You are on page 1of 12

SPSK PK 07/4SPSK PK 07/4

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT (M) KAJANG


JALAN GEREJA, 43000 KAJANG SELANGOR

MINIT MESYUARAT INDUK KURIKULUM


BIL 1/2019

Tarikh : 27 Disember 2018


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Palm Garden Hotel, IOI Resort, Putrajaya
Kehadiran :

Nama Yang Hadir :


1. Hjh Roslina bt Hj Hashim - Guru Besar
2. Noriah bt Mohamed - PK Kurikulum
3. Mas Azura bt Ahmat - Pk Hal Ehwal Murid
4. Abd Hakim bin Hj Hashim - PK Kokurikulum
5. Usha Rani a/p Ayyar - PK Petang
6. Sadariah binti Abu Sohot - SU Peperiksaan
7. Zaharah binti Yahya - SUP Dalaman
8. Siti Hajar bt Omar - SU DLP
9. Anis Nabihah bt Abd Rahim - SU Kurikulum
10. Bashiroh Norlaily bt Yahya - Naib SU Kurikulum
11. Norhafiza bt Md Affendi - SU Data JQAF
12. Harlina bt Ahmad - Penyelaras Tahun 6
13. Anantha Valli a/p Segara - Penyelaras Tahun 5
14. Tamilselvi a/p Ramasamy - Penyelaras Tahun 4
15. Dayang Mahsuri bt Abg Sahari - Penyelaras Tahun 2
16. Jasmalia Shafini bt Che Ku Jalil - Penyelaras Tahun 1
17. Siti Rabiatul Adawiyah bt. S. Mohsain - Penyelaras JQAF
18. Zainita bt Hussain - KP BM
19. Sharifah Nur Farrahiyah bt Syed Hood - KP BI
20. Revathy a/p Subramaniam - KP Matematik
21. Ismayanti bt Bolkin - KP Sains
22. Noor Fazida bt Ismail - KP Sejarah
23. Nor Haizulzilawatie bt Mohd Taib - KP Pendidikan Islam
24. Suriawati bt Kamaruddin - KP Pendidikan Moral
25. Mohd Nadzri b. Arsat - KPT RBT
26. Rohaidah bt Mohd Roslan - KP Pemulihan Khas
27. Samsina bt Mohd Desa - guru bimbingan dan kaunseling
28. Thiruchelvi a/p Annamallai - guru data
29. Mardhiah bt Mustafa - guru media
30. Hjh Wan Nor Azura bt Mohameed - guru
31. Malarkodi a/p Rengasamy - guru
32. Norfazila bt Ibrahim - guru
33. Adilah’ bt Azam - guru
34. Arifah binti Yusof - guru
35. Prasana Latha a/p Silvalingam - guru
36. Raja Radiah bt Raja Daud - guru

1
SPSK PK 07/4SPSK PK 07/4

37. Hairunisah bt Roslan - guru


38. Susana Leong - guru
39. Thirumaleswary a/p Applanaidu - guru
40. Ahila Devi a/p Muniandy - guru
41. Ilyana bt Zamadi - guru
42. Adilah bt Mohd Noh - guru
43. Siti Normah bt Ismail - guru
44. Nurhazirah bt Azhar - guru
45. Nordiyana bt Muhamad - guru
46. Nurul Huda bt Md Din - guru
47. Wati bt Jonen - guru
48. Ismaliza bt Ismail - guru
49. Buvanesuari Devi a/p Nayan - guru
50. Suganti a/p Subramaniam - guru Bahasa Tamil
51. Moo Shiau Chin - guru Bahasa Cina
52. Nor Farahin binti Mohd Zamri - guru

Turut Hadir:
Tiada

Tidak Hadir (bersebab):


1. Onney Helimah bt Mohd Said - guru (Cuti sakit)
2. Nur Fadzliana bt Ruslan - guru (Cuti bersalin)
3. Nor Siha bt Jaapar - guru (Cuti sambung belajar)

Urus Setia Mesyuarat


1. Anis Nabihah bt Abd Rahim - Setiausaha Unit Kurikulum
2. Bashiroh Norlaily bt Yahya - Naib Setiausaha Unit Kurikulum

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Besar, Puan Hajah Roslina binti Haji Hashim dan
dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.
Tindakan : Makluman

1.2 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir ke
Mesyuarat Kurikulum Bil 1 Sesi 2019. Guru Besar turut merakamkan ribuan terima kasih
kepada semua guru yang telah menjalankan tugas sepanjang tahun 2018.
Tindakan : Makluman

1.3 Guru Besar juga mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Kurikulum sesi 2018 dan
masih diberi kepercayaan kepadanya untuk menjalankan tugas bagi sesi 2019.
Tindakan : Makluman

2
SPSK PK 07/4SPSK PK 07/4

1.4 Guru Besar mengucapkan tahniah atas kejayaan UPSR tahun 2018 khususnya kepada
guru-guru Tahun 6 yang mendapat peratus lulus keseluruhan mata pelajaran 91%. Tahniah
turut diucapkan kepada guru-guru yang berjaya mencapai peratus lulus 90% ke atas dan guru
Bahasa Inggeris Pemahaman mendapat peratus lulus 100%.
Tindakan : Makluman

1.4.1 Guru Besar turut menyatakan gred purata UPSR bagi tahun 2018 menurun
sebanyak 2.06 dengan bilangan murid mencapai 6A seramai 7 orang berbanding
tahun 2017 iaitu sebanyak 2.03 dengan bilangan murid 6A seramai 11 orang.
Tindakan : Makluman

1.4.2 Guru Besar menyatakan seorang murid gagal UPSR tahun 2018 disebabkan
masalah sikap. Guru Besar menegaskan agar perkara ini dapat diatasi dengan segera
supaya tidak lagi berlaku pada tahun 2019.
Tindakan : Makluman

1.5 Guru Besar menyatakan berlaku perubahan dalam beberapa Program Kurikulum, iaitu
Program LINUS dan Peperiksaan Tahap 1 dimansuhkan bagi tahun 2019. Peperiksaan Tahap
1 akan digantikan dengan Pentaksiran Bilik Darjah sepenuhnya bagi semua mata pelajaran.
Tindakan : Makluman

1.5.1 Borang pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah perlu diletakkan di bahagian


belakang Fail Pengajaran untuk rujukan guru.
Tindakan : Makluman

1.5.2 Guru Besar mengingatkan bahawa tiada lagi penstriman di peringkat sekolah.
Tetapi guru-guru perlu melakukan aktiviti pemulihan dalam bilik darjah untuk
membantu murid lemah.
Tindakan : Makluman

1.6 Guru Besar mengharapkan agar semua guru dapat bekerjasama untuk melonjakkan
kecemerlangan murid-murid dalam kurikulum, kokurikulum dan HEM untuk tahun 2019.
SKPMG2 juga perlu mencapai skor 4 (cemerlang).
Tindakan : Makluman

1.7 Guru Besar turut meminta semua guru menggunakan telefon pintar yang diberikan oleh
Kementerian Pendidikan sebaik mungkin dan mengubah teknik PdPc ke arah pembelajaran
abad ke-21 (PAK21). Penyusunan dan keceriaan kelas juga perlu dititikberat sesuai dengan
gaya pembelajaran abad ke-21.
Tindakan : Makluman

1.8 Galakan membaca dan Program Nilam perlu lebih aktif pada tahun 2019. Susunan sudut
Nilam di sekolah perlu sentiasa dikemas kini dan diberi perhatian.
Tindakan : Makluman

1.9 Penggunaan VLE-frog perlu dioptimumkan dan mencapai tahap lulus pada tahun 2019.
Guru perlu berusaha menaikkan KPI VLE-Frog pada tahun 2019.
Tindakan : Makluman

3
SPSK PK 07/4SPSK PK 07/4

1.10 Guru Besar turut mengingatkan guru-guru untuk menjalankan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) yang merangkumi peperiksaan pusat, pentaksiran sekolah dan bilik darjah,
PAJSK dan penilaian psikometrik.
Tindakan : Makluman

1.11 Guru Besar membentangkan kewangan kurikulum bagi tahun 2018 (rujuk lampiran 1).
Tindakan : Makluman

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

2.1 Tiada

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Puan Noriah selaku Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum mengucapkan tahniah
dan terima kasih kepada semua guru atas usaha yang dilakukan pada tahun 2018.
Tindakan : Makluman

4.2 Tahniah diucapkan kepada guru LINUS atas usaha yang dilakukan sehingga pihak
sekolah berjaya memperoleh anugerah bagi tahun 2018 mewakili daerah Selangor.
Tindakan : Makluman

4.3 Ucapan tahniah diberikan kepada semua guru yang telah menjalankan Hari Anugerah
Cemerlang tahun 2018 dengan baik dan lancar.
Tindakan : Makluman

4.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM/VISI MISI

4.1.1 Puan Noriah meminta semua guru merujuk Buku Perancangan, Pengurusan dan
Pentadbiran 2019 bahagian Pengurusan Unit Kurikulum.
Tindakan : Makluman

4.1.2 Puan Noriah menyatakan visi dan misi kurikulum serta matlamat dan objektif
kurikulum adalah seperti berikut : (rujuk Buku Perancangan, Pengurusan dan
Pentadbiran 2019, m/s 67 – 68).

a) Visi Kurikulum : Pendidikan Berkualiti Kecemerlangan Lestari.


b) Misi Kurikulum : Menggerak tenaga kerja secara optima dan menyeluruh
bagi merealisasikan perkhidmatan professional dalam bidang pendidikan.
c) Matlamat Kurikulum : Unit Kurikulum SK Convent (M) Kajang memberikan
pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk membangunkan potensi
murid agar menjadi insan yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah

4
SPSK PK 07/4SPSK PK 07/4

bagi memenuhi aspirasi murid melalui aktiviti dalam bilik darjah dan luar
bilik darjah.
d) Objektif Kurikulum :
 Memberi dan mengukuhkan ilmu pengetahuan bagi semua mata
pelajaran yang ditawarkan.
 Memantapkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid dengan
menekankan penggunaan KBAT, i-Think dan VLE Frog.
 Membina kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid agar menjadi
pemimpin yang berwibawa.
 Meningkatkan kemahiran berbahasa murid dalam bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris serta bahasa ketiga.
 Melahirkan murid sahsiah tinggi yang berakhlak, beretika dan patuh
kepada ajaran agama dan bangsa.
 Melahirkan murid yang mempunyai jati diri dan kecintaan kepada
negara.
 Meningkatkan kualiti pengurusan kurikulum dari segi pematuhan
ketetapan, perubahan positif dan keselarasan dalam pelaksanaan
kurikulum sekolah.
 Memantapkan pengurusan mata pelajaran ke arah meningkatkan
kualiti pembelajaran dan pengajaran.
 Mengukuhkan kualiti pembelajaran dan pengajaran guru melalui
pemantauan berterusan, coaching dan komuniti pembelajaran
profesional (PLC).
Tindakan : Makluman

4.1.3 Puan Noriah mengingatkan semua guru agar melaksanakan tugas yang diberi
dengan baik berlandaskan visi dan misi serta matlamat dan objektif yang ditetapkan.
Tindakan : Makluman

4.2 DASAR/KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM TERMASUK PENGAGIHAN


TUGAS

4.2.1 Puan Noriah membentangkan dan meminta semua guru supaya merujuk Dasar
Ketetapan Kurikulum SK Convent (M) Kajang 2019 (rujuk lampiran 2).
Tindakan : Makluman

4.2.2 Puan Noriah mengingatkan guru-guru supaya sentiasa merujuk dasar tersebut
semasa melaksanakan program kurikulum di sekolah.
Tindakan : Makluman

4.2.3 Puan Noriah membentangkan takwim pengurusan kurikulum 2019. Guru-guru


diminta merujuk kepada takwim dalam merancang aktiviti atau program sekolah (rujuk
Buku Perancangan, Pengurusan dan Pentadbiran 2019, m/s 16 – 34, 86-87).
Tindakan : Makluman

5
SPSK PK 07/4SPSK PK 07/4

4.2.4 Puan Noriah seterusnya melantik AJK Unit Kurikulum sesi 2019. Surat lantikan
akan disediakan oleh Setiausaha Kurikulum dan ditandatangani oleh guru besar. Surat
lantikan akan diedarkan kepada setiap guru yang memegang jawatan induk dan
setiausaha di bawah unit kurikulum. Berikut merupakan pindaan yang dibuat untuk
lantikan 2019 (rujuk Buku Perancangan, Pengurusan dan Pentadbiran 2019, m/s 70 –
76).

I. Setiausaha SAPS – Zaharah bt Yahya


II. Ketua Panitia Pendidikan Islam – Nor Haizulzilawatie bt Mohd Taib
III. Setiausaha Panitia Sejarah – Raja Radiah bt Raja Daud
IV. Setiausaha Pendidikan Jasmani Kesihatan – Anantha Valli a/p Segara
V. Penyelaras VLE-Frog Petang – Nur Hazirah bt Azhar
VI. Setiausaha KSSR – Dayang Mahsuri bt Abg Sahari
Tindakan : Makluman

4.2.5 Puan Noriah mengingatkan guru-guru yang menggunakan bilik-bilik khas seperti
makmal komputer, makmal sains dan bengkel RBT perlu merekodkan penggunaan
bilik di dalam buku yang telah disediakan oleh penyelaras bilik-bilik khas (rujuk Buku
Perancangan, Pengurusan dan Pentadbiran 2019, m/s 63 – 64).

I. Bilik SPBT – Norhaizuzilawatie Mohd Taib


II. Bilik guru pagi – Ismaliza bt Ismail
III. Bilik guru petang – Dayang Mahsuri bt Abg Sahari
IV. Billik surau – Siti Normah bt Ismail / Adilah bt Mohd Noh
V. Bilik B&K – Hajah Samsina bt Mohd Desa / Arifah bt Yusof
VI. Bilik RBT – Mohd Nadzri bin Arsat
VII. Bilik Sains – Ismayanti bt Bolkin
VIII. Bilik ICT – Nur Hazirah bt Azhar
IX. Pejabat – Norzainie bt Jobar
X. Bilik fail murid/reso – Hajah Samsina bt Mohd Desa
XI. Bilik fail/G2 – Hairunisah bt Roslan
– Anis Nabihah bt Abd Rahim
– Noor Fazida bt Ismail
– Nurul Huda bt Md Din
Tindakan : Makluman

4.2.6 Guru diingatkan agar sentiasa mengemas kini bilik-bilik khas yang digunakan.
Tindakan : Makluman

4.2.7 Puan Noriah turut memaklumkan bahawa jadual waktu telah dicetak dan akan
diedarkan di akhir mesyuarat kurikulum. Guru-guru perlu menyemak jadual untuk
mengelakkan sebarang masalah.
Tindakan : Makluman

4.2.8 Guru-guru perlu memilih buku aktiviti berdasarkan kesesuaian murid dan
penerbit. Buku-buku yang dibeli perlu digunakan dan ditanda.
Tindakan : Makluman

6
SPSK PK 07/4SPSK PK 07/4

4.2.9 Puan Noriah kemudian memaklumkan Rancangan Pengajaran Tahunan adalah


seperti berikut :

I. Minggu Pengajaran dan Pembelajaran ialah 36 minggu (minggu cuti tidak


diambil kira dalam penyediaan RPT).
II. Minggu 37 dan 38 ialah minggu ulangkaji peperiksaan.
III. Minggu KPM ialah 43 minggu.
IV. Semua guru perlu menghantar RPT dalam masa 3 minggu selepas
bermulanya sesi persekolahan.
Tindakan : Makluman

4.2.10 Puan Noriah juga mengingatkan guru perlu melaksanakan LADAP sekurang-
kurangnya 7 kali setahun. Laporan LADAP yang telah dijalankan perlu diserahkan
kepada Setiausaha LADAP, Cik Tamil Selvi a/p Ramasamy.
Tindakan : Makluman

4.3 PASCANILAI PEPERIKSAAN AWAM

4.3.1 Puan Noriah membentangkan dan meminta guru merujuk Analisis UPSR bagi
tahun 2018. Puan Noriah turut membandingkan hasil keputusan UPSR 2018 dengan
2017(rujuk lampiran 3).
Tindakan : Makluman

4.3.2 Guru-guru perlu mengambil inisiatif bagi meningkatkan pencapaian murid UPSR
bagi tahun 2019 supaya mampu mencapai matlamat 100% murid lulus dan cemerlang.
Tindakan : Makluman

4.4 PERANCANGAN STRATEGIK KURIKULUM

4.4.1 Puan Noriah membentangkan dan meminta semua guru merujuk Perancangan
Strategik Induk Kurikulum 2019 (rujuk lampiran 4).
Tindakan : Makluman

4.4.2 Puan Noriah mengingatkan semua panitia perlu membincangkan perancangan


tahunan, perancangan strategik, latihan perkembangan staf yang diperlukan dan
takwim panitia 2019 sewaktu mengadakan mesyuarat pertama panitia. Ketua Panita
perlu memaklumkan kepada semua ahli tentang tugas dan tanggungjawab masing-
masing.
Tindakan : Makluman

4.4.3 Fail-fail panitia hendaklah dikemaskini. Setiap surat perlu diminitkan.


Tindakan : Makluman

4.4.4 Laporan bagi setiap aktiviti perlu buat manakala untuk dokumentasi perlu ada
kertas kerja, jawatankuasa pelaksana dan laporan aktiviti bergambar.
Tindakan : Makluman

7
SPSK PK 07/4SPSK PK 07/4

4.4.5 Semua panitia perlu melaksanakan PLC untuk dimasukkan ke dalam SPLKPM.
Laporan PLC yang telah dilaksanakan perlu diserahkan kepada Setiausaha LADAP.
Satu salinan laporan hendaklah dimasukkan ke dalam Fail Panitia masing-masing.
Tindakan : Makluman

4.5 ANGGARAN BELANJAWAN MENGURUS (PCG MATA PELAJARAN)

4.5.1 Puan Noriah membentangkan dan meminta semua guru merujuk baki anggaran
belanjawan mengurus tahun 2018 yang diberikan (rujuk lampiran 5).
Tindakan : Makluman

4.5.2 Puan Noriah mengingatkan semua panitia agar membuat anggaran kewangan
2019. Agihan perbelanjaan perlu diagihkan kepada semua murid.
Tindakan : Makluman

4.6 LINUS

4.6.1 Puan Noriah memaklumkan walaupun Program LINUS tiada pada tahun 2019,
guru-guru perlu memastikan murid dapat menguasai Kemahiran 4M iaitu membaca,
menulis, mengira dan menaakul.
Tindakan : Makluman

4.7 MBMMBI

4.7.1 Semua guru yang terlibat dalam program MBMMBI perlu merancang aktiviti
yang sesuai untuk agar MBMMBI sekolah akan lebih menonjol.
Tindakan : Makluman

4.7.2 Guru-guru perlu menggunakan CD MBMMBI yang telah dibekalkan.


Tindakan : Makluman

4.8 PENILAIAN BILIK DARJAH (PBD)

4.8.1 Guru perlu melaksanakan PBD berasaskan KSSR di dalam kelas bermula dari
Tahun 1.
Tindakan : Makluman

4.8.2 Guru perlu memastikan setiap murid mencapai tahap minima pembelajaran
bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Guru-guru perlu membantu murid mencapai
tahap lulus sekurang-kurangnya Band 3.
Tindakan : Makluman

4.8.3 Guru perlu memastikan lebih banyak murid mencapai Band 4 dan 5 berbanding
Band 3 dalam bidang kurikulum.
Tindakan : Makluman

8
SPSK PK 07/4SPSK PK 07/4

4.8.4 Guru perlu memastikan murid mencapai 100% tahap minima dalam setiap mata
pelajaran yakni Gred A dan D. 0% tidak mencapai tahap minima yakni Gred E atau
gagal. Guru perlu mengambil inisiatif untuk memastikan tiada murid yang mendapat
Gred D dan E dalam aspek akademik.
Tindakan : Makluman

4.9 DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP)

4.9.1 Program DLP akan diteruskan untuk murid-murid Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6.


Tindakan : Makluman

4.9.2 Berikut merupakan senarai kelas yang terlibat dalam Program DLP 2019.

KELAS BILANGAN MURID GURU KELAS


1 Dinamik 40 Puan Jasmalia Shafini
1 Kreatif 40 Puan Suriawati
2 Ros 38 Puan Nor Diyana
2 Orkid 39 Puan Adilah Mohd Nor
3 Ros 37 Puan Zaharah
3 Orkid 38 Puan Bashiroh Norlaily
4 Ros 42 Puan Siti Hajar
4 Orkid 42 Puan Susana
4 Melur 43 Cik Tamil Selvi
5 Ros 37 Puan Noor Fazida
5 Orkid 36 Puan Thirumaleswary
6 Ros 41 Puan Revathy
6 Orkid 41 Puan Ahila

Tindakan : Makluman

4.10 PEPERIKSAAN DALAMAN

4.10.1 Peperiksaan akan dijalankan sebanyak 4 kali setahun bagi Tahap 2 (rujuk
Buku Perancangan, Pengurusan dan Pentadbiran 2019, m/s 86). Bagi Tahap 1, tiada
peperiksaan yang akan dijalankan dan digantikan dengan PBD sepenuhnya.
Tindakan : Makluman

4.10.2 Semua guru subjek teras dan elektif tahap 2 perlu menyediakan dan
menggubal soalan peperiksaan Ujian Bulanan 1 (Mac), Peperiksaan Pertengahan
Tahun, Ujian Bulanan 2 (Julai/Ogos), dan Peperiksaan Akhir Tahun.
Tindakan : Makluman

4.10.3 Guru perlu membina soalan peperiksaan untuk Tahun 4 dan 5 mengikut kualiti
murid sekolah. Pihak sekolah tidak akan mengambil soalan dari MGB untuk Tahun 4
dan Tahun 5 bagi sesi 2019.
Tindakan : Makluman

9
SPSK PK 07/4SPSK PK 07/4

4.10.4 Hanya kertas Peperiksaan Tahun 6 dan Kertas Peperiksaan Akhir Tahun bagi
Tahun 5 sahaja akan dibeli sepenuhnya dari MGBDHL.
Tindakan : Makluman

4.11 PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdPc)

4.11.1 PdPc perlu dirancang dengan baik supaya mantap dan berkesan sesuai
dengan gaya pembelajaran abad ke-21.
Tindakan : Makluman

4.11.2 Guru digalakkan menggunakan teknik pengajaran dan memperbanyakkan


bahan PdPc sesuai dengan aras murid.
Tindakan : Makluman

4.11.3 Aktiviti PdPc perlu menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan
elemen i-think dalam pembelajaran murid.
Tindakan : Makluman

4.11.4 Guru perlu mengaplikasikan VLE-Frog dalam PdPC sekurang-kurangnya


sebulan sekali.
Tindakan : Makluman

4.11.5 Guru diwajibkan menggunakan 1 masa dalam seminggu bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk pelaksanaan Program Nilam di Pusat
Sumber bermula Tahun 1 hingga 6.
Tindakan : Makluman

4.12 SEMAKAN BUKU LATIHAN

4.12.1 Semua guru harus peka dan sentiasa merujuk takwim bagi penghantaran buku
untuk disemak oleh pentadbir (rujuk Buku Perancangan, Pengurusan dan Pentadbiran
2019, m/s 85).
Tindakan : Makluman

4.12.2 Buku-buku latihan ini perlu ditanda oleh guru mata pelajaran dan disemak oleh
Ketua Panitia seminggu sebelum dihantar kepada pentadbir untuk pengesahan.
Tindakan : Makluman

4.12.3 Puan Noriah mengingatkan semua Guru Penolong Kanan supaya membantu
Guru Besar dalam memastikan semua guru menyemak dan menanda buku latihan
murid mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Semua GPK perlu membuat senarai
semak untuk tujuan ini.
Tindakan : Makluman

4.12.4 Semua Ketua Panitia diminta memberikan kerjasama kepada pihak pentadbir.
Tindakan : Makluman

10
SPSK PK 07/4SPSK PK 07/4

4.13 BUKU REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR

4.13.1 Guru Besar meminta semua guru menghantar buku rekod persediaan mengajar
kali pertama pada 29 Disember 2018 (Jumaat) untuk disemak oleh Guru Besar.
Tindakan : Makluman

4.13.2 Impak hendaklah ditulis tangan selepas setiap PdPc dijalankan.


Tindakan : Makluman

4.13.3 Buku rekod perlu dihantar setiap hari Jumaat untuk disemak oleh pentadbir.
Tindakan : Makluman

4.14 PENCERAPAN

4.14.1 Pencerapan akan dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Guru-guru
yang akan mencerap perlu peka dan merujuk jadual yang telah ditetapkan (rujuk Buku
Perancangan, Pengurusan dan Pentadbiran 2019, m/s 84).
Tindakan : Makluman

4.15 KELAS TAMBAHAN

4.15.1 Kelas tambahan Tahun 6 akan bermula pada bulan Februari sehingga Ogos.
Tindakan : Makluman

4.15.2 Kelas tambahan Tahun 5 akan bermula pada bulan Februari sehingga Oktober.
Tindakan : Makluman

4.15.3 Berikut merupakan jadual kelas tambahan bagi tahun 2019. (rujuk Buku
Perancangan, Pengurusan dan Pentadbiran 2019, m/s 88).

HARI MASA TAHUN


Selasa 1.30 – 2.30 tengah hari Tahun 6
Rabu 12.40 – 1.40 tengah hari Tahun 5
Khamis 12.40 – 1.40 tengah hari Tahun 6 Kekwa Bestari
Jumaat 12.10 – 1.10 tengah hari Tahun 4, 5 dan 6

Tindakan : Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Penilaian murid Tahap 2 masih lagi berorientasikan GROW.


Tindakan : Makluman

5.2 Guru perlu melaksanakan PBD dengan penuh tanggungjawab dan integriti.
Tindakan : Makluman

11
SPSK PK 07/4SPSK PK 07/4

5.3 Pembahagian minit mengajar adalah mengikut kepada tugas-tugas khas guru.
Tindakan : Makluman

5.4 Semua guru perlu masuk kelas relief mengikut masa yang ditetapkan.
Tindakan : Makluman

5.5 Guru perlu hadir ke sekolah dan mesyuarat dengan menepati masa.
Tindakan : Makluman

5.6 Semua guru perlu berusaha memperbaiki kelemahan dari masa ke semasa.
Tindakan : Makluman

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.15 pagi.


Tindakan : Makluman

Disediakan oleh,
Setiausaha Kurikulum
SK Convent (M) Kajang

Tarikh : 27 Disember 2018

ANI/mesyuaratkurikulumbil1/G2

12

You might also like