi penerangan terhadap soalan tersebut. Jika guru
dilantik menjadi guru penyelaras PBD dan PSS tidak menjadi masalah. Namun
jika GPK dilantik menjadi Guru Panitia tidak dibolehkan.
Tindakan: PPD dan GPK

6.2 Manakala kerosakan yang terdapat dibilik pemulihan Khas adalah dibawah
seliaan atau tanggungan sekolah segala kerosakan atau pembaikan di kelas
pemulihan hendaklah dibincangkan bersama pentadbir.

6.3 Pengurusan murid bekeperluan Khas EMK, GPK hendaklah beri kerjasama
kepada PKHEM untuk menyelesaikan maklumat tentang EMK. PPD akan
berbincang untuk memudahkan pegurusan Murid bekeperluan Khas.
Tindakan: PPD dan GPK

6.4 Ujian Saringan secara bersemuka boleh dilaksanakan semula agar lebih telus.
Ujian ini boleh dilaksanakan semula setelah cuti kerana terdapat kepincangan
terhadap ujian saringan tersebut kerana ibubapa yang menjawab soalan
tersebut.
Tindakan: GPK

6.5 Minit mesyuarat perlu ditulis apa yang perlu diambil tindakan sahaja tidak perlu
ditulis panjang berjela.
Tindakan: Setiausaha

7.0 PENUTUP
Pengerusi memohon maaf jika terdapat kepincangan ketika membuat penerangan
sepanjang mesyuarat ini dan beliau berterima kasih diatas perkongsian maklumat
dalam mesyuarat kali ini.

Mesyuarat ditangguh pada jam 11.10 pagi.

Disediakan Oleh:

Dg Nur Atiqah Musfirah,


Tim. Setiausaha MGPKB
Tarikh: 12 April 2021

You might also like