You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN

PENDIDIKAN KHAS DAERAH DUNGUN


BIL. 2/2020

KHAMIS, 16 Disember 2020


10.00 PAGI – 1.45 PTG
Medium : Google Meet

KEHADIRAN:

1. Tuan Haji Kasman bin Embong - Pegawai Pendidikan Daerah Dungun


2. Tuan Haji Mohd Shffri@ Hafizzudin bin Abu Bakar - Penolong PPD, Unit Pendidikan
Khas
3. Puan Sahani binti Mohd Samsudin - Penolong PPD, Unit Pendidikan
Khas
4. Tuan Haji Ahmad Fazri bin Abd Ghani - PK Pend. Khas SK Tanjung Pati
5. Encik Baharudin bin Ismail - PK Pend. Khas SK Kuala Dungun
6. Encik Safarul Hazmani bin Mohamed Razali - PK Pend. Khas SK Pulau Serai
7. Puan Zarinawati binti Zulkifli - PK Pend. Khas SK Sultan Omar
8. Encik Ariffin bin Mat Zin - PK Pend. Khas SK Paka 2
9. Che Khairul Annuar bin Che Amr - Penyelaras Pend Khas SK Kg.Nyior
10. Encik Aminuddin bin Draman - Penyelaras Pend khas SK Ketengah
Jaya II
11. Encik Azran bin Ibrahim - Penyelaras Pend. Khas SMK Balai
Besar
12. Salmiza binti Mat Zanggi - Wakil SMK Jerangau
13. Nurul Haryani binti Hasabulah - Penyelaras Pend. Khas SMK Seri
Paka
14. Encik Firdaus bin Yusoff - Penyelaras Pend. Khas SMK Pulau
Serai
15. Encik Md Amirullah bin Abdullah - SMK Seri Rasau
16. Masaziatie binti Aziz - Wakil SMK Ketengah Jaya
17. Khalidah Faten binti Kamarudin - Penyelaras Pend Khas SK Padang
Pulut
18. Look Choon Wen - Penyelaras Pend Khas SJKC Sin
Chone
19. Encik Mohammad Azman bin Zainudin - Penyelaras Pend Khas SK Durian
Mas 1
20. Norly binti Mamat - Penyelaras Pend khas SK Bukit Besi
21. Puan Siti Rohani@ Asmah binti Ariffin - Penyelaras Pend Khas SK Kompleks
Rantau Abang
22. Norliza binti Awang@ Mohd Daham - Penyelaras Pend Khas SK Seberang
Dungun
23. Siti Sara binti Abdul Rahman - Penyelaras Pend Khas SK LKTP
Jerangau
24. Hafiz Adli bin Zakaria - Penyelaras Pend Khas SK Pasir

1
Raja
25. Nur Izza Azieta binti Mohd Jid - Penyelaras Pend Khas SK Felda Seri
Rasau
26. Af Zainizam binti Zulkifli - Penyelaras Pend Khas SK Santong
27. Che Wan Aiha binti Ismail - Wakil SMK Sultan Omar
28. Zulkifli bin Abdul Wahab - Wakil SMK Sura
29. Zulfadzli bin Supaat - Wakil Penyelaras Pend Khas
Dendang

1. Perutusan Pengerusi.

1.1 Pengisian guru ppki daerah Dungun. Mempunyai kekurangan di sekolah menengah
seramai 6 orang dan sekolah rendah seramai 5 orang. Mohon pihak sekolah susun
jadual dengan baik supaya dapat mengatasi isu ini. Pastikan pdp guru dapat dijalankan
secara berkesan. Jangan ada lguru ppki yang tidak membuat pelaporan pdpr semasa
PKPP. Pastikan pdpr dijalankan dengan ikhlas dan betul-betul untuk kemenjadian MBK.

1.2 Pengerusi menjelaskan tentang sifar cicir permohonan elaun murid khas (emk).
Pastikan
jangan ada isu daripada ibu bapa berkait elaun anak mereka.Sifar cicir emk merupakan
KPI pengarah setiap tahun.

1.3 Mohon segerakan semua data yang Unit Pendidikan Khas PPD Dungun mohon supaya
tidak ketinggalan dengan daerah lain. First come first serve yang diamalkan KPM
memerlukan kesegeraan dan ketepatan data daripada pihak sekolah. Contoh data
(pembangunan, kerosakan, murid, guru dan lain-lain)

1.4 Pastikan kemudahan mesra oku sekurang-kurang 1 bagi setiap sekolah diusahakan.
Minimum 4 Kemudahan Mesra OKU tu adalah (tandas OKU, parkir kenderaan, susur
tangan & susur landai). Merupakan KPI KPM.

1.5 Pastikan semua guru dan ppm ppki berhemah untuk menangani isu di sekolah terutama
dengan pentadbir, dengan ibu bapa dan sesama rakan sekerja.Jaga emosi, tingkah laku
dan peribadi supaya dihormati kerana adab yang baik.

Makluman

2. Pengesahan Minit.

2.1 Minit mesyuarat pengurusan PPKI daerah Dungun kali1/2020 diterima tanpa sebarang
pindaan.
Makluman

3. Perkara-perkara berbangkit.

3.1 Tiada Perkara berbangkit. Maklum balas minit mesyuarat pengurusan PPKI daerah
Dungun kali1/2020 telah selesai di ambil tindakan.
Makluman

2
4. Pembentangan.

4.1. Pelaporan SKT tahun 2020

4.1.1. Perbentangan pelaporan dibuat oleh Puan Sahani bt Mohd Samsudin.Hanya 1


daripada 2 KPI Unit Pendidikan Khas bagi tahun 2020 dapat dicapai iaitu
peratusan PPI. KPI :78% , Pencapaian : 90.61%. Dungun kedudukan
tertinggi berbanding 7 daerah yang lain.

4.1.2. SKT tahun 2020 dapat diselesaikan mengikut takwim yang ditetapkan kecuali
beberapa program terutama yang melibatkan murid secara bersemuka
disebabkan oleh Pendemik Covid 19.

4.1.3. Ada program yang dirancang secara bersemuka ditukar kepada medium Norma
Baru / Google meet / secara maya seperti mesyuarat bil 2/2020 dan E
Mahabah.

Makluman

4.2 Pembentangan SKT tahun 2021

4.2.1. Dibentangkan oleh Puan Sahani bt Mohd Samsudin. KPI pada tahun 2021
adalah
mencapai 98% penglibatan MBK dalam Program Pendidikan Inklusif (PPI)
menjelang 2021 dan Mencapai 40% sekolah yang dilengkapi minimum 4
kemudahan mesra OKU (tandas OKU, parkir kenderaan, susur tangan dan
susur landai).

4.2.2. SKT 2021 banyak menekankan norma baru sebagai medium untuk kelancaran
perjalanan program (rujuk lampiran). SKT juga lebih menjurus kepada
bimbingan
pegawai Unit Pendidikan Khas kepada sekolah untuk selaraskan keperluan
pihak
sekolah terutama bagi mencapai KPI 2021.

4.2.3. Senarai pegawai pembimbing sekolah dan takwim 2021 akan diemel kepada
sekolah bersama surat makluman rasmi.

Tindakan: Unit Pendidikan Khas

5. Hal-hal Lain.

5.1 Haji Mohd Shffri @ Hafizzudin bin Abu Bakar mohon agar GPK/penyelaras selesaikan
isu-isu di sekolah dengan perbincangan bersama pengetua / guru besar.

5.2 GPK/penyelaras juga diminta lebih proaktif dalam pembangunan PPKI dan
kemenjadian MBK.

5.3 GPK/penyelaras perlu membuat pencerapan dan ketengahkan guru-guru yang proaktif
dan inovatif untuk dicalonkan sebagai guru cemerlang (GC).

Tindakan : Semua Sekolah

3
5.4 Sekolah diminta membuat dokumentasi dan menyimpan data penglibatan MBK dan
halatuju MBK selepas persekolahan menengah. Sekolah perlu menyimpan rekod dan
membuat perkongsian dengan PGB dan guru perdana di peringkat sekolah.

Tindakan : Semua Sekolah

5.5 Unit Pendidikan Khas mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah terutama
penyelaras program dan jurulatih yang sangat komited membantu dalam menjayakan
program di peringkat PPD sehingga ke peringkat JPNT.
Makluman

5.6 Cikgu Azran SMK Balai Besar memaklumkan tentang pendaftaran ting 1 PPKI untuk
tahun 2021 pada 18 Januari 2021 jam 8.30 pagi.

5.7 Cikgu Zulkifli SMK Sura memaklumkan tiada sekolah rendah PPKI lokasi Sura. Mohon
pihak PPD agihkan penempatan pelajar supaya tiada isu kurang pelajar di PPKI SMK
Sura.
Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah

5.8 Cikgu Nurul SMK Seri Paka maklum sudah ada ibu bapa yang bertanyakan pihak
sekolah berkaitan pembukaan peluasan baru PPKI di SMK Dato’ Engku Bijaya Sura.
Terdapat pelajar yang beralamat di Kampung Nyior dan lokasi sekitarnya. Adakah
pihak
sekolah boleh membuat makluman pembukaan DEBS atau belum kepada ibu bapa.

Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah

5.9 Cikgu Baharudin SK Kuala Dungun memaklumkan kerosakan pada struktur atap kelas
PPKI semakin teruk. Surat permohonan untuk pembaikian telah di hantar ke PPD dan
JPNT pada Januari 2020. Pihak sekolah diminta memohon semula untuk bantuan
kecemasan dengan menghantar surat terkini bertarikh Disember ke Unit Pembangunan
& Infrastruktur PPD Dungun kerana kelas itu digunakan sepenuhnya kerana lokasi bilik
darjah yang terhad.

Tindakan: SK Kuala Dungun & Unit Pembangunan & Infrastruktur

5.10 Cikgu Khairul Anuar, memaklumkan naik taraf tandas mesra OKU di SK Kg Nyiur
belum disiapkan sepenuhnya oleh kontruktor. Masih ada kerja-kerja ‘waterproofing’
telaga kumbahan kerana kawasan mata air. Cuaca hujan menyulitkan kerja kontruktor.

Tindakan: Unit Pembangunan & Infrastruktur

5.11 Cikgu Saparul Hazmani, memaklumkan naik taraf tandas mesra OKU di SK Pulau
Serai selesai sepenuhnya dan telah diserahkan oleh kontruktor.
Masih ada MBK yang belum menerima kad OKU sedangkan semua dokumen telah
diserahkan untuk tindakan JKM. Mesyuarat meminta pihak sekolah menghubungi JKM
dan membuat pengesahan penerimaan Kad OKU ke Unit Pendidikan Khas PPD.

Tindakan : SK Pulau Serai

Kekurangan MBK di PPKI Pulau Serai. Pihak sekolah memohon pihak PPD untuk
agihan murid mengikut alamat untuk ditempatkan di SK Pulau Serai.

Tindakan: Sektor Pengurusan Sekolah

4
5.12 Cikgu Afzainizam SK Santong memaklumkan ada murid yang telah membuat
pemeriksaan dan mendapat pengesahan perubatan sebagai MBK tetapi masih belum
menerima kad OKU. Mesyuarat meminta pihak sekolah menghubungi JKM dan
membuat pengesahan penerimaan Kad OKU ke Unit Pendidikan Khas PPD.

Tindakan: SK Santong

5.13 Cikgu Aminuddin SK Ketengah Jaya II memaklumkan memandangkan temujanji


pemeriksaan perubatan ditangguhkan akibat Covid19, sekolah belum lagi menerima
maklum balas berkaitan 25 orang murid yang diunjurkan akan mendafta kemasukan
MBK 2021 dari 3 buah sekolah sekitar. Mesyuarat meminta pihak sekolah membuat
laporan pengesahan ke PPD jumlah pendaftaran kemasukan MBK 2021.

Tindakan: SK Ketengah Jaya II

ABM PPKI 2020 (4 kelas) diluluskan. Unjuran pertambahan murid 2021 sekolah
memerlukan 5 kelas untuk menampung keramaian MBK. Sekolah akan mengalami
kekurangan 1 kelas dan 3 guru PPKI. Mesyuarat meminta sekolah untuk membuat
surat permohonan pembukaan tambahan kelas untuk PPKI.

Tindakan: SK Ketengah Jaya II & Sektor Pegurusan Sekolah

5.14 Puan Sahani memaklumkan tetang anggaran keperluan perbelanjaan EMK bagi tahun
2021 telah dipanjangkan ke Sektor Pembangunan Murid JPNT. Pihak sekolah diminta
membuat permohonan EMK sejurus selepas surat edaran EMK 2021 diterima.

Makluman

Pihak sekolah diminta memantau pelaporan PDPR guru PPKI supaya tidak berlaku ada
guru yang tidak menjalankan PDPR sehingga cuti persekolahan bermula.

Tindakan: Semua sekolah

Unit Pendidikan Khas juga telah memanjangkan TEMPLET OFFLINE BDR untuk murid
pendidikan khas menengah dan rendah dalam Whataaps Group Rasmi
GPK/Penyelaras Daerah Dungun. Mohon pihak sekolah download dan panjangkan
kepada penggunaan semua guru di sekolah masing-masing.

Tindakan: Semua sekolah

6 Penutup.

6.1 Urusetia mengucapkan terima kasih atas komitmen semua ahli mesyuarat yang
bersedia dengan pandangan dan cadangan untuk kecemerlangan Pendidikan Khas di
daerah Dungun biarpun dalam norma baru.

6.2 Urusetia mengharapkan semua sekolah dapat beroperasi dengan baik pada 2021
memandangkan banyak peruntukan telah dibekalkan KPM kepada sebahagian besar
sekolah daerah Dungun untuk naik taraf mesra OKU, penyelenggaraan kelas dan
peluasan baru PPKI. Mohon juga GPK/Penyelaras ingatkan guru dan PPM bawah
seliaan masing-masing supaya menjalankan tugasan dan amanah yang diberi dengan
penuh tanggungjawab dan bersungguh-sungguh selari dengan hala tuju #dungun
LEADS.
5
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 01.45 petang dengan diakhiri bacaan surah alAsr dan tasbih
kafarah.

Urus setia,
Unit Pendidikan Khas,
Sektor Pembelajaran,
PPD Dungun.

You might also like