You are on page 1of 19

SEJARAH PENUBUHAN

PALANG MERAH/BULAN
SABIT MERAH
Gerakan kemanusian untuk selamatkan nyawa
dan kesihatan manusia
Pengasas Palang Merah- Jean Henry Dunant
Lahir - 8 Mei, 1828 di Geneva, Switzerland.
Meninggal dunia - 30 Oktober 1910 di Heiden, Zurich,
Switzerland.
Lebih dikenali sebagai Henry Dunant atau Henri
Dunant.
Seorang rakyat Switzerland, ahli perniagaan, aktivis
sosial dan agamawan Kristian aliran Calvinisme
yang kuat.
Pada 1859 semasa misi perniagaannya ke Algeria,
benua Afrika, beliau menyaksikan Pertempuran
Solferino di kampung Solferino, Itali kini.
Buku tulisannya 'A Memory of Solferino‘ -
menceritakan keperitan mangsa perang di kalangan
orang awam dan tentera. Pertempuran Solferino
melibatkan tentera Perancis menentang tentera
Austria.
Buku ini telah dikirim kepada semua ketua kerajaan
di Eropah bagi menyedarkan mereka betapa
menderitanya mangsa peperangan tidak kira
tentera, tentera musuh mahupun orang awam
yang tidak terlibat.
Berjaya menyedarkan ramai pihak terutama ketua-
ketua kerajaan dan mahu merealisasikan dua
cadangan Henry Dunant, iaitu:
Membentuk organisasi kemanusiaan
antarabangsa bagi membantu tentera dan orang
awam yang cedera dan menderita semasa
peperangan
Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera
yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah
dibantu.
Hasilnya pada 1864 Persatuan Palang Merah
Antarabangsa (ICRC) ditubuhkan.
Pada 1901 Henry Dunant dan Frederic Passy
telah dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel
selepas beberapa kontroversi.
Sejarah Penubuhan Palang
Merah/Bulan Sabit Merah di
Malaysia
Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah
Melayu di bawah penjajahan British sebagai "a branch of
the British Red Cross". 
Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi
tahun 1945 dalam perenggan penutup dan mencatatkan:

" Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah


kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di Tenggara
Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat
sangat semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang
demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang Merah
adalah banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah
diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan
berkembang dalam tahun-tahun akan datang ".
Cawangan Sabah
Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang
Merah British menunjukkan bahawa cawangan pertama
Palang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan
April 1948.

Cawangan Sarawak
Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei
tahun 1948,walaupun mengikut rekod satu permohonan
rasmi mewujudkan  cawangan Palang Merah di Sarawak ialah
dibuat lebih awal iaitu pada bulan Februari 1948.

Cawangan Semenanjung Malaysia


Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang
dalam tahun 1950,yang kemudiannya menjadi satu
cawangan.dalam bulan Februari 1951. Cawangan Persekutuan
Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan
dan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang
Merah British.
AKTA PERTUBUHAN

Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Parlimen seperti


berikut :

Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Persatuan


Palang Merah di Semenanjung tidak lagi sesuai bertaraf  cawangan
sahaja sedangkan ibupejabatnya di London. Satu Akta Parlimen telah
digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of Malaya
Red Cross Society (Incorporation) Act of Parliament (Act No 4 of 1962)
dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.

Apabila Malaya ditukar nama kepada Malaysia dan penggabungan


Sabah dan Sarawak dibawahnya, akta telah diubah dan diluluskan
pada tahun 1965 menjadi Malaysian Red Cross Society (Incorporation)
atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia
Act 540) di seluruh Malaysia pada  1 Julai 1965.

Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu


Malaysian Red Crescent Society (Change Of Name) atau Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun
1975 (Laws of Malaysia, Act 162).
LAMBANG PBSM
IKRAR PBSM
Bahawa Kami Bahawa Kami Berikrar
Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Akan Sentiasa
Berikrar
Taat Setia Kepada Mmemberi Khidmat Sukarela Kami
Duli Yang Maha Mulia Kepada Kami Yang Sakit Dan Menderita
Di Waktu Aman Atau Bencana
Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong
Dan Pemerintah-Pemerintah
Berdasarkan Prinsip Bulan Sabit Merah
Seperti Berikut:
Di Negara Kami
Berdasarkan Prinsip-Prinsip Rukunegara
BAhawa Kami Berikrar KEMANUSIAN
Akan Setia
KESAKSAMAAN
Patuh Kepada Perlembagaan
Dan Undang-Undang BERKECUALI
Serta Arahan Persatuan KEBEBASAN
Walau Di Mana Kami Berada
KHIDMAT SUKARELA
BERSATU
KESEJAGATAN
PRINSIP-PRINSIP ASAS
PBSM
KEMANUSIAAN
Mencegah dan meringankan kesengsaraan dengan
sedaya upayanya dimana sahaja ia wujud. Tujuan
utamanya ialah melindungi nyawa dan kesihatan serta
memastikan wujudnya sikap hormat-menghormati
sesama manusia. Ia memupuk sifat persefahaman ,
persahabatan , kerjasama dan kedamaian antara
manusia.

KESAKSAMAAN
Bantuan diberi tanpa membezakan
bangsa , kaum , agama , darjat atau
pendapat politik. Usaha utamanya
ialah meringankan kesengsaraan
dan keutamaan diberi berdasarkan
kes-kes yang paling memerlukan.
BERKECUALI
Untuk mempertahankan kepercayaan
yang ada padanya , ia tidak
menyebelahi mana-mana pihak atau
menyertai apa-apa pertikaian yang
berbentuk politik , perkauman ,
agama atau ideologi.

KEBEBASAN
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah adalah sebuah pergerakan yang bebas.
Walaupun Persatuan-persatuan Palng Merah
dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan
membantu badan-badan awam yang berkuasa
tetapi ia diberi kuasa untuk bertindak secara
bebas. Pada setiap masa ia berpandu kepada
prinsip-prinsip Pergerakan Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah.
PERKHIDMATAN
SUKARELAWAN
Pergerakan Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah adalah satu
badan sukarela yang bertindak
tanpa memikirkan keuntungan.

BERSATU
Hanya terdapat satu Persatuan
Bulan Sabit Merah atau
Persatuan Palang Merah di dalam
sesebuah negara. Ia adalah
terbuka kepada sesiapa yang
ingin menjadi ahli. Ia harus
menjalankan aktiviti-aktivitinya
yang berbentuk kemanusiaan di
seluruh negara.
KESEJAGATAN
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah
sebuah pergerakan antarabangsa . Persatuan-persatuan
di peringkat kebangsaan mempunyai taraf ,
tanggungjawab dan tugas yang saksama untuk
menolong antara satu sama lain.
Lagu: Bulan Sabit Merah
Malaysia
Bulan Sabit Merah di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya

Di Mana Jua Adanya Sengsara


Di Sana Ada kita
Di Darat dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
 
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah dan Bersemangat
Lirik  :    Tan Sri Dato’ Dol Ramli
Lagu     :    Dato’ Johari Salleh

"Lagu Bulan Sabit Merah" – pertama kali


dimainkan di sebuah upacara (1975) bagi
meraikan penukaran nama Persatuan Palang
Merah Malaysia kepada Persatuan Bulan Sabit
Merah Malaysia.
BIBLIOGRAFI
Wikipedia Bahasa Melayu, (2009). This is the title of a Web Page.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jean_Henry_Dunant. Accessed on 5 February 2009.
BSMM Pahang, (2008). This is the title of a Web Page.
http://www.redcrescent.org.my/pahang. Accessed on 5 February 2009.
Shaiffulnizam Mohamad, (2009). This is the title of a Web Page. http://www.joomla-
my.org/shaifful/sejarah-palang-merah.html. Accessed on 5 February 2009.
Geocities. This is the title of a Web Page.
http://www.geocities.com/pbsmmsly161/prinsip.html. Accessed on 7 February
2009.
Wikipedia Bahasa Melayu, (2009). This is the title of a Web Page.
http://id.wikipedia.org/wiki/Gerakan_Internasional_Palang_Merah_dan_Bulan_Sa
bit_Merah. Accessed on 5 February 2009.
Shaiffulnizam Mohamad, (2009). This is the title of a Web Page.
http://shaifful.joomla.my/kokurikulum/persatuan-bulan-sabit-merah/115-lagu-
pbsm.html. Accessed on 5 February 2009.
Shaiffulnizam Mohamad, (2009). This is the title of a Web Page.
http://shaifful.joomla.my/sejarah-palang-merah.html. Accessed on 7 February
2009.
Shaiffulnizam Mohamad, (2009). This is the title of a Web Page.
http://shaifful.joomla.my/langkah-menubuhkan-pbsmm-sekolah.html. Accessed
on 7 February 2009.
Shaiffulnizam Mohamad, (2009). This is the title of a Web Page.
http://shaifful.joomla.my/ikrar-pbsm.html. Accessed on 7 February 2009.

You might also like