You are on page 1of 12

Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Malaysia

Tarikh/ Hari : 16 Ogos 2018/ Khamis


Tahun : 3 Molek
Bilangan Murid : /19 orang
Masa : 11.15 – 12.15 tengah hari (60 minit)
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tema : Tradisi kita
Tajuk : Pakaian Tradisional

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada 2.2.3 Membaca dan memahami ayat dalam perenggan daripada
pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.

Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

i. Membaca petikan teks dengan sebutan yang betul dan jelas.


ii. Membaca dan menyenaraikan tiga nilai murni yang terdapat dalam petikan.

Sistem Bahasa
 Sebutan dan intonasi : membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul

Pengisian Kurikulum

 Ilmu : Pendidikan Sivik , pendidikan moral


 Nilai Murni : Bekerjasama, Hormat Menghormati, Hemah tinggi, Kerajinan.
Kepelbagaian Kaedah dan Teknik
 Kemahiran Berfikir : penyoalan, menjana idea, menghubung kait
 Kecerdasan Pelbagai : interpersonal, Verbal Linguistik
 Pembelajaran Kontekstual : menghubung kait dengan kehidupan persekitaran murid
 EMK: EK 2.1 Amalan memerhati persekitaran dengan sengaja dan bertujuan

Bahan Bantu Mengajar


Jenis Bilangan
1 Video “Pakaian tradisional 1 Malaysia” 1
2. Model patung pakaian tradisional 5
3. Petikan Teks ( dialog) 2
4. Lembaran Kerja 32

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui adat resam masyarakat di Malaysia.

Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan


Masa
Set Induksi Tayangan Video “Pakaian  Murid ditayangkan video “Pakaian Tradisional 1 BBM :
(5 minit) Tradisional 1 Malaysia” Malaysia” Video “Pakaian Tradisional 1

 Guru meminta murid meneliti isi kandungan video Malaysia”


Soalan: tersebut.
1. Apakah yang anda boleh lihat  Guru mengadakan sesi soal jawab bersama KB:
melalui video tersebut? dengan murid berdasarkan video itu. Menghubung kait, menjana
2. Nyatakan perayaan yang idea
 Guru mengaitkan aktiviti dengan isi pelajaran pada
disambut di dalam video itu.
hari ini.
3. Nyatakan kaum-kaum yang Strategi :
terlibat dengan perayaan itu. Berpusatkan bahan dan
4. Senaraikan nama baju tradisional murid
yang anda tahu mengikut kaum.

KP:
Verbal-linguistik

Nilai:
Kerajinan

Pengisian Kurikulum
Ilmu:
Pendidikan Sivik
EMK
EK 2.1

Langkah 1 Tayangan Gambar Baju  Guru mempamerkan gambar baju tradisional bagi BBM :
( 15 minit) Tradisional Pelbagai kaum setiap kaum menggunakan model patung mainan.. Model patung mainan

 Murid diminta meneliti gambar tersebut.


KB:
 Guru memberi sedikit penerangan mengenai setiap
Menghubung kait
pakaian tradisional.
Strategi:
 Guru mengedarkan keratan petikan yang berkaitan
Berpusatkan murid
denganoakaian tradisional.
 Kemudian, murid diminta membaca secara
Nilai:
beramai-ramai keratan petikan itu.
Kerajinan
 Langkah ini diulang beberapa kali
Hemah tinggi
.

Pengisian Kurikulum
Ilmu
 Pendidikan Sivik

 Pendidikan Moral
EMK
EK 2.1
Langkah 2 Membaca Petikan Dialog . BBM:
(20 minit)  Guru mengedarkan petikan teks “ Pakaian Petikan teks “pakaian
Tradisional Kebanggaanku” tradisional Kebanggaanku”
Soalan:  Murid diminta membaca petikan secara senyap
1. Nyatakan pakaian tradisional yang terlebih dahulu. KB:
terdapat dalam petikan.  Beberapa orang murid dipilih untuk membacakan Menjana Idea
2. Nyatakan kaum yang ada dalam dialog tersebut di hadapan kelas dengan sebutan Menghubung kait
petikan tersebut. dan intonasi yang betul. KP:
3. Nyatakan nama baju tradisional  Murid diminta menceritakan sedikit isi kandungan Verbal Linguistik
yang terdapat di Malaysia selain yang terdapat dalam petikan teks tersebut. Interpersonal
yang ada di dalam teks. Strategi:
 Guru mengadakan sesi soal jawab dengan murid.
4. Apakah kaum anda dan namakan Berpusatkan murid
 Murid diminta mengenal pasti nilai murni yang
baju tradisional yang kaum anda Berpusatkan bahan
terdapat dalam teks tersebut.
guna. Nilai:
 Beberapa orang murid diminta untuk menulis nilai
Hemah tinggi
murni yang telah dikenal pasti di papan tulis.
Hormat menghormati

Pengisian Kurikulum:
Ilmu:
Pendidikan Moral

EMK
EK 2.1
Langkah 3 Membina Ayat  Murid diminta membina ayat berdasarkan nilai BBM :
( 15 minit) murni yang telah disenaraikan ( di langkah 2). Lembaran kerja( I-think)
 Beberapa orang murid diminta membaca ayat yang
telah dibina di hadapan kelas. KB:
Menjana idea
Sebagai kerja rumah
 Murid diberi lembaran kerja yang menyenaraikan KP:

cara mereka mengamalkan nilai murni tersebut Verbal Linguistik


dalam kehidupan ( buat dalam bentuk I-think).
Strategi:
Berpusatkan murid
Berpusatkan Bahan

Nilai:
Kerajinan
Hemat Tinggi
Penutup Penutup Kognitif  Guru mengadakan sesi soal jawab dengan murid KB:
(5 minit) mengenai pembelajaran mereka pada hari ini. Menjana Idea
Soalan:  Beberapa orang murid diminta untuk merumuskan isi
1. Apakah yang anda pelajari pada pelajaran. KP:
hari ini?  Beberapa orang murid lagi diminta menyatakan nilai Interpersonal
2. Senaraikan contoh pakaian murni yang diperolehi sepanjang proses pengajaran
tradisional yang terdapat di dan pembelajaran berlaku. Strategi:
Malaysia. Berpusatkan murid
 Guru memberi pujian atas segala kerjasama yang
3. Apakah pengajaran yang anda
diberikan sepanjang proses pengajaran dan
dapat daripada proses pengajaran pembelajaran. Nilai:
dan pembelajaran pada hari ini? Kerajinan
Hemah Tinggi
Hormat menghormati
Bekerjasama

LAMPIRAN:

Langkah 1: (tayangan gambar baju tradisional menggunakan LCD)


KERATAN TEKS

Masyarakat kaum kadazan dan kaum dusun merupakan penduduk majoriti di Sabah. Pakaian kaum lelaki seperti Gaung (Baju lengan
panjang), Souva (Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo), Kaking atau toogot (Bengkung pinggang hitam),
Siga (Penutup kepala), Tupi’ sinikat (Topi bulat) manakala pakaian bagi kaum wanita pula ialah Sinuangga’ iaitu baju blaus pendek dan
leher berbetuk U dipakai oleh wanita muda. Sinompukung Blaus dengan lengan ¾ dan tidak mempunyai sulaman dipakai oleh wanita
pertengahan. Kihongon Blaus dengan lengan panjang, dipakai oleh wanita tua dan spesialis ritual Aksesori yang dipakai seperti
Pakaian tradisonal wanita Iban terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidang merupakan sejenis kain sarung
yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan
dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai
bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.

Baju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain
panjang yang berlipat tepi. Baju kurung meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja,dilihat sebagai mematuhi
peraturan berpakaian Islam. Baju kurung boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Kebiasaannya
pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala. Baju kurung sesuai untuk dipakai dalam majlis-majlis formal atau
urusan seharian

Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu yang terdiri daripada dua jenis iaitu Baju Teluk Belanga dan Baju Cekak Musang. Baju
ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri dan juga bagi menunaikan Solat Jumaat. Selain itu, baju
ini juga amat sesuai dipakai pada hari perayaan dan juga majlis-majlis rasmi. Pemakaian Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila
digandingkan bersama samping atau songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri dan Solat Jumaat, baju ini dipakai bersama kain
pelekat atau kain tenun sutera. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya
diganding dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang.
Petikan teks

PAKAIAN TRADISIONAL KEBANGGANKU

Laila : Wah, cantiknya baju tradisional awak Flora! Apakah nama baju tradisional awak?

Flora : Baju tradisional saya digelar sebagai “ngepan”. Baju ini digunakan semasa mempersembahkan tarian tradisional kaum Iban.
Peta Minda

Nyatakan cara anda mengamalkan nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat yang berbilang kaum.
cara mengamalkan nilai murni

You might also like