You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT MAJLIS GURU PEMULIHAN KHAS

BIL 3/2021

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BELURAN.


Tarikh : 13 Disember 2021 (Isnin)
Masa : 2.00 – 5.00 petang
Tempat : Lokasi Masing-masing (Google Meet)
Pengerusi : En.Moris Bin Taki
Pegawai Meja Unit Pemulihan Khas, PPD Beluran

KEHADIRAN
1. Encik Moris Taki : Pegawai Meja Unit Pemulihan Khas
2. Puan Imelda Richard Raji : Pegawai Meja Unit Pemulihan Khas
3. Puan Suhailah Dandan Satiah : Pegawai Meja Unit Pemulihan Khas
4. Pressely Mambang : Pegawai Meja Unit Pendidikan Khas
5. Sa’adiah Sahidal : Guru Pemulihan Khas SK Balaban Jaya
6. Juslin Sajok : Guru Pemulihan Khas SK Bawang
7. Mas Ifariez Za’im Bin Masnon : Guru Pemulihan Khas SK Jambongan
8. Fatimah Husin : Guru Pemulihan Khas SK Jaya Bakti
9. Nina Suriana Bulkin : Guru Pemulihan Khas SK Keniogan
10. Mohd Eizzuddin Bin Azman : Guru Pemulihan Khas SK Kolapis
11. Jesicca Dalut : Guru Pemulihan Khas SK Ladang Sabapalm
12. Mohamad Azizan Bin Doibi : Guru Pemulihan Khas SK Malalin
13. Dg Nur Atiqah Musfirah Binti Darikah : Guru Pemulihan Khas SK Matanggal
14. Diana Binti Dangan : Penyelaras Pemulihan Khas SK Monopod
15. Fareez Bin Roslan : Guru Pemulihan Khas SK Moynod
16. Sadiah Binti Ondok @ Ahmad : Guru Pemulihan Khas SK Nangoh
17. Rainul Bin Mohd Enarjil : Guru Pemulihan Khas SK Obah
18. Salmah Bte Mappa : Penyelaras Pemulihan Khas SK Pamol
19. Rosleh Bin Awai : Guru Pemulihan Khas SK Pantai Boring
20. Rizalina Razalie :Guru Pemulihan Khas SK Pekan Beluran
21. Mestan Bin Appla : Guru Pemulihan Khas SK Sualok
22. Suzanna Mohd Suharty : Guru Pemulihan Khas Sk Seri Pagi
23. Jasmih Bin Onun : Guru Pemulihan Khas SK Sungai Nangka
24. Finley Poulus : Guru Pemulihan Khas SK Sungai-Sungai
25. Azari Asad : Guru Pemulihan Khas SK Tagas-tagas
26. Marcella Bagu : Guru Pemulihan Khas SK Tanjung Nipis
27. Muhammad Asyraf Bin Norli : Guru Pemulihan Khas SK Terusan Sugut
28. Jusren Martha Siun : Guru Pemulihan Khas SK Tetabuan
29. Dayang Salmah Bte Abu Bakar : Penyelaras Pemulihan Khas SK Bukit Besi
30. Ruziah Binti Ibrahim : Penyelaras Pemulihan Khas SK Sungai Nafas
31. Hilman Abd Samad : Guru Pemulihan Khas SK Tangkarason
32. Mohd Zahid Jauzi Bin Jumat : Guru Pemulihan Khas SK Pinangkau
33. Norenimartineh Ramidi : Guru Pemulihan Khas SK Lingkabau
34. Gloria Anastasia Henry Dusim : Guru Pemulihan Khas SK Binsulung
35. Rosziayu Binti Ibrahim : Guru Pemulihan Khas SK Sungai Nafas
36. JD Jezz Kelvin Christopher Lani : Guru Pemulihan Khas SK Maidan
37. Nur Farizah Masri : Guru Pemulihan Khas SK Ulu Muanad
38. Md Fadzil Bin Masri :Penyelaras Pemulihan Khas SK Limau Limau
39. Noor Hazlinda Bte Usoof : Guru Pemulihan Khas SK Simpangan
40. Rosyati Binti Md Noh : Guru Pemulihan Khas SK Tampat
41. Norlaila Sari Bte Jeffri : Guru Pemulihan Khas SK Botition
TIDAK HADIR (BERSEBAB)
1. Lyisronney Dulasik : Guru Pemulihan Khas SK Golong
2. Sabir Bin Abdul Kadir : Guru Pemulihan Khas SK Kabuluh
3. Rosnani Nawiri : Guru Pemulihan Khas SK Lidong
4. Mohamad Azizan Doibi : Guru Pemulihan Khas SK Malalin
5. Juslina Kunsiang : Penyelaras Pemulihan Khas SK Abuan
6. Juslin Sajok :

1.0 UCAPAN PEGAWAI MEJA PEMULIHAN KHAS


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Guru Pemulihan Khas Daerah
Beluran atas kehadiran mereka dalam Mesyuarat Majlis Pemulihan Khas (MGPK) Bil
3/2021.
1.2 Pengerusi menyampaikan makluman berkenaan Pra Ujian yang perlu dilaksanakan
oleh semua Guru Pemulihan Khas di sekolah sebelum melaksanakan Ujian Pelepasan.
1.3 Ujian Pelepasan boleh dilaksanakan sepanjang bulan Januari sehingga 11 Februari
2022. Instrumen yang digunakan untuk Ujian Pelepasan adalah sama dengan instrumen
yang biasa digunakan iaitu IPP2M (Tahap 1 dan 2) serta IKAM (Tahap 1 dan 2).
1.4 Pengerusi menyatakan bahawa kerjasama semua Guru Pemulihan Khas amat
digalakkan dan diteruskan dengan lebih giat lagi terutama dalam kutipan data dan
program yang dijalankan bagi memantapkan lagi kecemerlangan program pemulihan
khas di daerah Beluran.
1.5 Semua guru pemulihan diingatkan agar sentiasa peka terhadap makluman-makluman
yang disampaikan supaya tidak ada makluman yang tercicir.

2.0 PENGESAHAN PENGURUSAN MINIT MESYUARAT MGPK BIL 2/2021


Minit mesyuarat Pengurusan Majlis Guru Pemulihan Khas Bil 2/2021 bertarikh 6 Ogos 2021
diterima dan disahkan oleh semua ahli mesyuarat dengan pindaan iaitu pembetulan jawatan
Cikgu Diana Binti Dangan sebagai Penyelaras Pemulihan Khas Di SK Monopod.

Dicadangkan oleh : En Azari Asad (GPK SK Tagas-Tagas)


Disokong oleh : En Fareez Bin Roslan (GPK SK Moynod)

3.0 PERKARA BERBANGKIT DALAM MINIT MESYUARAT PENGURUSAN MGPK


BELURAN
Tiada perkara berbangkit
4.0 PENATARAN HEADCOUNT PEMULIHAN KHAS
En Moris Taki memberikan taklimat ulangan semula tentang cara pengisian Borang
Headcount supaya lebih jelas dan boleh digunakan oleh semua guru pemulihan.
(Tindakan : Semua Guru Pemulihan)
4.1 TAKLIMAT HEADCOUNT PEMULIHAN KHAS
4.1.1 En Moris Taki memaklumkan kepada semua Guru Pemulihan Khas dan
penyelaras program pemulihan khas di sekolah untuk menggunakan templat
Headcount 2021 yang terkini yang telah diberikan.
(Tindakan : Semua Guru Pemulihan)
4.1.2 (Sila rujuk edaran templat Headcount 2021 – kemaskini 9 Ogos 2021)
4.1.3 Beliau juga turut menekankan tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi
program pemulihan khas yang mana semua guru pemulihan khas mesti membuat
pentaksiran semasa PDPC dijalankan. Walau bagaimanapun, keputusan pemberian
Tahap Pencapaian (TP) murid dalam PBD adalah dibuat oleh guru subjek hasil
perbincangan bersama Guru Pemulihan Khas.
(Tindakan : Semua Guru Pemulihan)

5.0 STRATEGI PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN MURID PEMULIHAN


5.1 En Moris mencadangkan tiga strategi pengukuhan dan pengayaan murid
pemulihan yang boleh dilaksanakan oleh semua Guru Pemulihan. Strategi yang
pertama ialah pada dua minggu pertama bulan Januari, Guru Pemulihan disarankan
untuk melaksanakan PDPC seperti biasa tetapi cuba luar biasakan PDPC mengikut
kesesuaian murid. En Moris juga menyarankan guru-guru untuk mempelbagaikan
kaedah mengajar di dalam kelas supaya murid lebih berminat dan tertarik untuk
belajar sekaligus mampu memberikan impak (hasil)
5.2 Strategi yang kedua iaitu pada minggu ketiga, guru-guru dicadangkan untuk
melaksanakan Pra Ujian berkaitan dengan Kit Modul atau gunakan soalan sebenar
dalam instrumen yang digunakan. Kemudian, guru-guru boleh memeriksa kertas ujian
dan menganalisis.kemahiran-kemahiran yang masih belum dikuasai oleh murid.
5.3 Pada minggu keempat pula, guru-guru boleh menjalankan aktiviti latih tubi,
bimbingan, pengayaan dan membantu murid memperbaiki jawapan mereka supaya
menguasai kemahiran-kemahiran yang masih lemah.
5.4 Selepas menjalankan aktiviti pengukuhan dan pengayaan barulah guru-guru
disarankan untuk menjalankan Ujian Pelepasan iaitu pada bulan Februari. En Moris
menyatakan bahawa pelepasan murid-murid pemulihan bergantung kepada
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Pemberian Tahap Pencapaian Murid adalah dengan
merujuk Dokumen Standard Kurikulum (DSKP) yang mengandungi rubrik. Tahap
dalam DSKP tersebut sangat tinggi bagi murid-murid Tahun 1.
5.5 En Moris mencadangkan Kaedah Pentaksiran – Mesra Murid yang selalu disebut
oleh JPN dan Program PLAN iaitu Pertimbangan Profesional Guru dalam menilai
murid. Kaedah ini boleh membantu murid-murid pemulihan untuk menguasai 32
kemahiran asas dalam Bahasa Melayu dan 9 Kemahiran dalam Matematik.
5.6 Tiga kaedah pentaksiran yang boleh dilaksanakan oleh guru adalah melalui
pemerhatian, lisan dan bacaaan.
5.7 Cara pemberian TP kepada murid pemulihan – Walaupun tidak semua kemahiran
dalam Bahasa Melayu dan Matematik dikuasai oleh murid pemulihan, tetapi sekiranya
murid sudah pandai membaca walaupun masih tersekat, pandai menulis, pandai
menjawab soalan secara lisan dengan betul, murid tersebut wajar diberikan TP3.

6.0 STATUS KIT MODUL LITERASI DAN NUMERASI


6.1 TAKLIMAT STATUS KIT MODUL LITERASI DAN NUMERASI
6.1.1 Pegawai yang menguruskan pengagihan dan penerimaan Kit bagi daerah
Beluran adalah Puan Suhailah dan Puan Imelda
6.1.2 PPD Beluran menerima kit pada 12 oktober pada jam 7 pagi. Kemudian, proses
pengagihan adalah selama lima jam. Hal ini disebabkan lori yang membawa kit tidak
dapat masuk ke pejabat dan akhirnya Kit terpaksa dibawa masuk menggunakan troli.
6.1.3 Jumlah kit yang diterima bagi Kit literasi adalah sebanyak 1250 (53 kotak)
manakala Kit numerasi diterima sebanyak 992 buah (54 kotak).
6.1.4 Taklimat KPM/JPN dijalankan pada 23 Julai 2021 dan Taklimat PPD kepada
guru-guru pula diadakan pada 6 ogos 2021 secara Google Meet semasa mesyuarat
pemulihan bil 2/2022.
6.1.5 Taklimat sekolah kepada ibu bapa pula harus mengandungi rujukan sekolah dan
tarikh. Sebanyak 45 buah sekolah telah menjalankan taklimat Kit kepada ibu bapa
diiringi surat taklimat ibu bapa. Surat ini mestilah disimpan di dalam fail untuk rujukan
sekiranya ada pemantau.
6.1.6 Terdapat 46 buah sekolah di daerah beluran yang memohon Kit tetapi hanya 44
buah sekolah sahaja kecuali SK Bukit Besi dan SK Limau-limau yang berjaya
menerima Kit Modul. 45 buah sekolah telah menerima Kit Modul termasuk SK Bukit
Besi dan penetapan KPI.
6.1.7 Selia bantu PPD semasa penyerahan Kit adalah pada 11 oktober 2021
6.1.8 Semua sekolah telah berjaya menerima kit bermula 12 oktober sehingga 9
november 2021. 45 buah sekolah telah berjaya membuat agihan kit literasi dan
numerasi kepada semua murid Tahap 1 kecuali SK Limau-Limau (TIADA MURID
PEMULIHAN)
6.1.9 45 buah sekolah telah dapat mengenalpasti senarai nama murid Tahun 1 yang
menerima Kit melalui data PBD
6.1.10 Semua 45 buah sekolah berjaya mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
murid Tahun 1-3 dengan membuat penetapan KPI
6.1.11 Dashboard power BI telah diisi dengan lengkap oleh 45 buah sekolah

6.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TINDAKAN (SEKOLAH)


6.2.1 Sistem ganjaran untuk ibu bapa dan murid yang aktif dalam PDPR dan aktiviti di
Sekolah boleh dilakukan. Sebagai contoh, memberikan hadiah kepada murid-murid
sebagai motivasi mereka untuk lebih semangat belajar.
6.2.2 Guru membuat bimbingan berterusan kepada ibu bapa dalam penggunakan kit
modul dari semasa ke semasa. Bimbingan boleh dibuat mengikut kesesuaian sama
ada melalui aplikasi whatsapp atau sumber media yang lain. Penyampaian yang
dibuat oleh guru haruslah mudah untuk difahami dan dapat dijalankan secara efektif.
6.2.3 Kerjasama antara guru bersama Ketua Panitia Bahasa Melayu & Matematik,
Guru Kelas dan Guru Subjek harus ditingkatkan lagi untuk mengurangkan isu murid
pemulihan khas di sekolah.
6.2.4 Guru pemulihan perlu peka dengan data PBD Sekolah supaya dapat
mengenalpasti murid yang mendapat TP1 dan TP2 untuk dimasukkan ke dalam kelas
pemulihan.

7.0 TAKLIMAT APDM


7.1 Carta Pengurusan APDM PPD Beluran bermula daripada Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian kemudian diturunkan kepada JPN dan seterusnya JPN telah melantik
jurulatih utama untuk zon iaitu En Moris & Jurulatih utama daerah Pn Suhailah
7.2 JPN telah membuat penataran APDM kepada PPD 25/6/2021 kemudian dari PPD
kepada sekolah 6 September 2021. APDM aktif pada 1 disember 2021
7.3 Cara log masuk – dimulakan dengan penyelaras APDM akan tagging guru
pemulihan di bahagian pentadbir. Tugas PK HEM/Penyelaras APDM
7.4 Tugas GPK setelah ditagging dalam APDM adalah Guru-guru hanya perlu masuk
dengan menggunakan kad pengenalan masing-masing dengan kata laluan
P3nd1d1kan @ guru
7.5 Tarikh kunci masuk penggal 1/2022 bermula pada bulan mac 2022 diikuti pada
bulan ogos 2022 dan akhir sekali pada bulan januari 2023.
7.6 Puan Suhailah mengingatkan guru-guru Pemulihan Khas untuk memastikan setiap
kali kunci masuk dibuat, guru-guru perlu mencetak nama-nama murid itu. Hal ini
kerana, apabila data telah dikemaskini, janaan itu akan hilang.
7.7 Kegunaan APDM adalah untuk Mengutip data murid pemulihan khas dan
mengenalpasti Murid Pemulihan dari Tahun 2 sehingga Tahun 6. Ujian pelepasan
dilaksanakan bermula Januari 2022 sehingga 11 Feb 2022.
7.8 Tarikh Kunci Masuk senarai nama murid pemulihan ke dalam APDM adalah
bermula dari 14 Feb 2022 sehingga 25 Feb 2022 (Yang tidak melepasi ujian
pelepasan sahaja)

8.0 HAL-HAL LAIN


8.1 En Moris menyatakan tentang perkembangan Baju Korperat yang boleh dibuat
sepanjang masa cuti bagi guru-guru baharu dengan merujuk Pegawai Meja seperti
Puan Suhailah dan Puan Imelda.
8.2 Berkenaan dengan Yuran Majlis Guru Pemulihan, En moris mencadangkan
bendahari MGPK untuk membuat senarai semak/senarai nama guru yang sudah
membuat pembayaran yuran sehingga tahun 2018. Bagi guru-guru yang belum
membuat pembayaran yuran sehingga tahun 2018 disarankan untuk
melangsaikannya.
8.3 En Moris juga mencadangkan agar tahun 2019-2020 tiada kutipan yuran dibuat
disebabkan Covid-19 tetapi bagi tahun 2021 kutipan boleh dibuat untuk menampung
perbelanjaan setiap program yang dijalankan sekaligus membantu melancarkan
majlis.
8.4 Majlis Apresiasi ditangguh kerana tidak mendapat kebenaran daripada PPD yang
tidak menggalakkan majlis tersebut dibuat sewaktu hari persekolahan. Majlis tersebut
adalah untuk menghargai jasa Puan Norbaya selaku Ketua MGPK seterusnya untuk
mengingati rakan-rakan guru yang telah berpindah dan sebagai pengikhtirafan kepada
semua guru pemulihan khas daerah beluran
8.5 En Moris menyaranan agar semuali ahli MGPK mencari satu tarikh yang
dipersetujui oleh semua ahli MGPK untuk menjalankan Majlis Apresiasi pada bulan
Januari tahun hadapan.
9.0 PENUTUP
9.1 Puan Suhailah menyatakan rumusan dalam Mesyuarat JKKD Bil 4/2021 bertarikh
11 Disember 2021 yang telah disebut oleh PPD berkenaan dengan tanggungjawab
semua PGB, guru-guru mahupun pegawai untuk hadir dalam mesyuarat lebih awal
daripada masa yang telah ditetapkan.
9.2 Puan Suhailah mengucapkan terima kasih kepada semua Guru Pemulihan Khas
dan Penyelaras Pemulihan Khas disetiap sekolah yang berjaya melengkapkan data
Pengurusan Kit Literasi dan Numerasi dengan baik kerana daerah Beluran telah
mendapat pujian daripada JPN. Semasa lawatan daripada PPD, SK Pekan, SK
Sungai Nafas dan SK Kolapis menunjukkan pengurusan kit yang amat cemerlang dan
boleh dicontohi seterusnya boleh dijadikan sebagai amalan terbaik.
9.3 Puan Suhailah mengingatkan guru-guru pemulihan tentang pengambilan Murid
Tahun 1 mulai bulan Januari 2022 dengan melaksanakan ujian untuk mengenalpasti
murid-murid pemulihan
9.4 Pra ujian bermula pada bulan Januari untuk Tahun 2 dan 6 manakala Ujian
Pelepasan adalah pada 11 Februari 2022
9.5 Puan Suhailah berterima kasih kepada semua rakan guru yang mengembalikan
Kit lebihan ke PPD untuk membantu sekolah lain yang belum lengkap menerima Kit.

Disediakan Oleh:

ROSZIAYU BINTI IBRAHIM,


Tim. Setiausaha MGPKB
Tarikh: 25 Februari 2021

You might also like