You are on page 1of 3

Minggu Praktikum : 3

Tarikh : 04-03-2019
Tajuk : MURID TIDAK MENGHORMATI GURU
Kategori : Pengajaran dan Pembelajaran

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Sepanjang tiga minggu pemerhatian saya terhadap murid, mereka seakan-akan tidak
menghormati guru. Ini dapat dilihat jelas apabila saya menegur atau memarahi murid yang
tidak mesuk ke kelas saya, mereka menjelingkan mata dan tidak megendahkan apa yag saya
katakan. Selain itu juga, terdapat juga murid yang bergurau senda dengan menggelarkan
nama saya dengan panggilan lain yang tidak enak di dengar.

2. ANALISI ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU):


Hal ini kerana, murid tersebut merupakan murid yang mempunyai masalah disiplin dan sering
di ketepikan oleh guru-guru. Murid ini suka melakukan sesuatu yang boleh menaik perhatian
orang disekelilinnya. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk tidak menggunakan
kekerasan terhadap murid ini dan cuba menjadi akrab dengan murid ini. Namun begitu, hasil
tindakan yang saya telah lakukan ini menyebabkan murid ini hilang sikap hormat terhadap
saya sebagai guru.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU


KAJIAN LEPAS):
Menurut (Mok Soon Sang, 2008) guru yang kurang berpengalaman dan kurang tegas atas
disiplin bilik darjah tidak akan mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada murid-
murid. Murid-murid yang nakal sering menimbulkan masalah dengan tujuan untuk membuli
guru yang kurang tegas.
4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH:

Idea penyelesaian yang boleh digunakan dalam mengatasi masalah ini ialah dengan
menggunakan ketegasan mengikut situasi. Iaitu mewujudkan hubungan positif antara guru
dan murid tanpa mengetepikan sikap tegas dalam diri guru. Dengan kata lain, murid boleh
berguaru senda dan berbual dengan guru tetapi masih berfikiran bahawa guru tidak boleh
diambil mudah dengan berkelakuan tidak menghormati guru.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN:


1 Minggu

6. TINDAKAN SUSULAN:
Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini saya akan menggunakan ketegasan dalam
membetulkan kesilapan murid iaitu menggunakan nada yang serius, tidak bergurau semasa
memberi teguran dan menyatakan dengan jelas bahawa saya tidak suka terhadap tingkah
laku yang ditunjukkan. Dalam masa yang sama saya masih boleh mengekalkan usaha untuk
memberi ruang kepada murid dalam memberi pandangan dan juga mewujudkan suasana
pembelajaran yang harmoni mengikut situasi yang sesuai.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN:


11-03-2019

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN:

Tindakan susulan yang telah saya ambil terbukti berkesan. Ini dapat dilihat apabila murid
mengulangi perbuatan tidak menghormat guru, mengejek-ngejek nama guru, dalam suasana
sedang bergurau, guru serta merta menghentikan guaruan tersebut dan berterus terang dengan
murid menggunakan suara, nada dan ekspresi muka yang serius. Guru telah membuat teguran
supaya murid menghormati guru, guru mungkin boleh dianggap seperti rakan namun layanan
tidak sama dengan rakan dan guru juga menyatakan bahawa murid dan guru boleh berguarau
namun mengikut kesesuaian situasi. Ternyata murid dapat memahami bahawa guru tidak suka
dan bersetuju terhadap sikap yang ditunjukkan. Murid tersebut juga memohon maaf dan
menyatakan tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
9. RUJUKAN:

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (2005). “Merawat Kemelut Moral.” Harian Metro Online
(Malaysia).

Novandri Hasan Basri (2000). “Masalah Disiplin Pelajar Satu Pendekatan Dan
Penyelesaian”. Dewan Budaya. Edisi Budaya.8-9

You might also like