You are on page 1of 11

SEKOLAH

KEBANGSAAN GELONG
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE PERTAMA 2023 / 2024


TARIKH : 12 MAC 2023

HARI : AHAD
MASA : 8:30 PAGI TEMPAT
: BILIK WAR ROOM

KEHADIRAN : 1. Sacheeda A/P Chamrong Guru Besar

2. Encik Hasbullah binti Chik PKP


3. Puan Anis Shafiza binti Shamsudin PKHEM
4. Puan Rohana binti Mahmood PKKO
5. Encik Mohd Roshidi bin Ab Kader Setiausaha
6. Puan Nazarina binti Fathil
7. Puan Aza binti Ariffin
8. Puan Farahdina binti Ali
9. Puan Fauziah binti Man
10. Puan Hazlina binti Mohd Hasan
11. Puan Idayu binti Idris
12. Encik Jeffri bin Saad
13. Puan Mazlipah binti Salleh
14. Puan Norhatini binti Abd Hamid
15. Puan Norimah binti Jamaludin
16. Puan Siti Aishah binti Hamid
17. Puan Yazidah binti Ahmad
18. Encik Mohd Hasbullah bin Mohd Zuky
19. Encik Mohamad Shahir bin Samsuddin
20. Puan Muniroh binti Mohd Yazid
21. Puan Zalina binti Zainol
22. Puan Wan Hanisah binti Meor Abd Aziz Suhaimi
23. Puan Norazian binti Ayob
24. Encik Yusof bin Mohamad
25. Puan Salrina binti Abd Razak
Tidak 1. Puan Khairul Nisak binti Abdullah - Cuti
Hadir Bersalin
2. Puan Nur Farhana binti Hasiri
- MC
3. Zalina Binti Zainol
- Bersebab

AGENDA 1. Aluan Pengerusi


2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lalu.
3. Perkara Perbangkit
4. Laporan Pihak Atasan KPM/JPN / PPD / GB
5. Hala tuju SK Gelong
6. Pengurusan Am,Kurikulum,HEM dan Kokurikulum
7. Kewangan
8. Hal-hal lain

I. ALUAN PENGERUSI
1. Mesyuarat dimulai dengan pengerusi mengucapkan tahniah kerana berjaya kembali ke
sekolah setelah bercuti panjang.
2. Pengerusi menegaskan bahawa setiap warga sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri.
Secara analoginya kebersamaan adalah sangat penting dalam mengerakkan sesebuah
sekolah atau institusi.
3. Pengerusi juga memaklumkan walaupun beliau bukan muslim tetapi program berkaitan Agama
Islam tetap diteruskan dan berjalan seperti sebelumnya.
4. Untuk makluman semua pengerusi zakat akan dipegang oleh Penolong Kanan
Pentadbiran iaitu Encik Hasbullah bin Chik.
5. Mesyuarat hari ini memberi fokus kepada pentadbiran 2023 / 2024. Guru besar masih dalam
tempoh pemerhatian untuk mendapat info mengenai Sk Gelong.
6. Walau bagaimanapun, SK Gelong sebagai sekolah TS25 memang hebat di bawah
pimpinan Puan Shakirah binti Ishak.
7. Kerjasama dan sokongan semua guru amat diperlukan dalam menjayakan semua aktiviti di sekolah
ini.

Makluman : Semua Guru / Pentadbiran


II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU
8. Puan Nazarina binti Fathil membentang minit mesyuarat lalu untuk disahkan
Cadangan pengesahan : Puan Fauziah Bt Man
Sokongan : Puan Aisyah Bt Abd Hamid

Makluman : Semua Guru / Pentadbiran

III. PERKARA BERBANGKIT


9. 5.0 Baucar buku zakat
Maklumbalas : Diberikan kepada murid M 40 (20 orang) ,B 40 (30 orang).Senarai
nama telah diberikan kepada kedai buku .

10. 19.0 Perancangan Strategik SKG


Maklumbalas : Masih diteruskan dan akan berakhir pada tahun 2025.

11. 20.15 SPPBD (idme).

Maklumbalas : PK1 Ucap tahniah kepada yang telah selesai.

12. 21.3 Jadual waktu

Maklumbalas :Telah lengkap dijana akan diedarkan pada hari ini 12.3.2023 dan guru
boleh mengambil jadual tersebut.

13. 21.4 Pegawai aset sekolah masih lagi belum ditentukan.Masih dalam permohonan di PPD.
Maklumbalas :Masih lagi menunggu surat perlantikan.

14. 21.8 Fail RPH


Maklumbalas :Sudah ada,guru boleh ambil dari PK1.

15. 21.9.8 Pemilihan murid pemulihan.


Maklumbalas : Diserahkan sepenuhnya kepada Cikgu Jeffri bin Saad untuk
menentukan murid pemulihan dan jadual waktu.

Makluman : Semua Guru / Pentadbiran


IV. LAPORAN KPM/ JPN/ PPD/ GB
16. Taklimat Hala Tuju PPD.
16.1 Daerah Kubang Pasu menerima Tuan PPD yang baru iaitu Tuan Haji Mokhtar bin
Mansor.
16.2 Encik Faizol Aris bin Osman pula menggantikan Puan Masni sebagai Timbalan PPD
Sektor Pembelajaran.
16.3 Encik Rosmeira pula mengisi jawatan Timbalan PPD Perancangan.

16.3 Encik Rosli b Yaakob mengisi jawatan Timbalan PPD Pembangunan Bakat.
16.4 Semua guru diminta mengambil cakna atas perubahan yang berlaku.

Makluman : Semua Guru / Pentadbiran

17. Tuan PPD memaklumkan bahawa PPD Kubang Pasu dah cantik . Untuk mencantikkan lagi
semua pihak perlu bekerja keras dan memerlukan komitmen yang padu daripada semua ke arah
hala tuju pendidikan negeri Kedah iaitu “ Kebersamaan Memacu Pendidikan Kedah “. 17.1 Untuk
merealisasikan hala tuju tersebut maka perlulah disambut di peringkat PPD dan sekolah.
17.2 Moto PPP : “ Par excellence PPDKP No.1 in Malaysia “
17.3 Hala tuju Sekolah : “ Bergerak Seiring Dengan PPDKP “
17.4 Mandat yang diberikan oleh Tuan PPD perlulah disambut oleh kita di peringkat
sekolah.

Makluman : Semua Guru / Pentadbiran

18. 8 Tonggak Utama PPD


18.1 Kecemerlangan Kepimpinan

18.2 Perkongsian Visi dan Misi

18.3 Bimbingan dan Sokongan

18.4 Orientasi dan Pengurusan

18.5 Program berfokus

18.6 Pemantauan perkembangan

18.7 Tersurat dan tersirat

18.8 Organisasi pembelajaran Makluman : Semua Guru / Pentadbiran


19. Gelombang 3 PPPM (2013-2015)

19.1 Kepimpinan Peringkat Sekolah dan Middle Leader Team (MLT)

Makluman : Semua Guru / Pentadbiran

20. Bicara Profesional (Keep up with pace manouver and move forward ) ada 7 teras:-

20.1 Keep potential

20.2 Keep profiting (Program Pembangunan Manusia)

20.3 Keep performance

20.4 Keep praising

20.5 Keep persuading

20.6 Keep profiling

Makluman : Semua Guru / Pentadbiran

21. 2023 Lebih Bermakna

21.1 Strategi KPM .Pemahaman ABC iaitu anak yang baik lagi cerdik.

21.2 Keharmonian organisasi -Integriti -PBS - Mendekati Guru - Kejayaan Kerja


Berterusan
Makluman : Semua Guru / Pentadbiran

22. Penegasan Menteri Pendidikan berkaitan dengan akhlak,adab dan integriti bagi penentu masa
depan negara.

Makluman : Semua Guru / Pentadbiran

23. Mengaplikasikan JERSI dalam pendidikan iaitu:-

23.1 Jasmani

23.2 Emosi

23.3 Rohani

23.4 Sosial

23.5 Intelek
Makluman : Semua Guru / Pentadbiran
24. Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu iaitu YBHG.Dato Pkharuddin Bin Haji Ghazali
menggariskan tentang 4 ciri pendidikan iaitu:-

24.1 Cinta

24.2 Cita-cita

24.2 Perjuangan

24.3 Warisan
Makluman : Semua Guru / Pentadbiran

25. 7 teras KPM

25.1 Komunikasi antara kementerian dan sekolah.

25.2 Penekanan terhadap aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab dan akhlak.

25.3 Kemiskinan berbilang dimensi B40,malnutrisi,peranti dan ruang belajar.

25.4 Keciciran pendidikan.

25.5 Kebajikan guru.

25.6 Ubahsuai dan naik taraf sekolah daif.

25.7 Pengupayaan pendidikan digital.

Makluman : Semua Guru / Pentadbiran

26. Guru Besar SK Gelong ( Cik Sacheeda A/P Chamrong )


26.1 Lawatan orang kenamaan dan ahli politik perlu mendapat kelulusan dari Pendaftar iaitu
Pengarah JPN Kedah.
26.2 Guru-guru perlu merujuk surat pekeliling sekiranya terdapat permohonan orang
berpengaruh untuk datang ke sekolah.
26.3 Untuk pengurusan lawatan ke luar negara guru-guru perlu memohon kepada JPN
sebulan sebelum percutian.
26.4 Sebarang perkara berkaitan kewangan mesti dilakukan mengikut prosedur kewangan
yang betul.
26.5 Sekiranya guru-guru terlibat dengan kerja luar mesti mengikut garis
panduan yang ditetapkan.
26.6 Mesyuarat guru akan digabungkan bersama mesyuarat induk kurikulum dan
mesyuarat induk pusat sumber pada 12 Mac 2023 ( Ahad )
26.7 Mesyuarat HEM dan 13 Mac 2023 ( Isnin ) dan KOKO pada minggu hadapan.
26.8 Pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1 pada 14 Mac 2023 ( Selasa ) pada pukul 8 pagi.
26.9 Taklimat tahun 1 dan prasekolah bersama pihak pentadbiran akan digabungkan
Jualan buku
- Pada 14, 15, 16 Mac 2023 ( Selasa hingga Khamis )
- Jualan buku transisi dan t-shirt sukan akan diserahkan kepada pihak kedai buku untuk
uruskan untuk mengelakkan isu di kalangan waris.
- PK HEM akan berbincang dengan pihak kedai buku untuk uruskan perkara ini.

26.10 Sebarang penurunan kuasa pastikan ada surat punca kuasa terlebih dahulu.

26.11 Pastikan semua murid yang layak mendapat bantuan.


26.12 Jangan ada guru yang terlibat dalam politik samada dalam kempen atau
sebagainya.
26.13 Puan Guru Besar memaklumkan bahawa warga sekolah mempunyai 27 orang
guru,3 AKP,4 KBK,4 PKK,212 murid dan 25 orang murid PRA.

26.14 Cuti Rekod Khas (CRK) ditambah dari 10 ke 15 hari.

26.15 Pengurusan murid tidak sihat mesti mengikut prosedur sedia ada.
26.16 Tatacara perolehan ataupun kewangan mesti mengikut prosedur dengan baik.
26.17 Guru–guru mesti menggunakan sistem HRMIS untuk mohon cuti.
26.18 Untuk pulang awal,guru-g ru perlu mencatat pada borang yang disediakan di pejabat
dan untuk guru yang mempunyai temujanji doktor hanya perlu ambil timeslip.
26.19 Cuti perlu dipohon seminggu lebih awal.
26.20 Sekiranya guru-guru perempuan mengandung perlu memaklumkan kepada
pentadbir lebih awal.
26.21 Puan Guru Besar memaklumkan bahawa Puan Nik Maheran AKP
memberitahu bahawa untuk pengeluaran wang perlu ada kertas
cadangan,nota minta dan anggaran perbelanjaan.
26.22 Asmaul Husna ditukarkan kepada program DEAR dari perhimpunan rasmi
sekolah.
26.23 Perhimpunan rasmi Kokurikulum akan diadakan pada setiap minggu ke 3.
26.24 Matapelajarn elektif akan diselitkan juga dalam program DEAR mengikut
kesesuaian jadual.
26.25 Guru perlu patuh pada GOD (Government of the Day).Jangan diviralkan
isu-isu sensitif.
26.26 Baju korporat dipakai hanya untuk bekerja dilapangan bukan di sekolah.
26.27 Kebersihan dan keceriaan kelas mesti berada dalam keadaan terbaik.
26.28 Pastikan peralatan dan perabot berada dalam keadaan selamat.
27. SKPM2 STANDARD KUALITI@SEK( SKA@S ) .Terdapat 4 teras utama:

27.1 Kekuatan kami.


27.2 Kuaiti kami.

27.3 Pengurusan kami.

22.4 Pencapaian kami.

V Halatuju SK Gelong

28.1 Memfokuskan kepada kualiti sekolah iaitu SK@S.


28.2 Memperkasakan Senior Leader Team (SLT) dan Middle Leader Team (MLT).
28.3 Penekanan kepada Pendidikan Digital seperti membeli smart board.
28.4 Fokus kepada laporan audit cemerlang.
28.5 Mendapatkan khidmat bantu alumni sekolah.
Makluman : Semua Guru / Pentadbiran

29. Kemenjadian Murid


29.1 Fokus terhadap 3 bidang utama iaitu Kurikulum, HEM dan
Kokurikulum
29.2 Untuk bidang kurikulum perlu murid sekurang-kurangnya mendapat TP3
untuk semua matapelajaran.
29.3 Untuk bidang HEM murid diiberi penekanan dalam aktiviti SUMUR dan
keagamaan.
29.4 Untuk bidang kokurikulum murid diiberi penekanan supaya mendapat
target 76.5 % dalam PAJSK dan 4 sukan teras berjaya sampai ke
peringkat negeri.

VI. LAPORAN PENOLONG KANAN

30Laporan Penolong Kanan 30.1 Jadual Waktu dan Rancangan Pengajaran Harian.

30.2 Rancangan Pengajaran Tahunan perlu dihantar dengan lengkap pada minggu ke
4 iaitu pada 16/3/2023
Guru juga boleh mengambil fail RPH 2022 / 2023 dari PK 1

Masa pulang murid SKG


-Tahap 1 7.30 pagi -1.30 tengahari (Hari Ahad)
7.30 pagi -1.00 tengahari (Hari Isnin –Khamis)

Tahap 2 7.30 pagi -1.30 tengahari (Hari Ahad –Khamis)

Pemilihan murid pemulihan diserahkan sepenuhnya kepada Cikgu Jeffri bin Saad untuk
menentukan murid pemulihan dan jadual waktu.
Senarai nama murid pemulihan akan tentukan oleh Cikgu Jeffri sendiri.
30.7 Murid perlu mencapai sekurang-kurangnya TP3 untuk ke arus perdana.
Makluman : Semua Guru / Pentadbiran

LAPORAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID


( Puan Anis Shafiza binti Shamsudin )
28 Jumlah enrolmen murid terkini ialah 212 orang termasuk prasekolah ( 25 orang ).
29 Bantuan Awal Persekolahan ( BAP ) tahun 2 hingga 6 telah selesai diagihkan.
29.1 Terima kasih atas komitmen guru-guru berkenaan.
29.2 BAP Tahun 1 belum diagihkan dan masih lagi menunggu surat arahan daripada KPM.
30 RMT
30.1 Sesi persekolahan 2023 / 2024 seramai 76 orang. Murid Tahun 2
hingga Tahun 6 seramai 76 orang manakala Tahun 1 akan diberikan borang permohonan
RMT pad hari pendaftaran Tahun 1.
30.2 Sekiranya guru ada info mengenai murid yang baru masuk sila maklumkan kepada HEM
sebagai peserta simpanan untuk proses pemilihan murid RMT tahun hadapan.

31 Perancangan Strategi HEM

Antara Perancangan Strategik HEM pada sesi ini ialah SUMUR iaituSahsiah Murid Unggul.

32 Perhimpunan
32.1 Susunan lagu semasa perhimpunan sekolah yang terbaru adalah seperti berikut:
1) Negaraku 2) Lagu Negeri Kedah 3) Lagu sekolah 4) Lagu sekolah Sejahtera
33 Masih lagi berlaku pertukaran murid ke sekolah yang lain, jadi guru perlu bersedia.
34 Pendaftaran murid Tahun 1 dan Pra ialah pada 14.3.2023
35 Sistem Sahsiah Diri Murid
35.1 Seorang guru perlu memasukkan sekurang-kurangnya 10 data sahsiah murid
yang terbaik. Makluman : Semua Guru / Pentadbiran
LAPORAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
( Puan Rohana binti Mahmood )

36 Pengerusi melantik semua guru sebagai ahli jawatankuasa unit kokurikulum.

37 Surat lantikan untuk guru akan diberikan dua salinan, satu salinan akan disimpan dalam fail.

38 Puan Norhatini mohon digantikan tugas ketua guru penasihat Kelab Bola Jaring dengan guru lain kerana beliau
nak fokus kepada tugas jurulatih pasukan sekolah. Permohonan akan dipertimbangkan.
Tindakan : PK Kokurikulum

39 Pengurusan kokurikulum adalah diuruskan berdasarkan SKPM Kualiti@Sekolah (SK@S) yang berfokuskan
kepada kemenjadian murid.

40 K@S hampir sama dengan SKPMg², cuma ada sedikit perubahan di bahagian penskoran.

41 Tambahan pada Standard 5 : Pencapaian Kami, 5.2 : gred purata sekolah dalam 3 unit dan PAJSK.
Tindakan dan makluman : Semua guru
42 Tahniah kepada semua kerana dapat melengkapkan 12 kali perjumpaan bagi ketiga-tiga unit kokurikulum pada
sesi lepas.
43 Mesyuarat agung ketiga-tiga unit kokurikulum akan diadakan pada :

4 April 2023 (Selasa) - Unit Beruniform


5 April 2023 (Rabu) - Kelab/ Persatuan
6 April 2023 (Khamis) - Sukan/ Permainan

44 Mesyuarat akan bermula jam 12:30 hingga 1:30 tgh setiap hari. Hanya murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja yang
terlibat. Tahun 3 tidak terlibat kerana mereka pulang jam 1:00 tgh, namun boleh dilantik sebagai AJK

45 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum akan dilaksanakan pada minggu ketiga setiap bulan. Terdapat 9 kali
perhimpunan mingguan kokurikulum sepanjang sesi 2023/ 2024. Mohon guru penasihat dapatkan maklumat
berkaitan tatacara perhimpunan itu nanti.

46 Murid akan beratur dalam unit uniform masing-masing, dikendalikan/ dipantau oleh ketua guru penasihat unit
yang bertugas. Manakala guru bertugas mingguan akan bantu sediakan PA system, memberi ucapan dan
menulis laporan mingguan.

47 Pada setiap hari Ahad perhimpunan bulanan kokurikulum, guru-guru dikehendaki memakai pakaian lengkap unit
beruniform masing-masing. Murid yang belum ada pakaian lengkap, dibenarkan memakai t-shirt uniform
(separuh). Pada hari Rabu juga guru digalakkan memakai pakaian unit uniform yang lengkap.

48 Takwim daerah : acara terdekat adalah merentas desa peringkat daerah iaitu pada 13 Mei 2023 dan bola jaring.
Mohon guru-guru yang terlibat dapat membuat persediaan dengan sebaiknya.

49 Sukan sekolah akan diadakan pada 29 Julai 2023 bertempat di padang MRSM Kubang Pasu. Latihan rumah
sukan bagi peserta yang terpilih akan diadakan pada 18 Julai 2023 di padang MRSM. Manakala latihan rumah
sukan untuk semua ahli rumah akan diadakan di padang IKBN.

50 Target GPS PAJSK 2023/ 2024 adalah 76.5% meliputi pencapaian sukan/ permainan, koakademik dan unit
beruniform
HAL-HAL LAIN.
52. Puan Norimah ingin tahu bilakah baucar buku akan diberikan kepada murid yang layak.
Makluman : Guru Besar memaklumkan bahawa baucar buku akan diuruskan oleh kedai buku kemudian.

53 Puan Idayu memaklumkan bahawa buku teks untuk 2024 telah dibuat pesanan minggu lepas.

Makluman: Penyerahan buku teks tahun 1 akan dilakukan selepas program transisi.
Makluman : Semua Guru / Pentadbiran

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1:30 tengahari

Minit disediakan oleh :


Urus Setia
Mesyuarat Guru Kali Pertama 2023 / 2024

12 Mac 2023

You might also like