You are on page 1of 3

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai dan mempunyai penduduk yang berbilang
kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar
di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India.

Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat khabar dan
televisyen. Hal ini demikian kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama. Terdapat beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara.

Antara kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman
dan damai. Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian
berjalan dengan baik.

Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor
pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih ramai
pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang
pekerjaan kepada rakyat.

Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan
kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan baik.

Secara keseluruhan, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam


mengekalkan perpaduan kaum di negara Malaysia. Oleh yang demikian, kita sebagai
rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang kita kecapi hari ini.

Dipetik dan diubah suai daripada laman sesawang http://pmr.penerangan.gov.my

1. Perkataan toleransi dalam petikan boleh diganti dengan perkataan________________

2.Mengapakah isu-isu berkaitan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat khabar dan
televisyen ?

____________________________________________________________________________

3.Apakah kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara ?

_________________________________________________________________________

4. Nyatakan tiga cara untuk mewujudkan perpaduan di negara kita.

i)_________________________________________________________________________

ii)_________________________________________________________________________

iii)_________________________________________________________________________
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan -soalan yang berikutnya.

Menanam jagung sambil berhuma,


Duduk berehat makan berangan;
Tolong-menolong dan bekerjasama,
Kerja berat menjadi ringan.

Mari ke bendang menahan pukat,


Tangan disengat si keli bias;
Saling memahami serta muafakat,
Sengketa tiada damai sentiasa.

Pahitnya peria tidak terhingga,


Dicelur diperah hilanglah ia;
Hormati-menghormati sesama tetangga,
Berbaik sangka amalan mulia.

Pagi hari pergi ke pekan,


Raga diisi sehingga sarat;
Ziarah-menziarahi harus amalkan,
Hubungan renggang menjadi erat.

1..Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
2.Bagaimanakah kita boleh berbaik sangka dengan jiran tetangga ?

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

3. Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( × ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Amalkan sikap mementingkan diri sendiri


dengan jiran tetangga.

Saling muafakat dalam membuat apa-apa


keputusan.
Ziarah-menziarahi harus amalkan,
Hubungan renggang menjadi erat.

4. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

You might also like